Anda di halaman 1dari 7

HOBI DAN KERJAYA

Kepentingan hobi

Faedah Mempunyai Hobi

Hobi merupakan sesuatu aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang. Hobi boleh
dilakukan tidak kira di mana jua, sama ada di dalam mahupun di luar rumah.
Banyak kepentingan dan faedah yang boleh kita peroleh daripada hobi yang kita
lakukan setiap hari. Kita boleh memanfaatkan kepentingan dan faedah itu pada
masa hadapan.
Contohnya, hobi yang menguntungkan ialah melayari internet, membaca buku dan
juga membaca surat khabar. Kita boleh memanfaatkan hobi ini dengan
menambahkan ilmu dari segi pengetahuan am dan juga tentang isu-isu semasa.
Hobi boleh dilakukan oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua
mahupun yang muda. Ini kerana terdapat banyak hobi yang boleh dilakukan oleh
semua golongan masyarakat. Contohnya, bersukan atau bersenam. Ini juga adalah
hobi yang menguntungkan kerana ia dapat menyihatkan badan bukan sahaja
setakat kesihatan fizikal malah kesihatan mental juga.
Selain itu, bercucuk tanam juga adalah salah satu hobi yang sangat
menguntungkan. Bak kata pepatah, "berbudi kepada tanah, pasti akan mendapat
hasilnya". Dengan hasil tanaman tersebut, kita boleh menjualnya untuk
menambahkan pendapatan. Di samping itu, kita juga dapat mengurangkan suhu
cuaca yang kini menjadi semakin panas.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa mempunyai hobi yang mnguntungkan amatlah
berguna kepada kita semua. Seperti yang saya nyatakan tadi, selain daripada
mngisi masa lapang, kita juga mendapat banyak faedah yang mana kita boleh
memanfaatkanyya sebaik yang mungkin. 
Secara umum, hobi dapat diertikan sebagai kegiatan yang dilakukan oleh
seseorang pada waktu lapangnya. Terdapat pelbagai hobi yang menjadi kegemaran
manusia. Antaranya mengumpul setem,membaca, memancing, berekspedisi,
mendaki gunung, dan berkayak.

Kini kegiatan hobi semakin diabaikan oleh para remaja kita. Salah satu
sebab yang sering disebut sebagai puncanya ialah kesuntukan waktu. Mereka
merungut bahawa tugasan sekolah terlalu membebankan hingga pelajar tiada masa
terluang untuk pembabitan diri dengan sesuatu hobi.

Pada pendapat saya, faedah pertama hobi ialah dapat digunakan sebagai
benteng untuk menghindarkan anak-anak muda daripada terjebak dalam gejala
sosial yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah dan pil ekstasi,
gangsterisme, dan amalan seks bebas.

Hobi sebenarnya dapat dipupuk sejak dari kecil. Misalnya , permainan catur
atau pun permainan dam tradisional dapat mengisi masa senggang pelajar. Keiatan
ini dapat diadakan pada bila-bila masa dan dan di mana-mana sahaja. Seseorang
yang sudah menguasai kemahiran permainan ini boleh menyertai pertandingan
tertentu. Begitulah juga dengan hobi-hobi lain seperti mendaki gunug, ekspedisi
berbasikal, berkayak dan berkhemah dapat dijadikan kegiatan mengisi masa lapang
seseorang anak muda.

Memandangkan betapa pentingnya mempunyai hobi, pelbagai aktiviti


rekreasi telah dterapkan dalam Program Rakan Muda sebagai aktiviti untuk
membanteras gejala sosial. Malah Kementerian Belia dan Sukan sedang
melakukan beberapa perubahan untuk memberikan imej baru kepada Program
Rakan Muda ini agar ia serasi dengan cita rasa remaja masa kini. Beberapa acara
baru seperti luncur ais, dan mendaki gunung dengan basikal akan dimasukkan
dalam senarai aktivitinya. Tegasnya, kesemua acara program Rakan Muda dapat
dimanfaatkan oleh para remaja kita sebagai hobi dan rekreasi.

