Anda di halaman 1dari 10

050106-07-0441

4.0 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan ini boleh memberikan pengetahuan dan informasi yang
banyak kepada pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah 14200 , Sungai
Jawi , Pulau Pinang. Tema yang dipilih adalah berkaitan sains dan teknologi dan
aspek yang diberikan fokus untuk kajian ini adalah terhadap media sosial. Tugasan
yang telah dibuat oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan
TikTok yang membantu pelajar tingkatan 6 sebagai medium pembelajaran. Pengkaji
telah memilih tajuk “Penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran
pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi, Pulau
Pinang”. Tempat kajian yang dipilih oleh pengkaji ini adalah berdekatan dengan
tempat tinggal pengkaji .

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘sains’ bermaksud ilmu pengetahuan


yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains juga
boleh dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau
kenyataan semata-mata. Sementara ‘teknologi’ pula bermaksud aktiviti atau kajian
yang digunakan yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam
industri pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain.

Definisi media sosial adalah sejenis media yang digunakan secara atas talian
dengan membolehkan para pengguna memudahkan proses untuk menyertai,berkongsi
da mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial dan dunia virtual. ‘Media’ bermaksud
merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disampaikan
kepada masyarakat. Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat,media bermaksud
alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Pelbagai jenis saluran
atau perantara komunikasi seperti bahan cetakan atau terbitan iaitu surat khabar dan
majalah. Manakala ‘sosial’ boleh didefinisikan sebagai satu perkara yang
berhubungan dengan masyarakat sekeliling. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
sosial membawa maksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat dan kemasyarakatan.
050106-07-0441

Aplikasi TikTok merupakan salah satu aplikasi yang telah mendominasi


masyarakat di serata dunia. Aplikasi ini dibangunkan oleh ByteDance dari China yang
dilancarkan pada September 2016. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan
penyampaian maklumat melalui perkongsian video pendek seperti isu semasa,
pendidikan, menunjukkan bakat dan penjanaan pendapatan melalui TikTokShop.
Aplikasi ini popular di Asia, Amerika Syarikat, dan bahagian lain di dunia. Selain itu,
medium pembelajaran merupakan segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang
fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi
proses pembelajaran. Bagi ‘medium’ pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
bermaksud orang yang menjadi pengantara antara orang halus dengan manusia biasa
atau bahan yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Manakala,
‘pembelajaran’ ialah perihal pemerolehan, atau pengubahsuaian dan pengukuhan
bagi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, nilai, atau keutamaan yang baharu atau
sedia ada masing-masing dan boleh melibatkan sintesis jenis maklumat berlainan.
Definisi pembelajaran menurut Kamus Dewan Edisi keempat adalah satu proses
(kegiatan) belajar.

Rasional kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati bahawa semakin


banyak penggunaan TikTok sebagai medium pembelajaran yang telah menarik
perhatian pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Pengkaji memberi
tumpuan di lokasi kajian iaitu SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi,
Pulau Pinang kerana lokasi kajian merupakan sekolah pengkaji dan lokasinya
berdekatan dengan kediaman pengkaji. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenal
pasti faktor pemilihan aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi, Pulau
Pinang. Pengkaji ingin mengetahui sebab-sebab yang menjadi faktor pemilihan
TikTok sebagai medium pembelajaran pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh
Barakbah.

Dalam rasional kajian kedua, pengkaji berminat untuk mengkaji manfaat


penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran dalam kalangan pelajar
tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah. Hal ini dikatakan demikian kerana,
050106-07-0441

pengkaji mendapati ramai pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah
memilih aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran mereka.

Pengkaji menggunakan internet sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan


maksud ekonomi , pengguna bijak dan pembelian peralatan elektronik secara atas
talian . Selain itu , pengkaji juga menggunakan internet sebagai sumber rujukan . Di
samping itu , pengkaji juga menggunakan sumber Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
mencari sumber maklumat.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan sesuatu matlamat yang hendak dikaji dalam sesebuah
pengajian seperti kerja dengan teliti. Seperti objektif yang telah dinyatakan di bawah,
ia merujuk kepada objektif kerja kursus yang ingin hendak dikaji. Kesemua kajian
perlu mengikut takrifan objektif dengan amat teliti supaya tidak terpesong daripada
matlamat utama. Terdapat dua objektif yang dikaji semasa membuat kerja kursus ini.

1. Mengenal pasti faktor pemilihan aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran


dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200,
Sungai Jawi, Pulau Pinang.

2. Mengkaji manfaat penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium pembelajaran


dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200,
Sungai Jawi, Pulau Pinang.
050106-07-0441

6.0 LOKASI KAJIAN


6.1 PETA NEGERI PULAU PINANG

Peta 1: Pulau Pinang


(Sumber: http://maps.google.com )

Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 negeri-negeri di Malaysia dan


terletak berhampiran dengan persisiran barat laut Semenanjung Malaysia. Terpisah di
antara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur,Negeri Perak di sebelah Selantan
dan Perairan Selat Melaka dan Sumatera di sebelah barat. Pulau Pinang terdiri
daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.
Keluasan kawasan pulau adalah 285 km² yang terpisah sepenuhnya daripada Seberang
Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan Jambatan
Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km. Pulau Pinang mempunyai bilangan penduduk
seramai 1.6 juta orang (berdasarkan anggaran rambang). Negeri Pulau Pinang juga
merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi
Chinatown utama negara Malaysia.
050106-07-0441

6.2 PETA DAERAH SUNGAI BAKAP

Rajah 2: Peta Kawasan Sungai Bakap


(Sumber: http://maps.google.com)

