Anda di halaman 1dari 30

BAB 4

SUMBANGAN SERTA CABARAN YANG DIHADAPI PUSAT ASASI SAINS

UNIVERSITI MALAYA

4.0 Pengenalan

Sejak bermulanya pembinaan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pada tahun 1977,

institusi ini sudah mula dikenalpasti sebagai salah sebuah pusat asasi sains yang sangat

berpotensi serta turut memberikan beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan di

Malaysia. PASUM yang merupakan pusat asasi sains yang pertama di Malaysia telah

melahirkan beberapa tokoh-tokoh ilmuwan yang sangat disegani pada masa kini. Malah,

pengasas kepada PASUM sendiri iaitu Profesor Diraja Ungku Aziz adalah antara tokoh

yang sering disebut-sebut kerana sangat berkait rapat dengan nama PASUM. Fokus

utama penubuhan PASUM sendiri adalah untuk meramaikan serta meningkatkan jumlah

pelajar Bumiputera dalam mempelajari bidang sains dan matematik. Hal ini kerana,

kekurangan kuota pelajar Bumiputera yang dialami oleh Universiti Malaya sendiri pada

tahun-tahun tersebut iaitu 1977 sehingga 2008 menimbulkan suatu titik kerisauan dalam

kalangan ahli pendidik yang cakna akan masalah ini. Galakan demi galakan diberi

daripada golongan pendidik untuk menarik minat para pelajar Bumiputera di Malaysia

supaya minat terhadap ilmu sains dan matematik. Dalam erti kata lainnya disini adalah,

anak Bumiputera haruslah menunjukkan rasa cinta terhadap ilmu pengetahuan namun

fokus kepada ilmu sains dan matematik yang semakin hari menjadi sebutan dalam

kalangan golongan cendakiawan.

Di samping itu, pengenalan kepada ilmu sains dan matematik melalui Pusat Asasi

Sains Universiti Malaya ini juga dipercayai dapat membentuk anak-anak Melayu supaya

masa depan mereka lebih terjamin. Suka ditekankan disini bahawa ini bukan bermakna

bahawa bidang selain sains dan matematik tidak menjamin masa hadapan pelajar

69
bumiputera, namun disebabkan oleh kekurangan kuota yang harus dipenuhi di beberapa

institusi-institusi utama di Malaysia khususnya Universiti Malaya menyebabkan

beberapa pihak mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam memberikan galakan

pada pelajar Bumiputera.

Pengenalan beberapa bidang yang baharu yang telah dilakukan oleh PASUM dalam

berusaha untuk meningkatkan jumlah kuota pelajar Bumiputera bagi ditempatkan di

fakulti-fakulti perubatan dan juga sains. Pelajar-pelajar yang diterima masuk oleh pusat

asasi ini telah ditapis dengan sebaik yang mungkin bagi membolehkan peluang

diberikan sama rata kepada semua golongan. Namun begitu, keutamaan diberikan khas

kepada mereka yang berasal daripada luar bandar dalam negeri di Malaysia yang

merupakan faktor utama pengambilan calon untuk dimasukkan ke PASUM. Selain itu,

merit akademik calon juga amat dititik beratkan oleh PASUM dalam niat untuk

memastikan pelajar ini sentiasa aktif dalam bidang lain selain daripada akademik. Hal

ini berubah apabila pengambilan pelajar-pelajar daripada luar bandar tidak lagi menjadi

faktor utama untuk melayakkan seseorang itu diterima masuk ke PASUM. Perkara ini

disebabkan oleh sistem meritokrasi yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang

ingin mengamalkan hak yang sama rata. Ertinya, jika sebelum ini fokus pada pelajar

yang berasal daripada luar bandar, namun sejak pengenalan sistem ini, kesemua pelajar

di Malaysia tidak kira mereka yang berada di luar bandar mahupun bandar akan

berpotensi untuk diserap masuk ke PASUM atas faktor pencapaian akademik yang

sangat memberangsangkan di peringkat sekolah.

PASUM yang telah menjadi semakin melonjak naik atas sumbangan yang diberikan

telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik tahun demi tahun. Pengenalan kepada

beberapa bidang ilmu yang lain selain daripada sains dan matematik seperti Akademi

Pengajian Islam (API) dan juga alam bina telah menunjukkan bahawa PASUM saban

tahun mencipta inovasi yang luar biasa. Program pra universiti yang dibawa oleh

70
PASUM ini membuka ruang pada anak-anak tempaatan khususnya Bumiputera untuk

melibatkan diri dalam beberapa program yang lainnya juga. Program pengajian di

PASUM ini ternyata mampu untuk dijadikan sebagai salah sebuah kebanggaan dan turut

mendapat pengiktirafan antarabangsa.1 Jelas ditunjukkan disini bahawa PASUM

sentiasa berusaha untuk mendapatkan kepercayaan daripada golongan Bumiputera

terutamanya supaya percambahan ilmu sains dan matematik dapat diketengahkan

sentiasa.

Di dalam bab 4 ini, akan memfokuskan kepada sumbangan yang telah diberikan

oleh pihak PASUM bukan sahaja terhadap Universiti Malaya, malah di beberapa

institusi-institusi yang lain juga. Dalam masa yang sama, di dalam bab ini juga akan

merangkumi beberapa cabaran utama yang telah dihadapi oleh PASUM selaras dengan

pembangunan mereka selama 30 tahun. Sumbangan PASUM jelas dapat dilihat apabila

ianya dapat mencapai matlamat tahun demi tahun. Hal ini dapat dilihat apabila

peningkatan pelajar Bumiputera yang dicatatkan oleh PASUM di dalam rekod

pengambilan pelajar menunjukkan perubahan yang sangat positif. Pengambilan pelajar

daripada seluruh pelosok negeri di Malaysia ini memberikan gambaran bahawa

PASUM sentiasa dipercayai dan dikenali dengan kejayaan dan pencapaiannya. Malah

hal ini sentiasa dapat digembar-gemburkan kerana sebilangan pelajar lepasan SPM

dilihat tidak sabar untuk menyambung pengajian mereka ke PASUM kerana peluang

pendidikan yang diberikan oleh PASUM sendiri. Terdapat juga beberapa pelajar yang

bukan Bumiputera yang menginginkan peluang belajar di PASUM sungguhpun kuota

pengambilan itu fokus pada golongan Bumiputera. Selain itu, sumbangan PASUM juga

adalah kepada fakulti-fakulti yang mengutamakan kuota bumiputera terutamanya seperti

Fakulti Sains, Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan dan juga Sains Komputer. Turut

memperlihatkan sumbangan yang telah diberikan oleh tenaga pengajar PASUM selama

mereka berkhidmat di pusat asasi tersebut. Penerbitan beberapa bahan akademik yang
1
Yong Zulina Zubairi, “Menjelang Tiga Puluh Tahun Penubuhan PASUM”, Budiman, Jil.8, No.1, 2006, hlm.14-15

71
telah digunakan bukan sahaja para pelajar di pusat asasi, malah di matrikulasi dan juga

kolej-kolej di negara ini.

Jika sudah membangun sudah pasti akan datangnya beberapa masalah dan juga

cabaran yang berkemungkinan menghalang pembentukan misi dan visi yang diusul agar

terus dilaksana untuk masa hadapan. PASUM tidak ketinggalan dalam menghadapi

cabaran yang dikatakan menjadi tunjang kepada goyahnya pentadbiran mereka. Namun,

cabaran yang mendatang ini diambil dan dihadapi sebagai salah sebuah penguat untuk

terus maju menuju Wawasan 2030.