Sehingga kini, penyertaan remaja dalam program Rakan Muda belum


menyeluruh. Remaja yang bermasalah didapati langsung tidak mengambil pusing
akan rancangan murni kerajaan ini. Dalam hal ini, para ibu bapa dan guru harus
menggalakkan remaja mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
sebagai hobi bagi mengisi masa lapang masing-masing.
Di samping dapat mengisi masa senggang, kegiatan-kegiatan hobi dan
rekreasi juga dapat menyihatkan badan kita. Ingat, ‘Otak yang cergas bermula dari
badan yang sihat’. Para remaja yang sihat tubuh badan dapat menajamin
kesinambungan kepimpinan negara apabila tiba masanya. Sebagai pewaris bangsa
dan penerus kepimpinan Negara, kaum remaja dan belia diharap dapat meneruskan
tugas yang diamanahkan.

Hobi juga dapat memupuk persefahaman dan sikap bertolak ansur antara
masyarakat pelbagai kaum di Negara kita. Contohnya, para kaki pancing yang
terdiri daripada pelbagai kaum dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dalam
sesuatu pertandingan pancing yang dianjurkan. Sesungguhnya hobi ini semakin
popular di kalangan masyarakat kita dewasa ini. Selain dapat memanfaatkna
hujung minggu seseorang, hobi ini juga sekali gus mendatangkan hasil, iaitu ikan
yang dipancing dapat diajadikan sajian keluarga.

Pada pendapat saya, setiap orang harus memupuk hobi tertentu bagi mengisi
wakru yang terluang. Bak kata orang “masa itu emas”. Masa yang berlalu tidak
dapat diganti semula atau dikembalikan lagi. Oleh itu, saya menyarankan agar
setiap remaja megisi masa senggang masing-masing. Hobi juga dapat dijadikan
sebagai benteng untuk membendung pengaruh negative yang mudah menjangkiti
golongan muda yang lazimnya tiada pegangan atau pendirian yang kukuh.
Panduan Menghadiri Temuduga
Temu duga adalah satu sesi penilaian oleh panel temu duga untuk memilih
calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesesuatu jawatan atau kenaikan
pangkat.

Oleh kerana temu duga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah
membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemu duga
bahawa mereka adalah calon yang paling layak. Aspek yang perlu diberi
penekanan adalah seperti berikut:

 Sahsiah diri
 Kelayakan
 Pengetahuan am dan hal ehwal Jabatan/Syarikat
 Pengalaman kerja
 Kebolehan memimpin
 Bidang tugas
 Kebolehan berkomunikasi dengan baik
 Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih
tinggi

Persediaan Sebelum Menghadiri Temu Duga

Kekemasan untuk Lelaki:

 Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.


 Baju berlengan panjang dan berwarna lembut. Contoh: warna putih,
atau biru muda.
 Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.
 Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.
 Memakai tanda nama/name tag. (Bonus lebih sikit kalau pakai ni)

Kekemasan unutuk Wanita:

  Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.


 Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
 Berkasut bertutup penuh (court shoes).
 Memakai tanda nama.

Ketrampilan:

 Bermabut pendek dan kemas (untuk lelaki).


 Jika bermisai, berjambang atau berjanggut hendaklah didandan
kemas. (untuk lelaki)
 Pastika kebersihan dan kekemasan diri,
Pendapatan dari hobi dan minat

Mungkin anda tersenyum dengan apa yang saya katakan.Hakikatnya ia benar-benar


mampu menghasilkan lebih wang.Tanyalah kepada mereka-mereka yang berjaya
dalam perniagaan mereka, adakah tanpa minat mereka mampu meraih kejayaan?
Minat dan hobi bolehlah disama ertikan. Anda tidak perlu menyewa kedai yang
mahal hanya untuk menghasilkan wang dari hobi dan minat anda.Bayangkan
bagaimana perasaan anda apabila anda disuruh melakukan sesuatu yang anda
sendiri tidak berminat untuk melakukannya.
Sudah tentulah hasil yang anda perolehi tidak memuaskan dan ada kemungkinan
kerja tersebut tidak sempurna dan selesai.
Oleh itu tidak hairanlah jika anda mendapati ramai orang sering bertukar-tukar
pekerjaan dengan alasan tidak sesuai melakukan pekerjaan-pekerjaan tersebut .
Mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan jiwa dan minat mereka.
Ada juga sebilangan besar orang yang melakukan kerja yang mereka tidak sukai
sehingga akhir hayat mereka dan kehidupan mereka tidak banyak berlaku
perubahan.
Oleh itu, jika anda mahu terus berjaya didalam kehidupan anda, sudah tentulah
anda patut memilih bidang kerjaya yang anda minati. Contohnya untuk berniaga,
anda mestilah mempunyai minat untuk melakukannya. Jika tidak , sudah tentu
sukar untuk berjaya apatah lagi jika anda memang tidak berpengalaman
sebelumnya.
Walaubagaimana pun perkara itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit. Malah anda
boleh menjadikan apa-apa sahaja hobi dan kemahiran anda sebagai satu perniagaan
secara langsung.
Contohnya jika anda meminati bidang masakan, anda boleh mencipta resepi-resepi
baru, menulis buku-buku resepi, menjual makanan, mengambil kontrak membekal
dan menyediakan makanan.
 Jika anda meminati bidang jahitan, anda boleh mengambil upah menjahit,
mendapatkan kontrak menjahit, menulis buku jahitan, membuka kelas
jahitan, mengadakan kursus jahitan secara pos atau hadir.
 Jika anda meminati bidang pengurusan, anda boleh mengadakan kursus
pengurusan moden, mengadakan seminar-seminar berkaitan bidang
pengurusan, menulis buku berkaitan pengurusan.
 Jika anda seorang mekanik,anda boleh menulis buku panduan atau
menerbitkan video mengenai teknik membaiki kerosakan pada kereta atau
motosikal. Begitu juga jika anda seorang juruletrik.
 Jika anda seorang pendidik anda boleh mengadakan kelas tusyen,
menerbitkan panduan teknik belajar yang berkesan, petua untuk lulus
peperiksaan, mengadakan kertas kerja dan kursus.
 Jika anda seorang jurufoto, anda juga boleh mengadakan kelas dan kursus
fotografi.
 Jika anda seorang peladang, petani, penternak anda boleh mengadakan satu
program lawatan ke ladang , pusat ternakan sebagai satu pakej pelancungan.
 Jika anda seorang penulis, anda boleh mengadakan khemah kerja, kursus
penulisan dan sebagainya.
 Jika anda seorang pemandu, anda boleh mengadakan kursus pemanduan
berhemah.
 Jika anda seorang peniaga, anda boleh menulis buku mengenai bidang
perniagaan, mengadakan seminar perniagaan,pameran perniagaan,
mengadakan kursus perniagaan dan sebagainya.
 Jika anda seorang penulis pelan anda boleh mengambil upah melukis pelan
rumah, mengajar melukis pelan dan lain-lain.
 Jika anda seorang akauntan , anda boleh mengambil upah perakaunan
daripada syarikat-syarikat kecil.
 Jika anda seorang peguam, anda boleh mengambil upah untuk khidmat
berbagai perkara dibidang guaman.
 Jika anda seorang penyanyi, anda boleh mengadakan bengkel atau kelas
vokal mengadakan pertandingan nyanyian dan sebagainya.
Apa yang mahu anda lakukan tiada had dan batasannya. Batasan hanyalah wujud
didalam diri sendiri.
Rahsia untuk mendapatkan wang yang lumayan setiap bulan melalui apa sahaja
hobi dan kemahiran anda boleh temui jika anda menjadikannya sebagai satu
peluang perniagaan.
Walaupun anda seorang tukang cat atau tukang kayu,anda masih mempunyai
peluang besar untuk menjadi kaya melalui kemahiran anda itu dengan menjadikan
ia sebagai satu bidang perniagaan.
Anda boleh mengambil kontrak secara kecil-kecilan dahulu. Peluang sentiasa ada
bagi mereka yang mahu mencuba tetapi peluang akan menjauhi orang yang
penakut dan tidak mahu mencuba.
Memang tiada jalan mudah untuk mencari banyak wang tetapi bukan mustahil
untuk memperolehinya jika anda rajin. Jika anda seorang yang mahu mencuba dan
belajar dan mahu menjadi seorang yang inovatif dan kreatif maka anda akan
menemui banyak cara dan jalan untuk mencari wang yang lumayan bahkan
sebahagiannya boleh dilakukan dengan jayanya hanya dari rumah anda sahaja.

Anda mungkin juga menyukai