Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Management & Science University (MSU), sudah lebih tiga dekad memainkan peranan
sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang professional di negara ini. Bermula daripada
sebuah kolej, iaitu Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjut (PTPTL) pada tahun 1981,
sehinggalah diberi nilai sebagai Tier 5 Universiti Cemerlang, yang membentuk kejayaan MSU
pada hari ini. Kedudukan cemerlang ini diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(kini kementerian ini digabungkan di bawah kementerian pendidikan) sebanyak dua kali
kepada MSU. Pengiktirafan yang diterima ini banyak membantu bagi mendorong MSU agar
menjadi salah sebuah university terbaik di Malaysia. Pencapaian MSU adalah sejajar dengan
objektif untuk menyediakan pendidikan yang mementingkan kualiti dan pembelajaran bagi
membantu membentuk masa depan yang lebih terjamin dalam kalangan pelajar di negara ini.
MSU bermula daripada sebuah kolej kecil sehingga dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti.
Hal ini dapat dianggap sebagai perkembangan yang positif. MSU dibentuk mengikut fasa dan
membuatkan MSU sangat unik hasil daripada transformasi sehingga peringkat global.
Professor Dr. Mohd Shukri bersama orang kuat organisasi membentuk universiti ini sehingga
berjaya menjadi sebuah IPTS yang menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian dan
bertaraf antarabangsa. Slogan Global University Of Choice yang diterapkan oleh MSU
sentiasa menjadi pendorong dan semangat untuk meneruskan perjuangan membina institusi
pengajian tinggi tempatan yang menjadi pilihan bukan sahaja untuk rakyat di negara ini malah
dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Fokus MSU adalah untuk membentuk graduan yang mampu memberikan impak kepada
negara dari segi kebolehpasaran dan peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk mereka.
Sebagai contoh, tumpuan utama yang diberikan adalah terhadap latihan industri yang berkaitan
dengan kebolehpasaran graduan di negara ini, serta memastikan kursus tersebut memenuhi
trend semasa. Ketika ini, lebih daripada 150 kursus yang ditawarkan di MSU. Antaranya
termasuklah pengkhususan dalam perubatan, sains kesihatan, kejururawatan, farmasi,
perniagaan, pengurusan, perakaunan, kulinari, hospitaliti, teknologi dan kejuruteraan komputer
dan fesyen. Misi MSU adalah untuk menjadi universiti terkemuka serta pilihan bagi pendidikan
khusus dan profesional, di samping mampu menyediakan standard akademik yang holistik
serta relevan dengan keperluan industri, memenuhi keperluan semasa serta peringkat global
dan pada masa yang sama dapat mengekalkan standard etika yang tinggi. Bagi mencapai misi
tersebut, MSU mempunyai beberapa visi yang harus diterapkan oleh seluruh warga organisasi
agar dapat mencapai segala keperluan dan kehendak pada masa ini. Visi MSU termasuklah
untuk membentuk graduan yang mempunyai nilai moral yang tinggi serta berbeza daripada
graduan yang terdapat di IPTS mahupun institusi pengajian tinggi awam (IPTA), memupuk
pelajar mahupun warga MSU yang lain agar komited dalam segala bentuk pembelajaran
sepanjang hayat dalam jangka masa panjang, serta mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi,
berintegriti dan profesionalisme, untuk melahirkan modal insan yang sentiasa menjadi
tumpuan dan keperluan negara dan antarabangsa.