4.1 Penerusan Pengajian Untuk Lulusan PASUM.

Semasa di awal penubuhan PASUM lagi, antara matlamat utamanya adalah untuk

meramaikan bilangan pelajar bumiputera ke fakulti-fakulti yang berkaitan seperti

Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan juga

Fakulti Sains Komputer. Matlamat ini diperkenalkan oleh PASUM disebabkan oleh

kekangan yang dihadapi oleh Universiti Malaya dalam meramaikan pelajar bumiputera

di fakulti-fakulti berkenaan. Masalah ini dilihat terus membelenggu apabila kuota yang

dibuka oleh Universiti Malaya tidak dapat diisi dengan penuh dalam kalangan pelajar

Bumiputera. Namun begitu, penubuhan PASUM dilihat menjadi tunjang pada

penyelesaian masalah ini apabila akhirnya kuota tersebut dapat diisi dan menunjukkan

peningkatan setiap tahun.

Malahan, terdapat juga beberapa tahun pengajian yang mana Universiti Malaya

memperuntukkan kemasukkan pelajar ke fakulti-fakulti sains ini dilihat penuh. Yang

mana, kuota pengambilan pelajar bumiputera mendapat sambutan yang sangat baik.

Disebabkan hal ini, terdapat juga sebilangan pelajar lepasan PASUM ini yang diberi

laluan untuk memohon pada universiti-universiti awam yang lain. Universiti-universiti

72
tersebut juga dikatakan sangat memerlukan jumlah pelajar bumiputera yang ramai.

Antara institusi tersebut adalah seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan juga Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dari sudut pandang ilmuwan, di sini jelas menunjukkan bahawa pelajar lepasan

PASUM ini sangat diperlukan bukan sahaja oleh Universiti Malaya tetapi daripada

institusi pengajian yang lainnya juga. Tindakan PASUM dalam menyalurkan

pelajar-pelajar mereka ke UM dan juga universiti yang lain ini adalah antara sumbangan

PASUM yang amat besar dalam bidang pendidikan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa tahun pengambilan pelajar yang sangat

diperlukan oleh Universiti Malaya khususnya tidak dapat dipenuhi oleh PASUM. Hal

ini terjadi disebabkan oleh segelintir masyarakat Bumiputera yang terdedah dengan

fahaman bahawa pembelajaran yang memfokuskan kepada ilmu sains dan matematik ini

terutamanya sangat susah untuk dibawa dan dipelajari dengan lebih mendalam lagi.

Tambahan pula, kerisauan sesetengah masyarakat bumiputera yang gusar jika mereka

menerima tawaran kemasukan ke PASUM, mereka khuatir tidak akan dapat

meneruskan pengajian kerana kesukaran untuk memahami beberapa subjek yang sering

popular dengan jolokan killer subject ini. Antara subjek-subjek tersebut adalah seperti

Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Perkara ini sering dimomokkan sejak zaman

sekolah lagi yang menyebabkan para pelajar lepasan SPM ini menjadi takut untuk

meneruskan pembelajaran mereka sungguhpun kebanyakan daripada mereka minat akan

jurusan sains dan matematik. Disebabkan hal inilah, PASUM tidak dapat mengimbangi

konsistensi mereka dalam menyalurkan beberapa pelajar lepasan mereka ke

fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya.

Hal ini dilihat tidak mematahkan semangat PASUM untuk sentiasa bangkit dalam

mengatasi masalah-masalah seperti ini. Beberapa pendekatan awal telah diambil oleh

PASUM sendiri untuk mendapatkan sokongan dan membina keyakinan para pelajar

73
lepasan SPM untuk menceburi bidang sains dan matematik. Sedikit sebanyak masalah

ini dilihat dapat diatasi kerana peratusan dan peningkatan jumlah pengambilan pelajar

untuk masuk ke PASUM semakin meningkat. Antara pendekatan yang diambil oleh

PASUM sendiri untuk memberikan galakan pada pelajar-pelajar lepasan SPM

terutamanya mereka yang terdiri daripada anak Bumiputera adalah seperti tawaran

tempat pembelajaran yang kondusif dan menepati keselesaan para pelajar, kemudahan

dan persekitaran universiti yang dapat memberikan persediaan serta membina jati diri

para pelajar yang sebelumnya hanya terdedah pada persekitaran persekolahan sahaja.

Salah satu sumbangan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) yang paling

terbesar dan terkesan dalam pembangunan pendidikan di Universiti Malaya adalah

dengan memenuhi kuota pelajar bumiputera yang sangat diperlukan setiap tahun. Hal

ini dilihat tidak dapat disangkal lagi kerana Universiti Malaya sendiri memperakui

penerimaan para pelajar lepasan PASUM menjelang pengambilan pelajar yang

dilakukan sejak tahun 1977 sehingga 2008. Malah, sumbangan PASUM ini juga

dikatakan meningkat saban tahun kerana setiap tahun, peruntukan pelajar bumiputera

yang diperlukan fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya meningkat. Disebabkan hal

ini, PASUM mencatatkan rekod yang amat baik dalam menjadi salah sebuah institusi

yang membantu untuk memenuhkan kuota pelajar bumiputera di fakulti-fakulti seperti

Fakulti Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan dan Sains.

Sungguhpun peristiwa penutupan PASUM pada 2001 dilihat menjadi suatu sejarah

yang amat pahit buat PASUM kerana pada ketika itu PASUM berada di ambang

penutupannya apabila kesemua kakitangan yang menjadi tunjang pembangunan

PASUM umpamanya telah diberhentikan kerja dan ada di antara mereka yang telah

disalurkan ke beberapa fakulti-fakulti lainnya di dalam Universiti Malaya sendiri.

Namun begitu, hal ini begitu cepat dan bijak ditanggani oleh beberapa individu yang

74
penting. Ini termasuklah Dato’ Dr. Jamil Maah2 sendiri serta Profesor Diraja Ungku

Aziz yang mana mereka ini adalah antara individu yang sangat sinonim dengan

PASUM sejak beberapa tahun belakangan lagi.

4.2 Promosi Program Asasi Sains Pada Pelajar Lepasan SPM.

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah melakukan pelbagai bentuk

sumbangan, ini termasuklah dengan memberikan pendedahan dan pengenalan pada

pelajar lepasan SPM tentang apa itu Program Asasi Sains khususnya pada pelajar yang

memiliki keputusan SPM yang memberangsangkan. Selain itu, keutamaan turut

diberikan juga pada pelajar yang mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah.

Sejak zaman dahulu lagi, PASUM telah mula mengadakan pelbagai usaha untuk

memberikan pendekatan dan menarik pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menyertai

pengajian yang ditawarkan oleh PASUM. Hal ini sudah menjadi kepastian bagi pihak

PASUM untuk memberikan tawaran yang baik terhadap para pelajar lepasan SPM ini

terutamanya mereka yang sangat berminat dalam mengikuti bidang pengajian sains dan

matematik. Sungguhpun, sistem meritokrasi menjadi pelaksanaan buat PASUM, namun

pengambilan pelajar bumiputera saban tahun tidak pernah berkurangan.

2
Menerusi temu bual bersama Dato’ Dr. Jamil Maah, beliau menyatakan bahawa disebabkan beliau
sangat memahami persekitaran Universiti Malaya, beliau bersungguh dalam mempertahankan Pusat Asasi
Sains Universiti Malaya semasa ianya diarahkan untuk ditutup pada tahun 2001 ekoran pengenalan
kepada program matrikulasi dibawah usaha kerajaan.

75
Gambar 4.1: Suasana Pendaftaran dan Minggu Haluan Siswa Pelajar Pusat Asasi
Sains Universiti Malaya (PASUM) sesi 2002/03.

Sumber: Majalah Gema Asas 03 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Kebanyakan roadshow yang ditawarkan PASUM kepada para pelajar lepasan SPM

ini adalah antara usaha PASUM untuk menjalankan kerjasama dengan Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT). Menurut Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya iaitu

Dato’ Dr. Jamil bin Maah, beliau menyatakan bahawa kebanyakan usaha untuk

menjalankan roadshow tersebut adalah apabila PASUM telah bersama-sama dengan

KPT di bawah program yang dikenali sebagai Jom Masuk U!3 Ternyata, hasil daripada

kerjasama yang dilakukan ini juga telah membuahkan hasil yang baik apabila melalui

3
Temu bual bersama Pengarah PASUM, Dato’ Dr. Jamil bin Maah.

76
pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pelajar lepasan SPM sangat berminat untuk

memohon supaya ditempatkan di PASUM. Hal ini juga sangat berkait rapat dengan

prestasi dan nama baik PASUM sepanjang tempoh pembangunan mereka. Bukan sahaja

pelajar, malahan dalam kalangan ibu bapa juga amat memandang tinggi terhadap

kedudukan PASUM yang merupakan antara institusi yang terbaik di negara ini. Dalam

masa yang sama, PASUM juga turut terlibat dalam program secara tahunan seperti

Program UM Edu. Carnival, Karnival Pendidikan dan Kerjaya, Jelajah Sentuhan Kasih,

Hari Terbuka dan juga program jemputan daripada pihak luar juga.4

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa karnival pendidikan yang telah disertai

oleh PASUM sejak beberapa tahun belakangan ini. Menurut temubual yang telah

dijalankan bersama dengan Saudara Muhammad Irsyad bin Zaini,5 beliau menyatakan

bahawa bahagian pemasaran Universiti Malaya saban tahun merangka karnival

pendidikan bagi memberikan pendedahan dan mempromosikan program-program di

pusat asasi tersebut kepada pelajar lepasan SPM. Sungguhpun karnival-karnival ini

tidak hanya fokus pada matlamat PASUM sahaja, namun begitu, penglibatan PASUM

dalam karnival pendidikan ini telah menjadi suatu pencapaian untuk menarik minat

pelajar lepasan SPM. Secara keseluruhan program-program ini turut melibatkan

program pendidikan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah serta

Kedoktoran Lanjutan.

Sungguhpun roadshow ini dijalankan pada setiap tahun, namun kemasukan ke

PASUM tidak hanya bergantung di sini. Hal ini kerana, banyak info lain seperti melalui

media sosial terutamanya adalah merupakan platform yang sangat berkesan dalam

menyampaikan maklumat mengenai institusi mereka. Bak kata pepatah, zaman kini

semuanya hanyalah di hujung jari sahaja. Maka tidak hairanlah, dengan penggunaan

4
Temu bual bersama Saudara Muhammad Irsyad bin Zaini pada 5 Jun 2020.
5
Saudara Muhammad Irsyad bin Zaini merupakan pelajar Universiti Malaya yang menuntut dalam kos
Linguistik Bahasa Inggeris di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Mula terlibat sebagai Pegawai Pemasaran,
Pusat Pemasaran dan Pengambilan Universiti Malaya sejak 2019.

77
media sosial sebagai suatu landasan untuk melakukan penghebahan mengenai PASUM

sudah tidak asing lagi. Pada era ini, PASUM juga tidak ketinggalan dalam membina

laman sesawang mereka sendiri untuk memberikan informasi yang berguna pada

pelajaran SPM supaya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai PASUM secara

dasarnya. Selain itu, PASUM juga turut mengadakan Karnival Lepasan PASUM.

Karnival ini telah dijalankan sejak beberapa tahun belakangan ini dan ianya adalah

membawa falsafah yang sama iaitu untuk memberikan galakan kepada para pelajar

lepasan SPM untuk masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Karnival Lepasan

PASUM ini adalah penglibatan daripada pelajar senior yang menuntut di PASUM

sendiri. Mereka ini akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan sebuah booth

yang memaparkan maklumat yang lengkap mengenai PASUM. Tambahan pula, mereka

juga telah dilatih supaya bersedia untuk menyampaikan informasi berguna kepada

pelajar lepasan SPM yang masih tidak tahu apakah itu PASUM.

Sementara itu, PASUM juga turut mengambil ikhtiar dalam menjalankan

program-program yang lainnya juga untuk memastikan pendedahan kepada para pelajar

SPM ini dapat diketengahkan. PASUM telah menjalankan juga program yang dikenali

sebagai Karnival Lepasan Sekolah yang dikhaskan untuk pelajar lepasan SPM, STPM

dan juga STAM.6 Karnival ini dilihat telah menjalinkan kerjasama antara PASUM dan

juga Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaya (PEMBINA). Selain daripada

memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar dalam kategori lepasan sekolah ini,

karnival ini juga turut memberikan tips untuk menghadiri temuduga dan biasiswa serta

memberikan pencerahan mengenai hala tuju selepas SPM. Hala tuju selepas SPM

adalah fasa yang sangat penting dalam membentuk masa hadapan para pelajar.

Tindakan ini perlu diberikan pemerhatian yang khusus kerana kebanyakan para pelajar

terutamanya mereka yang berada dalam aliran sains dan matematik adalah punca

6
SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
yang membolehkan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran selepas alam persekolahan.

78
kepada pencetus inovasi buat negara. Oleh itu, penting bagi masyarakat untuk

menyedari akan kepentingan karnival-karnival pendidikan seperti ini kerana ianya

sangat membantu dalam memberikan arah yang betul kepada para pelajar lepasan SPM

yang ingin meneruskan pengajian mereka ke peringkat seterusnya.

Setiap tahun program-program seperti ini dilihat sangat memberikan galakan

kepada para pelajar SPM di seluruh negeri kerana setiap tahun juga catatan bagi

pengambilan pelajar masuk ke PASUM semakin meningkat. Dapat dilihat disini bahawa

karnival-karnival pendidikan seperti ini adalah wajar untuk terus dilaksanakan atas

dasar memberikan galakan kepada para pelajar untuk lebih tahu mengenai PASUM.

Benar, zaman kini adalah merupakan zaman Information Technology (IT) dan teknologi

yang serba canggih, namun begitu kita juga harus tahu dalam mengenalpasti bahawa

kebanyakan maklumat di internet bukan semuanya boleh dipercayai. Hal ini kerana,

kemungkinan besar yang dirasakan patut ditakuti adalah informasi-informasi salah yang

disampaikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi jika

individu-individu tersebut menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai institusi

pendidikan terutamanya seperti Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

Dalam pada itu, kebanyakan karnival-karnival pendidikan seperti ini dijalankan di

beberapa kawasan tumpuan dan ianya turut meliputi di kawasan luar bandar juga.

Perkara ini sangat penting kerana, anak-anak luar bandar kebanyakan daripada mereka

memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang. Malahan, jika adanya karnival

pendidikan seperti yang dijalankan PASUM ini di kawasan luar bandar, dapat dilihat

bahawa sambutan amat menggalakkan. Memetik kata-kata Profesor Emeritus Tan Sri

Dr. Sahol Hamid Abu Bakar,7 beliau pernah menyatakan bahawa inisiatif program

Jelajah Pendidikan Bumiputera di kawasan luar bandar telah mencapai matlamat

7
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar merupakan bekas Naib Canselor Universiti
Teknologi MARA (UiTM) yang dilantik pada 1 Januari 2010. Pernah menerima anugerah Doktor
Kehormat Kejuruteraan Awam yang dianugerahkan daripada University of Stuttgart, Jerman. Beliau
adalah orang Asia pertama yang menerima anugerah tersebut.

79
Perdana Menteri yang mana sambutan dilihat sangat berkesan.8 Program Jelajah

Sentuhan Kasih @ JPT adalah sebuah ekspo pendidikan yang dianjurkan oleh Jabatan

Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memberikan fokus

terhadap pendedahan mengenai peluang-peluang melanjutkan pengisian di peringkat

lebih tinggi kepada pelajar dari golongan yang tinggal di kawasan pedalaman, orang asli,

kumpulan B40 dan atlet sukan.9 Program ini juga diadakan dengan membawa secara

langsung universiti-universiti awam di Malaysia ke kawasan pedalaman untuk bertemu

dengan pelajar dan seterusnya memberikan pendedahan mengenai hala tuju selepas

mereka menamatkan fasa persekolahan.10 Ini termasuklah penglibatan PASUM dalam

menyertai program ini untuk memberikan pendedahan pada pelajar lepasan SPM.

Justifikasinya, karnival-karnival pendidikan pada zaman kini sememangnya masih

wajar untuk dijalankan. Ini akan dapat memberikan laluan kepada para pelajar lepasan

SPM untuk lebih faham tentang sesuatu kursus yang ditawarkan itu. Pelajar SPM

umpamanya dapat mengetahui info mengenai PASUM kerana ada masanya beberapa

program ditutup buat sementara waktu dan sebagainya. Tambahan pula, maklumat yang

disampaikan melalui karnival adalah maklumat yang lengkap dan padat. Pelajar juga

dibolehkan untuk merujuk mereka yang lebih arif untuk bertanyakan soalan dan

pendapat mengenai institusi yang mereka minat untuk mereka meneruskan pengajian di

peringkat seterusnya. Karnival dan ekspo pendidikan ini dilihat pada hari ini semakin

mendapat perhatian ramai kerana pelajar lepasan SPM yang sangat berminat untuk

menyambung pengajian mereka ke peringkat yang seterusnya dalam mengejar impian

dan cita-cita masing-masing.

8
Misi Jelajah Pendidikan Bumiputera Bantu Pelajar Luar Bandar Berjaya,
https://www.suaraperak.com/misi-jelajah-pendidikan-bumiputera-bantu-pelajar-luar-bandar-berjaya/
(tarikh diakses 4 Jun 2020).
9
Temubual bersama Saudara Muhammad Irsyad bin Zaini pada 5 Jun 2020.
10
Ibid.

80
Gambar 4.2: Antara karnival dan ekspo pendidikan yang melibatkan PASUM.

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi.

4.3 Sumbangan Komitmen Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) juga tidak ketinggalan dalam

memiliki tenaga pengajar yang sangat berjiwa besar. Hal ini kerana, dalam kalangan

81
tenaga pengajar juga, mereka ini turut memberikan sumbangan yang sedikit banyak ada

perkaitannya dalam bidang keilmuan di Malaysia terutamanya daripada segi aliran sains

dan matematik. Rata-rata pensyarah di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ini

memberikan sumbangan dengan cara penulisan mereka. Pensyarah di sini menulis

buku-buku terutamanya yang sangat berkait rapat dengan bidang yang mereka ceburi

semasa mereka masih menuntut lagi.

Antara sumbangan yang sangat berkait rapat dan menjadi salah sebuah pencapaian

buat para warga pendidik di PASUM adalah penulisan buku buat para pelajar yang

mengikuti pengajian matrikulasi dan juga asasi di Malaysia. Pengarah Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya (PASUM) iaitu Dato’ Dr. Jamil bin Maah sendiri mempunyai

beberapa buah penulisan yang boleh dijadikan sebagai contoh dan rujukan buat para

pelajar dan pengkaji di negara ini. Dato’ Dr. Jamil bin Maah telah menulis sebanyak dua

buah buku dan empat buah artikel. Antara buku-buku hasil daripada penulisan beliau

adalah Organophosphorus Compounds (2019) dan Fate and Transport of Heavy Metals

in the Former Tin Mining Catchment (2013).11

Selain daripada itu, pensyarah di PASUM yang memberikan sumbangan yang besar

dalam bidang penulisan adalah seperti Dr. Hanita binti Omar. Beliau merupakan

pensyarah yang merangkumi bidang kimia di PASUM. Sungguhpun beliau merupakan

salah seorang tenaga pengajar di PASUM, namun penulisan beliau merangkumi pada

pembelajaran dan pengajaran di matrikulasi di negara ini. Hal ini kerana, salah sebuah

sumbangan beliau dalam bidang kimia adalah melalui penulisan dengan kerjasama

beberapa pakar dalam bidang kimia juga iaitu College Matriculation Chemistry 3000

Best Problem-Solving Strategies Semester I & II.12 Buku ini telah diterbitkan pada

tahun 2007. Dalam pada itu, pada tahun 2018, Dr. Hanita binti Omar meneruskan lagi

sumbangan beliau dalam dunia kimia iaitu dengan terbitnya sebuah buku berjudul

11
UM Expert, https://umexpert.um.edu.my/mjamil (tarikh diakses pada 4 Jun 2020).
12
UM Expert, https://umexpert.um.edu.my/hanita74.html (tarikh diakses pada 4 Jun 2020).

82
Pre-U Chemistry Questions and Answers Semester I & II.13 Selain itu, beliau juga turut

menerbitkan beberapa buku yang lain seperti College Matriculation Chemistry

Problem-Solving Strategies I & II (2009) dan yang terbaru adalah pada tahun 2019 yang

berjudul Comprehensive College Chemistry- Latest Syllabus.14 Kebanyakan sukatan

bagi buku-buku ini masih lagi digunakan dikebanyakan pusat asasi, matrikulasi dan

juga kolej-kolej yang berada di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa, ianya adalah

merupakan salah sebuah sumbangan yang amat besar kerana perkongsian ilmu melalui

bidang penulisan ini telah digunapakai di institusi yang lain juga.

Seterusnya, melalui cakupan fizik pula, beberapa nama profesor dan doktor yang

telah memberikan sumbangan mewakili Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

Salah seorang nama penting yang turut memberikan sumbangan dalam bentuk penulisan

buku akademik adalah Dr. Izlina binti Supa’at yang sangat komited dalam bidang fizik.

Beliau juga telah menulis bukan sahaja untuk rujukan para pelajar di pusat asasi malah

turut berguna buat rujukan pelajar dan juga mungkin bagi tenaga pengajar di institusi

pendidikan yang lainnya. Antara penulisan beliau adalah seperti Matriculation Physics

(Semester 2) pada tahun 2004.15 Kemudian pada tahun berikutnya pula, dua buah buku

telah dikeluarkan hasil penulisan beliau juga iaitu Pre-university Physics Volume I,

Volume II. Physics for Matriculation 2 dan College Matriculation Physics (Semester 2)

telah diterbitkan pada tahun 2006.16 Bukan ini sahaja penulisan yang telah

dikategorikan sebagai sumbangan oleh Dr. Izlina, hakikatnya, banyak lagi penulisan

dalam kategori seperti bab buku, artikel jurnal dan juga penglibatan beliau dalam

Persidangan Fizik Kebangsaan Palace of the Golden Horses pada tahun 2004.17 Ianya

13
UM Expert, https://umexpert.um.edu.my/hanita74.html (tarikh diakses pada 4 Jun 2020).
14
Ibid.
15
UM Expert, https://umexpert.um.edu.my/izlina.html (tarikh diakses pada 4 Jun 2020).
16
Ibid.
17
Persidangan Fizik Kebangsaan Palace of the Golden Horses telah diadakan di Universiti Sains
Malaysia (USM) pada 5 hingga 7 April 2004 dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dalam bidang fizik.

83
adalah salah sebuah sumbangan dan pencapaian yang boleh dikatakan sangat

berkait-rapat dengan bidang beliau.

Bagi bidang matematik pula, Dr. Shahizat bin Amir adalah nama pensyarah yang

tidak pernah luput di ingatan para pelajar di PASUM. Beliau adalah salah seorang

tenaga pengajar yang sangat berdedikasi dan menurut salah seorang pelajar yang ditemu

bual iaitu saudari Nur Khairunnisa’ binti Khairil Anwar, beliau menyatakan bahawa Dr.

Shahizat seorang yang sangat baik dan sebarang sesi pengajaran dan pembelajaran yang

dimulakan oleh Dr. Shahizat amat mudah difahami oleh pelajar.18 Buku yang berada

dibawah penulisan beliau bersama dengan kerjasama Siti Aishah Hashim Ali adalah

yang berjudul Multiple Cluster Fractal Growth Patterns in Polymer Electrolyte Films

Mathematical Modelling and Simulation.19 Dalam masa yang sama beliau juga turut

menulis beberapa artikel jurnal antaranya adalah Studies of Fractal Growth Patterns in

Poly (Ethylene Oxide) and Chitosal Membranes dan Ion Conductive Polymer

Electrolyte Membranes and Simulation of Fractal Growth Patterns. Turut mempunyai

beberapa sumbangan dalam kertas persidangan dan antaranya adalah Simulation of the

Fractal Patterns in Polymer Membranes.20

Selain daripada menerbitkan hasil penulisan dan perkongsian ilmu mereka,

pensyarah ini juga sangat berpengalaman dalam mengajar. Ini juga merupakan salah

sebuah sumbangan yang harus diketengahkan. Tenaga pengajar di PASUM ini memiliki

bidang ilmu yang sangat luas dan merangkumi cakupan bidang yang diceburi oleh

mereka. Menurut pelajar di PASUM, pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar subjek

yang merupakan bidang mereka seringkali menyediakan nota kuliah hasil daripada

pemahaman mereka sendiri. Saban tahun ini yang dilakukan oleh tenaga pengajar ini

18
Temubual bersama Saudari Nur Khairunnisa’ binti Khairil Anwar dijalankan pada 6 Jun 2020. Saudari
Nur Khairunnisa’ merupakan pelajar Program Asasi Pengajian Islam dan Sains (Asasi Fizikal) Sesi
2015/2016 yang dimulakan di Asasi Pengajian Islam di Nilam Puri, Kelantan dan Sesi 2016/2017 di Pusat
Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).
19
UM Expert, https://umexpert.um.edu.my/shahizat.html (tarikh diakses pada 5 Jun 2020).
20
Ibid.

84
agar anak didik mereka dapat memahami sesuatu topik itu dengan lebih berkesan

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, pensyarah-pensyarah di

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) ini semuanya bekerja keras untuk

meningkatkan prestasi pelajar di institusi tersebut.21 Ianya lebih memberikan kesan

yang amat baik lagi kerana terdapat juga pensyarah yang merupakan bekas pelajar pusat

asasi ini sendiri. Jadi mereka ini lebih memahami cara untuk menerapkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik terhadap para pelajar mereka.22

Jelas dapat dilihat bahawa, pembangunan PASUM selama 30 tahun ini telah

memberikan sumbangan yang amat besar dalam aspek pendidikan. Hal ini dapat

diperhatikan melalui golongan tenaga pengajar di PASUM sendiri yang telah

menerbitkan beberapa penulisan yang telah pun digunakan oleh institusi-institusi

pendidikan yang berada di Malaysia. Dengan kerjasama yang dilakukan bersama

dengan pensyarah-pensyarah lain yang turut mengajar di IPTA dan juga IPTS di seluruh

negeri, telah membuahkan hasil yang menakjubkan dengan terhasilnya sebuah penulisan

yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga kajian bagi para pelajar mahupun

golongan yang lainnya. Dalam pada itu, tenaga pengajar di PASUM ini juga

kebanyakan daripada mereka telah memperoleh anugerah-anugerah yang merupakan

lambang pengiktirafan bagi hasil kerja dan sumbangan mereka selama ini. Anugerah

dan pengiktirafan ini juga adalah lambang bahawa tenaga pensyarah PASUM telah

membawa nama pusat asasi tersebut ke persada kebangsaan dan membuktikan juga

bahawa tenaga pengajar di PASUM sangat berkebolehan tinggi dan berkredibiliti.

21
Majalah Mutiara Asasi Sessi 1990/91, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, hlm. 68.
22
Ibid.

85
Gambar 4.3: Buku-buku akademik penulisan tenaga pengajar PASUM.

Sumber: Internet.

86
4.4 Berdepan Dengan Cabaran Cadangan Penutupan PASUM.

Sepanjang pembangunan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), terdapat

sebuah peristiwa yang menjadi sejarah hitam bagi PASUM. Ianya bukanlah sejarah

yang seharusnya dibanggakan namun, peristiwa tersebut telah mengajar PASUM untuk

sentiasa bersedia dan kental dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Malah, pada

awal idea untuk menubuhkan sebuah pusat yang dapat melahirkan lebih ramai pelajar

bumiputera itu telah dikemukakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz juga telah

mendapat banyak kritikan daripada pihak luar.23 Jadi tidak hairanlah peristiwa seperti

penutupan PASUM ini boleh berlaku. Pada tahun 2001, PASUM telah menghadapi

suatu perkara yang boleh dianggap sebagai peristiwa yang amat berat kerana PASUM

berdepan dengan penutupannya. Pada tahun 20 Januari 2001, selaras dengan pengenalan

terhadap program matrikulasi di bawah usaha Kerajaan ada ketika itu, program-program

asasi yang ditawarkan oleh PASUM telah diarahkan supaya bubar dan menutup institusi

tersebut. Dalam masa yang sama, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr.

Anuar Zaini Md. Zain telah menetapkan pendirian beliau supaya Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya (PASUM) harus ditutup walaupun Timbalan Perdana Menteri pada

ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya cadangan tersebut

tidak diteruskan.24

Hal ini menyusul terus pada 23 Januari 2001, di mana mantan Timbalan Perdana

Menteri Pendidikan iaitu Datuk Abdul Aziz Shamsuddin membidas tindakan Naib

Canselor Universiti Malaya pada ketika itu, Profesor Datuk Dr. Anuar Zaini Mohd. Zain

yang mempertikaikan isu penutupan PASUM mempunyai kaitan dengan campur tangan

politik.25 Abdul Aziz mengakui bahawa semua universiti termasuk PASUM ditubuhkan

atas perjuangan politik. Hal ini kerana ianya adalah bertujuan supaya kaum bumiputera

23
Gema Asas, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, 2003, hlm. 9.
24
Utusan Malaysia, 21 Januari 2001.
25
Utusan Malaysia, 24 Januari 2001.

87
terutamanya dapat menimba ilmu pendidikan tinggi seperti aliran sains dan

matematik.26

Pembukaan matrikulasi telah menyebabkan kebanyakan program terutamanya

seperti program asasi sains hayat dan fizikal dipindahkan ke matrikulasi. Ini

menyebabkan PASUM tidak lagi berdiri di atas kaki sendiri tanpa program-program

yang boleh dikatakan sebagai asas dan tunjang pada penubuhan PASUM pada tahun

1977. Terdapat beberapa pendapat bahawa penutupan PASUM ini adalah wajar kerana

pada awal pembukaan PASUM juga adalah untuk mendapatkan kuota yang mencukupi

bagi fakulti-fakulti sains terutamanya yang menghadapi kekurangan pelajar bumiputera.

Tambahan pula, universiti dibina bukanlah untuk menyediakan pelajar untuk disalurkan

ke universiti.

Pelbagai tohmahan yang harus dihadapi kerana bagi PASUM hanya yang tahu dan

memahami tujuan sebenar PASUM dibangunkan pada awalnya. Benar, bahawa pada

asalnya penubuhan PASUM hanya bersifat sementara, namun, selari dengan kata

pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sehingga kini,

PASUM tidak mendatangkan apa-apa kekurangan malah sebaliknya, sangat membantu

kerana frasa “pelajar bumiputera sudah mencukupi” itu tidak benar sama sekali.

Sehingga ke pengambilan yang paling akhir, terdapat juga kekurangan kuota pelajar

bumiputera yang tidak dapat dipenuhkan dan disalurkan ke fakulti-fakulti yang

memerlukannya. Jadi, manakan bisa PASUM wajar ditutup seperti yang diwar-warkan

oleh orang ramai. Ianya sama sekali tidak rasional dan berasas.

Suatu perkara lagi, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa PASUM wajar

ditutup pada suatu ketika dahulu kerana ruang dan kemudahan yang disediakan di

PASUM pada ketika itu adalah sangat terhad dan ini merupakan perkara yang tidak

wajar. Menurut pengarah PASUM sendiri, beliau menyatakan bahawa kemudahan yang

26
Norfaridah Suratani, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya: Penjana Ilmu Sains Orang Melayu,
1987-2001, Latihan Ilmiah B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2017, hlm. 82.

88
terdapat di PASUM jauh lebih baik daripada yang dinyatakan. Tidak termasuk lagi pada

jumlah tenaga pengajar yang sangat berpengetahuan tinggi dalam mendidik pelajar di

PASUM dalam tempoh perkhidmatan mereka di sana. Cabaran seperti ini tidak pernah

mematahkan semangat PASUM untuk terus berjuang bagi mendapatkan hal anak

bumiputera khususnya mereka yang sangat berpeluang cerah dalam aliran sains dan

matematik. Sejajar dengan matlamat yang dibawa selama ini, rata-rata mereka yang

memahami pendirian PASUM bagi memberikan peluang yang setara untuk anak

bumiputera sanggup berjuang pada ketika itu untuk mengelakkan PASUM ditutup

secara rasminya.

Namun begitu, cabaran ini telah dijadikan suatu perjuangan buat pentadbiran di

PASUM. Pengarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) sendiri iaitu Dato’

Dr. Jamil Maah mengatakan bahawa semasa peristiwa ini berlaku, beliau bersama-sama

dengan tenaga pengajar yang lainnya turut ‘turun padang’ untuk bertemu dengan Tun

Dr. Mahathir untuk membentangkan beberapa usul mengenai kebaikan jika PASUM

diteruskan pada ketika itu. Usaha ini boleh dikatakan berhasil kerana PASUM tidak pun

ditutup pada ketika itu. Malah sehingga ke hari ini, pembangunan PASUM ini dilihat

lebih berjaya dalam membawa masuk pelajar bumiputera. Pada tanggal 24 Januari 2001,

kerajaan telah mengarahkan Universiti Malaya supaya menarik semula keputusan

mereka untuk menutup Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) yang dikatakan

akan berkuatkuasa pada April 2001 ekoran daripada ingin memberikan laluan kepada

pelajar PASUM sesi 2000/01 untuk menghabiskan pengajian mereka di institusi

tersebut.27 Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa pihak yang mendesak

supaya PASUM dikekalkan kerana terdapat pihak yang sedar bahawa PASUM terbukti

mempunyai jasa yang besar dalam memberikan pendedahan mengenai bidang sains dan

matematik kepada kaum bumiputera.

27
Utusan Malaysia, 25 Januari 2001.

89
Gambar 4.4: Kenyataan Rasmi Tun Dr. Mahathir daripada Bernama

Sumber: Internet

4.5 Cabaran Kekurangan Maklumat Dalam Kalangan Masyarakat.

Sebelum datangnya idea untuk menjalankan karnival-karnival atau ekspo berkaitan

dengan pendidikan, rata-rata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak

mengetahui apa-apa berkenaan PASUM. Malah, ada diantara mereka yang tidak tahu

program atau kelayakan apa yang membolehkan mereka untuk menuntut di PASUM.

Hal ini sangat menyedihkan kerana sebelum adanya sistem UPU yang digunapakai,

PASUM hanya memasang target pada pelajar lepasan SPM yang berada di luar bandar.

Seperti yang diketahui semua, keadaan di luar bandar pada ketika dahulu tidak begitu

baik seperti yang ada pada hari ini. Apa yang dimaksudkan tidak begitu baik disini

adalah kemudahan yang ada di luar bandar tidak seperti di kawasan bandar. Kemudahan

90
seperti internet dan juga komputer terutamanya amat susah untuk didapati di kawasan

luar bandar. Kebanyakan anak-anak yang cemerlang layak untuk diterima masuk ke

PASUM turut terdapat di kawasan ini dan perkara ini sememangnya diinginkan oleh

pihak PASUM untuk memberikan peluang pada anak-anak ini untuk mendapatkan

pengajian di institusi mereka.

Hal ini turut menjadi suatu cabaran buat pentadbiran di Pusat Asasi Sains Universiti

Malaya kerana susah bagi mereka untuk memikul matlamat secara berterusan apatah

lagi apabila kuota anak bumiputera sangat tinggi hasil daripada pemerhatian terhadap

fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya. Berdasarkan temu bual secara rawak yang

dilakukan bersama pelajar lepasan SPM, kebanyakan daripada mereka tidak tahu

mengenai PASUM dan penawaran subjek yang diberikan oleh mereka. Pelajar-pelajar

lepasan SPM ini adalah mereka yang berasal daripada kawasan luar bandar terutamanya.

Inilah norma yang berlaku dalam masyarakat sejak beberapa tahun belakangan ini.

Malah sehingga kini, pelajar lepasan SPM segelintir daripada mereka tidak tahu apa itu

PASUM sedangkan, PASUM ini adalah salah sebuah institusi yang menawarkan

program terbaik dalam aliran sains dan matematik.

Tambahan pula, hasil daripada temubual yang telah dilakukan bersama Saudari Nur

Khairunnisa’ binti Khairil Anwar, beliau menyatakan bahawa semasa di sekolah, beliau

tidak mengetahui tentang PASUM dan juga program-program yang berada di bawah

penawaran pihak PASUM. Beliau mengatakan bahawa beliau tahu mengenai PASUM

apabila beliau mengisi borang UPU secara online.28 Jelasnya lagi, minat yang

mendalam terhadap aliran sains agama menambah lagi pemilihan beliau dalam

memohon untuk mendapatkan pengajian di PASUM di bawah program APIDS. Saudari

Nur Khairunnisa’ menyatakan bahawa, semasa di bangku sekolah, para pelajar kurang

diberikan pendedahan mengenai program yang ditawarkan oleh PASUM

memandangkan beliau hanya bersekolah di sekolah harian sahaja. Jika pendedahan


28
Temu bual dijalankan bersama Saudari Nur Khairunnisa’ binti Khairil Anwar pada 8 Jun 2020.

91
diberikan dengan lebih awal kepada para pelajar ini sudah pasti, kuota anak bumiputera

dapat diisi berdasarkan kepada permintaan dan pemerhatian lanjut yang dibuat terhadap

fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya. Hal ini kerana, terdapat juga

lompang-lompang kuota yang tidak dapat diisi untuk fakulti-fakulti sains ini. Perkara ini

mendatangkan kegusaran terhadap pihak pentadbiran di PASUM pada setiap tahun.

