Anda di halaman 1dari 7

2.0 Kesan pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diura-urakan untuk dilaksanakan di negara ini dari satu segi membawa era baru dalam mengkomersilkan pendidikan tinggi sebagai satu komoditi yang menguntungkan kerajaan dan juga kepada golongan korporat. Selaras dengan wawasan korporat, industri pendidikan tinggi ditransformasikan sebagai satu sektor yang produktif yang bersifat profit-oriented. Kesan daripada pengumuman pihak kerajaan untuk mengkorporatkan institusi pengajian tinggi awam secara berperingkat-peringkat, wujud beberapa kebimbingan dan kugusaran oleh banyak pihak. Kesannya dapat dilihat dari dua sudut iaitu sudut positif dan sudut negatif. Kesan dari sudut positifnya ialah:2.1 Skim perkhidmatan yang lebih baik Selaras dengan pengkorporatan, skim perkhidmatan tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam telah dikaji semula dan mereka medapat imbuhan yang cukup besar daripadanya. Contohnya kakitangan akademik Universiti Malaya selaku perintis dasar pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam ditawarkan skim gaji yang lebih baik. Datuk Seri Najib ketika mengumumkan tarikh pengkorporatan Universiti Malaya berkata kakitangan universiti akan meninkmati gaji yang lebih menarik di bawah skim baru yang melibatkan kenaikan di antara 20 hingga 22.8 peratus (UM, 1997). Perubahan yuran pengajian dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan sesuai dengan aspirasi negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi yang boleh menarik pelajar luar negara datang belajar dan ini memerlukan perubahan bahasa pengantar dan kadara yuran, yang pasti lebih mudah dikendalikan sekiranya institusi pengajian tinggi tidak terikat dengan pemerintah (Menghalusi, 1997). Jika dilihat dengan mata kasar, memanglah para pelajar tidak seharusnya dibebani dengan masalah ini. Tetapi penawaran skim perkhidmatan yang lebih baik kepada tenaga akademik institusi pengajian tinggi awam selepas dikorporatkan bukanlah dibuat secara suka-suka sahaja. Ada hajat dan hasrat yang tersirat di sebaliknya. Dengan adanya penawaran skim perkhidmatan yang lebih baik dan kompetitif ini, secara tidak langsung akan dapat mengurangkan masalah brain drain di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi awam ke sektor swasta sama ada sektor korporat mahupun sektor pendidikan swasta. Dengan cara ini pihak universiti dapat mengekalkan tenaga pengajar yang berkualiti dan berklaiber di samping berupaya menarik masuk tenaga pengajar yang berpotensi dari luar (UM, 1997) 2.2 Menggurangkan pengantungan universiti kepada kerajaan.

Dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak kerajaan, sesebuah universiti itu perlu bergerak cergas sebagai satu korporat yang berdaya maju bagi melipatgandakan keuntungan dan menambahkan sumber pendapatan. Daripada sumber pendapatan ini nanti akan diagihkan semula kepada kakitangan dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Jabatan-jabatan yang popular yang dapat menyumbangkan kepada dana universiti sudah tentu akan diutamakan daripada jabatan yang kurang popular dan kurang mendatangkan dana kepada universiti. Dunia akademik akan dipengaruhi kuat oleh dasar-dasar pengkorporatan universiti. Kecemerlangan akademik bagaimanapun jika disokong oleh wawasan pengkorporatan universiti akan memberi kesan yang lebih positif. Ini dapat dilihat antara fakulti dan jabatan di universiti satu persaingan yang sihat akan berlaku. Perubahan ini akan mendorong daripada tidak produktif kepada lebih produktif. Pusat pengajian ini akan terserlah dengan kegiatan-kegiatan intelek, latihan dan pembangunan sumber manusia. Seminar, bengkel, kursus jangka pendek dan kegiatan akademik perlu dianjurkan bagi memperolehi sumber kewangan. Perkembangan kerjaya dan kecemerlangan akademik pensyarah-pensyarah banyak bergantung pada usaha yang akan dilakukan dalam bidang syarahan dan pengajaran, penulisan, penyelidikan, konsultansi dan hal-hal kemasyarakatan. Perkembangan kerjaya ini memerlukan jaminan pengekalan budaya akademik dan autonomi yang perlu dimiliki oleh seseorang pensyarah. Konsep korporat universiti dalam hal ini sudah tentulah berbeza dengan konsep korporat dengan agensi-agensi dan institusiinstitusi korporat yang lain.