2.0 Cabaran Dalam Pembangunan Produk Baru

2.1 Kursus Baru Yang Ditawarkan Mestilah Memenuhi Kelulusan Dasar Agensi
Kelayakan Malaysia.

Bagi menjayakan sesebuah organisasi perniagaan, pastinya akan ada suka duka dan cabaran
yang terpaksa ditempuhi. Bagi MSU, kadangkala cabaran utama yang terpaksa ditempuhi
adalah untuk memenuhi dasar yang ditetapkan oleh badan yang tertentu. Sebagai peneraju salah
sebuah institusi pendidikan yang menjadi pilihan di negara ini, MSU memerlukan dasar yang
konsisten. Hal ini disebabkan oleh MSU merupakan sebuah institusi pendidikan yang
mempunyai sasaran jangka masa panjang. MSU sangat memerlukan dasar (dalam pendidikan)
yang konsisten, supaya pihak institusi dapat menyediakan perancangan yang rapi dalam
tempoh jangka masa panjang seperti yang dirancang.

2.2 Cabaran Untuk Melatih Tenaga Pengajar Yang Profesional Dalam Sesuatu Bidang

Cabaran yang kedua dalam bidang pendidikan ini sudah semestinya yang melibatkan usaha
untuk memperoleh tenaga kerja yang berbakat. Pembangunan produk baru sangat memerlukan
tenaga kerja yang berbakat untuk merealisasikan kejayaan sesebuah produk baru. Tidak mudah
untuk mendapatkan tenaga pakar yang betul-betul professional dalam sesuatu bidang.
Sekiranya mahu membina sebuah institusi yang benar-benar berkualiti, institusi tersebut
haruslah mempunyai tenaga pakar yang dapat memenuhi kehendak persekitaran pembelajaran
yang telah disasarkan. Oleh yang demikian pihak universiti perlu merancang strategi terbaik
berbentuk latihan yang boleh diaplikasikan dalam tempoh jangka panjang bagi memastikan
tenaga kerja berada dalam kelas terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada bakal pelajar kursus
baru yang diperkenalkan oleh Universiti.
2.3 Persaingan Pasaran

Cabaran seterusnya adalah untuk mengatasi kedua-dua cabaran di atas dan berhadapan dengan
persaingan pasaran. Untuk membina sebuah produk baru di institusi pengajian tinggi pasti tidak
sama seperti membangunkan perniagaan yang lain. Oleh yang demikian, untuk memastikan
kualiti pendidikan yang ditawarkan setaraf dengan institusi pendidikan tinggi yang lain
merupakan salah satu cabaran yang perlu diambil perhatian oleh MSU. Hal ini dikatakan
demikian kerana IPTS sering berdepan dengan stigma negatif, selain IPTS amat kompetitif.
Kehadiran produk baru memerlukan sokongan dan kepercayaan pelanggan kali pertama agar
mereka tidak terus membandingkan produk tersebut dengan produk yang telah lama ditawarkan
di pasaran. MSU perlu bekerja lebih kuat supaya pelajar berpuas hati dengan ilmu yang
diperoleh mereka.

2.4 Kos Untuk Mewujudkan Produk Baru Yang Tinggi

Untuk membangunkan sesebuah produk baru di sesebuah universiti memerlukan kos yang
sangat tinggi. Sebagai contoh, usaha MSU berinovasi dalam bidang pendidikan perubatan
dengan menubuhkan International Medical School (IMS) di Bangalore, India, dan terlibat
dalam inisiatif untuk memperomosikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan melalui
program pertukaran pelajar. Usaha dan kerjasama ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi
kerana MSU berkolaborasi dengan kolej tersohor di dunia. Tambahan pula, MSU bukanlah
sebuah institusi yang sentiasa menyasarkan keuntungan semata-mata, tetapi menitik beratkan
kualiti dari pelbagai sudut. Sebagaimana yang diketahui umum, kebanyakan IPTS (tidak semua
institusi) menjadikan institusi sebagai ruang dan peluang untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan . MSU diumpamakan seperti PNB (Permodalan Nasional Berhad), kerana menjadikan
apa-apa yang diperoleh sebagai keuntungan jangka masa panjang. Dalam setiap keputusan
pembangunan produk baru, cabaran kewangan adalah antara cabaran yang perlu dihalusi. Hal
ini melibatkan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kos pembangunan
produk baru berkemungkinan meningkat berbanding dengan belanjawan asal disebabkan oleh
kewujudan banyak peristiwa kontigensi.
3.0 Proses Pembangunan Produk Baru

