Anda di halaman 1dari 30

BAB 2

LATAR BELAKANG PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA

2.0 Pengenalan

Mengikut pada apa yang termaktub di dalam Laporan Lembaga Pengajian untuk

Senter Asasi Sains, Pusat Asasi Sains Universti Malaya (PASUM) telah dibangunkan

mengikut peruntukan dalam Seksyen 18 Perlembagaan Universiti Malaya.1 Sejak

PASUM ditubuhkan, ternyata dapat dilihat program-program yang diperkenalkan oleh

PASUM berjaya apabila PASUM dikatakan dapat melahirkan ramai jumlah pelajar

bumiputera yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu sains dan matematik. Hatta,

pengambilan pelajar bumiputera ini juga menunjukkan bahawa PASUM sememangnya

komited dalam memegang kunci utama penubuhan PASUM pada awalnya iaitu dengan

ingin memberikan peluang serta melahirkan pelajar bumiputera yang celik sains dan

matematik. Maka, dengan adanya Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ini, anak-anak

bumiputera diyakini akan sentiasa memiliki peluang yang besar dalam melanjutkan

pelajaran dalam bidang sains dan matematik secara amnya terutama pada pelajar

bumiputera yang berasal daripada kawasan luar bandar dan memperoleh keputusan yang

cemerlang dalam peringkat SPM.

Secara dasarnya, dalam bab 2 ini, kajian akan memperincikan pada latar belakang

penubuhan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya di mana sejarah penubuhan PASUM

dan juga carta organisasi serta perbincangan mengenai serba sedikit tentang latar

belakang pelajar-pelajar yang diserap masuk ke dalam PASUM bermula daripada tahun

1977 sehingga 2008. Selain itu, bab ini juga dilengkapi dengan perbincangan mengenai

tenaga pengajar yang berada di PASUM dalam tempoh waktu kajian dijalankan. Waktu

pembelajaran pelajar di mana jadual waktu dan kalendar pengajian pada setiap semester

juga akan dijadikan sebagai salah satu subtopik penting dalam bab ini yang bertujuan
1
Buku Panduan Program Asasi Sains Universiti Malaya, 2019/2020, hlm. 5.

12
untuk memberikan pencerahan mengenai cara pengajaran yang dilakukan oleh pihak

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya ini untuk membentuk pelajar aliran sains dan

matematik yang berdisiplin. Akhir sekali, di dalam bab 2 ini juga, kajian akan membuka

ruang dalam menjelaskan tentang penerimaan beberapa fakulti yang sejajar dengan

bidang yang diceburi oleh lepasan pelajar PASUM bukan sahaja di Universiti Malaya,

malah di universiti tempatan lain juga.

2.1 Sejarah Awal Penubuhan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) terletak di Bangsar Kuala Lumpur

yang bernaung di bawah Universiti Malaya sejak pada awal penubuhannya iaitu pada

tahun 1977 sehingga hari ini. Pada asalnya, idea penubuhan Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya ini atau lebih dikenali sebagai Senter Universiti Malaya pada suatu

ketika dahulu telah diperkenalkan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz yang merupakan

Naib Canselor Universiti Malaya pada ketika itu. Pendiskusian awal telah dilakukan

antara Ungku Aziz dan beberapa dekan-dekan aliran sains yang bertujuan

mengumpulkan maklumat untuk melaksanakan PASUM pada sekitar tahun 1976.

Namun begitu PASUM telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1977 dengan

membuka pengambilan pelajar bumiputera khususnya dalam aliran sains dan matematik.

Objektif utama dalam penubuhan PASUM ini dilakukan adalah untuk menambahkan

jumlah pelajar bumiputera yang terdiri daripada mereka yang menceburi bidang sains

dan matematik. Kelahiran pelajar lepasan PASUM ini juga dilihat menjamin masa

hadapan mereka dengan lebih cerah apabila peluang mereka untuk diserap ke dalam

fakulti-fakulti aliran sains seperti Fakulti Sains, Perubatan, Pergigian malah turut

diberikan peluang yang besar juga untuk masuk ke Fakulti Kejuruteraan.

13
Gambar 2.1: Peta Kedudukan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.

Sumber: Internet.

Peranan Ungku Aziz secara amnya dapat dikenalpasti sebagai salah satu

sumbangan yang sangat besar dalam melancarkan lagi penubuhan PASUM pada suatu

ketika dahulu. Malah, Ungku Aziz sangat mementingkan penyelesaian untuk

meramaikan kuota bumiputera dalam melibatkan diri melalui aliran sains dan matematik.

Pemerhatian beliau terhadap Fakulti Sains di Universiti Malaya yang mempunyai jurang

yang besar di antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera mengundang kerisauan

pada beliau. Oleh itu, beliau yang akhirnya mendapat ilham pada penampakan program

yang dijalankan di United Kingdom iaitu Centre for Foundation Studies telah

menetapkan pendirian dalam menubuhkan sebuah program yang seakan program di

United Kingdom tersebut, namun fokus utama adalah dalam bidang sains dan juga

matematik.2 Hal ini akhirnya telah terarah kepada penubuhan Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya pada tahun 1977 yang merupakan pusat asasi pertama di Malaysia.

2
Asmah Haji Omar, Riwayat Ungku Aziz, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015, hlm. 142.

14
Program asasi sains yang berdurasi selama tempoh 2 tahun pegajian ini pada

asalnya telah mula diperkenalkan serta menempatkan PASUM di Fakulti Pertanian pada

mulanya yang kemudiannya fakulti ini telah diarahkan untuk ditutup kerana pembinaan

Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah dijalankan. Program asasi yang ditawarkan

ini telah memilih Universiti Malaya sebagai tapak mereka menyemai anak-anak

bumiputera dan seterusnya melahirkan mereka yang bijak dalam aliran sains dan

matematik kerana matlamat mereka untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar

asasi ini terhadap suasana dan juga cara pembelajaran di universiti. Hal ini secara tidak

langsung dapat dilihat sangat membantu dari segi persediaan pelajar-pelajar ini sebelum

menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Melihat kepada organisasi Pusat Asasi Sains Universiti Malaya pula, PASUM

mempunyai seorang pengarah yang mengepalai pentadbiran di Pusat Asasi tersebut.

Pengarah PASUM juga turut dibantu oleh beberapa kakitangan pentadbiran yang lain.

PASUM juga dikatakan turut mempunyai seorang Pegawai Kebajikan yang bertugas

sebagai penasihat dan membantu pelajar-pelajar mereka yang mengalami beberapa isu

terutamanya yang melibatkan masalah berkaitan di luar bidang pengajian mereka.3

Dengan adanya pegawai yang ditugaskan ini secara tidak langsung dapat membantu

para pelajar untuk tidak memikirkan masalah yang menganggu mereka supaya mereka

dapat sentiasa belajar dalam keadaan yang kondusif tanpa sebarang masalah.

3
Buku Panduan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, 1977/1978, hlm. 1.

15
Gambar 2.2: Carta Organisasi Kakitangan Pelaksana Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya.

Sumber: Buku Panduan Program Asasi Sains Universiti Malaya Sesi


2019/2020.

2.2 Kemasukan Pelajar ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Penerimaan PASUM terhadap pengambilan pelajar-pelajar daripada seluruh

Malaysia saban tahun memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, kemasukan

pelajar ke PASUM juga adalah bersandarkan kepada keperluan yang diperuntukan oleh

Universiti Malaya untuk diserap ke fakulti-fakulti aliran sains. Menurut Pengarah

PASUM, Professor Dato’ Dr. Mohd Jamil bin Maah, beliau menyatakan bahawa kuota

kemasukan pelajar yang diperlukan PASUM adalah bertujuan untuk mengisi keperluan

dalam Fakulti Sains, Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan serta Alam Bina itu sendiri.4

4
Temu bual bersama Dato’ Prof. Dr. Jamil bin Maah di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 25 Oktober 2019. Profesor Dato’ Dr Jamil bin Ma’ah adalah merupakan Pengarah Pusat Asasi
Sains Universiti Malaya (PASUM) bermula daripada tahun 2017 sehingga kini. Beliau juga adalah
merupakan bekas pelajar Universiti Malaya yang turut memperjuangkan bantahan penutupan PASUM
pada tahun 2001.

16
Kebanyakan pelajar yang diterima masuk ke PASUM ini adalah mereka yang

berasal daripada keluarga yang menetap di luar bandar. Hal ini disebabkan oleh

PASUM sendiri yang ingin memberikan peluang yang cerah buat anak-anak yang

memiliki kebolehan untuk dididik bagi menjadi seorang yang berjaya dalam bidang

sains dan juga matematik. Selain itu, bagi mereka yang telah ditawarkan untuk

mengikuti program ke PASUM ini, namun tidak mempunyai kewangan yang kukuh,

terdapat beberapa tajaan yang disediakan oleh pihak kerajaan pada ketika itu dan

antaranya adalah bantuan bagi golongan B40. Tajaan pembelajaran mereka ke PASUM

akan diberikan secara percuma dan perkara ini sekaligus dilihat dapat menaikkan

semangat anak-anak bumiputera ini untuk menyambung pengajian mereka tanpa perlu

risau akan masalah kewangan bagi menampung pembelajaran mereka. Rentetan

daripada usaha PASUM ini juga dapat dilihat apabila kemasukan pelajar bumiputera

dikatakan meningkat saban tahun mengikut pada Laporan Tahunan Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya. Perkara ini berlaku kerana kemampuan PASUM sendiri dilihat

terbukti dalam melahirkan pelajar-pelajar lepasan PASUM yang sehingga kini digelar

ikon negara umpamanya.

Menurut Dato’ Dr. Jamil Maah lagi, beliau menyatakan bahawa pada suatu ketika

dahulu sekitar tahun 1971, kemasukan pelajar ke PASUM diambil mengikut kepada

sistem kuota yang bermaksud setiap kemasukan yang diterima PASUM akan ditapis

mengikut pada setiap negeri di Malaysia berdasarkan kelayakan mereka yang akan

dinilai mengikut pada keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).5 Namun

begitu, sejak beberapa tahun selepas penubuhan PASUM ini, Menteri Pelajaran pada

ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad6 yang menginginkan pendidikan di

Malaysia ini dibentuk melalui sistem meritokrasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi

Ketiga, sistem ini bermaksud satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan

5
Ibid.
6
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Menteri Pendidikan Malaysia yang dilantik bermula pada
tahun 1974 sehingga 1978.

17
sosial seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.7

Walaubagaimanapun, sistem ini dilihat telah menyebabkan seseorang pelajar yang

datangnya daripada keluarga yang susah atau miskin menghadapi kesukaran untuk

diserap masuk ke dalam PASUM kerana saingan dalam kalangan pelajar yang sudah

berada dalam keadaan yang baik kehidupannya berbanding dengan pelajar-pelajar yang

berasal daripada kawasan luar bandar. Hal ini kerana, sistem yang sedia ada

mengharuskan pelajar memohon kemasukkan ke PASUM melalui Unit Pusat Universiti

(UPU) dan maklumat mereka akan dimuatkan melalui sistem ini menyebabkan keadaan

kehidupan seseorang pelajar itu bukanlah menjadi suatu faktor utama dalam

melayakkan mereka untuk masuk ke PASUM kerana sistem tersebut hanya menilai

berdasarkan keputusan cemerlang daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, fokus PASUM dengan hanya menerima kemasukan pelajar bumiputera

juga adalah kerana untuk mencukupkan kuota yang diperlukan dalam fakulti-fakulti

sains di Universiti Malaya pada asalnya. Mungkin hal ini akan menyebabkan kekeliruan

sesetengah pihak yang sering bertanya mengapa PASUM tidak mengambil

pelajar-pelajar cemerlang keputusan SPM yang terdiri daripada bukan bumiputera,

sedangkan mereka ini adalah daripada golongan yang layak. Perkara ini telah dijelaskan

daripada pengarah PASUM sendiri yang menyatakan bahawa kuota bagi pelajar bukan

bumiputera untuk ke fakulti sains di Universiti Malaya tidak mempunyai sebarang

masalah. Perkara yang menjadi masalah utama pada ketika itu sehingga kini juga adalah

kekurangan kuota pelajar bumiputera sahaja. Tambah beliau lagi, “tidak perlu kami

mengganggu perkara yang sudah dalam keadaan baik, kami hanya inginkan anak

bumiputera mendapat tempat dan peluang di fakulti-fakulti sains”.

Kemasukan rasmi pelajar bumiputera yang diterima oleh PASUM adalah pada

tahun 1977, di mana pada ketika itu, program tersebut adalah dalam tempoh dua tahun.

7
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=meritokrasi
(tarikh diakses 18 November 2019).

18
Sejak kemasukan pertama sesi 1977/1978 ini, dapat dilihat bahawa jumlah

pelajar-pelajar yang diterima masuk ke PASUM ini dilihat semakin meningkat

walaupun setelah beberapa tahun sejak program tersebut ditubuhkan, jangka masa

pengajian telah pun disingkatkan kepada tempoh satu tahun sahaja namun perkara ini

tidak menganggu gugat PASUM dalam terus menjadikan PASUM sebagai suatu ruang

buat pelajar bumiputera khususnya dalam mengikuti program-program yang ditawarkan

kepada mereka.8 Hal ini turut mendatangkan impak yang positif terhadap fakulti-fakulti

aliran sains Universiti Malaya juga kerana apabila pelajar-pelajar lepasan PASUM ini

berjaya menamatkan pengajian di PASUM, kuota kemasukan ke dalam fakulti aliran

sains turut dilihat mempunyai peningkatan yang memberangsangkan. Dapat

disimpulkan disini bahawa usaha PASUM dalam mencapai matlamat mereka untuk

memenuhi kuota pelajar bumiputera tidak pernah terpadam. Hasil yang diolah oleh

PASUM ini sendiri dapat dilihat melalui teguhnya PASUM sehingga ke era ini sebagai

sebuah pusat asasi yang terbaik di Malaysia.

2.3 Kursus-kursus yang Ditawarkan/Sukatan Pembelajaran

Semasa di awal pengenalan PASUM, terdapat beberapa kursus yang

diperkenalkan. Hal ini terjadi kerana pada asalnya, kemasukan pelajar yang layak

diterima PASUM adalah terdiri daripada mereka yang telah melepasi tahap Sijil Tinggi

Persekolah Malaysia (STPM). Disebabkan pada awalnya matlamat PASUM adalah

untuk mengatasi masalah kekurangan kuota pelajar bumiputera yang perlu dimasukkan

ke fakulti-fakulti sains yang ada di Universiti Malaya, maka semasa Dasar Ekonomi

Baharu (DEB) diperkenalkan,9 pengambilan pelajar lepasan STPM dilakukan di mana

pada ketika itu semasa di peringat STPM dikenali dengan nama Sijil Tinggi Persekolah

8
Asmah Haji Omar, Riwayat Ungku Aziz, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015, hlm. 142.
9
Dasar Ekonomi Baharu (DEB) telah digubal oleh kerajaan sejak peristiwa 13 Mei 1969 untuk mencapai
perpaduan antara kaum di Tanah Melayu.

19
(STP) atau Higher School Certificate (HSC) ini mempunyai dua principle iaitu

principle passes dan subsidiary passes.10 Justeru, suatu pemerhatian telah dilakukan

terhadap anak-anak bumiputera lepasan STPM dan HSC ini dan hasilnya dapat dilihat

apabila kebanyakan daripada anak bumiputera tidak dapat menepati kedua-dua principle

tersebut. Hal ini telah mendatangkan kesukaran kepada anak bumiputera kerana mereka

tidak dapat menyambung pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di

universiti-universiti tempatan. Melihat kepada permasalahan ini, PASUM telah

mengorak langkah dengan membuka laluan kepada pelajar lepasan STPM dan HSC ini

untuk ditawarkan masuk ke PASUM bagi memberikan mereka persediaan untuk

memenuhi syarat bagi menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Dengan adanya pelajar lepasan STPM dan HSC yang dilihat mempunyai bidang

pengetahuan yang sangat luas maka PASUM telah memperkenalkan beberapa program

yang dikenali sebagai Program Pra. Antara Program Pra yang telah diperkenalkan

adalah Pra Sains, Pra Perubatan, dan Pra Kejuruteraan. Program-program ini dilihat

sebagai salah sebuah kejayaan PASUM kerana kebanyakan pelajar yang lahir daripada

program ini adalah mereka yang sangat bijak dan berdedikasi dalam pembelajaran

mereka terutamanya dalam bidang sains.

Namun begitu, beberapa tahun selepas program-program pra ini diperkenalkan,

PASUM melihat bahawa di dalam bidang perakaunan juga telah wujud kepincangan

yang turut dikenalpasti, malah tenaga pengajar dalam Bahasa Inggeris juga dikatakan

tidak mencukupi. Oleh itu, PASUM telah mengambil initiatif untuk mewujudkan

beberapa program lain yang terdiri daripada Program Pra juga seperti Pra Perakaunan

yang mempunyai tempoh pembelajaran selama dua tahun untuk membekalkan pelajar

ke Fakulti Perakaunan Universiti Malaya.11

10
Majlis Peperiksaan Malaysia, Latar Belakang MPM, http://portal.mpm.edu.my/latar-belakang (tarikh
diakses 18 November 2019)
11
Lapuran Lembaga Pengajian Untuk Senter Asasi Sains, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1976,
hlm.13.

20
Selain itu, anak-anak bumiputera yang berasal daripada keluarga yang menetap di

luar bandar ini telah diterima masuk ke dalam program-program ini dan dididik,

khususnya dalam Bahasa Inggeris untuk membantu mereka menjadi guru, maka

PASUM sekali lagi telah memperkenalkan program baharu iaitu Pra Bahasa Inggeris.

Di samping itu, Fakulti Alam Bina Universiti Malaya juga dikatakan tidak dapat

memenuhi kuota bagi pelajar bumiputera, dimana fakulti tersebut mengalami

kekurangan pelajar dalam bidang arkitek, building survey dan sebagainya, maka

program Pra Alam Bina juga telah diwujudkan bagi mengatasi masalah tersebut. Hal

yang sama turut dilihat kepada Fakulti Perundangan dimana menurut Dato’ Dr. Jamil

Ma’ah, beliau menyatakan bahawa pada ketika itu, pelajar bumiputera yang menuntut

pengajian di Fakulti Perundangan dilihat hanya berada dalam peringkat third class

sahaja apabila tamat pengajian. Disebabkan ini juga, PASUM turut memperkenalkan

program Pra Perundangan untuk menempatkan anak-anak bumiputera ini supaya dapat

berada dalam peringkat yang lebih tinggi lagi. Hal ini dikatakan telah berjaya apabila

selepas program-program ini diperkenalkan, ramai pelajar lepasan PASUM yang

menuntut dalam program-program pra tersebut telah diterima dalam fakulti-fakulti

berkaitan dan bilangan pelajar yang mendapat first class juga turut meningkat.

Perkara ini telah menunjukkan bahawa usaha PASUM dalam mewujudkan

program-program pra tersebut adalah merupakan suatu usaha yang terbaik yang pernah

dilakukan. Dengan erti kata lain, program-program tersebut bukan sahaja dapat

memberikan peluang yang baik buat anak bumiputera malah dapat melahirkan mereka

yang dalam kalangan terbilang dalam pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda

apabila jumlah pelajar bumiputera yang memperoleh ijazah juga semakin ramai.

Kontradiksinya, apabila kerajaan telah melakukan rombakan semula dalam sistem

pendidikan dengan cara ingin menubuhkan Pusat Matrikulasi di Malaysia, semua

Program Pra tersebut telah diarahkan tutup meskipun program-program ini dilihat

21
berjaya menghasilkan keperluan pelajar ke fakulti-fakulti yang mengalami masalah

mengisi kuota pelajar bumiputera terutamanya di Universiti Malaya. Natijahnya,

sehingga ke hari ini, hanya Program Asasi Sains Hayat, Sains Fizikal, Alam Bina dan

Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) sahaja yang ditawarkan oleh PASUM.

Walaubagaimanapun, PASUM tetap memberikan fokus dalam mengisi kuota bagi

keperluan fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya dan terus memberikan peluang yang

baik buat anak-anak bumiputera untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat

Ijazah Sarjana Muda.

Pada tahun 1982, Tun Dr. Mahathir yang menginginkan pelaksanaan Dasar

Pandang ke Timur diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia maka PASUM

dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga kerajaan Jepun dalam

memperkenalkan program baharu yang dikenali sebagai Rancangan Persediaan Khas

Jepun (RPKJ).12 Program ini telah dilaksanakan sehingga ke hari ini yang bertujuan

untuk menyediakan pelajar-pelajar di PASUM untuk dihantar ke Jepun bagi mengikuti

bidang pengajian yang seterusnya di negara tersebut terutamanya dalam bidang Sains,

Perubatan dan juga Kejuruteraan. Selain itu, program ini juga dikatakan salah satu

program yang mencabar buat PASUM namun begitu, dengan bantuan daripada JPA dan

beberapa penaja yang lain secara tidak langsung telah melancarkan kelangsungan

program ini untuk diteruskan. Sehingga ke hari ini juga menurut Dato’ Dr. Jamil Maah

sendiri, program RPKJ ini telah mencecah sehingga ke pengambilan yang ke-38 dan

saban tahun mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak luar.13

Dalam pada itu, PASUM juga telah menjalankan kerjasama dengan Akademi

Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS) untuk melatih anak-anak bumiputera khususnya

yang beragama Islam untuk menyambung pembelajaran dalam bidang sains dan

12
Laporan Tahunan Universiti Malaya Tahun 1982/1983, hlm.142.
13
RPKJ atau Rancangan Persediaan Khas Jepun adalah sebuah kerjasama antara PASUM bersama
kerajaan Jepun. Program ini adalah salah sebuah keistimewaan yang dimiliki PASUM kerana hanya
PASUM yang menawarkan program ini pada pelajar lepasan SPM.

22
matematik. Ini adalah merupakan suatu cabaran yang baharu juga buat PASUM kerana

baru pertama kali PASUM mengambil langkah untuk mengadakan kerjasama tersebut.

Bagi PASUM sendiri, kebanyakan pelajar-pelajar yang berasal daripada mereka yang

menuntut di sekolah-sekolah tahfiz, pondok dan sebagainya ini adalah mereka yang

mempunyai daya ingatan yang kuat. Hal ini dapat disimpulkan apabila lahirnya

golongan-golongan yang menghafaz al-Quran dengan baik sekali. Perkara ini

menunjukkan bahawa mereka ini sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar

untuk dididik dalam mempelajari ilmu sains hayat dan fizikal. Suatu kejayaan yang

baharu buat PASUM juga apabila pelajar-pelajar tersebut kebanyakannya mereka yang

menyambung pengajian di PASUM dalam bidang Sains Komputer, Biologi dan juga

Fizik. Semasa pengajian di PASUM masih dalam tempoh dua tahun, bagi mereka yang

diterima masuk ke APIDS ini tempoh pengajian akan dibahagikan kepada dua bahagian,

di mana pada tahun pertama pelajar ini akan menuntut di Nilam Puri, Kelantan

manakala pada tahun kedua barulah mereka ini dihantar ke PASUM bagi meneruskan

pengajian mereka. Namun demikian, apabila program PASUM telah berubah kepada

satu tahun sahaja, maka pelajar APIDS ini hanyalah dikhususkan untuk belajar sepenuh

masa di PASUM.

Gambar 2.3: Percambahan Program yang Ditawarkan Pusat Asasi Sains


Universiti Malaya sekitar tahun 1977 sehingga 1999.

Sumber: Buku Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia: Pengalaman


50 Tahun Merdeka.

23
2.4 Tenaga Pengajar Tunjang Pembangunan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya

Berdirinya PASUM sebagai salah sebuah institusi pengajian yang terbaik di

Malaysia ini sudah pasti dengan adanya mereka yang terdiri daripada golongan pendidik

yang tidak putus-putus memberikan ilmu dan pendidikan yang berkesan buat

pelajar-pelajar mereka yang menuntut ilmu di PASUM. Mereka yang dikenali sebagai

tenaga pengajar ini merupakan tulang belakang pembangunan PASUM juga kerana

tanpa mereka, pelajar-pelajar yang cemerlang yang mengikuti program asasi di PASUM

tidak akan dapat menamatkan pembelajaran mereka dengan cemerlang.

Tenaga pengajar yang berada di PASUM juga adalah terdiri daripada mereka

yang turut cemerlang dalam pembelajaran. Kebanyakan tenaga pengajar di PASUM

adalah mereka yang telah menyambung bidang pembelajaran ke peringkat Masters dan

juga PHD.14 Perkara ini sangat diberikan perhatian buat PASUM kerana bukan sahaja

bertujuan untuk mengekalkan kualiti golongan pendidik bahkan untuk memastikan juga

bahawa pelajar-pelajar mereka dapat menerima bidang ilmu yang sangat luas selain

melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sains dan juga matematik. Oleh itu,

kualiti tenaga pengajar merupakan elemen yang sangat dititikberatkan oleh PASUM.

Bertanyakan soal kerakyatan dan juga bangsa mereka yang dilantik menjadi

tenaga pengajar ini, PASUM sememangnya tidak begitu mengambil kira mengenai hal

tersebut. Kebanyakan tenaga pengajar di PASUM juga pada suatu ketika dahulu adalah

mereka yang terdiri daripada kaum Cina sendiri kerana kekurangan tenaga pengajar

yang berbangsa Melayu pada ketika itu. Namun begitu, sejak akhir ini, tenaga pengajar

yang dilantik di PASUM adalah mereka yang terdiri daripada berbilang bangsa juga,

bahkan terdapat juga peningkatan daripada segi tenaga pengajar yang berbangsa Melayu.

Bagi pihak PASUM sendiri, mereka yang menjadi golongan pendidik ini mestilah

mereka yang mempunyai kualiti yang baik, layak untuk digelar pendidik, faham

14
Mohd Taib Osman, Universiti dan Tradisi Kecemerlangan, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,
2004, hlm. 120.

24
mengenai falsafah yang cuba disampaikan melalui pembinaan PASUM ini serta tidak

ketinggalan juga mereka yang berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka

sebagai seorang yang dikenali sebagai pendidik.

Selain itu, dalam memastikan pelaksanaan program RPKJ yang diperkenalkan

PASUM sentiasa berjaya, pelantikan tenaga pengajar daripada Jepun juga turut

dilakukan. Berdasarakan pemerhatian melalui organisasi kakitangan akademik PASUM,

dapat dilihat bahawa ramai tenaga pengajar yang berasal daripada Jepun telah diambil

oleh PASUM. Hal ini kerana, pengajian Jepun yang ingin dijalankan ini haruslah

melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia kerana mereka ini akan dihantar ke Jepun

untuk menyambung bidang pengajian mereka di sana. Justeru, dengan adanya tenaga

pengajar yang berasal daripada Jepun ini, setidaknya pelajar-pelajar ini akan lebih

bersedia dan yakin terutama apabila mereka harus bertutur dalam bahasa Jepun. Perkara

ini tidak akan mendatangkan sebarang masalah buat mereka kerana mereka telah dididik

dengan baik oleh tenaga pengajar yang berada di PASUM yang dipercayai memberikan

penampakan yang lebih jelas tentang situasi di negara tersebut apabila pelajar-pelajar ini

berada di sana.

Perkara ini telah menunjukkan bahawa PASUM sememangnya sangat

berdedikasi dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi melalui pengambilan

tenaga pengajar yang ditugaskan untuk mendidik pelajar mereka dimana tenaga

pengajar ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat

baik terutamnya dari segi pencapaian akademik mereka.

25
Gambar 2.4 Carta Organisasi Kakitangan Akademik Pusat Asasi Sains Universiti
Malaya.

Sumber: Buku Panduan Program Asasi Sains Universiti Malaya Sesi 2019/2020.

2.5 Jadual Pembelajaran Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Umum mengetahui bahawa kesemua para pelajar yang diterima masuk ke Pusat

Asasi Sains Universiti Malaya adalah mereka yang terdiri daripada yang memperoleh

keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan awam seperti SPM dan juga

STPM. Hal ini membawa erti bahawa mereka ini adalah pelajar yang mempunyai

disiplin yang sangat tinggi dalam mengutamakan pembelajaran. Disebabkan perkara ini

juga, mereka ini selayaknya diterima masuk ke PASUM kerana PASUM juga adalah

merupakan sebuah institusi yang sangat menitikberatkan disiplin dalam kalangan para

pelajar mereka. Aspek akademik menjadi perkara yang signifikan buat sebuah institusi

pendidikan seperti PASUM kerana melalui pencapaian akademik yang dapat disemai

dalam diri para pelajar PASUM inilah melambangkan identiti besar PASUM sendiri

sebagai sebuah pusat asasi yang terbaik di Malaysia.

26
Kemasukan para pelajar lepasan SPM ke PASUM adalah bermula pada bulan

Julai setiap tahun. Apabila para pelajar yang layak ini diterima masuk ke PASUM,

mereka telah disediakan jadual waktu kuliah yang mana jadual waktu ini

memperuntukan pelajar untuk hadir ke kuliah pada setiap hari iaitu bermula daripada

hari Isnin sehingga Jumaat. Waktu pembelajaran dalam kuliah juga amat padat di mana,

kuliah akan bermula seawal 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jadual waktu pembelajaran

pelajar-pelajar PASUM, satu temu ramah telah dilakukan bersama alumni PASUM.

Beliau yang dikenali sebagai Luqman Iman bin Shuhaimi merupakan pelajar PASUM

pada sesi kemasukan 2017/2018 yang kini telah menyambung pelajaran di Fakulti

Kejuruteraan Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.15 Semasa

berada di PASUM beliau telah menyambung pelajarannya dalam bidang sains fizikal

yang meliputi subjek seperti Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Komputer. Menurut

beliau lagi, apabila beliau telah memperoleh keputusan SPM, tanpa berfikir panjang

beliau telah memilih PASUM sebagai sebuah cabang buat beliau untuk menyambung

pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Ini telah menunjukkan bahawa beliau sangat

yakin dengan kebolehan PASUM sebagai sebuah institusi yang mampu melahirkan

pelajar-pelajar yang terbaik. Tambah beliau lagi, beliau telah memilih PASUM sebagai

pilihan pertama apabila beliau mengisi permohonan melalui sistem UPU.

Bertanyakan soal tajaan yang diterima kepada saudara Luqman, beliau

menyatakan bahawa apabila seorang pelajar daripada lepasan SPM diterima masuk ke

PASUM, mereka akan diberikan elaun daripada pihak kerajaan, di mana kesemua kos

pembelajaran adalah di bawah tanggungan kerajaan sepenuhnya.16 Perkara ini

menunjukkan bahawa kerajaan sangat komited dalam membantu pelajar-pelajar yang

15
Temu bual bersama Luqman Iman bin Shuhaimi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20 November
2019. Luqman Iman adalah merupakan pelajar lepasan PASUM yang berjaya menyambung pengajiannya
ke Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.
16
Temu bual bersama Luqman Iman bin Shuhaimi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20 November
2019.

27
berada di PASUM secara amnya untuk mereka menyambung pelajaran mereka tanpa

memikirkan soal kos dengan begitu rumit. Namun begitu, pihak kerajaan juga turut

melihat kepada jenis pekerjaan dan pendapatan yang diterima oleh ibu bapa pelajar yang

menerima tawaran belajar ke PASUM ini. Hal ini kerana, pihak kerajaan sendiri perlu

memilih dan mementingkan kelayakan mereka berdasarkan pendapatan yang diperoleh

oleh penjaga mereka kerana peluang perlu diberikan kepada pelajar yang lain juga

terutama pelajar yang datang daripada kalangan keluarga yang mengalami kesusahan

dari segi kewangan agar peluang yang sama rata dapat diperoleh oleh semua pihak.

Manakala bagi pelajar yang ibu bapanya mampu untuk menanggung kos pembelajaran

mereka di PASUM, mereka tidak akan dibiayai oleh kerajaan kerana mereka ini

dipercayai adalah yang terdiri daripada golongan yang berkemampuan.

Selain itu, secara dasarnya beliau menyatakan lagi bahawa sungguhpun semasa

permohonan UPU dilakukan, bidang yang dipilih adalah berdasarkan ketetapan diri

pelajar itu sendiri namun semasa berada di PASUM, jadual waktu pembelajaran adalah

ditentukan oleh PASUM. Jadual waktu ini akan dibekalkan kepada pelajar semasa hari

pertama kuliah bermula dan jadual ini akan berubah setiap bermulanya semester yang

baharu. Jika dilihat, jadual para pelajar PASUM sememangnya agak padat dan penuh

dengan waktu kuliah. Setiap matapelajaran yang ditentukan adalah berdasarkan

semester semasa pelajar tersebut dan setiap matapelajaran tersebut mengambill masa

selama 40 minit waktu pembelajaran di dalam kelas. Terdapat juga suatu sesi yang

dikenali sebagai sesi jati diri. Sesi ini adalah di mana para pelajar ini lebih ditekankan

kepada sivik dan norma-norma manusia. Program ini juga khususnya memberikan

gambaran pada para pelajar tentang cara untuk menanam dan mempunyai jati diri dalam

diri mereka.

28
Jadual 2.1: Jadual Pembelajaran Pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
(PASUM).

Sumber: Diubahsuai dengan Rajah Jadual Waktu Pembelajaran Luqman Iman (Pelajar
Lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, PASUM)

Di samping itu, dalam setiap semester juga selain daripada peperiksaan akhir

yang akan dihadapi, terdapat juga beberapa kuiz dan peperiksaan pertengahan semester

yang akan diadakan untuk mengambil kira markah yang akan membantu pelajar

mendapat gred yang sepatutnya dicapai di akhir semester mereka. Menurut saudara

Luqman lagi, PASUM telah sekian lama memperkenalkan penilaian berterusan untuk

dijalankan ke atas para pelajar. Penilaian berterusan yang dilakukan ini adalah bertujuan

untuk melatih para pelajar supaya sentiasa tidak berada dalam keadaan yang terlampau

selesa kerana untuk membentuk seseorang itu menjadi seorang yang berguna haruslah

dengan menggunakan pelbagai input yang produktif juga supaya dapat menjadikan

seseorang itu berjaya. Sebelum menduduki peperiksaan akhir di penghujung semester

yang menuntut para pelajar mendapatkan markah sebanyak 60%, terdapat juga beberapa

penilaian yang harus dilakukan. PASUM telah menyediakan kemudahan seperti

29
makmal untuk pelajar yang mengambil, tidak kira aliran sains hayat ataupun sains

fizikal, mereka ini akan dinilai berdasarkan penglibatan dalam makmal. Peratusan yang

akan diperuntukkan semasa di makmal adalah sebanyak 10%.

Selain itu, terdapat juga ujian atau kuiz mingguan yang akan dilakukan terhadap

para pelajar ini untuk melatih mereka supaya sentiasa bersedia dan serius dalam bidang

yang mereka ceburi. Ujian mingguan ini akan memberikan markah sebanyak 10% juga.

Manakala, untuk peperiksaan pertengahan semester pula akan diberikan markah

sebanyak 20%, jadi jumlah keseluruhan bagi satu semester yang diperuntukan PASUM

untuk para pelajar mereka adalah sebanyak 100%. walaupun perkara ini dilihat agak

sukar kerana pembawaan aliran sains itu adalah tidak mudah, namun pelajar yang

menuntut ilmu di PASUM ini dikatakan hampir kesemua mereka mendapat CGPA yang

mencapai kepada 3.9 ke atas. Hal ini sekaligus menggambarkan bahawa, PASUM

sangat menjaga pendidikan yang diberikan kepada para pelajar mereka.

Selain itu, sebelum tempoh pengajian PASUM dipendekkan menjadi satu tahun,

pengajian yang seharusnya dilengkapkan oleh pelajar PASUM adalah selama dua tahun.

Menurut kepada perakuan Lembaga Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, selama

tempoh pengajian dua tahun tersebut, ianya akan meliputi kepada empat semester

dimana semester satu dan dua adalah dalam tahun pertama pengajian manakala semester

tiga dan empat berada dalam tahun yang kedua. Setiap semester itu terdiri daripada 26

minggu di mana 8 minggu kelas-kelas, 1 minggu cuti, 8 minggu kelas-kelas, 2 minggu

peperiksaan dan 7 minggu cuti semester.17

17
Buku Panduan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, 1977/1978, hlm.2

30
Gambar 2.5: Kalendar Pengajian Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Sesi
1977/1978

Sumber: Buku Panduan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya Tahun Akademik
1977/1978

Selepas tempoh pengajian di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dipendekan

kepada satu tahun, terdapat banyak perubahan yang harus dilakukan oleh pihak

pentadbiran PASUM pada ketika itu. Ini adalah ekoran daripada peruntukan kerajaan

sendiri yang telah meletakkan syarat untuk menjadikan kesemua pusat asasi dan

matrikulasi di Malaysia mengadakan tempoh pengajian selama satu tahun sahaja.

Walaupun perkara ini secara dasarnya agak sukar buat PASUM yang perlu mengubah

sistem pembelajaran pelajar mereka, namun perkara ini tidak pernah dianggap beban

oleh PASUM. Walhal, mengikut pada logik akal manusia, perkara ini begitu rumit

secara khususnya kerana mustahil untuk meletakkan tempoh pengajian kepada satu

tahun apatah lagi ianya akan membimbangkan pihak PASUM yang khuatir akan para

pelajar mereka yang berkemungkinan tidak mampu untuk catch up dalam pembelajaran

yang berada dalam tempoh masa yang sangat singkat.

31
Perkara ini ternyata disangkal sama sekali kerana kata pengarah PASUM sendiri

iaitu Dato’ Dr. Jamil bin Maah, beliau menyatakan bahawa, kesemua para pelajar yang

diterima masuk ke PASUM ini adalah merupakan para pelajar yang terdiri daripada

yang cerdik pandai, maka dengan peruntukan kerajaan sedemikian tidak pernah menjadi

masalah buat mereka untuk sentiasa memastikan mereka cepat menerima suatu

pembelajaran itu.18 Justeru, perkara ini dilihat menjadi salah satu punca bagi pembakar

semangat para pelajar ini untuk tidak berputus asa untuk menuntut ilmu terutamanya

terhadap bidang yang mereka minati. Jelas di sini bahawa para pelajar yang diterima

masuk ke PASUM adalah mereka yang terdiri daripada yang sangat cekal dan bukan itu

sahaja, bahkan mereka ini juga adalah mereka yang terdiri daripada yang cepat belajar.

Hal ini membolehkan peningkatan lagi taraf pendidikan di negara ini yang mana para

pelajarnya boleh dikatakan mampu untuk berjaya dan bersaing setaraf dengan

pelajar-pelajar di luar negara. Tempoh pengajian akademik dalam tempoh satu tahun

adalah seperti berikut:

18
Temu bual bersama Prof. Dato’ Dr. Jamil bin Maah di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 25 Oktober 2019.

32
Gambar 2.6: Kalendar Pengajian Pelajar PASUM Sesi 2019/2020.

Sumber: Buku Panduan Program Asasi Sains Universiti Malaya Sesi 2019/2020.

2.6 Fakulti yang Menempatkan Pelajar Lepasan PASUM

Semenjak daripada tahun 1977 sehingga 2008, Pusat Asasi Sains Universiti

Malaya sentiasa membekalkan jumlah pelajar yang diperuntukan oleh beberapa fakulti

yang menerima lepasan PASUM berdasarkan kepada bidang yang mereka ceburi di

PASUM. Hakikatnya, PASUM sentiasa berusaha setiap tahun agar kuota yang

diperlukan oleh fakulti-fakulti berkenaan sentiasa mencukupi. Umum mengetahui

bahawa PASUM telah menawarkan beberapa program yang sangat membantu para

pelajar bumiputera terutamanya dalam bidang sains dan juga matematik demi mengatasi

masalah untuk memenuhi kuota bagi pelajar bumiputera di Fakulti Sains terutamanya.

33
Bagi mereka yang mengambil bidang sains hayat, selepas sahaja tamat pengajian di

PASUM, mereka akan diserap ke dalam Fakulti Sains, Fakulti Perubatan, Fakulti

Pergigian sahaja. Hal ini berbalik kepada isu jumlah kuota yang harus dibantu oleh

PASUM untuk bekalkan jumlah pelajar yang secukupnya ke fakulti-fakulti tersebut.

Namun begitu, hasil daripada temu ramah bekas pelajar PASUM iaitu saudari Nurul

Fatihah binti Zaidi yang merupakan pelajar bidang sains hayat semasa di PASUM,

beliau menyatakan bahawa pelajar yang mengambil aliran sains hayat semasa di

PASUM ini segelintir daripada mereka sukar untuk mendapat tempat di fakulti-fakulti

sains Universiti Malaya. Hal ini disebabkan oleh terlalu banyak persaingan yang

berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut selain daripada gagal dalam temu duga

untuk ke fakulti yang mereka minati.19 Namun begitu, menurut Dato’ Dr. Jamil Maah

sendiri, walaupun kebanyakan pelajar sains hayat ini tidak dapat meneruskan

pembelajaran mereka ke fakulti-fakulti sains di Universiti Malaya, namun peluang tetap

terbuka buat mereka ke fakulti sains yang berada di universiti-universiti tempatan yang

lain.

Dalam pada itu, bagi para pelajar lepasan PASUM yang mengambil bidang sains

fizikal semasa di PASUM pula, mereka ini akan mempunyai pilihan yang lebih luas

berbanding dengan lepasan PASUM yang berada dalam bidang sains hayat. Sebagai

contoh, walaupun mereka ini seharusnya menempatkan diri dalam bidang Kejuruteraan,

Alam Bina dan Sains Komputer umpamanya, namun mereka turut diberi peluang untuk

menyambung pelajaran ke fakulti lain. Berbeza dengan mereka yang mengambil bidang

sains hayat yang hanya tertakluk kepada pilihan dalam Fakulti Sains, Perubatan dan

juga Pergigian sahaja.

19
Temu bual bersama Nurul Fatihah binti Zaidi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 21 November 2019.
Nurul Fatihah adalah pelajar lepasan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) Sesi 2016/2017.

34
2.7 Infrastruktur yang Serba Lengkap

Untuk mencapai dan legasi sebagai salah sebuah institusi terbaik di Malaysia

bukannya mudah buat PASUM. Malah, terdapat pelbagai cabaran serta rintangan yang

harus ditempuhi untuk mencapai suatu kejayaan tersebut. Seperti pepatah Melayu yang

berbunyi, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, begitulah

perumpamaan yang mudah untuk mendefinisikan PASUM sebagai sebuah pusat ilmu

yang suatu ketika dahulu pernah terpalit berkenaan isu penutupannya yang dianggap

sebagai suatu peristiwa yang sangat berat buat PASUM. Namun atas usaha pelbagai

pihak akhirnya perkara ini dapat membuatkan PASUM bertahan sehingga ke detik ini.

Jika dilihat kepada PASUM, menjadi sebuah institusi yang menarik tumpuan

ramai itu bukanlah hanya bergantung kepada tumpuan untuk membentuk pelajar sahaja.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembentukan PASUM itu sendiri sangat berkait

rapat dengan pelbagai kemudahan yang serba lengkap yang diusahakan serta disediakan

oleh pihak PASUM untuk para pelajar mereka yang menuntut ilmu di sana. Benar

hakikatnya bahawa untuk menyediakan infrastruktur yang terbaik itu memerlukan

belanjawan yang sangat tinggi tetapi setiap kesusahan itu ada jalan penyelesaiannya.

Hal ini kerana, PASUM sangat mengambil berat untuk memberikan keselesaan yang

sewajarnya kepada para pelajar mereka. Oleh itu, untuk mengusahakan suatu

kemudahan itu perlulah berpaksikan kepada satu matlamat yang sama iaitu untuk

memakmurkan para pelajar mereka supaya mereka ini berasa selesa apabila menuntut

ilmu di PASUM.

Terdapat pelbagai kemudahan yang dapat dilihat yang ada di PASUM yang mana

rata-rata institusi yang lain di Malaysia ini juga terkadang tidak mampu untuk

menyaingi PASUM sendiri berdasarkan kepada penyediaan infrastruktur yang serba

mencukupi. Setiap pelajar yang diterima masuk ke PASUM ini tidak akan dibiarkan

untuk mencari tempat tinggal sendiri atau lebih dikenali sebagai rumah atau bilik sewa.

35
Sebaliknya, PASUM telah berusaha sehabis baik untuk mendapatkan tempat bagi

meletakkan para pelajar mereka supaya pelajar-pelajar ini dapat menetap dan belajar

dalam keadaan yang selesa dan baik.

Para pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di PASUM ini pada awalnya

dikatakan di tempatkan dibeberapa kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya. Hal ini

telah dimaklumkan oleh Pengarah PASUM sendiri, di mana tujuan perkara ini

dilakukan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ini supaya

lebih bersifat terbuka dan menerima suasana belajar di universiti sebelum mereka

meneruskan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak. Namun begitu,

setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh PASUM untuk mendapatkan asrama yang

khas hanya untuk pelajar PASUM sahaja, pada sekitar tahun 2000, Pusat Asasi ini telah

berjaya mendapatkan Kolej Kediaman Ungku Aziz atau Kolej Kediaman Kesebelas

khas untuk menempatkan para pelajar PASUM di sana. Berbeza pula dengan mereka

yang mengambil bidang Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) yang mana mereka

ini telah ditempatkan pula di Kolej Kediaman Keduabelas bagi mudah untuk dilakukan

pemantauan ke atas mereka.

Di samping itu, antara kemudahan lain yang turut disediakan buat para pelajar

adalah Auditorium. Auditorium yang disediakan ini adalah sebuah tempat yang

mempunyai ruang yang sangat selesa buat para pelajar kerana dilengkapi dengan sistem

penghawa dingin begitu juga dengan desktop komputer dan LCD.20 Auditorium ini juga

adalah merupakan tempat yang sangat penting jika terdapat sebarang program yang

akan dilakukan di PASUM di mana, auditorium ini dikatakan dapat memuatkan seramai

600 orang.21 Sementara itu, kemudahan dewan kuliah juga turut disediakan oleh

PASUM. Dewan kuliah ini dikenali sebagai Dewan Kuliah Utama atau DKU yang

dikatakan antara salah sebuah dewan kuliah yang terbesar di Universiti Malaya. DKU

20
Pusat Asasi Sains Uniersiti Malaya, https://asasi.um.edu.my/facilities (tarikh diakses 20 Novermber
2019)
21
Ibid.

36
ini juga adalah merupakan dewan yang paling utama untuk diadakan sebarang

persidangan umpamanya selain daripada mengadakan perjumpaan orang-orang

kenamaan dan juga diskusi yang sering dilakukan di PASUM. Selain daripada

mempunyai kelengkapan yang serba cukup seperti komputer dan juga LCD Projector,

kapasiti yang dapat dimuatkan dalam DKU ini adalah dalam jumlah yang sangat besar

juga iaitu seramai 700 orang dalam satu sesi.

Dalam masa yang sama, PASUM juga turut mempunyai Dewan Kuliah A yang

juga sangat besar di mana dapat memuatkan seramai 300 pelajar di dalamnya apabila

kuliah diadakan. Perkara ini sama seperti suasana di universiti yang sebenar, jadi dapat

dilihat bahawa para pelajar ini sememangnya diberikan pendedahan terutamanya

daripada segi persekitaran pembelajaran itu sendiri yang dapat membuka mata pelajar

yang belajar di Pusat Asasi ini untuk lebih mengenali kehidupan sebenar di universiti

dan selain untuk mengajar para pelajar agar lebih bersedia untuk berdikari. Seterusnya,

terdapat juga makmal kajian mengikut kepada bidang bagi para pelajar tersebut. Sebagai

contoh, terdapat Makmal Fizik, Biologi dan juga Kimia yang menyediakan kelengkapan

peralatan terutamanya yang mencukupi. Menurut Pengarah PASUM sendiri, mereka

sehingga kini telah memiliki sebanyak 12 buah makmal mengatasi pusat asasi dan juga

matrikulasi yang lain di Malaysia. Kemudahan ini turut disediakan untuk para pelajar

yang belajar dalam bidang Akademi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS). Selain itu,

pelajar APIDS turut memiliki keistimewaan daripada segi kemudahan yang diberikan

kerana kemudahan mereka ditambah dengan perkhidmatan kaunseling dan panduan

kerjaya yang diberikan oleh PASUM.

37
Gambar 2.7: Dewan Kuliah A Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

Sumber: Laman Web Rasmi Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM)

38
2.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa pembangunan Pusat Asasi Sains

Universiti Malaya (PASUM) bermula pada tahun 1977 sehingga 2008 merupakan salah

satu langkah yang sangat berkesan terutamanya dalam konsep membantu golongan

bumiputera dalam memberikan galakan kepada anak-anak ini supaya mengejar impian

mereka untuk belajar dan berjaya dalam bidang sains dan matematik. Idea penubuhan

PASUM yang telah dikemukakan oleh Ungku Aziz yang pada ketika itu adalah Naib

Canselor Universiti Malaya sememangnya sebuah langkah yang sehingga ke hari ini

dapat dilihat impak positifnya terhadap golongan anak Melayu. Dengan membawa

nama sebagai sebuah pusat asasi yang pertama dibangunkan di Malaysia pada suatu

masa dahulu menjadikan PASUM sebagai sebuah institusi pendidikan yang menjadi

contoh terhadap institusi pendidikan yang lainnya kerana kejayaan PASUM yang

menempa nama sehingga menjadi pilihan yang terbaik buat anak-anak bumiputera di

Malaysia kerana di sinilah lahirnya juga ramai ikon-ikon negara yang menjadi bualan

orang ramai.

Kesungguhan PASUM yang menempa nama sebagai sebuah pusat asasi yang

terbaik ini juga telah mendatangkan sambutan yang amat menggalakan daripada pihak

ibu bapa sendiri umpamanya yang menjadi impian buat mereka untuk menghantar

anak-anak mereka belajar di pusat asasi ini. Tidak ketinggalan juga pelajar lepasan SPM

sendiri yang menjadikan peluang untuk masuk ke PASUM sebagai salah satu peluang

yang amat baik untuk mereka memulakan perjalanan hidup mereka dalam membina

akademik mereka selepas alam persekolahan. Lantaran itu, kemasukan ke PASUM ini

juga turut dikatakan menjadi impian buat anak bukan bumiputera kerana mereka juga

inginkan peluang yang sama seperti anak bumiputera. Hal ini disebabkan oleh, mereka

ini mengetahui akan kejayaan PASUM dan bagaimana kesungguhan PASUM sendiri

39
dalam usahanya untuk membentuk para pelajar mereka supaya menjadi seorang pelajar

yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Sementara itu, PASUM juga turut memastikan bahawa tenaga pengajar yang

mereka miliki adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pencapaian yang baik

dalam akademik iaitu dengan memiliki Masters dan juga PHD. Hakikatnya, dengan

memiliki tenaga pengajar yang berkualiti inilah yang menjadi tunjang dalam membawa

tanggungjawab mereka sebagai golongan yang mampu untuk mendidik anak-anak

bumiputera untuk mendapatkan peluang yang lebih baik dalam aliran yang diberikan

fokus oleh PASUM sendiri iaitu sains dan juga matematik. Di samping itu dengan

penambahan kemudahan-kemudahan yang serba-serbi lengkap di PASUM juga turut

menjadikan PASUM sebagai pilihan bagi pelajar lepasan SPM. Mereka merasakan

bahawa dengan mempunyai infrastruktur yang baik ini mampu mendatangkan kesan

yang positif dalam pembelajaran seharian mereka. Dengan kemudahan yang sama

seperti yang berada di alam universiti yang sebenar ini mampu memberikan gambaran

yang baik dan persediaan buat para pelajar mereka untuk menyambung pelajaran ke

peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Dengan memberikan suasana yang lebih kondusif dan terbaik juga mampu

membentuk para pelajar mereka supaya menjadi lebih berdikari dan turut membantu

para pelajar mereka dalam membuka ruang yang lebih luas lagi untuk memilih bidang

yang mereka minati supaya mereka lebih bersedia ketika mereka masih menuntut di

PASUM lagi. Disebabkan peluang yang dijanjikan oleh PASUM kepada para pelajar

inilah, PASUM sentiasa mendapat sambutan yang menggalakan saban tahun. Bahkan,

jika diperhatikan jumlah kemasukan pelajar bermula daripada tahun 1977 sehingga

tahun 2008 juga semakin meningkat kerana usaha dan kejayaan PASUM sendiri dalam

memastikan anak-anak bumiputera yang diterima masuk ke PASUM ini mampu

mendapatkan peluang untuk belajar dalam keadaan yang sangat baik. Tuntasnya,

40
pembinaan PASUM pada tahun 1977 pada suatu ketika dahulu sememangnya

mendatangkan impak yang amat baik daripada segi peluang pendidikan yang

dilontarkan buat anak-anak bumiputera. Jaminan yang diberikan juga mampu

menambah baik nama PASUM dari tahun ke tahun untuk mengekalkan gelarannya

sebagai sebuah pusat asasi yang terbaik di Malaysia dan terus bertindak sebagai institusi

pendidikan yang mampu melahirkan anak-anak bumiputera yang cemerlang dalam

bidang sains dan matematik.

41

Anda mungkin juga menyukai