2.3 Pengurusan yang lebih fleksibel, inovatif dan kreatif. Selaras dengan pengkorporatan, institusi pengajian tinggi awam akan mempunyai kuasa autonomi yang lebih untuk membolehkan universiti mendapat faedah fleksibiliti dalam hal-hal pengurusannya, bersesuaian dengan fungsinya untuk menguruskan hal-hal pelajaran tinggi. Selama ini pengurusan universiti berjalan dengan tempo yang agak kebelakang dari institusi pendidikan tinggi swasta. Keadaan ini berubah apabila ianya dikorporatkan, pengurusan universiti akan menjadi lebih proaktif, agresif dan pragmatik dalam perlaksanaan operasinya. Keputusan berhubung hal-hal pelajaran tinggi dan pengurusan universiti akan dapat dilihat dengan cepat. Pengkorporatan akan menjadikan institusi pengajian awam lebih inovatif dan kreatif dalam menangani cabaran dan rintangan.

Contohnya dalam hal mencari sumber dananya sendiri. Tradisi usang institusi pengajian tinggi awam yang hanya berpaksikan kepada pengajaran semata-mata akan berubah sejajar dengan tanggungjawab kewangan yang perlu dipikul kini. Peranan tenaga pengajar kini tidak lagi hanya tertumpu kepada mengajar sahaja. Mereka sebahagian daripada institusiperlu sama-sama bergandingan bahu dalam mengemudikan bahtera agar pengkorporatan ini tidak menjadi satu perkerjaan yang sia-sia. Oleh kerana selepas dikorporatkan institusi pengajian tinggi awam tidak lagi akan dinaungi oleh pihak kerajaan dalam aspek kewangan, tidak akan memaksa mereka berusaha mencari sumber dana mereka sendiri. Ini akan mendorong mereka untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar tembok menara gading melalui konsep perkongsian bijak dengan pihak korporat mahupun industri yang boleh menghasilkan sumber kewangan. Secara tidak langsung ini boleh mengimarahkan dan memasyarakatkan universiti. Tidaklah lagi individu di dalam lingkungan tembok menara gading itu terasing daripada masyarakat luar dan ketinggalan daripada perkembangan semasa.

2.4 Pengkorporatan meningkatkan lagi usaha penterjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam dikhuatiri akan mengancam kedaulatan

Bahasa Malaysia apabila wujudnya kelonggaran untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah tidak benar. Sebaliknya, pengkorporatan institusi pengajian tinggi awam akan merancakkan lagi usaha-usaha untuk menghasilkan sumber ilmu yang disediakan dalam Bahasa Malaysia kerana pengkorporatan merupakan satu mekanisme ke arah meningkatkan imej pendidikan negara sehingga kita akan berupaya mengkesport pendidikan kita ke luar negara. Ini juga adalah selari dengan cadangan untuk menjadikan pendidikan negara bergerak secara beriringan dengan usaha penterjemahan yang sedang giat dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kerana sedia dimaklumi bahawa kita masih kekurangan buku-buku ilmu di dalam Bahasa Malaysia. Untuk mengimbangi kekhuatiran terancamnya kedaulatan dan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila institusi pengajian tinggi awam dikorporatkan, secar tidak langsung akan memaksa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menggiatkan usaha-usaha penterjemahan sumber-sumber ilmu dari bahasa asing ke Bahasa Malaysia. Dan apabila kita telah cukup bersedia dalam aspek sumber-sumber ilmu di dalam Bahasa Malaysia, pada masa

itu diharap sistem pendidikan negara mampu menarik minat pelajar yang belajar di negara ini dengan menggunakan bahasa pengatar Bahasa Malaysia. 2.5 Membebaskan universiti-universiti tempatan daripada kongkongan birokrasi. Pengkorporatan universiti akan dapat membebaskan universiti-universiti tempatan daripada kongkongan birokrasi yang menjadi faktor penyekat kepada perubahan dan perkembangan universiti. Kuasa bagi membuat keputusan terhadap sesuatu dasar perkembangan universiti terpaksa dirujuk kepada pihak-pihak tertentu dan jika tidak dipersetujui maka perubahan yang perlu dibuat tidak dipersetujui maka perubahan yang perlu dibuat tidak dapat dilakukan. Pengkorporatan akan dapat meningkatkan kecekapan universiti tempatan lebih efesien kerana pengaruh budaya korporat yang bersifat action-oriented, time-oriented dan profit oriented. Kecekapan dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan sumber adalah satu faktor yang penting kepada budaya dan menyokong idea pengkorporatan ini.