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian dijalankan di Kampung Valdor yang


terletak di kawasan Sungai Bakap. Sungai Bakap merupakan sebuah bandar selatan
negeri Pulau Pinang dan tempat kediaman negeri Pulau Pinang, Malaysia hanya 5 km
dari Nibong Tebal. Di sini, terdapat banyak bank bagi orang Jawi dan Sungai Bakap.
Sungai Bakap juga terletak di kawasan parlimen Nibong Tebal tetapi berhampiran
Bukit Mertajam. Lebih tepat lagi, ia terletak di antara Valdor di utara, Jawi di selatan.
Bagi kampung pula, Kampung Valdor merupakan perkampungan yang utama di sini.
Bagi kampung, Kampung Valdor merupakan titik utama dan penting di Sungai
Bakap. Sungai Bakap juga merupakan kawasan rehat orang Ipoh dan Kuala Lumpur
ke Pulau Pinang dan Alor Setar. Makanan-makanan yang panas, enak, dan terkenal
juga berada di Sungai Bakap ini bagi seluruh rakyat Pulau Pinang. Sekolah Menengah
Jit Sin 2 akan dibuka di Sungai Bakap ini pada masa yang akan datang. Terdapat tiga
buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungai Bakap sekarang.
050106-07-0441

6.3 PETA LOKASI KAJIAN

Peta 3: Peta Kampung Valdor


(Sumber: http://maps.google.com)

Kampung Valdor ialah sebuah kampung cina baharu di barat Daerah Seberang
Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia.Terdapat Simpang Ampat di sebelah barat dan
Kampung Wellesley di Selatan.Perkataan Valdor bermaksud Lembah Emas dalam
bahasa Perancis.Kampung Valdor telah dibuka oleh Perancis pada pertengahan abad
ke-19.Kampung Valdor juga mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Valdor sebagai tempat penduduk untuk mendapat
ilmu.Selain itu, kebanyakan penduduk di Kampung Valdor ialah kaum
Cina.Kampung Valdor merupakan ketiga besar kampung orang cina.Ekonomi
Kampung Valdor adalah tertumpuan dalam pertanian dan penternakaan.
050106-07-0441

6.2 GAMBAR SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH

Foto 1: SMK Tun Syed Sheh Barakbah


(Sumber: Kajian Lapangan 2024)

Foto 2: SMK Tun Syed Sheh Barakbah


(Sumber: Kajian Lapangan 2024
050106-07-0441

7. METODOLOGI KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan
objektif kajian dengan hasil kajian. Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah
menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan
kerana proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan
dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang
kaji selidik kerana ia lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden
(Marson et.al 1998).

7.1 PERSAMPELAN
Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu teknik persampelan
bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30
orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri
daripada pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai
Jawi, Pulau Pinang. Responden terdiri daripada 12 orang penduduk lelaki dan 18
orang penduduk perempuan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey
(1984), di mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang
memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

7.2 PENGUMPULAN DATA


Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah dari punca data primer dan
data sekunder.

7.2.1 Data Sekunder (soal selidik, temu bual, rujukan)


Data sekunder diperoleh dari sekolah. Data-data penting termasuklah buku-buku,
majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain .Selain itu, peta dan
gambar rajah diperoleh daripada laman web Google.

7.2.2 Data Primer (bersemuka)


Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan pelajar-pelajar
tingkatan 6 SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Selain
050106-07-0441

itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu
di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi, Pulau Pinang.

a) Borang soal selidik


Kaedah utama dalam pengumpulan data adalah kaedah soal selidik kerana ianya
berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu
melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak
berlaku bias (Abd Rahim et al 1999). Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular
yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini
perlulah bersesuaian dengan objektif dan mengikut kerangka konseptual yang telah
ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran.
Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh
semua golongan responden. Hal ini supaya responden faham semasa menjawab soalan
dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar.

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan
soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan
mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang
bersifat piawai dan mudah dianalisis. Bagi soal selidik berbentuk terbuka pula,
rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk
jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai. Dengan
inilah pengkaji dapat mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh dipelajar-
pelajar tingkatan 6 SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi, Pulau Pinang
. Sebanyak 30 keping borang soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar dan semua
borang ini dikutip balik selepas dijawab. Sila lihat bahagian lampiran untuk contoh
borang soal selidik.

b) Temubual
Temubual adalah kaedah kedua dalam pengumpulan data. Kaedah ini sering
dilakukan oleh para pengkaji dalam dapatan data primer juga. Soalan Temubual ini
akan dicetak dan ditanya dengan menurut objektif dan konsep yang ditetapkan.
Kesemua soalan yang ditanyakan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan bersesuaian. Selain itu, temubual ini berbentuk terbuka dan tertutup. Hal ini
supaya responden dapat memberikan jawapan dan pendapat mereka dengan bebas dan
050106-07-0441

mengikut perasaan mereka terhadap soalan yang ditanya. Pengkaji telah menemubual
Encik Muniyandi yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga serta Encik
Muhammad Hanif dan Cik Nur Ariffah yang merupakan seorang penduduk di
Lintang Macallum2 Pangsapuri Pelangi.

c) Kajian kepustakaan
Rujukan adalah kaedah ketiga dalam pengumpulan data. Kaedah ini banyak
digunakan oleh pengkaji lain. Pengkaji telah merujuk kepada sumber internet, borang
soal selidik dan temubual.

7.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA


Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga
kekerapan. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik
yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi
dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya, data tersebut yang
telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Dalam borang kaji selidik ini, skala likert peringkat digunakan dalam kajian ini untuk
menkaji manfaat penggunaan aplikasi tiktok sebagai medium pembelajaran dalam
kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, 14200, Sungai Jawi,
Pulau Pinang. Setiap peringkat penilaian diberi nilai dalam bentuk angka
menggunakan Skala Likert , di mana mempunyai Sangat Setuju, Tidak Pasti, dan
Tidak Setuju.

Anda mungkin juga menyukai