Produk baharu muncul dalam pasaran hampir sepanjang masa. Bagi pengguna, produk baru
memberi mereka lebih banyak pilihan serta akses kepada teknologi, reka bentuk, dan kualiti
yang lebih terkini. Bagi para usahawan, produk baru ibarat talian hayat untuk meneruskan daya
saing perniagaan selari dengan kemunculan pesaing baru dan perubahan dalam permintaan
pengguna. Sama ada kerana desakan atau inisiatif sendiri, pelancaran produk baru bertujuan
meningkatkan jualan, mengekalkan pelanggan sedia ada, menarik pelanggan baru dan
menambah lini produk sebelum memasuki pasaran baharu. Menurut Kotler Philip (2013),
pembangunan produk merupakan strategi pertumbuhan syarikat dengan memperkenalkan
produk baru atau membuat pengubahsuaian terhadap produk sedia ada untuk segmen pasaran
lama. Syarikat memperkenalkan jenama baru untuk produk, mencipta produk baru dengan ciri-
ciri yang dapat menambah atau nilai kepada produk tersebut. MSU juga terlibat dalam proses
pembangunan produk, antara pembangunan yang dilakukan adalah:

3.1 Penjanaan Idea - Inovasi dalam bidang pendidikan perubatan

Management & Science University (MSU) yakin International Medical School (IMS) yang
ditubuhkan di Bangalore, India mampu melahirkan ramai pakar perubatan dan membantu
kerajaan mencapai matlamat meningkatkan modal insan dalam bidang berkenaan. IMS ketika
ini menawarkan Program Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) adalah kampus
pesisir pertama ditubuhkan universiti berkenaan di luar negara. IMS ditubuhkan hasil
kerjasama MSU dengan MS Ramaiah Medical College, sebuah kolej perubatan yang tersohor
di selatan India serta mempunyai kepakaran lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan perubatan.
MS Ramaiah Medical Collage juga mendapat pengiktirafan Majlis perubatan dunia termasuk
Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Thailand dan Majlis Perubatan Awam Great
Britain. Selain belajar dengan tenaga pakar yang perpengalaman, pelajar yang mengikuti
pengajian perubatan di IMS juga berpeluang mengikuti latihan serta mendapat pendedahan
terbaik dalam bidang perubatan di MS Ramaiah Memorial Teaching Hospital dan Baptist
Hospital yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan diperakui kebanyakan majlis perubatan
dunia. Pelajar juga dapat menjalani sesi kelas dan amali anatomi dengan efektif kerana bekalan
mayat mudah diperolehi di bandar raya berkenaan. MSU yakin dapat memberi sumbangan
besar kepada negara dalam mencapai sasaran nisbah seorang doktor untuk setiap 600 penduduk
menjelang 2020 kelak.
3.2 Penapisan Idea - Inisiatif merapatkan jurang pendidikan Jepun Malaysia

Sebagai usahawan sosial yang bersemangat untuk melihat kecemerlangan bidang pendidikan
tinggi dan sebagai pengasas IPTS yang berjaya di negara ini, sememangnya Profesor Dr. Mohd.
Shukri banyak menerima penghargaan daripada pihak di dalam negara mahupun luar negara.
Segala usaha beliau telah menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak. Dedikasi yang
ditunjukkan beliau untuk memastikan MSU muncul sebagai universiti yang memenuhi
piawaian global dilihat apabila MSU menjadi universiti bukan dari Jepun yang pertama
menerima akreditasi daripada Alliance Of Business Education And Scholarship Of Tomorrow
(ABEST 21), di Tokyo, Jepun. Sejak tahun 2010, MSU berkhidmat sebagai ahli lembaga untuk
ABEST 21. Selain itu, atas inisiatif beliau bagi merapatkan jurang pendidikan yang ketara
antara Jepun dengan Malaysia, beliau dianugerahkan Doktor Kehormat dan Doktor Honoris
Cousa daripada Universiti Antarabangsa Josai, Jepun, bagi mengiktiraf kejayaan cemerlang
dan pencapaian yang diperolehi dalam pendidikan antara Jepun dengan Malaysia.