2.6 Perubahan budaya kerjaya pensyarah Produktiviti akan menjadi kriteria utama bukan sahaja untuk kenaikan gaji, tetapi juga bagi mengekalkan pensyarah berkenaan kepada jawatan yang disandang. Pensyarah-pensyarah yang dikira tidak produktif dan bermasalah akan ditamatkan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah. Dari satu segi pengkorporatan universiti adalah satu langkah untuk membersihkan pensyarah-pensyarah yang tidak diperlukan di universiti.

2.7 Pengenalan bidang pengajian baru Bidang-bidang pengajian baru yang sesuai dengan permintaan pasaran akan dapat diperkenalkan selaras dengan peranan institusi pengajian tinggi sebagai pusat ledakan ilmu pengetahuan. Dasar pendidikan negara menjelang tahun 2020 ialah menekankan kepada 60 peratus kursus dalam bidang sains dan teknologi dan 40 peratus kepada bidang sastera dan kemanusian. Penekanan kepada sains dan teknologi bukan sahaja mampu menggunakan kemudahan-kemudahan moden tetapi juga dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan sains dan teknologi yang serba canggih. Penstrukturan semula kursus-kursus sains dan teknologi yang membolehkan pelajar yang bukan bidang sains mempelajarinya boleh dilakukan selaras dengan liberalisasi dan pendemokrasian pendidikan tinggi. Tradisi amalan

pengaliran dan pengkhususan yang rigit mengikut bidang-bidang dapat diatasi dengan pengenalan pengkorporatan universiti tempatan ini nanti. Universiti tempatan boleh dibangunkan sebagai pusat maklumat dan pusat kecemerlangan pendidikan yang akan memberi sumbangan kepada pihak swasta, kerajaan, pihak individu, kumpulan dan organisasi sosial, golongan dagang dan sebagainya. 3.0 Latar belakang penswastaan pendidikan tinggi di Malaysia. Penswastaan pendidikan adalah pendidikan yang disediakan kepada pelajar oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta adalah institusi bukan bantuan kerajaan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Penswastaan pendidikan tinggi di Malaysia bermula sejak 1950an, ia dikatakan sebagai laluan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka. Pada awal 1970an, terdapat anjakan terhadap peranan adan fungsi sistem penswastaan pendidikan mula mementingkan kursus-kursus pra universiti. Dekad 1980an, telah menyaksikan penswastaan pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting bagi menyediakan pendidikan tinggi(kursus-kursus yang membawa kepada kelayakan di peringkat sijil, diploma dan ijazah). Pendidikan swasta di Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila kebanyakan daripada program pengajiannya diterima oleh kebanyakan unversiti luar negara yang terkenal untuk kemasukkan ke peringkat ijazah. Secara amnya, institusi pendidikan swasta terbahagi kepada dua kategori mengikut peringkat pendidikan yang ditawarkan. Peringkat pendidikan bermula dari pra sekolah hingga ke pendidikan tinggi. Secara umumnya institusi pendidikan swasta terbahagi kepada dua kategori iaitu Institusi Pendidikan Swasta (IPS) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS). Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dikelolakan oleh sektor swasta bagi menawarkan kursus untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional), Senior Middle III dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan sijil, diploma dan ijazah. Kumpulan IPTS yang perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah Institusi pendidikan Tinggi Swasta, Universiti Swasta, Kolej Unversiti Swasta, Kampus Cawangan Universiti Swasta dan Pusat Pengajian Jarak Jauh. Terdapat beberapa akta dan perundangan yang menyokong Penswastaan Pendidikan Tinggi. Akta dan perundangan ini adalah bertujuan untuk mengawal dan menyeragamkan selaras penswastaan ini. Penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi pendidikan swasta tertakluk di bawah Akta-akta berikut, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan yang

dibuat di bawahnya, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Akta Majlis Pendidkan Tinggi Negara 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 dan Akta Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional 1997. Selain itu juga, kawalan kerajaan ke atas pengurusan IPTS dapat dilihat melalui jabatan-jabatan dan akta yang telah ditetapkan. Diantara jabatan yang memainkan peranannya ialah Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia, Akta dan Perundangan, Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan External Examiners.

