Anda di halaman 1dari 28

Pendidikan :Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS)

IPTS atau lebih dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah
diperkenalkan sejajar dengan permintaan pihak kerajaan dalam meningkatkan lagi
kualiti pendidikan negara memandangkan negara Malaysia memerlukan tenaga
mahir yang ramai dalam menuju masa hadapan kelak.Disamping itu juga institusi
ini juga membantu institusi pengajian awam dalam menghasilkan tenaga-tenaga
pakar yang bakal menerajui kepimpinan negara.

Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada IPTS ialah ia menawarkan program-


program yang lebih khusus tentang sesebuah kerjaya. Sebagai contoh, Universiti
Tenaga Nasional menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang
kejuruteraan danjuga perniagaan.Di samping itu juga kualiti pendidikan bagi IPTS
lebih terjamin berbanding IPTA yang disebabkan oleh jumlah penuntut di dalam
sesebuah universiti. Kemudahan infrastruktur yang disediakan juga amat berbeza
dengan apa yang tersedia di IPTA yang lain. 

Sebagai contoh , Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi


PETRONAS (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU). Kesemua universiti ini secara
amnya dapat menjamin kejayaan siswa dan siswi secara tidak langsung dapat
mewujudkan masyarakat yang berpendidikan , bermoral dan berfikiran tinggi dan
jauh.

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997


apabila Petronas telah dijemput untuk menubuhkan sebuah universiti . Sebelum ini
ia dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas (ITP) dan dimiliki sepenuhnya oleh
PETRONAS. Universiti ini telah didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan pada
26 April 1995 dan mendapat pengiktirafan oleh “Essential Higher Education
Institute Regulation 1996". ITP telah memulakan operasinya di  PERMATA, Bangi ,
Selangor pada 3 Julai 1995.Pada 26 Julai 1995 ITP didaftarkan dibawah sebuah
syarikat swasta dan berpindah ke bandar Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan pada 1
Julai 1996.
 
Kebaikan dan keburukan IPTS
Malaysia adalah sebuah negara yang amat menitikberatkan pendidikan
kepada rakyatnya bermula dari pendidikan prasekolah, sekolah rendah dan
menengah dan pendidikan tinggi. Ini kerana kerajaan menyedari bahawa
pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan sesuatu bangsa dan
negara. Wawasan 2020 juga telah mengungkapkan sebuah visi tentang upaya
Malaysia untuk menjadi sebuah negara, bangsa dan masyarakat industri yang
maju.
Dewasa ini kita menyaksikan penubuhan IPTS yang tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan di negara kita. Perkembangan ini bertambah selepas
kelulusan akta IPTS 1996 yang melonggarkan penubuhan IPTS serta universiti
asing di sini. Sekarang ini Kementerian Pendidikan ( KP ) telah membenarkan
pembukaan 524 buah IPTS di seluruh negara. Kebanyakan daripada IPTS ini
menawarkan kursus tersendiri seperti perakaunan, pemasaran, teknologi maklumat
dan sebagainya. Sesetengahnya pula menjalankan program berkembar dengan IPT
dalam dan luar negara. baru-baru ini kerajaan telah meluluskan 10 buah IPTS
melaksanakan program berkembar sepenuhnya di dalam negara menggunakan
sistem 3 + 1. Ini bermakna, pelajar yang mengikuti program ini tidak lagi perlu ke
luar negara untuk menamatkan pelajaran mereka seperti sistem yang diamalkan
sebelum ini. Sebelum ini sistem yang diamalkan ialah sistem 2 + 1 dan 1 + 3.
Sistem-sistem ini memerlukan pelajar belajar di dalam negara selama dua tahun
dan satu tahun di dalam negara. Sistem 1 + 3 pula bermakna pelajar belajar di
dalam negara selama satu tahun dan dua tahun di luar negara. Ada juga IPTS
yang menjalankan program franchais dengan IPT tempatan. Setakat ini KP telah
meluluskan 5 buah IPTA untuk memfranchaiskan program matrikulasinya di IPTS.
Najib Tun Razak berpendapat franchais program ini dijalankan bukan untuk
mengkomersilkan sistem pendidikan negara tetapi untuk menyediakan tempat serta
kemudahan yang lebih ( UM, 2/6/98 ) .

Membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk ke IPT


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional
Malaysia (SPVM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1997
menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
adalah terlalu ramai. Ini menyebabkan pertambahan dalam bilangan pelajar yang
layak ke IPT berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. jadi, tempat di IPT
adalah tidak mencukupi. Ini ditambah pula dengan keputusan kerajaan untuk tidak
lagi menghantar pelajar-pelajar ke luar negara yang biasanya diselenggarakan oleh
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akibat dari
krisis ekonomi yang melanda negara. Oleh itu permintaan untuk ke IPT bertambah
berbanding dengan sebelum ini. Jika IPTA tidak memfrancaiskan program-program
mereka, tentunya IPTA tidak mampu untuk menampung permintaan yang tinggi ini.
Keputusan SPM baru-baru ini menunjukkan jumlah pelajar lepasan SPM
yang mendapat pangkat satu ialah seramai sementara dalam SPVM pula seramai
STPM pula menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat kelulusan penuh ialah
Pusat Asasi Sains UM hanya boleh menampung pelajar seramai 900 orang sahaja
untuk satu semester sebab itulah ia terpaksa menghantar 1900 orang lagi ke IPTS.
Dapat melahirkan ramai graduan profesional
Matrikulasi merupakan program yang menjamin pelajar-pelajar memasuki
universiti. Ini bermakna, apabila pelajar-pelajar yang memasuki matrikulasi adalah
ramai, maka pelajar yang akan memasuki IPT juga akan ramai. Ini akan dapat
melahirkan graduan profesional untuk memenuhi keperluan negara. Negara amat
memerlukan pakar-pakar dalam berbagai bidang. Wawasan 2020 telah
menggariskan visi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020
nanti. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan ini diharapkan
dapat membantu Malaysia mencapai matlamatnya.
Sebagai contoh, Pusat Teknologi dan Pengurusan lanjutan yang
mengadakan franchais program bagi USM dan UPM mampu menampung. USM
memberikan kurikulum, peperiksaan, pemantauan mutu serta pemilihan calon
sementara PTPL menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan pembelajaran.
Persaingan dalam pelajaran
Apabila IPTA menetapkan hanya pelajar-pelajar yang lulus dengan
cemerlang sahaja yang akan ditempatkan di kampus induk, maka pelajar-pelajar
akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih
cemerlang daripada orang lain. Ini mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan
pelajar di mana mereka masing-masing akan berlumba untuk mendapat keputusan
yang paling baik dalam peperiksaan. Ini akan menghasilkan pelajar yang berkualiti
akademiknya.
Pihak pentadbiran Universiti Malaya telah menetapkan hanya pelajar-
pelajar yang mendapat 12 agregat dan ke bawah sahaja yang akan mengikuti
program Asasi Sains di kampus induk. Yang lain-lainnya ditempatkan di IPTS
memandangkan penempatan adalah terhad di kampus induk. Fenomena ini akan
menyebabkan pelajar bersaing untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik
daripada orang lain. Ini juga boleh dianggap sebagai satu pendorong kepada
pelajar untuk belajar dan berusaha lebih tekun lagi.
KEBURUKAN
Yuran pengajian yang tinggi
Yuran pengajian yang dikenakan kepada pelajar-pelajar matrikulasi
oleh IPTS adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan yuran di kampus induk.
Sebagai contoh, yuran untuk pelajar yang mengikuti kursus matrikulasi di kampus
induk Universiti Putra Malaysia adalah sekitar RM1,500 untuk satu semester.
Tetapi bagi pelajar yang mengikuti kursus tersebut di IPTS, yurannya berjumlah
lebih daripada RM4,000 satu semester ( Utusan Malaysia, 1998 ).
Jumlah ini menunjukkan hanya golongan berada sahaja yang mampu memasuki
IPTS ini.
Dualisme dalam sistem pendidikan
Pelaksanaan sistem franchais ini menyebabkan berlakunya dualisme dalam
sistem pendidikan negara di mana yuran yang tinggi menyebabkan hanya golongan
yang kaya sahaja yang dapat memasukinya. Bagi golongan miskin, mereka
terpaksa melupakan hasrat itu kerana ketidakmampuannya itu. Setiausaha Agung
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan ( KPPK ), Siva Subramaniam
berpendapat pelaksanaan sistem franchais ini hanya diikuti oleh pelajar-pelajar dari
golongan berada sahaja manakala golongan yang miskin akan terpinggir. Yuran
yang tinggi akan membebankan rakyat dan mengakibatkan pelajar-pelajar yang
cemerlang tetapi miskin gagal untuk memasuki IPT ( BH,11/6/98). Ini bermakna
kejayaan yang cemerlang bukanlah tiket untuk ke menara gading.
Fenomena ini mungkin akan menurunkan semangat pelajar-pelajar miskin
unruk terus berusaha dalam pelajaran. Mereka berpendapat untuk apa mereka
bertungkus lumus belajar untuk dapat keputusan yang baik sedangkan belum tentu
impian mereka untuk ke menara gading tercapai disebabkan ketidakmampuan
mereka.
Kemudahan prasarana adalah kurang
Adalah didapati, kemudahan-kemudahan yang disediakan di IPTS gagl
memuaskan hati para pelajar dan ibubapa. Sesetengah IPTS melaksanakan
program franchais ini di bangunan-bangunan kedai, dan sebagainya. Tempat
penginapan pula usang, sempit dan tidak selesa. Sesetengah IPTS tidak
mempunyai makmal komputer dan makmal sains yang memuaskan.
Ini menimbulkan ketidakadilan kepada para pelajar kerana para pelajar
terpaksa membayar lebih tetapi kemudahan yang diberikan tidak setimpal dengan
bayaran. Ini bermakna, bayaran tersebut tidak berbaloi berbanding dengan apa
yang diperolehi.
Kekurangan kemudahan ini menyebabkan para pelajar tidak dapat
menumpukan perhatian mereka dengan baik dengan pelajaran. Para pelajar tidak
akan dapat belajar dengan sempurna dan jika ini berterusan, maka pelajar-pelajar
yang akan dilahirkan adalah pelajar yang tidak berkualiti.
Tenaga pengajar yang tidak terlatih dan tidak berpengalaman
Kebanyakan guru-guru yang ada tidak terlatih dan tidak
berpengalaman dalam bidang pendidikan. Ini akan mendatangkan keburukan
kepada perkembangan ilmu. Disamping itu ia juga sukar pelajar mencapai
kecemerlangan kerana dibelenggu oleh masalah sukar untuk menjelaskan yuran.
Persekitaran
Terdapat sesetengah IPTS yang melaksanakan program franchais ini di
kawasan yang tidak sesuai untuk pembelajaran. Sebagai contoh : Institut Goon,
dijalankan berhampiran dengan kedai nombor ekor, pusat-pusat snuker serta
permainan video yang terletak berhampiran dengan kolej. Tempat penginapan
pelajar lelaki dan perempuan tidak diasingkan dan ini akan menggalakkan masalah
sosial memandangkan para pelajar kebanyakannya berumur di bawah 19 tahun
sahaja.
Ciri-ciri keselamatan pula tidak menunjukkan ianya dilaksanakan dengan
baik. Tidak ada pengawal keselamatn yang ditugaskan untuk mengawal
keselamatn pelajar walaupun ada pondok pengawal yang disediakan. Keadaan
yang serba kekurangan ini menyebabkan pelajar tidak dapat belajar dengan selesa.
CADANGAN
· Mengekalkan program matrikulasi di IPTA sedia ada dengan kapasiti pelajar yang
mampu diambil oleh pusat berkenaan. Masalah tahun ini adalah pelajar berganda
daripada kemampuan yang ada.
· mengekalkan pengambilan khas untuk pelajar cemerlang yang dulunya diambil
untuk program persediaan pelajar ke luar negara
Penggunaan Sisitem Merit Untuk Ke IPTA

Kesan ketara meritokrasi ke IPTA — Mohd


Khuzairi Ismail
July 20, 2010

20 JULAI — Heboh seketika dulu apabila jumlah pelajar wanita ke insititusi pengajian
tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2009/2010 mengatasi pelajar lelaki. Daripada 40,366
calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) bermula Jun lalu misalnya, 65 peratus atau 26,200 orang daripada
mereka ialah pelajar wanita.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, trend pelajar perempuan mendominasi IPT sudah menjadi sesuatu
yang biasa. Ia turut berlaku di kebanyakan negara apabila kebanyakan wanita hari ini
mempunyai akses yang sama rata kepada sistem pendidikan.
Tetapi ada perkara lain daripada jumlah pengambilan pelajar baru ke IPTA di negara ini
yang sepatutnya lebih mendapat perhatian. Secara komposisi kaumnya, daripada
jumlah keseluruhan pelajar ke IPTA sesi kali ini, sebanyak 27,829 orang adalah calon
bumiputera. Seramai 10,116 orang pula merupakan pelajar kaum Cina manakala
selebihnya iaitu sebanyak 2,421 terdiri daripada pelajar kaum India dan kaum lain.
Pada dasarnya, kemasukan pelajar bumiputera masih tinggi berbanding pelajar bukan
bumiputera. Tetapi apa yang tidak kelihatan ialah bagaimana pecahan sebenar
komposisi pelajar itu jika dilihat daripada kaedah kemasukan iaitu berdasarkan prinsip
meritokrasi?
Sejak 2003, pengambilan pelajar ke IPTA tidak lagi berdasarkan kuota yang mana 55
peratus tempat diperuntukan kepada bumiputera manakala 45 peratus yang lain
kepada bukan bumiputera. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi
yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan
kemampuan pelajar.
Ketika diperkenalkan, sistem meritokrasi antara lain dirujuk sebagai satu bentuk
pengajaran kepada kaum bumiputera supaya tidak mensia-siakan peluang pendidikan
yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengan pelaksanaan itu juga, para pelajar akan
dipilih berdasarkan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
Pemilihan itu pula dibuat oleh sebuah badan yang ditubuh khas iaitu Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar (yang dahulu dikenali Unit Pusat Universiti atau UPU).
Ketika peringkat awal pelaksanaannya, kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA
dicatatkan sebanyak 68.9 peratus. Ia memeranjatkan banyak pihak terutamanya
mereka yang menentang pelaksanaannya kerana bimbang sistem itu akan dibolot oleh
pelajar bukan bumiputera yang diketahui lebih pandai dan cemerlang.
Rekod penguasaan pelajar bumiputera itu terus dipertahankan untuk tahun-tahun
berikutnya iaitu 62.6 peratus pada sesi 2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005.
Bagaimanapun selepas kira-kira lapan tahun pelaksanaannya, jumlah pelajar
bumiputera itu menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.
Tahun ini, iaitu bagi pengambilan pelajar sesi 2009/2010 yang bermula Jun lalu, jumlah
pelajar bumiputera yang layak berdasarkan prinsip meritokrasi dikatakan hanya
sebanyak 26 peratus sahaja. Bakinya iaitu 74 peratus tempat yang lain, dibolot oleh
pelajar-pelajar bukan bumiputera.
Meskipun fakta ini tidak didedahkan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab
dalam urusan pengambilan pelajar ke IPTA, namun ia mempunyai asas yang kukuh
untuk diyakini.
Ini bermaksud, apa yang dibimbangi oleh banyak pihak sebelum ini mengenai akan
berlakunya tempat yang dibolot oleh pelajar bukan bumiputera menjadi kenyataan.
Asas kebimbangan itu sebenarnya sangat jelas kerana pelajar bukan bumiputera
mempunyai kelebihan dari sudut pencapaian akademik kerana beberapa faktor.
Antaranya kerana kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik yang membolehkan
pelajar bukan bumiputera mendapatkan pendidikan tambahan di luar sesi
persekolahan.
Malah, ada yang mampu mengupah guru persendirian khusus untuk mengajar anak-
anak mereka secara peribadi. Sudah semestinya, keputusan peperiksaan mereka jauh
lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bumiputera yang rata-ratanya hanya
bergantung kepada pendidikan asas di sekolah biasa.
Ketidakadilan itu lebih dirasai oleh pelajar-pelajar di luar bandar yang mana akses
mereka kepada pendidikan tambahan lebih terhad. Belum pun satu dekad prinsip
meritokrasi itu dilaksanakan, jurang antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera
yang layak ke IPTA sudah kelihatan begitu besar.
Tidak mustahil, tiada lagi pelajar bumiputera yang layak ke IPTA berasaskan sistem
merit sekiranya dasar ini dikekalkan untuk satu jangka masa panjang. Kerana itu adalah
wajar bagi kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan mengambil kira survival
pendidikan tinggi bumiputera.
Perkara ini bukan tidak disedari oleh pihak kerajaan kerana khabarnya, kerajaan
terpaksa menambah bilangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi
mengimbangi jumlah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTA.
Ini kerana UiTM ketika ini merupakan satu-satunya universiti khusus milik bumiputera
dan tidak mengamalkan sistem merit sepenuhnya dalam pengambilan pelajar. Akan
tiba masanya, UiTM juga tidak lagi mampu menampung lebihan pelajar berkenaan dan
ketika itu, ke mana pelajar-pelajar bumiputera akan ditempatkan?
Soal menjamin pendidikan kepada bumiputera adalah sesuatu yang jelas dalam
Perlembagaan dan menjadi tanggungjawab kerajaan. Tidak perlu ada rasa bersalah
dalam memastikan bumiputera mendapat kelebihan kepada akses pendidikan yang
sempurna termasuk di peringkat pengajian tinggi kerana itu merupakan hak mereka.
Sementelah, kaum bumiputera juga berdepan dengan persekitaran yang tidak adil
untuk diajak bersaing secara terbuka menerusi pelaksanaan prinsip meritokrasi. Ini
kerana mereka tidak berkemampuan untuk ke sektor pengajian swasta seperti kaum
lain sekiranya gagal ke IPTA kerana kos pengajian yang terlalu tinggi.
Kaum bukan bumiputera pula seharusnya sedar bahawa sistem kuota yang
dilaksanakan sebelum ini tidak sedikit pun menafikan hak mereka untuk melanjutkan
pelajaran ke IPTA. Dengan komposisi kemasukan pelajar mengikut kaum yang terlalu
kecil, kuota 45 peratus yang disediakan kepada bukan bumiputera ke IPTA masih
meninggalkan baki yang tidak dipenuhkan.
Selain itu, mereka juga disediakan beberapa buah universiti khusus untuk kaum
tertentu yang dananya disalurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Universiti Tunku Abdul
Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan beberapa universiti
lain. Begitu juga dengan lambakan universiti dan kolej universiti swasta yang majoriti
pelajarnya terdiri daripada bukan bumiputera.
Dalam erti kata yang lain, kaum bukan bumiputera sebenarnya tidak mempunyai
banyak masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi di negara ini
meskipun ketika amalan kuota diguna pakai.
Malah jika faktor itu juga diambil kira, kita akan menyedari bahawa kaum bumiputera
sebenarnya berdepan dengan peluang yang sangat terhad untuk mendapatkan
pendidikan tinggi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, bukan hanya kekuasaan
ekonomi yang akan terlepas daripada tangan kaum bumiputera. Malah kita juga akan
kekurangan kumpulan cerdik pandai yang akan menguruskan negara pada masa
depan. — Utusan Malaysia
Pendidikan Seks

Kebaikan
Ramai pakar pendidikan merasakan pendidikan seks penting kerana ilmu pengetahuan
lebih penting dari segala-galanya. Lebih baik tahu dan diajar secara formal daripada
mendapat ilmu itu secara sorok-sorok. Sukatan Pendidikan seks tentunya terkawal dan
diharap menepati matlamat pendidikan di Malaysia.
Kononnya pendidikan seks dapat menyelesaikan masalah buang anak, berzina, kasih
sayang, HIV , AIDS dan sebagainya.
Pelajar sekarang terdedah kepada video lucah dalam telefon bimbit dan dikongsi
bersama pelajar-pelajar lain di dalam kelas. Naluri remaja sentiasa mencari bahan
lucah dan ingin mengetahui dan mencubanya. Mereka merakam aksi lucah sesama
sendiri di rumah kosong dan berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya. Mereka
berasa bangga kerana telah mencubanya dan dianggap telah dewasa.
Halangan
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim
Pheng menyatakan guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan
pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional .
Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan
setiap etnik mempunyai tanggapan berbeza tentang seks dan pendidikan seks. guru
mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan
pengetahuan seks kepada murid-murid. Setakat ini, guru tidak mendapat latihan formal
dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.
Ibu bapa bimbang anak-anak mereka diajar tentang penggunaan kondom bagi
mencegah kehamilan.Pil pencegah kehamilan mudah dibeli di farmasi dan pasar raya.
Kegiatan pelacuran, seks bebas, GRO dan lain-lain akan membiak.
Gambar perlakuan seks mungkin ditayangkan sedangkan Malaysia masih mempunyai
adap budaya Timur yang tidak mengizinkannya. Gambar lucah merupakan 'taboo'
dalam masyarakat kampung .
Ibu bapa beranggapan selama ini mereka tahu sendiri tentang persetubuhan dan
bagaimana melakukannya selepas kahwin, tanpa perlu diajar. Bagi mereka,
pendedahan seks terlalu awal hanya akan menggalakkan hubungan luar nikah. Apa
yang ibu bapa enggan akui ialah anak mereka telah melayari Internet di
rumah. Internet, telefon bimbit dan CD video lucah yang berlambak di pasar malamtelah
mencemari gadis sunti dan anak teruna mereka.
Pendidikan seks di Barat masih gagal membendung perlakuan seks bebas. Kajian
menunjukkan remaja di Barat semakin cepat melakukan persetubuhan .

Saban hari di media cetak mahupun media massa, berita tentang


jenayah seks kerap kali diberi liputan seolah-olah ianya menjadi bahan
‘wajib’ dan rutin. Siapa yang tidak pernah terbaca berita tentang jenayah
rogol,liwat, sumbang mahram, maknyah, homoseks, lesbian, seks siber dan
lain-lain? Dari kes rogol yang berlaku di Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN), kes remaja sekolah dirogol teman internet, kes bomoh merogol dan
meraba pesakit, kes sumbang mahram melibatkan datuk rogol cucu, sepupu
rogol sepupu, anak rogol ibu, kes pelacuran membabitkan maknyah, kes
penderaan seksual suami-isteri, anak-bapak, kes gangguan seksual
ditempat kerja dan seribu satu kes yang lain sudah seperti menjadi bahan
bacaan tetap rakyat Malaysia tanpa kita menyedari sebab musabab yang
berlaku.

Kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan. Pembangunan


Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat memeranjatkan:
di mana didapati 24 peratus dari kalangan remaja berusia 13-19 tahun
mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada
remaja berusia 13-18 telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk
lebih kurang 50 peratus dari remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku
lucah dan 44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video.
Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309
`anak tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001
[Utusan Malaysia, 13 Nov. 2002]. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula
mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti
jenayah dan maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan
baru ke sekolah akhlak dan asrama kelolaan jabatan itu, contohnya seramai
675 remaja dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang
tahun 1993 kes kernasukan baru di asrama akhlak menunjukkan
peningkatan yang begitu serius iaitu 1505 kes berbanding tahun sebelumnya
376 kes. Dari jumlah itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam
kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun, rata-rata adalah mereka
yang masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail
iaitu sebanyak 1,199 atau 54 peratus daripada 2234 wanita yang terbabit
dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1990 - 1993 berumur kurang dari
18 tahun. [Watan, 13 Julai 1996]

Melihat kepada peningkatan gejala seksual di negara kita dari dulu hingga
kini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Shahrizat Abdul Jalil menyatakan sudah tiba masanya pendidikan seks diberi
pendedahan kepada kanak-kanak. Justeru, masyarakat terutama ibu-bapa
tidak wajar berselindung mengenai hal itu.

Seks. Bagi sebagian orang kata tersebut terdengar "menyeramkan",


membicarakannya merupakan suatu hal yang terlarang atau ‘taboo', apalagi
mengaitkannya dengan anak-anak. Memang menjadi stigma masyarakat
kita dari dulu hingga sekarang perkara berkaitan seks tidak ‘elok’
dibincangkan secara terbuka. Namun percaya atau tidak mungkin subjek
pendidikan seksual bakal dimuatkan di dalam jadual waktu anak-anak kita
jika perbincangan peringkat akhir mengenainya, dibawa ke kabinet dan
akhirnya diluluskan di Parlimen. - Tujuan Pendidikan seks diadakan adalah
untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari
terjebak dalam gejala sosial. Bagi membantu usaha berkenaan, kementerian
menyediakan draf Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan bagi
menangani salah laku dan jenayah seksual yang membimbangkan di
kalangan remaja. Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata draf
berkenaan dihasilkan sebagai keprihatinan kementerian berkaitan isu sosial
seperti rogol, sumbang mahram, penderaan seksual dan hubungan seks
bebas. [Harian Metro, 7 April 2005]

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam


peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran
untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara
Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat
dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka
lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada
mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral. [Berita Harian,2 Mei
2005].

Berikut adalah sekilas pandangan umum tentang rancangan mewujudkan


pendidikan seks di sekolah:

1. Saya tidak mengatakan ini sebagai satu idea yang tidak bernas, tetapi
melihat kepada situasi dan status negara Malaysia sekarang idea ini seakan-
akan menghina status Malaysia sebagai sebuah 'Negara Islam' sebagaimana
yang diumumkan oleh mantan PM [Subki Latif, penulis akhbar Harakah].

2. “Kami telah lama menyokong usul ini. Pendidikan seks akan membantu
menyalurkan maklumat dan mengajar muda-mudi tentang tanggung jawab
dan akibat berkaitan seks. Ini akan membantu mengurangkan kehamilan
yang tidak diingini dikalangan muda-mudi, yang antara lainnya mewujudkan
anak-anak yang tidak sah taraf”[Jaclyn Lee, Peg. Komunikasi Woman’s Aid
Organisation]
3. “Saya sungguh gembira kerajaan menfokuskan perhatiannya kepada
pendidikan seks di negara kita dan saya yakin masyarakat umum terutama
remaja menyedari bahawa ini adalah sangat mustahak. Saya terharu apabila
isu berkaitan seks tidak lagi menjadi taboo sepenuhnya di kalangan
masyarakat Malaysia”. [Francois Duparc,Pelajar, Star Education 24 April,
2005]

Di barat, pendidikan seks bukan sahaja diperkenalkan dengan menggunakan


silibus pelajaran berpandukan buku dan bahan bacaan kerana mereka
menganggap perlunya kepada pendedahan tentang praktikal perhubungan
seks yang betul. Dengan peruntukan yang dimiliki, mereka menghuraikan
pengajaran seks dengan menampilkan model yang berbogel untuk
melakonkan teknik-teknik hubungan kelamin yang betul supaya ketelusan
pelajaran seks diperkenalkan kepada masyarakat mereka. Malah kelas
senilukis di Perancis pernah menampilkan seorang model wanita jelita yang
berbogel di depan khalayak untuk dilukis para mahasiswa kerana itulah juga
ketelusan yang ada dalam sistem pendidikan mereka. Seorang pensyarah
bersara dari Oxford University mencadangkan agar pendidikan seks di
sekolah sepatutnya lebih menjurus kepada pembelajaran’hands-on’ dimana
pelajar diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyayangi satu sama lain [Edu.
Guardian Co. UK news 9 Mei 2003].

Kenyataannya, setelah diperkenalkan pelajaran seks di sekolah-sekolah dan


kolej, kadar penyakit dan kematian akibat berpunca dari gejala seks
meningkat mendadak. Ini kerana berkemungkinan setelah didedahkan di
kelas, pelajar-pelajar akan mempraktikkannya di luar kelas. Kesannya
mereka semakin 'maju' mengamalkan seks bebas kerana masyarakat barat
sememangnya tidak bermoral dan menyanjung tinggi kebebasan
bertingkahlaku. Satu kajian terbaru yang diadakan di UK mendedahkan
kehamilan dikalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat
aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks [LifeSiteNews.com 15
Mac 2004].

Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita? Mungkin jika kita juga
ghairah hendak mengikut barat. Mungkinkah vcd lucah yang sebelum ini
dianggap 'sampah' akan menjadi 'buku teks dan rujukan'? Pelakon-pelakon
adegan ranjang akan lebih dikenali di kalangan pelajar berbanding para
ilmuwan, ulamak dan pemimpin?. Jikalau pelajaran seks yang dilaksanakan
di barat itu berjaya mengubah kehidupan seks mereka, pastinya ia boleh
dijadikan model perlaksanaan di Malaysia. Namun, hakikatnya semakin
diajar semakin melampau. Tidakkah di Malaysia juga akan terjadi perkara
yang sama? Contoh lain, di sebuah negara jiran ketika kempen seks selamat
menggunakan kondom diperkenalkan, industri kondom menjadi semakin
maju. Jika pelajaran seks diperkenalkan di Malaysia, kemungkinan besar
kelas-kelas tuisyen seks akan mendapat sambutan yang hebat. Sambutan
pastinya akan lebih menggalakkan jika teknik pengajaran dipelbagaikan dan
akan berlaku persaingan. Sudah tentu pada waktu itu kelas tuisyen juga
ibarat kondom. Bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.

Persoalannya, adakah pendidikan seks yang bakal diketengahkan dianggap


penyelesaian menyeluruh masalah seksual? Adakah gejala sosial dikalangan
remaja sekarang disebabkan oleh ketidaktahuan mereka tentang seks atau
mungkin ‘terlebih tahu’? 

Allah menciptakan manusia dan sekaligus peraturan bagi menjawab segala


persoalan manusia. Bahkan Islam muncul untuk memberikan cara
penyelesaian dan cara pemenuhan yang benar termasuklah dalam hal
pemenuhan naluri seksual (gharizah an-nau’). Islam mengatur bagaimana
bentuk hubungan lelaki dan wanita yang dibolehkan, iaitu melalui
pernikahan. Islam juga menutup dan menghapuskan semua unsur dan
peluang yang boleh merangsang naluri ke arah kebebasan seksual. Islam
melarang lelaki dan wanita berinteraksi secara bebas kecuali di dalam hal-
hal yang dibolehkan oleh syara’. Bercampur-aduk antara lelaki dan
perempuan ( ikhtilat) adalah termasuk perkara yang diharamkan oleh Islam.
Hubungan lelaki dan wanita hanya terbatas kepada yang melibatkan hal-hal
jual-beli, pendidikan, pengadilan, kesihatan dan bentuk interaksi lain yang
memerlukan tolong-menolong antara kedua belah pihak. Sungguhpun
interaksi-interaksi tersebut dibenarkan, ianya tetap tertakluk kepada batas-
batasan yang ketat. Daripada cara berpakaian yang menutup aurat sehingga
larangan tabarruj (berhias berlebihan di tempat awam) yang boleh
merangsang kehendak lawan jenis.

Kedua-dua dalil di atas dengan jelas membuktikan bahawa terdapat


larangan melakukan tabarruj di dalam Islam. Oleh kerana itu, tabarruj
adalah haram. Seterusnya ia menerangkan kepada kita bahawa setiap
wanita yang menghias diri dengan pakaian yang tidak lazim, yang akan
memancing pandangan kaum lelaki dan memperlihatkan kecantikan wanita,
adalah termasuk apa yang dikatakan tabarruj.

Islam melarang wanita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.


Betapa indahnya Islam, dalam hal pemenuhan naluri seksual juga ada
bimbingan wahyu. Sesiapa yang didapati melanggar aturan-aturan tersebut
akan diberikan hukuman secara tegas dalam Islam. Bagi penzina ghairu
muhshan(yang belum menikah), hukumannya adalah dirotan sebanyak 100
kali. Sementara bagi penzina muhshan(yang sudah menikah) direjam
sampai mati. Bagi kesalahan liwat ( homoseksual), hukumannya adalah
dibunuh tanpa mengambilkira samada ia sudah menikah atau belum.
Islam datang dan memberi penyelesaian kepada pemenuhan naluri seksual
manusia, maka apakah yang mendorong manusia untuk merogol, meliwat,
melakukan sumbang mahram, terlibat homoseks, lesbian, dan pelbagai
masalah seksual lainnya? Apakah yang mendorong seseorang yang
dahulunya; menutup aurat kemudian terpengaruh lalu mendedahkan aurat,
menjaga pergaulan lalu bebas bergaul tanpa batasan? menjauhi filem
pornografi bertukar menjadi fanatik filem erotik dan majalah lucah? Apakah
yang menjadikannya berubah? Hampir dapat dipastikan bahawa
pemikirannyalah yang sudah berubah. Hal ini akan berlaku apabila
pemikiran lama sememangnya lemah atau pemikiran baru kuat mengasak,
ataupun gabungan kedua-duanya sekali. Inilah kesan serangan Kapitalis
yang sentiasa mencari peluang merosakkan pemikiran dan menjauhkan
Islam dari kehidupan penganutnya. Kehidupan masyarakat secara umum
telah banyak dipengaruhi oleh teori ‘bapak’ Kapitalis (Adam Smith) iaitu
‘Survival of the Fittest’, atau yang senada dengannya seperti ‘Live life to the
fullest’, ‘Life is enjoyment’ dan lain-lain.

Ahli falsafah Barat Sigmud Freud menyatakan libido (sex) adalah pendorong
aktiviti manusia, maka media dan hiburan sangat menekankan hal ini
sebagai daya tarikan, tanpa memperhitungkan bahaya yang ditimbulkan.
Inilah yang jelas dapat dilihat dimana membanjirnya vcd lucah, kegilaan
terhadap filem-filem erotik Hindustan, Barat. Ditambah keengganan umat
Islam untuk berfikir panjang (masa depan pesalah, mangsa, maruah
keluarga, azab dan hisab serta akhirat). Walaupun tidak dinafikan
sesetengah penjenayah seksual mengetahui dan mempercayai akhirat,
namun mereka terpengaruh cara berfikir sekularistik atau pragmatik
sehingga enggan berfikir panjang. Makanya mereka tidak nampak hubungan
antara akhirat dan amalan sehari-hari. Hal ini diburukkan lagi dengan
hukuman duniawi yang di’capitalised’kan (hanya dipenjara atau bayar
denda) dan tidak terlalu menggerunkan. Akan tetapi perlaksanaan hukuman
mengikut syariat Islam jika dilandasi dengan ketakwaan kepada Allah secara
pasti akan menekan bilangan jenayah dan masalah seksual. Dan hukuman
siapakah yang lebih baik dari hukuman Sang Pencipta? Secara garis besar,
pemikiran Kapitalislah berperanan memesongkan masyarakat dari pemikiran
dan perilaku Islam. Ianya sengaja diadakan oleh Barat yang justeru
menciptakan keresahan jiwa dan membakar hawa nafsu dan kemudian
terjebak-dimana manusia melakukan keroskan tanpa segan silu.

Kegagalan sistem Kapitalisma dalam menyelesaikan masalah seksual


(seperti yang termaktub di atas) seharusnya membuatkan umat Islam
bertindak segera untuk tidak mengambil hukum dengan merujuk kepada
barat serta menghancurkan serangan pemikiran kapitalistik dan sekularistik
yang hanya menimbulkan kerosakan kehidupan manusia.
Pendidikan seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan
menyelesaikan masalah utama/pokok. Penyelesaian masalah seksual mesti
melibatkan tiga pihak iaitu individu, kelompok dakwah dan pemerintah.
Ketiga-tiga pihak mestilah menekankan kepada menguatkan pemikiran dan
pelaksanaan hukum Islam serta mewaspadai dan menolak pemikiran selain
Islam terutama Kapitalisma dengan segala bentuknya dan ini InsyaAllah
akan segera terlaksana dibawah naungan Khilafah Islam. Marilah kita bahu-
membahu dalam rangka mengembalikan semula kehidupan Islam yang
mulia di bawah payung kesatuan umat Khilafah Minhaj ala
Nubbuwwah...Wallahu’alam.

Guru Di Malaysia Belum Sedia Ajar Pendidikan Seks


KUALA LUMPUR: Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan
pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek
itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP),
Lok Yim Pheng.

Katanya, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk


menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan
guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan
tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa guru-guru takut mereka mungkin di
saman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan
seks kepada murid-murid.

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya
dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu
yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.

NUTP merupakan kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000
guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan. Lok berkata, kesatuan itu berharap
Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan
mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad
mengenainya.

Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah
menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.

Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di
Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin,
kebanyakannya pelajar.

Sementara itu, tinjauan Bernama di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru
menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan
kandungan kursus itu.

Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: " Saya menyokong penuh tetapi saya
tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih
ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah
wanita".

Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan
adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati
kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan
daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.

Sementara itu, M. Arumugam, 44, berkata, adalah lebih baik jika profesional dalam
bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada
pelajar.
"Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan
dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan
guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.

Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu
lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu
mengendalikan subjek yang kompleks itu.

"Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam
memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya. - BERNAMA

Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat


KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan
seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi
dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat


Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih
ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka
melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas
diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang
tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika
melakukan hubungan intim.

"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita
tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik
mungkin.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam
kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan
intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara
langsung menerusi TV3 malam ini.

Mengulas desakan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan rumah


perlindungan untuk bayi terbuang, Shahrizat menjelaskan, kementeriannya tidak
bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menurutnya, jika rumah perlindungan itu diwujudkan, ia seakan memberi isyarat


negatif kepada masyarakat selain bimbang langkah tersebut akan disalah tafsir.

"Apa pun, jika ada berlaku 'sesuatu', ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh beritahu
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengambil anak itu dan
memastikan mereka selamat dan terbela kerana kita ada rumah kanak-kanak dan
institusi tertentu.

"Sebagai kerajaan prihatin, kita juga membelanjakan jutaan ringgit untuk


membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat amal dalam perkara
ini. Pergilah jumpa mereka untuk minta bantuan atau jumpa saja Ketua Wanita
UMNO setiap cawangan dan mereka akan bantu melalui Skuad Sayang," katanya.

Sementara itu, Shahrizat memberitahu, setakat ini sebanyak 12 kes pembuangan


bayi diterima kementeriannya dengan separuh daripada bayi tersebut meninggal
dunia sebelum sempat diselamatkan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menyuarakan pendapat


bahawa pendidikan seks di sekolah adalah belum sesuai pada masannya lagi
kerana guru-guru di Malaysia belum bersedia dan cukup terlatih untuk
mengajarnya di sekolah.Kesatuan tersebut meminta Kementerian Pelajaran untuk
menangguhkannya.
Persoalannya di sini,wajarkah pendidikan seks diajar di sekolah di negara Malaysia
ini?
Baiklah,persoalan ini timbul kerana majoriti rakyat di Malaysia ini adalah umat
Islam dan Malaysia pula negara yang mempunyai rakyat yang bersifat ketimuran.
Pendidikan seks ini mula dicadangkan untuk diajar oleh kerajaan semenjak
awal dekad ini setelah berlakunya banyak kes-kes anak luar nikah,ibu muda,rogol
dan sebagainya yang berkaitan dengan seks.Kononnya,pendidikan ini diambil
daripada model pendidikan yang telah dilksanakan oleh negara-negara luar yang
maju seperti Amerika Syarikat.Pendidikan ini kononnya dapat mengurangkan kes-
kes yang telah disebutkan kerana modul pendidikan adalah bersifat pendedahan
dan pengajaran.
Tetapi,bukankah menghairankan,rakyat Amerika Syarikat iaitu daripada
golongan awal belasan tahun yang telah diajar pendidikan seks,tetapi kita semua
tahu bagaimana budaya sosial mereka?Maksudnya yang lebih jelas di sini,kita boleh
lihat melalui drama-drama dan filem-filem daripada Amerika Syarikat yang banyak
menerapkan unsur-unsur zina atau dengan kata lain budaya hidup seks luar nikah
yang halal dalam kalangan rakyat mereka yang bukan
Islam.Persoalannya,berkesankah pendidikan seks di negara-negara luar itu?
Mungkin pendidikan seks yang bakal diajarkan di Malaysia ini berbeza,selain
daripada pendedahan,moral dan sebagainya juga akan diajarkan,tetapi bolehkah
membendung maksiat di Malaysia ini?Dibandingkan dengan zaman dahulu,zaman
era pramerdeka,pendidikan seks tidak diajar tetapi kes maksiat tidaklah sama
serius dengan zaman ini.Kerajaan perlu melihat masalah ini pada aspek sosial yang
berubah mengikut zaman dan bukannya mengikut cara untuk mengekang masalah
dengan malar.
Bukankah lebih pendidikan seks ini perlu diterapkan dalam subjek-subjek
yang lebih sesuai seperti subjek Sains,Pendidikan Islam(untuk yang Islam) dan
Pendidikan Moral.Dalam subjek Sains,penerangan mengenai fitrah manusia boleh
diterangkan dengan baik,manakala dalam subjek Pendidikan Islam pula,didikan
mengenai hukum-hakam haramnya maksiat dalam Islam amat perlu untuk
membendung remaja Islam daripada terlibat dalam kancah maksiat zina ini.
Kesimpulannya di sini,pada pandangan saya,sia-sia sahaja pendidikan seks
ini jika pendidikan ini dijadikan sa;ah satu subjek(walaupun tambahan,tak masuk
periksa),hal ini kerana hasilnya belum tentu berjaya malah merugikan masa dan
tenaga.Apa yang lebih penting ialah pendidikan moral dan khususnya pendidikan
agama Islam yang luhur dan bukannua Islam Hadhari yang perlu di ajar untuk
membentuk sahsiah,akhlak dan rohani remaja Islam dan rakyat Islam di Malaysia.

Dalam pengalaman saya,saya ada seorang kawan yang bukan Islam,dia


telah memberitahu saya bahawa ibu bapanya menyuruh dia menyediakan kondom
dalam wallet(beg duit laki2 la),bertujuan nuntuk mengelakkan "kemalangan" jika
dia melakukan hubungan seks dengan pasangannya.Itu adalah pendidikan seks
oleh ibu bapa dia,yang bukannya beragama Islam.Apa yang saya ingin kontrakan
ialah,pendidikan seks ini perlulah disertakan dengan agama supaya tidak
menjadikan murid-murid sesat.Hal ini kerana terdapat bezanya yang beragama
Islam dengan yang bukan beragama Islam.

Istilah ‘seks’ dalam Kamus Dewan bererti – sifat-sifat yang membezakan


laki-laki dan perempuan, jantina dan keinginan syahwat. Manakala ‘seksualiti’ pula-
sifat tabii atau dorongan seks; dan ‘seksual’ – berkenaan seks; persetubuhan
antara lelaki – perempuan.
 
            Oleh itu, jelas konotasi istilah ini sudah membawa gambaran dalam minda
remaja dan masyarakat tentang pendidikan seks adalah topik-topik berkait fantasi,
libido, teknik seks anal-oral, praktis seks selamat, posisi ‘intercourse’ dan
sebagainya.
 
            Adakah hal ini selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
menitikberatkan aspek moral dan akhlak? Ini kerana, pendidikan seks pernah
diusahakan di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
Hakikatnya, ia tidak menolong dalam mengurangkan kegawatan moral yang berkait
rapat dengan aktiviti seksual remaja.
 
Kita perlu mengkaji, adakah pendidikan ini bertujuan mengekang remaja
terjebak daripada amalan seks bebas atau mengekang remaja wanita daripada
hamil tanpa kahwin, atau mengelakkan kejadian buang bayi yang berleluasa? Ini
kerana, setiap persoalan itu menuntut kepada kaedah pelaksanaan yang berlainan
pula.
 
Menurut kajian Stodghill (1998), Alan Guttmacher Institute (2001) dan Voss
& Kogan (2001) di Amerika Syarikat, telah menunjukkan bahawa remaja lelaki
melakukan hubungan seks ketika berusia 16 tahun dan remaja wanita 17 tahun.
 
            Perangkaan ini, menurut pengkaji itu, hampir sama dengan negara maju
lain yang menyebabkan peningkatan kewujudan ‘ibu tunggal’ (takrif Barat – remaja
hamil sebelum kahwin) saban tahun. Mereka biasanya tidak menggunakan kaedah
pencegah kehamilan.
 
Ekoran itu, pendidikan seks diperkenalkan di beberapa buah sekolah tinggi.
Tapi, ada kritikan juga mengenainya. Iaitu, walaupun pendidikan seks semakin
dikembangkan, aktiviti seksual remaja Barat tetap meningkat.
 
Akhirnya, segolongan pakar berpendapat bahawa pendidikan seks cuma
bertujuan memastikan agar remaja mengetahui dan memahami asas-asas untuk
memelihara diri dari hamil dan mengelak dari jangkitan kelamin seperti Aids, siplis
dan sebagainya dan bukan mengelakkan mereka dari melakukan seks bebas.
 
Menurut Kajian Hubungan Seks Sejagat-Aspek Golongan Muda pada tahun
1999, remaja Malaysia secara purata melakukan seks 72 kali setahun. Kajian itu
membabitkan 4,800 remaja dalam lingkungan 16 – 21 tahun bagi mengenal pasti
tabiat seks mereka.
 
Di Malaysia, menurut kajian itu juga, kira-kira 49 peratus remaja tidak
mengguna kondom sebagai alat pencegahan ketika kali pertama mengadakan
hubungan seks. Tetapi, kajian itu tidak menjelaskan kenapa mereka tidak
menggunakannya.
 
Walhal, alat pencegah kehamilan terjual di kaunter secara terbuka di kedai-
kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7–11 dan lain-lain. Dalam era teknologi
maklumat & ilmu yang berkembang, adalah mustahil ramai remaja yang tidak tahu
bahawa alat pencegahan itu amat sesuai menyelamatkan mereka daripada HIV dan
kehamilan tanpa dirancang.
 
Dalam konteks negara kita, mungkin apa yang lebih diperlukan ialah ‘klinik
seks’ di mana guru kaunseling diberi latihan, kursus dan bimbingan khusus bagi
menyelesaikan permasalahan seksual membabitkan pelajar bermasalah yang
terpencil saja dan bukannya pendidikan seks secara terbuka dan umum pula.
 
Ini kerana tidak semua hal ehwal seksualiti mesti diajar kepada semua.
Mungkin hanya segelintir yang memerlukan ketika tiba waktunya. Ada ilmu yang
bersifat eksklusif dan ada ilmu diajar pada ketika murid bersedia. Seperti ungkapan
hikmah, ‘apabila murid bersedia, guru akan tiba.’ Justeru, adalah rugi jika guru tiba
sebelum murid bersedia.
 
Oleh itu, kita berharap supaya ‘Garis Panduan Pendidikan Seksualiti
Kebangsaan’ yang dibentang di Kabinet dapat juga didedah kepada masyarakat
supaya dibincangkan bersama secara terbuka.
 
            Seks adalah perlakuan yang berkaitan dengan ketagihan umpama tabiat
merokok. Adakah ketagihan dapat dirawat melalui pendidikan dan kempen sahaja?
Ia memerlukan azam sokongan moral dan usaha mewujudkan suasana yang lebih
sihat di sekolah.
 
Akhirnya, kita haruslah memikirkan kembali - adakah kedudukan pendidikan
seks ini wajar dijadikan ‘pendidikan rasmi’ atau ‘pendidikan bukan rasmi’ di
sekolah?

Pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas iaitu
system pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR)dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai kelayakan
memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa. Walaupun
keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum
dimuktamadkan lagi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi telah
menyatakan pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini sedikit sebanyak
mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa depan anak-anak mereka,
khususnya dalam soal penempatan di sekolah berasrama penuh dan Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM). Ketika ini masih banyak persoalan mengenai kebaikan
dan keburukan pemansuhan UPSR dan PMR. Secara amnya, pemansuhan UPSR dan
PMR bukan sahaja memberi kebaikan kepada kita, tetapi juga meninggalkan kesan
buruk dalam kalangan pelajar.

Pemansuhan UPSR dan PMRmemberi kebaikan kepada negara dengan


menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri
Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk
menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini
menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan
tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen
yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita
sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan
kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara.
Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau
kadar pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan
lagi. Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan
pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR .

Hal berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban


pelajar dan guru sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan inimembolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini
demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan
pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR
dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas tahun
sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban pelajar untuk
menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan.
Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan.
Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak
diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi
persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu
mengurangkan beban pelajar dan guru.

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMRdapat menggalakkan


penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan
sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan ini,
pelajar bolehmenggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan
kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun
permainan. Pertandingan lari berganti-ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainya
turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran
para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke
peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbezadengan
dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di
kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang
meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnya bahawa pemansuhan UPSR dan
PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri
mereka dalam kegiatan kokurikulum.

UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepada kita, malah
turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR dan PMR akan
mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki
peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun. Oleh itu,
pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki
peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh
berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat
pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalam UPSR di peringkat sekolah
rendahsebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah.
Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaikpulihkan pada peperiksaan kali
kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan
berkeyakinan tinggi untuk menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua
peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan
dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar dalam peperiksaan amat penting untuk
menjamin peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Selain itu, pemansuhan UPSRdan PMR turut menjejaskan penilaian


terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini
demikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan yang
standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu
menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai
perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-
olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan
pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai
keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap
pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah
menengah lagi. PMR pula juga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran
yang bakal diambil oleh pelajar sebelum mereka memasuki tingkatan empat dan
lima di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya,
peperiksaan awam UPSR dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan
pretasi pelajar yang standart.
Pemansuhan UPSR dan PMR jugamenghilangkan budaya saling bersaing di
sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaing penting
dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling
bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman
yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan
hal ini turut menjadi alternatiflain untuk memberi dorongan kepada pelajar lain
supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan
bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa
peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang
diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan
meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai
kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing
antara satu sama lain. Tegasnya, pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan
supaya mengekalkan budaya saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM
nanti.

Tindakan memansuhkan UPSR dan PMR boleh menyumbangkan kepada


peningkatan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar khususnya pelajar
sekolah rendah. Hal ini demikian, kerana pelajar menganggap bahawa kehadiran ke
sekolah seolah-olah sia-sia dan membuang masa serta boleh diabaikan tanpa
perlunya pemikiran dan alasan yang berpatutan. Ketiadaan peperiksaan UPSR dan
PMR boleh menjadi alasan bagi pelajar yang ponteng sekolah. Bagi pelajar sekolah
rendah yang semangat hadir ke sekolah, pasti suatu hari nanti mereka akan terasa
sesak dan seolah-olah belajar tanpa tujuan. Maka, tidak hairanlah apabila mereka
lebih mengutamakan perkara lain seperti menghadiri kenduri , mengunjungi pusat
beli belah dan seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan
UPSR dan PMR. Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya
diuji dalam ujian bulanan biasa sahaja sebaliknya bukan lagi penting untuk
kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR sekiranya
kedua-dua peperiksaan awam itu dimansuhkan. Kesannya, pelajar tidak
mementingkan kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan terhadap
perkara lain. Oleh itu, jelasnya pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan
gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya


meninggalkankesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat khususnya dalam
kalangan pelajar.Walaubagaimanapun, keputusan memansuhkan atau
mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi. Sebagai ibu
bapa, kita memerlukan keputusan terbaik diambil oleh kerajaan dalam situasi
menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid. Sudah pasti
ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR dimansuhkan.
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga
Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM
Ke - 10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem pentaksiran berasaskan
sekolah bagi mengganti sistem peperiksaan adalah antara pendekatan yang
mungkin diambil bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Oleh itu, kita
mengharap sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk
melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi.
Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/07/08
Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam 

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan


Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri
tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit. 

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan,
keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup
`periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang
menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan
mereka yang tidak mencukupi.

Seorang perunding pendidikan yang terbabit dalam rangkaian perniagaan


menyediakan khidmat tutor dan menguruskan pendaftaran lesen bagi pusat
tuisyen, mengakui kebimbangan memang ketara sedang melanda industri berkaitan
berikutan cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR serta PMR.

Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling
berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan
memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku
ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas. 

Bagaimana pula dengan timbunan stok buku ulang kaji UPSR dan PMR yang sedia
ada dalam pasaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan serta-merta atau dalam
waktu terdekat? 

Justeru, kami selaku penggiat dalam sektor industri ini amat berharap supaya
semua pihak yang menyertai perbincangan meja bulat diadakan Kementerian
Pelajaran tidak lama lagi, akan meneliti dan menimbang secara mendalam dari
setiap aspek sebelum menetapkan sebarang keputusan muktamad, kata perunding
itu yang enggan namanya didedahkan. 

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata
Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi
membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam
sepanjang 11 tahun persekolahan. 
Berikutan itu, kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27
Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan
dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan. 
Laporan akhbar Oktober lalu memetik Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran
sebagai berkata, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487
pusat tuisyen berdaftar pada 2008. 

Seterusnya, perunding itu mendakwa, ramai ibu bapa yang berjumpa dengannya
turut membantah cadangan berkenaan kerana menyifatkan dua peperiksaan awam
terbabit secara tidak langsung berperanan mendidik sikap anak mereka untuk lebih
berdisiplin dan bekerja keras dalam pembelajaran demi mencapai kecemerlangan. 

Tambahan pula, sistem pendidikan negara sudah terbukti berjaya melahirkan ramai
pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi selama ini, malah sebilangan
daripadanya sudah pun menjadi tokoh atau pemimpin disegani dalam sektor
masing-masing, katanya. 

Anda mungkin juga menyukai