3.3 Analisa Perniagaan - Pengantarabangsaan Jenama MSU

Pada 1 September 2016, merupakan hari bersejarah buat warga kolej PTPL dengan
penjenamaan semula nama Kolej PTPL kepada MSU College. Penjenamaan semula Kolej
PTPL kepada MSU College dapat menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan menjadikan
Malaysia sebagai hab pendidikan serantau. Penjenamaan semula adalah satu langkah
kehadapan MSU College selain menjadi masa depan baharu kolej serta Management and
Science University (MSU). Usaha penjenamaan semula memberi fokus kepada
pengantarabangsaan kolej berkenaan selain sebagai komponen Pendididkan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET) bagi MSU. Selepas penjenamaan ini MSU College mensasarkan
sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan pelajarnya di 10 kampus akan terdiri daripada
pelajar luar negara. Pengantarabangsaan jenama MSU dalam bidang pendidikan telah
membawa MSU turut terlibat dalam pelbagai organisasi antarabangsa. Antaranya termasuklah
Association of Commonwealth University di United Kingdom, University Mobility in Asia
Pacific di Taiwan, Association of Asia PacificBusiness School di New Zealand, Federation Of
The University of the Islamic World, di Maghribi. Pada masa ini, MSU College mempunyai
kira-kira 10,000 pelajar di seluruh negara manakala keseluruhan pelajarnya termasuk di MSU
adalah kira-kira 25,000 orang.
3.4. Pembangunan Produk Baru - Penubuhan Yayasan MSU

Penubuhan Yayasan MSU merupakan kemuncak inisiatif untuk memperomosikan


kecemerlangan dalam bidang pendidikan di negara ini. Yayasan MSU menjadi landasan bagi
memberikan pendedahan kepada pelajar sehingga pada peringkat antarabangsa melalui
program pertukaran pelajar. Lebih daripada RM60 juta dibelanjakan melalui pelbagai skim
biasiswa yang ditawarkan oleh MSU, dengan lebih daripada RM2 juta diperuntukkan pada
setiap tahun untuk pendidikan yang berterusan. Sejak 33 tahun yang lalu, banyak manfaat yang
diperoleh daripada inisiatif yang dijalankan bagi mencapai objektif yang disasarkan.

3.5 Ujian Pemasaran

Produk baru perlu melalui fasa penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan
kelahirannya diterima dengan baik oleh pasaran. Biarpun tidak semua jenis produk
memerlukan penyelidikan dan pembangunan di dalam makmal, hamper semua produk tidak
terlepasdaripada keperluan terhadap penyelidikan pasaran. MSU melakukan ujian pemasaran
berupa tinjaun pasaran tentang tentang ciri produk yang yang diingini oleh pengguna.
Maklumat daripada pengguna perlu menjadi sebahagian daripada input bagi merangka
pembangunan produk baru. Maklumat daripada pelanggan mestilah melalui penilaian dan
pendapat pakar demi memastikan produk yang dihasilkan mampu memenuhi jangkaan
sebahagian besar pasaran. Kualiti data tinjauan pasaran dari aspek mewakili populasi pasaran
perlu dinilai.

3.6 Di Komersialkan

Pembangunan produk baru melalui beberapa peringkat sebelum pihak MSU memperkenalkan
produk baru tersebut ke pasaran. Masa merupakan subjek penting kerana kelewatan
pembangunan produk dapat menjejaskan perancangan organisasi yang berkaitan dengan masa
pelancaran produk baru. Kelewatan pada suatu peringkat akan memberikan kesan kepada
peringkat seterusnya. MSU tepat pada masanya membangunkan produk baru bertunjangkan
teknologi iaitu pembelajaran di atas talian kepada para graduannya bersama berkembang maju
menerajui era globalisasi maklumat demi melahirkan modal insan terlatih, inovatif dan
cemerlang. Produk yang berjaya dibangunkan belum berjaya secara hakiki sehingga produk itu
berjaya mengharungi cabaran pasaran dan dikomersilkan. MSU menambil langkah proaktif
untuk memperkenalkan produk baru dengan menembusi pasaran tempatan dan pasaran
antarabangsa melalui kerjasama antara beberapa negara dan program pertukaran pelajar.

4.0 Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal Dalam Pembangunan Produk Baru

4.1 Kerjasama dan Komitmen Organisasi

Kejayaan MSU adalah disebabkan oleh keunikan struktur organisasi, perspektif, serta
perjalanan fasa pembentukan MSU sejak hari pertama institusi ditubuhkan. Para perancang dan
pelaksana sudah nekad untuk menjadikan MSU sebagai sebuah universiti berkelas
antarabangsa . Kerjasama dan komitmen orgnisasi serta Perancangan yang startegik dan
perlaksanaan yang teratur merupakan kunci utama kejayaan MSU. Berkat kegigihan semua
pihak universiti dalam usaha mencapai kecemerlangan dan meletakkan kualiti MSU sama taraf
dengan universiti terkemuka di negara ini, setiap tahun MSU mencapai peningkatan
kebolehpasaran graduan sehingga berada pada tahap 95 peratus. Hal ini dilihat apabila
keupayaan graduan MSU mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas mereka
menamatkan pengajian. Keadaan ini membuktikan bahawa graduan MSU menjadi pilihan
majikan sama ada di sektor swasta mahupun sektor awam standing dengan tahap graduan di
universiti terkemuka di negara ini. Pencapaian dan kecemerlangan yang diperoleh MSU
sekaligus melayakkan MSU untuk diiktiraf sebagai Universiti cemerlang oleh Kementerian
Pendidikan serta badan akreditasi asing, iaitu Accreditation Services for International Colleges
(ASIC), United Kingdom.

4.2 Kemudahan Pendidikan yang lengkap

MSU sentiasa memajukan dan menyediakan keperluan asas kepada pelajar seperti biasiswa,
dengan menyediakan peluang pendidikan yang mampu dimiliki oleh setiap individu, serta
menyediakan latihan dan perkhidmatan yang berkualiti, melahirkan graduan yang menjadi
tumpuan kerja dengan mengekalkan standard yang sempurna dan berkualiti dalam kurikulum
serta layak diberi pengiktirafan dan akreditasi dalam industri yang berkaitan. MSU sentiasa
mahu melahirkan graduan yang berkualiti dengan menawarkan kursus pembelajaran yang
berkualiti agar dapat melahirkan graduan dan modal insan yang memenuhi kriteria
kebolehpasaran dan menembusi pasaran sektor pekerjaan yang kompetitif.. Kini MSU
mempunyai beberapa cawangan kampus di luar negara, yang dibuka lebih dari 10 tahun yang
lalu, antaranya termasuklah di Bangalore, India, Colombia, Sri Lanka dan Jakarta, Indonesia.
Pihak MSU juga akan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan MSU di pentas antarabangsa
pada masa akan datang.

4.3 Persekitaran Pembelajaran yang kondusif

MSU juga komited sepenuhnya ke arah memastikan kadar kejayaan yang tinggi pelajar dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta merangsang intelek yang dapat
memupuk semangat pelajar untuk terus belajar serta membuat penyelidikan di universiti. MSU
sentiasa mendukung budaya kecemerlangan akademik untuk mencerminkan standard tertinggi
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan berstrategi. Sebagai contoh,
Kolabosari antara MSU dan MS Ramaiah Memorial Teaching Hospital dan Babtist Hospital
yang lengkap dengan peralatan canggih untuk memudahkan pelajar menjalani sesi kelas dan
amali anatomi dengan efektif dalam bidang pendidikan perubatan.