Pertumbuhan Pendidikan Tinggi Swasta dapat dilihat daripada peningkatan bilangan dan jenis institusi pendidikan tinggi swasta. Contoh IPTS yang wujud di Malaysia ialah Universiti Malaysia Kuala Lumpur(KLMU), Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST), Universiti Terbuka Malaysia(OUM) dan sebagainya. Permintaan yang tinggi terhadap IPTS, menyebabkan peningkatan jumlah pelajar yang belajar di kolej-kolej swasta dan ianya juga peningkatan penawaran kursus-kursus. Kesan daripada permintaan yang tinggi menyebabkan peningkatan dua kali ganda terhadap IPTS. Dapat dilihat daripada pertumbuhan institusi, pada tahun 1992 sebanyak 156 buah institusi telah ditubuhkan. Manakala pada tahun 1996, sebanyak 354 buah telah ditubuhkan. Keadaan ini wujud ekoran daripada permintaan sosial yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 3.1 Kesan penswastaan institusi pengajian tinggi Pertumbuhan begitu banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah meningkatkan lagi taraf pendidikan di Malaysia. Kesan penswastaan institusi pengajian tinggi dapat dilihat dari pelbagai sudut yang positif dan negatif. Di antara kesan-kesannya ialah, 3.1.1 Twining Programme Pertumbuhan pendidikan tinggi swasta yang berasaskan kepada twining programme dengan universiti luar negeri juga menyebabkan pengaliran wang keluar yang tinggi. Perkembangan Twining Programme yang berleluasa menimbulkan masalah dualisma dalam pendidikan di negara ini. Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang mempunyai rangkaian twining dengan universiti-universiti di luar negeri mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Pengiktirafan dan keutamaan yang diberikan oleh manjikan , khususnya pihak swasta terhadap lulusan luar negeri sekali gus memberi kredit yang tinggi

kepada golongan yang mengikuti Twining Programme ini kerana dikatakan tahap penguasan Bahasa Inggeris yang tinggi berbanding dengan pelajar dalam negeri. 3.1.2 Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor pendidikan awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan sepenuhnya. Lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang dapat di wujudkan secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Pertumbuhan IPTS dapat menarik minat pelabur asing untuk menceburi bidang pelaburan di Malaysia, syarikat-syarikat swasta juga tidak ketinggalan dalam hal mencari keuntungan. Permintaan yang meningkat terhadap IPTS menyebabkan pemaju perumahan membina rumah yang dikhaskan untuk pelajar asing menyewa semasa menuntut di Malaysia. Sedikit sebanyak memberikan peluang kepada pemaju untuk menjalankan urusan perniagaan yang dapat mendatangkan keuntungan. 3.1.3 Peluang pendidikan yang lebih terbuka. Kesan daripada penswastaan institusi pengajian tinggi juga membuka peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat umumnya. Penswastaan mewujudkan peluang pembelajaran sepanjang hayat melalui program Pendidikan Jarak jauh(PJJ), dengan mengambil kira konsep universiti maya. Dengan penswastaan pendidikan juga, syarat kemasukan yang lebih terbuka dan fleksibel menggalakkan penubuhan IPTS yang berteraskan teknikal yang dapat memberi dan membuka jalan kepada pelajar Lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA. Contohnya Institut Teknologi Jepun- Malaysia(JMTI). 3.1.4 Meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia Meningkatkan kualiti Pendidikan Bertaraf Dunia ini juga merupakan satu agenda penting bagi menjadikan pendidikan di Malaysia lebih menguntungkan negara. Langkah bagi mengswastakan universiti-universiti tempatan juga mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya,

Anda mungkin juga menyukai