Dalam pada itu, kemungkinan populariti yang dibawa oleh matrikulasi menjadikan

institusi ini sebagai sebutan dan dambaan ramai pelajar lepasan SPM dan juga ibu bapa

supaya anak-anak mereka dapat mengikuti pengajian di sini. Hakikatnya, terdapat

institusi lain yang turut menjanjikan jaminan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana

Muda di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Malaya.

Kesungguhan PASUM untuk menjamin masa hadapan anak-anak ini amat bermakna,

tambahan pula pusat asasi ini merupakan institusi yang menawarkan program aliran

sains dan matematik pertama di negara ini.

4.6 Perjuangan Pemerkasaan Pendidikan Melayu.

Menjadi suatu lumrah buat PASUM kerana selaras dengan matlamat yang

dipikulnya, perjuangan untuk meneruskan legasi dalam mendidik anak bumiputera ke

dalam aliran sains dan matematik adalah suatu perkara yang agak sukar. Tambahan lagi,

terdapat beberapa pihak yang masih tidak memahami tujuan sebenar penubuhan

PASUM ini pada awalnya. Menurut Dato’ Dr. Jamil Maah, beliau menyatakan bahawa

kebanyakan masyarakat di luar sana masih sedang berusaha untuk menjatuhkan

PASUM kerana berpendapat bahawa PASUM tidak mempunyai sebarang tujuan untuk

terus teguh berdiri. Tambah Dato’ Dr. Jamil Maah, hakikatnya rata-rata daripada

mereka ini sendiri adalah daripada golongan orang Melayu juga.29 Persoalannya,

29
Temu bual dijalankan bersama Dato’ Dr. Jamil bin Maah.

92
mengapa begitu sukar buat mereka untuk membuka mata dan melihat sendiri bahawa

penubuhan PASUM ini adalah suatu kebaikan buat anak bumiputera di negara ini.

Dalam pada itu, pendapat mereka yang menyatakan bahawa PASUM ini tidak

seharusnya lagi terus beroperasi adalah kerana alasan kuota bumiputera telah

mencukupi di fakulti-fakulti universiti tempatan. Perkara ini sama sekali tidak benar

kerana, setiap tahun terdapat juga beberapa masalah yang masih timbul untuk diuruskan

oleh pihak pentadbiran PASUM ini. Namun begitu, PASUM sentiasa tampil dengan

lebih baik dalam mengendalikan masalah seperti ini. Tambahan pula, PASUM juga

boleh dikatakan sudah biasa dalam menangani masalah seperti pandang serong

sesetengah daripada masyarakat di luar yang tidak memahami wawasan dan matlamat

sebenar yang dibawa PASUM. Pada zaman dahulu sehingga kini, tidak dapat dinafikan

bahawa ramai masyarakat di luar sana yang inginkan PASUM jatuh pada suatu hari

nanti cuma tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja. Penulisan-penulisan di internet

seumpamanya cuba untuk menarik minat ramai orang supaya tahu bahawa PASUM

pada ketika ini tidak relevan lagi untuk dikekalkan. Malah, peristiwa penutupan

PASUM pada suatu ketika dahulu juga adalah berasaskan daripada sokongan orang

Melayu sendiri. Sehingga kini, masih tidak diketahui sebab musabab mereka, kata orang

‘Melayu ingin jatuhkan Melayu’. Menurut Dato’ Dr. Jamil bin Maah, beliau sendiri

menyaksikan peristiwa PASUM di ambang penutupan dan beliau sendiri melihat

gelagat orang Melayu lain yang suka akan perkara ini terjadi dan terus menyokong

untuk PASUM ditutup pada ketika itu.30

Seharusnya orang Melayu perlu berbangga dengan penubuhan Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya ini. Hal ini kerana, anak bumiputera diberi peluang yang cukup baik

untuk mempelajari bidang sains dan matematik. Dalam masa yang sama, peluang ini

juga akan dapat melahirkan lebih ramai mereka yang terdiri daripada kalangan doktor,

jurutera dan sebagainya yang berasal daripada anak bumiputera. Peluang ini sendiri
30
Temu bual bersama Pengarah PASUM Dato’ Dr. Jamil bin Maah.

93
dilihat dicemburui oleh yang bukan bumiputera kerana mereka juga menginginkan

perkara yang sama. Belajar dalam persekitaran yang terbaik, suasana universiti yang

telah diberikan pendedahan awal, tenaga pengajar yang efisien dan sebagainya.

Masakan peluang ini tidak mahu diperjuangkan oleh golongan bumiputera sendiri?

Benar pandangan sesetengah pihak bahawa tidak semua orang faham dan mengerti

hakikat sebenar PASUM ini ditubuhkan dalam tujuan untuk meningkatkan lagi jumlah

bumiputera dalam menceburi bidang sains dan matematik. Ada diantara mereka yang

tidak boleh menerima hakikat ini sehingga ke arus merdeka ini.

4.7 Cabaran Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

Sepanjang penubuhan PASUM selama 30 tahun ini, dapat dikenalpasti bahawa

bukan sahaja institusi tersebut yang menghadapi cabaran. Namun, para pelajar yang

telah diterima masuk ke PASUM juga turut menghadapi cabaran terutamanya apabila

mereka yang datang daripada kawasan luar bandar. Penyesuaian diri terhadap suasana

yang baharu, kawasan bandar seperti Kuala Lumpur membuatkan mereka agak kekok

sedikit berkenaan hal ini. Tetapi perkara ini tidak menjadi penghalang buat mereka

untuk terus menimba ilmu dan malahan mereka lebih mudah untuk menerima

persekitaran baharu di kawasan Universiti Malaya. Kebanyakan daripada mereka berasa

seronok kerana diberi peluang sedemikian rupa. Tidak dapat dinafikan bahawa

persekitaran universiti merupakan persekitaran yang baharu buat mereka, namun ianya

telah dijadikan sebagai sebuah pengalaman yang menggembirakan.

Berdasarkan temubual yang telah dilakukan bersama dengan beberapa bekas pelajar

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), dua orang daripada tiga pelajar ini

adalah mereka yang datang daripada kawasan bandar, manakala seorang lagi daripada

kawasan luar bandar. Menurut Luqman Iman bin Shuhaimi, beliau adalah pelajar yang

94
berasal daripada kawasan bandar iaitu daripada Ipoh, Perak yang dahulunya bersekolah

di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sungguhpun beliau berasal daripada

kawasan bandar, namun ianya agak sukar pada awalnya buat beliau untuk mengadaptasi

suasana baharu di Kuala Lumpur. Tambah beliau lagi, kawasan Kuala Lumpur belum

pernah menjadi kebiasaan buat beliau, namun beliau dapat menyesuaikan diri dalam

universiti cuma kawasan bandar yang begitu besar dianggap sebagai suatu kelainan bagi

beliau.31

Lain pula pendapat pada Saudari Nurul Fatihah binti Zaidi yang merupakan pelajar

lepasan PASUM sesi 2016/2017. Beliau yang berasal daripada kawasan bandar di

negeri Kelantan berasa amat seronok kerana mendapat peluang untuk menyambung

pengajian di PASUM. Menurut beliau, langsung tidak berasa kekok untuk

menyesuaikan diri di persekitaran Kuala Lumpur dan suasana belajar di universiti.32

Dalam masa yang sama, temu bual yang seterusnya adalah dijalankan bersama Saudari

Nur Khairunnisa’ binti Khairil Anwar. Beliau merupakan anak jati utara iaitu negeri

Kedah yang sekarang ini menetap di Johor. Beliau berasal daripada kawasan luar bandar,

namun begitu, apabila diterima masuk ke PASUM, beliau sedikit pun tidak berasa

janggal dengan suasana di Kuala Lumpur. Malahan, beliau menyatakan lagi bahawa

persekitaran universiti juga bukanlah sesuatu yang aneh kerana beliau dapat

menyesuaikan diri dengan suasana sebegitu.33

Jelas disini menunjukkan bahawa, tidak kira samada pelajar yang diterima masuk

ke PASUM ini berbeza asal usulnya iaitu berasal dari kawasan bandar mahupun luar

bandar, namun ilmu yang diperoleh daripada institusi tersebut adalah penting. Hal ini

kerana, lain orang lain caranya.

31
Temu bual bersama Luqman Iman bin Shuhaimi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20 November
2019. Luqman Iman adalah merupakan pelajar lepasan PASUM yang berjaya menyambung pengajiannya
ke Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.
32
Temu bual bersama Nurul Fatihah binti Zaidi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 9 Jun 2020. Nurul
Fatihah adalah pelajar lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) Sesi 2016/2017.
33
Temu bual dijalankan bersama Saudari Nur Khairunnisa’ binti Khairil Anwar pada 9 Jun 2020.

95
4.8 Kesimpulan

Intihanya, PASUM dilihat telah memberikan sumbangan yang terbaik sepanjang 30

tahun pembinaannya. Dengan dilihat sebagai pusat asasi pertama dan terbaik di negara

ini, tidak dapat dinafikan bahawa PASUM memikul amanah dan tanggungjawab yang

besar dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak bumiputera negara ini.

Dalam mengepalai sistem pendidikan aliran sains dan matematik sekitar tahun 1977,

PASUM tidak pernah berhenti dalam memberikan peluang untuk anak Melayu supaya

menjadi seseorang yang berjaya dalam salah sebuah bidang yang ‘ditakuti’ oleh ramai

pihak kerana dipercayai bidang ini agak susah untuk dipelajari kerana cakupannya

cukup besar dan luas.

Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh PASUM yang dapat dilihat

sepanjang penubuhannya selama 30 tahun ini. Antara yang sangat sinonim dengan

penubuhan PASUM adalah sehingga kini masih lagi menjadi salah sebuah institusi yang

menyalurkan pelajar-pelajar lepasan PASUM untuk ke fakulti-fakulti sains terutama di

Universiti Malaya. Hal ini kerana, seringkali terjadi kekurangan kuota pelajar

bumiputera di fakulti-fakulti ini dan PASUM sentiasa berusaha saban tahun untuk

mengisi jurang kuota pelajar bumiputera ini. Masalah jurang kuota para pelajar

bumiputera ini tidak akan pernah selesai kerana terdapat beberapa kemungkinan yang

menyebabkan para pelajar ini untuk tidak dapat meneruskan pendidikan jika mereka

mendapatkan tawaran di PASUM dan sebagainya. Oleh itu, PASUM seharusnya kekal

bersama dengan matlamatnya tidak kira berapa tahun yang mendatang sekalipun.

Selain itu, PASUM juga telah membina suatu pendedahan yang terbaik untuk

memastikan para pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi untuk menyambung

pengajian dalam aliran sains dan matematik ini memperoleh peluang ini. Banyak ekspo

dan karnival pendidikan yang dapat dilihat penglibatan PASUM selama 30 tahun ini. Ini

menunjukkan bahawa PASUM telah berusaha sedaya boleh untuk mendapatkan laluan

96
supaya mendekati anak-anak bumiputera terutamanya mereka yang tinggal di kawasan

luar bandar supaya mengetahui akan program-program yang ditawarkan PASUM.

Dalam masa yang sama, selaras dengan kenaikan teknologi dan media sosial dalam diri

anak muda zaman kini, PASUM turut menggunakan platform ini untuk

memperkenalkan dan memberikan maklumat lanjut mengenai PASUM kepada para

pelajar lepasan SPM. Perkara ini dilihat berjaya kerana setiap tahun pengambilan pelajar

ke PASUM semakin meningkat sejak beberapa tahun belakangan ini.

Tidak dilupakan juga sumbangan dan jasa yang telah diberikan oleh tenaga

pengajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) ini. Mereka bukan sahaja

memikul tanggungjawab dalam mendidik, bahkan turut memperluaskan bidang

penulisan mereka. Kebanyakan pensyarah di PASUM telah menerbitkan buku-buku

ilmiah yang bukan sahaja dapat digunakan mengikut silibus yang ditawarkan di

PASUM, tetapi turut dapat digunakan oleh institusi-institusi lain di seluruh negara.

Dalam pada itu, mereka juga turut terlibat dalam beberapa persidangan kebangsaan dan

juga menulis artikel-artikel jurnal yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Perkara

ini patut dicontohi oleh institusi yang lain juga kerana ianya adalah sebuah pencapaian

dan sumbangan yang amat besar. Para pelajar juga dapat memanfaatkan peluang ini

dengan menggunakan bahan-bahan akademik ini sebagai rujukan sepanjang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mereka seharian.

Jika dilihat daripada sudut yang lainnya, terdapat juga beberapa cabaran yang boleh

dikatakan menganggu PASUM sepanjang ini. Isu penutupan PASUM pada tahun 2001

merupakan peristiwa yang mengegarkan institusi tersebut malah sehingga terdapatnya

campur tangan daripada ahli politik negara yang sangat mengambil berat akan

permasalahan tersebut. Sungguhpun mendapat pelbagai kritikan daripada sudut pandang

yang berbeza, namun penglibatan ahli politik adalah wajar kerana pembinaan PASUM

juga adalah berdasarkan agenda politik yang memperjuangkan hak kaum Melayu dan

97
bumiputera. Perjuangan yang dilakukan oleh kakitangan PASUM sendiri yang sangat

prihatin dengan nasib anak Melayu patut dijadikan contoh kerana disebabkan

perjuangan ini juga, PASUM sehingga kini masih teguh berdiri.

Seterusnya, PASUM juga turut dihimpit dengan masalah kekurangan kuota ekoran

daripada ramai anak bumiputera yang kurang tahu mengenai PASUM. Sungguhpun

banyak karnival dan ekspo yang dilakukan, namun karnival ini didapati tidak

merangkumi semua kawasan di seluruh Malaysia. Hal ini seharusnya dijadikan

perhatian utama agar masalah ini dapat dibendung untuk masa yang akan datang. Ramai

anak bumiputera di luar sana yang sangat cemerlang dan layak untuk diserap masuk ke

PASUM, cuma disebabkan oleh ketidakmampuan dalam memiliki jaringan internet dan

juga teknologi seperti telefon dan komputer, masalah ini terjadi. Akibatnya mereka ini

tidak mempunyai peluang bagi mendapatkan pendidikan tinggi terutamanya dalam

bidang sains dan matematik. Perjuangan PASUM dalam memartabatkan pendidikan

dalam kalangan orang bumiputera masih menjadi cabaran sehingga ke hari ini. Tidak

ramai yang faham akan perkara ini. Hak bumiputera wajar untuk dipertahankan kerana

mereka layak untuk mendapatkan peluang ini. Pendidikan adalah perkara yang utama

pada zaman kini. Disebabkan hal inilah, PASUM terus mengekalkan matlamat mereka

untuk mengangkat martabat anak bumiputera supaya terus dapat melahirkan

tokoh-tokoh yang dapat mengharumkan bukan sahaja nama negara malah nama

PASUM sendiri. Maka, dapat disimpulkan disini bahawa, pembangunan PASUM wajar

diteruskan sehingga anak bumiputera terus-menerus memperoleh pendidikan aliran

bidang sains dan matematik. Tohmahan, kritikan daripada pihak ramai tetap dijadikan

makanan buat penguat PASUM supaya menjadikan cabaran seperti ini untuk mereka

terus mengecapi pencapaian dan terus memberikan sumbangan pada negara.

98

Anda mungkin juga menyukai