4.4 Menjaga kualiti

MSU amat mementingkan kualiti, dari segi pembelajaran sehinggalah membentuk pelajar yang
berkualiti agar menjadi modal insan yang benar-benar berkualiti. MSU sentiasa menerapkan
budaya pendidikan berkualiti agar dapat melahirkan lebih banyak graduan yang cemerlang.
Pendidikan mesti dijadikan objektif utama dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.
Tanggungjawab sebagai pendidik haruslah dipandang serius dan sekiranya perkara ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna, nescaya sesebuah institusi pendidikan akan mencapai misi dan
matlamat yang telah ditetapkan. Sekiranya sesebuah institusi itu sentiasa menerapkan nilai
kualiti dari pelbagai sudut, sama ada dalam bidang pelajaran, pengurusan atau pembangunan
pelajar, nescaya institusi terbabit pasti akan mencapai kejayaan yang setimpal. Kualiti ialah
tunjang kejayaan MSU sehingga peringkat antarabangsa.
5.0 Rumusan

MSU merupakan sebuah institusi pengajian swasta yang menyediakan pendidikan yang
mementingkan kualiti dan pembelajaran yang bakal melahirkan modal insan yang cemerlang
lagi terbilang untuk negara dan bangsa. Sebagai sebuah universiti yang sudah lebih tiga dekad
memainkan peranan sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang profesional di negara ini,
MSU telah menjalankan pembangunan baru iaitu pelaksana inovasi dalam bidang pendidikan
perubatan di peringkat antarabangsa, berinisiatif merapatkan jurang pendidikan , penjenaman
semula dan penubuhan sebuah yayasan. Namun, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi MSU
untuk membangunkan produknya antaranya ialah memenuhi dasar yang ditetapkan oleh
badan-badan tertentu, mendapatkan tenaga kerja pakar, kos pembangunan produk baru yang
tinggi dan persaingan pasaran. Cabaran yang dihadapi oleh pembangunan produk baru
merupakan isu yang sangat kritikal bagi seorang usahawan. Kesediaan dan persiapan untuk
menghadapi cabaran ini mampu meningkatkan kebarangkalian untuk pembangunan produk
baru mencapai kejayaan.

Sesuatu proses pembangunan produk baru sudah mula berhadapan dengan cabaran
sebelum pembangunan produk itu berlaku dan diperkenalkan kepada pelanggan. Pembangunan
produk baru berhadapan dengan beberapa cabaran seperti masa, belanjawan, kepakaran dan
risiko operasi yang melibatkan teknologi. Tenaga kerja perlu diyakinkan bahawa pembangunan
produk baru tidak menjadikan mereka tidak releven. Pembangunan produk baru sukar berjaya
tanpa sokongan pekerja. Walaupun pembangunan produk baru memainkan peranan yang besar
untuk menentukan kelangsungan perniagaan, produk itu tetap berdepan dengan pelbagai risiko.
Cabaran berkenaan sewajarnya tidak menghalang usahawan daripada terus meneroka inovasi
baru. Inovasi produk penting untuk mengukuhkan kerelevenan usahawan dalam pasaran
semasa serta meningkatkan daya saing produk. Cabaran pembangunan produk baru mesti
ditekuni melalui proses pengurusan risiko yang sistematik, iaitu merangkumi pengenalpastian
risiko, penilaian risiko, pengendalian risiko, dan semakan terhadap tindakan yang diambil
tanpa mengetepikan kepentingan komunikasi dengan semua pemegang taruhan seperti pekerja,
pemodal, pelanggan, agensi kerajaan yang berkaitan dan anggota masyarakat.

(2697 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai