Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA PROGRAM

LAWATAN INDUSTRI KE BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

TARIKH:
1 APRIL 2016 (JUMAAT)

TEMPAT:
BANK NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR

ANJURAN:
JABATAN SYARIAH DAN EKONOMI
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

1.0

TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan
dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya (APIUM) untuk mengadakan lawatan ke Bank
Negara Malaysia (BNM) yang dianjurkan oleh Jabatan Syariah dan
Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

2.0

PENGENALAN
Mahasiswa

merupakan

aset

dan

gambaran

masa

depan

sesebuah negara. Mahasiswa juga merupakan salah satu tonggak


kepada kemajuan dan pembangunan negara. Justeru, peningkatan
intelektual dan semangat juang mahasiswa perlu ditingkatkan bagi
merealisasikan visi negara.
Oleh itu, Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan kepada
mahasiswa/i jabatan ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai polisi dan garis panduan bagi transaksi kewangan islam
dengan pendekatan praktikal serta mengetahui dengan lebih jelas
berkenaan tugas Bank Negara dalam memantau operasi kewangan
Islam oleh institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia.
Selain itu, dengan langkah yang proaktif, program lawatan
industri ini dapat dijalankan sebagai suatu bimbingan alternatif bagi
memotivasikan mahasiswa/i terhadap bidang ini serta mengasah
kemahiran pengurusan organisasi dalam pelaksanaan program.

3.0

OBJEKTIF
3.1
Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai garis
panduan
3.2

pelaksanaan

operasi

transaksi

kewangan

Islam

semasa di Malaysia.
Membantu mahasiswa/i untuk memahami dengan lebih baik
mengenai tugas Bank Negara selaku penggubal polisi dan

3.3

pemantau bagi urusan transaksi kewangan islam di Malaysia.


Memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i tentang
suasana dan keadaan alam pekerjaan yang akan diceburi.

4.0

JUSTIFIKASI MENGADAKAN PROGRAM


Perlaksanaan program ini memberi galakan dan kesempatan
kepada mahasiswa/i khususnya mahasiswa Syariah dan Ekonomi
untuk mendapat pendedahan awal tentang tanggungjawab Bank
Negara Malaysia (BNM) sebagai institusi yang diamanahkan untuk
mengendalikan dasar kewangan di Malaysia agar keadaan ekonomi
berada dalam keadaan terkawal namun masih selari dengan prinsip
ekonomi Islam. Melalui program ini, mahasiswa/i juga mendapat
pendedahan awal tentang alam pekerjaan yang sebenar dalam bidang
ekonomi yang hasilnya dapat membuka pemikiran mahasiswa/i
seterusnya memberi kesan yang positif kepada bangsa, agama dan
negara.

5.0

ANJURAN
Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti
Malaya.

6.0

TARIKH DAN MASA


Tarikh: 1 April 2016
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

7.0

LOKASI PROGRAM
Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

8.0

BILANGAN PESERTA
8.1
60 orang mahasiswa/i Jabatan Syariah dan Ekonomi sesi 2015/16
8.2
2 orang pensyarah

9.0

CARTA STRUKTUR ORGANISASI

PENASIHAT
En Azizi Bin Che Seman
PENGARAH
Hanna Syakirah Binti Mohd Yazid (IEE130005)

TIMBALAN PENGARAH
Shalyana Binti Shaari (IEE130013)

SETIAUSAHA
Siti Aishah Binti Sazali (IEE130016)
BENDAHARI
Musfirah Bte Anwar (IEE130701)

10.0 ATURCARA PROGRAM


1 APRIL 2016 (JUMAAT)
MASA

PERKARA

7.30 pagi

Peserta berkumpul untuk menaiki bas

8.00 pagi
9.00 pagi
9.30 pagi
10.30 pagi

Bertolak ke BNM
Tiba di BNM
Taklimat daripada pihak pengurusan BNM
Sesi soal jawab
Lawatan ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara @ Sasana
Kijang

11.00 pagi
12.30 tengah hari

Pulang ke Universiti Malaya

TEMPAT
Kawasan
API

Bank Negara
Malaysia

Universiti
Malaya

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN
BIL.
1.
Tajaan Lajnah
2.
Tajaan APIUM

PERKARA

RM
454.00
1000.00
1454.00

JUMLAH
PERBELANJAAN
BIL.
PERKARA
1.
MAKANAN
Sarapan
Makan tengah hari
2.
PENGANGKUTAN
Bas
Tol
JUMLAH

HARGA(RM)

KUANTITI

JUMLAH(RM)

2.00
5.00

62
62

124.00
310.00

2
2

1000.00
20.00

500.00
10.00
RM 1454.00

12.0 PENUTUP
Semoga proram ini dapat diluluskan oleh Akademi Pengajian Islpagi
Universiti

Malaya

(APIUM)

dan

juga

diharapkan

dapat

mempertimbangkan sewajarnya permohonan bantuan kewangan yang


telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi harapan agar segala
perancangan dan penyediaan program ini mendapat sokongan padu
dan

kerjasama

daripada

semua

pihak.

Semoga

program

yang

dirancang ini akan berjalan lancar dan seterusnya mencapai objektif


yang telah digariskan.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

...........................................

...............................................

HANNA SYAKIRAH BINTI MOHD YAZID,

EN. AZIZI BIN CHE SEMAN ,

Pengarah,

Penasihat,

Program Lawatan Industri Ke BNM,

Program Lawatan Industri Ke


BNM,

Jabatan Syariah dan Ekonomi,

Jabatan Syariah dan Ekonomi,

Akademi Pengajian Islam,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai