Anda di halaman 1dari 37

030813-12-0948

TAJUK : KAJIAN TERHADAP KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI


DALAM KALANGAN PENSYARAH WANITA DI KOLEJ TINGKATAN
ENAM TAWAU, SABAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kaedah pembayaran tanpa tunai yang
digunakan dalam kalangan pensyarah wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau serta
mengenal pasti jenis barangan yang sentiasa dibeli dengan menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai yang dilakukan dalam kalangan warga Kolej Tingkatan Enam
Tawau. Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji faktor yang mendorong warga
Kolej tingkatan enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai sebagai amalan
pengguna bijak. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual untuk
mengumpul maklumat. Kajian ini dijalankan di Kolej Tingkatan Enam Tawau. Dalam
kajian ini, seramai 30 orang warga Kolej Tingkatan Enam Tawau dipilih sebagai
responden bagi instrumen soal selidik dan 1 orang daripada 30 warga tersebut dipilih
secara rawak sebagai informen bagi instrumen temu bual. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa majoriti warga Kolej Tingkatan Enam Tawau menggunakan
kaedah Shopeepay dan kaedah transaksi dalam talian untuk membayar barangan yang
mereka bayar tanpa tunai. Selain itu, melalui kajian ini didapati barangan seperti
pakaian yang mempunyai jenis pembelian barangan yang paling tertinggi daripada
barangan yang lain. Hasil daripada kajian ini juga mendapati satu faktor yang
menyebabkan warga Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih kaedah pembayaran
tanpa tunai yang paling tertinggi iaitu dapat menjimatkan masa dan kos.
Kesimpulannya, kebanyakan warga kolej menggunakan kaedah pembayaran tanpa
tunai kerana dapat menjimatkan kos dan masa mereka semasa melakukan pembayaran
sama ada secara talian ataupun dengan cara ke premis-premis yang hendak
dikunjungi.

1
030813-12-0948

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Abstrak i.
Kandungan ii.
Penghargaan iii.
1.0 Pengenalan 1–2
2.0 Objektif Kajian 3
3.0 Lokasi Kajian 4–7
3.1 Peta
3.2 Gambar
4.0 Metodologi Kajian 8 – 14
4.1 Pengenalan
4.2 Reka Bentuk Kajian
4.3 Sampel Kajian
4.4 Instrumen Kajian
4.5 Cara Mendapatkan Data
4.6 Memproses dan Mempersembahkan Data
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 15 – 37
5.1 Demografi Responden
5.2 Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang
Digunakan Dalam Kalangan Pensyarah
Wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau,
Tawau, Sabah
5.3 Jenis Barangan Yang Sentiasa Dibeli Dengan
Menggunakan Kaedah Pembayaran Tanpa
Tunai Yang Dilakukan Dalam Kalangan
Pensyarah Wanita Di Kolej Tingkatan Enam
Tawau, Tawau, Sabah
5.4 Faktor Yang Mendorong Para Pensyarah
Wanita Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa

2
030813-12-0948

Tunai Sebagai Amalan Pengguna Bijak 38 – 39


6.0 Rumusan dan Kesimpulan 40
7.0 Rujukan
8.0 Lampiran

3
030813-12-0948

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej
Tingkatan Enam Tawau terutamanya barisan pentadbir-pentadbir Kolej Tingkatan
Enam Tawau iaitu Pengetua Cemerlang Kolej Tingkatan Enam, Tuan Mat Noor bin
Sima dan Penolong Kanan Kolej Tingkatan Enam Tawau, kerana memberi sokongan
serta kebenaran untuk saya menjalankan kerja kursus ini.

Penghargaan juga diberikan kepada para pensyarah wanita Kolej Tingkatan


Enam Tawau di atas kesudian mereka menjadi responden dan membantu saya bagi
menjalankan kajian ini di lokasi kajian iaitu Kolej Tingkatan Enam Tawau. Jutaan
terima kasih juga di atas kesudian berkongsi maklumat-maklumat yang diperlukan
bagi menjayakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya juga ingin mengucapkan
setinggi-setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Nor Hisham bin
Abu Seman, selaku guru mata pelajaran Pengajian Am (900/4) saya. Beliau telah
meluangkan banyak masa untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing saya bagi
menyempurnakan kerja kursus ini. Saya juga ingin memberi penghargaan kepada
guru-guru lain yang memberi galakan sepanjang saya menjalankan kerja kursus ini.

Kepada kedua ibu bapa yang tersayang, iaitu Ramsah bin Sabdin dan Mashlina
binti Abdul Mubin. Jutaan terima kasih kerana tidak putus-putus memberikan
sokongan sama ada dari aspek moral mahupun kewangan kepada saya bagi
memastikan hasil kerja kursus saya berkualiti dan memuaskan hati pemeriksa.

Penghargaan kepada rakan-rakan saya terutamanya dari kelas 6 UPM21 di atas


kesudian dan membantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar dalam melaksanakan
kerja kursus ini. Kesudian mereka memberi tunjuk ajar membolehkan saya
menyiapkan kajian ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Akhir kata, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat bagi menjayakan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Jasa semua pihak amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

4
030813-12-0948

1.0 PENGENALAN

Takrifan perkataan ‘ekonomi’ menurut Wikipedia Bahasa Melayu ialah domain


sosial yang menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan
pengeluaran, penggunaan, dan pengurusan sumber. Ekonomi berasal daripada bahasa
Yunani οίκος – "rumah tangga" dan νέμoμαι – "urus". Ekonomi juga boleh dikaitkan
dengan kawasan pengeluaran, agihan dan perdagangan, serta penggunaan barang dan
perkhidmatan oleh ejen yang berbeza. Menurut Alfred Marshall ekonomi ialah kajian
kemanusiaan tentang perniagaan umum dalam kehidupan seharian. Tokoh Anders
Chydenius pula mencadangkan idea kebebasan berdagang dan industri dalam
mengkaji hubungan antara ekonomi dan masyarakat. Tokoh Friedrich Hayek pula
menyatakan dalam ekonomi yang dirancang secara berpusat, sesebuah individu atau
kumpulan tertentu perlu menetapkan pengagihan sumber namun mereka tidak akan
pernah mendapatkan maklumat yang cukup untuk melaksanakan pengagihan tersebut.
Menurut Kamus Bahasa Melayu ekonomi ialah ilmu berkaitan pengeluaran,
pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan. Menurut tokoh Kenneth
Galbraith, beliau percaya kegiatan ekonomi tidak disuling kepada peraturan yang
tidak dapat dilanggar tetapi merupakan hasil yang kompleks daripada persekitaran
budaya dan politik yang berlaku. Manakala daripada perspektif Islam, ekonomi ialah
cabang pengetahuan yang membantu membangkitkan kesedaran tentang
kesejahteraan manusia melalui penempatan dan pengagihan sumber yang terhad
mengikut kesesuian ajaran Islam tanpa menggugat kebebasan individu atau
menciptakan ketidakseimbangan makroekonomi dan ekologi yang berterusan (Umar
Chapra). Menurut tokoh Ibnu Khaldun dalam bukunya ‘Muqaddimah’, beliau
mengaitkan ‘asabiyyah’ (semangat kekitaan) dengan pembahgian sumber manusia,
beliau menyatakan semakin besar kesatuan sosial, semakin kompleks pembahagian
sumber manusia dan semakin besar perkembangan ekonomi. Menurrut Joni Tamkin
Bin Borhan yang merupakan Profesor dan Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi,
Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pembangunan
ekonomi dalam Islam adalah bersifat komprehensif dan bersepadu iaitu pembangunan
yang meliputi pembangunan dalam akhlak, kerohanian dan kebendaan. Tokoh
Chanakya dalam kitabnya ‘Arthashastra’ membincangkan tentang ekonomi campuran,
yang mana perusahan awam dan perusahan milik kerajaan terlibat dalam persaingan

5
030813-12-0948

yang merangkumi pertanian, penternakan, hasil hutan, perlombongan, pembuatan dan


perdagangan.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, pengguna bermaksud seseorang atau
sekelompok orang yang memesan, atau menggunakan barang dibeli, keluaran, atau
perkhidmatan terutamanya untuk keperluan peribadi, sosial, keluarga, rumah tangga
dan keperluan serupa, tidak berkaitan secara langsung dengan kegiatan keusahawanan
atau perniagaan. Menurut Wikipedia, John Fitzgerald Kennedy (John F. Kennedy)
menggariskan kepentingan tanggungjawab pengguna untuk membantu kerajaan
menerapkan hak pengguna seperti hak kepada keselamatan, hak terhadap maklumat,
hak untuk memilih, hak untuk menuntut ganti rugi dan hak untuk mewakili. Pengguna
juga dapat didefnisikan sebagai individu atau kelompok yang membeli barangan atau
perkhidmatan dengan tujuan utama untuk kegunaan dan bukan untuk tujuan
komersil.Pengguna memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kaptalis dan
pelbagai aspek dalam semua jenis ekonomi, tanpa pengguna pengeluar akan
kehilangan motivasi untuk mengahasilkan pengeluaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bijak bermaksud sangat pandai cerdik,
pintar,pandai bercakap,petah lidah,sesuai atau betul dan mendatangkan kebaikan.
MenurutSocrates, bijak adalah tindakan apabila seseorang tidak merasa terhina
apabila mengakui akan dirinya tidak memiliki pengetahuan tentang perkara tertentu..
Menurut ‘Standford Encyclopedia of Philosophy’ dalam rencana ‘wisdom’, seseorang
tidak dapat dikatakan bijak apabila dia mengetahui sesuatu perkara kerana perkara
tersebut mungkin terbukti salah. Menurut Aristotle, kebijaksanaan dapat dibahgikan
kepada kebijaksanaan teoritikal dan kebijaksanaan praktikal. Menurut RobertNozick,
kebijaksanaan tidak terbatas kepada mengetahui ilmu yang asas jika tidak dihadkan
dengan perspektif daripada pegertian tentang perkataan tersebut. Robert Nozick juga
menyatakan kebijaksanaan merupakan konsep yang luas dan orang yang bijak perlu
mengenal pasti tujuan utama dan nilai kehidupan. Menurut John Kekes, untuk
memahami makna bijak seseorang perlu memahami hubungan antara pengetahuan,
tindakan dan penilaian. Menurut Al Ghazali, kebijaksanaan dapat diungkapkan
sebagai pengetahuan yang sempurna yang membawa kepada kecintaan kepada Tuhan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bayar bermaksud memberi wang untuk
harga barang yang diterma(menyelesaikan hutang,sebagai upah kepada seseorang);
menunaikan(janji,kaul); membalas(kebaikan). Menurut Wikipedia, pembayaran
bermaksud pemberian wang atau seumpamanya atau barangan yang memiliki nilai

6
030813-12-0948

daripada satu pihak( individu atau perusahaan) kepada pihak lain untuk memperoleh
barangan atau perkhidmatan daripada pihak tersebut atau untuk memenuhi tuntutan
rasmi. Pihak yang membuat pembayaran disebut pembayar manakala pihak yang
menerima bayaran disebut penerima bayaran, Pembayaran dapat dilakukan melaui
beberapa kaedah seperti penggunaan wang, cek, debit, kredit, transaksi melalui bank,
saham dan barter.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, masyarakat nirtunai(tanpa tunai)
menerangkan suatu persekitaran ekonomi melibatkan urus niaga kewangan dilakukan
tanpa menggunakan nilai tunai yang fizikal seperti wang kertas atau wang logam
tetapi unit nilai berbentuk maklumat elektronik seperti mata wang digital sesama dua
pihak yang bertukaran. Menurut Wikipedia, masyarakat nirtunai(tanpa tunai) telah
wujud sejak wujudnya peradaban manusia melaui barter sebagai kaedah pertukaran
manakala dalam era moden pembayaran nirtunai berlaku melaui kad kredit, kad debit,
pembayaran melalui peranti elektronik dan mata wang digital seperti bit coin.
Menurut Dr Muhammad Hisyam Bin Muhammad daripada artikel ‘Some Sharia
Considerations Concerning E – Wallet’ daripada Institute of Islamic Understanding
Malaysia, pembayaran tanpa tunai seperti e-wallet yang digunakan untuk pembayaran
perlulah bebas daripada riba(faedah), gharar(ketidakpastian) dan maisir(perjudian).
Berdasarkan kawasan kajian iaitu di Kolej Tingkatan Enam Tawau yang terdiri
daripada pensyarah-pensyarah,pelajar dan staf-staf kolej. Kawasan kajian ini telah
didedahkan dengan trend pembayaran tanpa tunai susulan daripada perubahan hidup
yang semakin sibuk dan penularan virus COVID-19.
Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti peningkatan amalan perbelanjaan
tanpa tunai sejak penularan virus Corona (COVID-19) di Malaysia sejak Mac 2019.
Semasa pandemik COVID-19 fasa pertama dilaksanakan di negara kita,premis-premis
di daerah Tawau yang menyediakan platform pembayaran tanpa tunai semakin
meningkat. Jika kita mengintai di premis-premis di daerah Tawau,sekumpulan besar
penduduk Tawau memang boleh dikatakan sudah sepenuhnya menggunakan
pembayaran digital tanpa ragu-ragu. Transaksi pembayaran digital melalui e-Wallet
atau dompet digital juga merupakan medium transaksi yang sangat popular dalam
kalangan pensyarah pada masa kini.

7
030813-12-0948

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti kaedah pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan dalam
kalangan pensyarah wanita di Kolej Tngkatan 6 Tawau,Sabah.

2. Mengenal pasti jenis barangan yang dibeli dengan menggunakan kaedah


pembayaran tanpa tunai dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam
Tawau.

3. Mengkaji faktor yang mempengaruhi pensyarah wanita di Kolej Tingkatan 6


Tawau untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

8
030813-12-0948

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 Peta

Peta 1: Sabah
Sumber : https://www.malaysiamap.org/wp-content/uploads/2019/05/sabahmap.jpg

Sabah, yang terletak di bahagian utara Borneo, dikelilingi oleh Laut China
Selatan di baratnya, laut Sulu dan Celebes di pantai timurnya,dipenuhi dengan
keindahan alam semula jadi. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia
dengan keluasan 73,620 km persegi dengan bilangan daerah sebanyak 25 daerah.
Dengan hutan hujan abadi dan gua purba yang menawan, pantai yang memikat dan
pulau yang indah, ia merangkumi pulau ketiga terbesar di dunia yang terbaik. Sabah
terkenal sebagai ‘Negeri di Bawah Bayu’, kerana ia terletak hanya di selatan wilayah
yang dilanda taufan, menjadikannya bebas daripada taufan. Rumah kepada 32
kumpulan orang asli berbeza yang terdiri daripada lebih 30 kaum etnik. Sabah sering
digambarkan sebagai orang yang menjadikan lawatan ke Sabah begitu istimewa.

9
030813-12-0948

Peta 2: Daerah Tawau


Sumber : https://goo.gl/maps/5vY1mzVDiXLhCvFWA

Tawau yang sebelumnya dikenali sebagai Tawao. Ia adalah bandar ketiga


terbesar di Sabah, selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Keluasan daerah ini adalah
6,125 km dengan jumlah penduduk seramai 397673 pada tahun 2010. Rami yang
tidak tahu sebenarnya penduduk tempatan Tawau adalah terdiri daripada Orang-
Orang Melayu (Bumiputera Islam Sabah). Kewujudan orang Melayu di Tawau
sebagai penduduk peribumi telah diiktiraf sejak zaman Kerajaan British lagi.

10
030813-12-0948

3.2 Gambar

Gambar 1: Kolej Tingkatan Enam Tawau


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Kolej Tingkatan Enam Tawau atau nama ringkasnya KT6TAWAU, merupakan


sebuah Pusat Tingkatan Enam yang ke tiga belas di Malaysia dalm Mod Satu yang
terletak di Jalan Kubota, Tawau, Sabah. Kawasan kajian ini terletak 8.4 km daripada
pusat bandar.

Tempat pengajian yang sebelum ini dinamakan SMK Kabota ini telah dinaiktaraf
sebagai sebuah Kolej dan dinamakan sebagai Kolej Tingkatan Enam Tawau dan
merupakan kolej yang ketiga belas di Malaysia dalam Mod Satu. Kolej ini terbentuk
atas usaha Pejabat Pendidikan Tawau yang telah menggabungkan lima sekolah iaitu
SMK Tawau, SMK Kuhara, SMK Jambatan Putih, SMK Jalan Apas dan SM. ST
Patrick dengan pelajar seramai 480 orang.

Pengetua pertamanya merupakan Pengetua Cemerlang Pn. Hjh. Juriah Bte Hj. Ahmad
telah dibantu oleh seramai 91 orang guru dan 7 orang pegawai sokongan.
Kini,bilangan guru meningkat kepada 107 orang guru dan diterajui oleh Pengetua
Cemerlang Matnoor Bin Sima. Kolej Tingkatan Enam Tawau juga telah menetapkan
16 subjek mengikut pakej yang boleh dipilih oleh pelajar.

11
030813-12-0948

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, Metodologi ialah analisis teori dan


sistematik kaedah yang digunakan untuk bidang pengajian. Metodologi terdiri
daripada analisis teoritis mengenai kaedah dan prinsip yang berkaitan dengan
cawangan pengetahuan. Metodologi tidak ditetapkan untuk memberikan penyelesaian,
oleh itu, tidak sama dengan kaedah. Sebaliknya, metodologi menawarkan asas teori
untuk memahami kaedah, set kaedah, atau amalan terbaik yang boleh digunakan
untuk kes tertentu. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah numerial dan
kajian lapangan.

4.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan mengenai perkara-perkara yang berkaitan
dengan persampelan, pengenalpastian dan analisis data. Kajian ini adalah untuk
mengenal pasti kaedah pembayaran tanpa tunai oleh pensyarah wanita yang
digunakan dan mengkaji faktor yang mendorong pensyarah wanita memilih
pembayaran tanpa tunai di Kolej Tingkatan Enam Tawau.

4.3Cara Mendapatkan Responden


Dalam kaedah kuantitatif, terdapat 30 responden terdiri daripada 30 pensyarah
wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau. Responden terbatas kepada kalangan pensyarah
wanita dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan.
Bagi teknik pensampelan yang digunakan, kajian ini menggunakan teknik rawak
mudah di mana dengan menggunakan prosedur ini, pengkaji akan memilih responden
yang berada di kawasan kajian. Sampel terdiri daripada 30 soal selidik dan diberikan
kepada mereka yang dipilih secara rawak mudah memperoleh data yang lebih tepat
dalam kaedah kuantitatif. Selain itu, kaedah temu bual digunakan dalam kualitatif.

12
030813-12-0948

4.4 Instrumen Kajian


Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data, menerusi
konsep yang berkaitan dengan keterangan latar belakang dan pandangan daripada
responden. Instrumen yang digunakan untuk mendapat data adalah dengan
menggunakan soal selidik dan kepustakaan.
Kaedah Instumen
Kuantitatif Soal Selidik
Kualitatif Kepustakaan
Sumber: Kajian Lapangan 2022
Jadual 1: Kaedah Instrumen Kajian

4.4.1 Soal selidik


Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Soal selidik ialah sejumlah soalan
yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh
sebilangan pensyarah wanita dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat ter-
tentu. Borang soal selidik yang sesuai telah dijalankan untuk mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian.

4.4.2 Kepustakaan
Kaedah kepustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh pengkaji untuk
menghimpunkan maklumat yang relevan dengan topik kajian (Ummi Salmah binti
Adnan, 2009). Kaedah ini bertujuan untuk mencari informasi atau maklumat yang
relevan dengan topik kajian dan mengkaji beberapa teori atau istilah yang mempunyai
kaitan dengan topik kajian pengkaji. Kaedah kepustakaan boleh dijalankan melalui
pelbagai jenis sumber sekunder seperti rencana, jurnal, majalah, internet dan
sebagainya. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat memperoleh maklumat tambahan
mengenai topik kajian sekaligus memberi kefahaman kepada pengkaji tentang topik
tersebut. Pengkaji juga dapat mengulas data dengan lebih menarik ekoran maklumat
yang diperoleh melalui kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan digunakan bagi
menjelaskan dengan lebih mendalam tentang pembayaran tanpa tunai.

4.5 Cara mendapatkan data

13
030813-12-0948

4.5.1 Soal selidik


Penggunaan instrumen soal selidik merupakan salah satu alat pengukur
yang amat popular dalam kalangan pengkaji ketika menjalankan sesebuah kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen borang soal selidik bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan. Pengkaji menyenaraikan soalan-soalan
berbentuk tertutup yang dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D. Bahagian A merupakan demografi responden yang
merangkumi 5 soalan berkaitan umur, agama, bangsa, pendapatan dan status.
Bahagian B pula terdiri daripada 11 soalan yang berkaitan dengan kaedah
pembayaran tanpa tunai yang digunakan dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej
Tingkatan Enam Tawau. Dalam Bahagian C, terdapat 11 soalan yang merujuk kepada
barangan yang sentiasa dibeli dalam kalangan pensyarah wanita Kolej Tingkatan
Enam Tawau dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Terdapat 10
soalan dalam Bahagian D yang merangkumi faktor yang mempengaruhi para
pensyarah wanita untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Dalam
Bahagian B dan C, pengkaji menggunakan skala Guttman iaitu skala Ya atau Tidak.
Bahagian D pula, pengkaji menggunakan skala Likert 5 aras iaitu ( 1 ) sangat tidak
setuju, ( 2 ) tidak setuju, ( 3 ) tidak pasti, ( 4 ) setuju, ( 5 ) sangat setuju. Borang ini
diedar pada waktu pagi kira-kira pukul 11 pagi ketika pengkaji berada di lokasi kajian
iaitu Kolej Tingkatan Enam Tawau. Responden dipilih secara rawak di mana hanya
pensyarah wanita sahaja yang boleh menjawabnya dan responden hanya diberikan
masa selama 5 minit sahaja untuk menjawab borang soal selidik ini.

4.5.2 Kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan maklumat awal atau
gambaran umum tentang tajuk kajian ini. Kaedah ini juga digunakan untuk menambah
pengetahuan pengkaji tentang kaedah pembayaran tanpa tunai serta barangan yang
sentiasa dibeli dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dan faktor yang
mendorong penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai. Antaranya,pengkaji
menggunakan kaedah internet dengan melayari laman sesawang yang berkaitan untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tentang pembayaran tanpa tunai yang diakses
menggunakan telefon pintar dan komputer riba. Pengkaji juga menggunakan internet
untuk melayari laman sesawang bagi mendapatkan istilah tertentu.
4.6 Cara memproses dan mempersembahkan data

14
030813-12-0948

Pada peringkat akhir kajian ini, analisis secara deskriptif telah dijalankan untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan menghasilkan laporan kajian. Data yang
diperoleh akan dianalisis menggunakan kekerapan ( f ), peratus ( % ) dan min lalu
dipersembahkan dalam bentuk jadual serta carta pai. Selain itu, pengkaji turut
menganalisis data menggunakan skala Guttman dan skala Likert 5 aras.

YA TIDAK
Jadual 2 : Skala Guttman
Sumber : Kajian Lapangan 2022

SKOR PENJELASAN
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Jadual 3 : Skala Likert 5 aras
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Min Tahap
1.00 hingga < 2.33 Rendah
2.33 hingga < 3.66 Sederhana
3.66 hingga = 5.00 Tinggi
Jadual 4 : Pengkelasan Tahap Min
Sumber : Kajian Lapangan 2022

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dan faktor yang mempengaruhi
kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan
Enam Tawau,Tawau,Sabah.

5.1 Demografi responden


5.1.1 Status

15
030813-12-0948

Status Kekerapan ( f ) Peratus ( % )


Bujang 11 36.67
Berkahwin 19 63.33
Jadual 5 : Demografi Responden Mengikut Status
Sumber : Kajian Lapangan 2022

STATUS

37%
Berkahwin
Bujang
63%

Carta Pai 1 : Demografi Responden Mengikut Status


Sumber : Kajian Lapangan 2022
Jadual 5 dan carta pai 1 menunjukkan demografi responden mengikut status di
mana pengkaji menyenaraikan sebanyak 2 status iaitu status bujang dan status
berkahwin. Berdasarkan Jadual 5 dan carta pai 1, terdapat 19 orang responden
daripada 30 orang responden yang berstatuskan berkahwin iaitu bersamaan 63.33%
manakala 11 orang responden daripada 30 orang responden bersamaan dengan
37.67% pula berstatus bujang.

5.1.2 Umur

16
030813-12-0948

Umur Kekerapan ( f ) Peratus ( % )


25 - 35 tahun 16 53.33
35 - 45 tahun 3 10.00
45 - 55 tahun 7 23.33
55 - 65 tahun 4 13.33
65 tahun ke atas 0 0.00
Jadual 6 : Demografi Responden Mengikut Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Umur

13%
25-35
23% 35-45
53% 45-55
55-65
10%

Carta Pai 2 : Demografi Responden Mengikut Umur


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Carta pai 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dalam kalangan


pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau,Tawau,Sabah. Daripada 30 orang
responden, seramai 16 orang responden adalah berumur dalam lingkungan 25-35
tahun yang bersamaan dengan 53.33%. Responden yang berumur dalam lingkungan
35-45 tahun mewakili 10.00% iaitu seramai 3 orang responden. Seramai 7 orang
responden berumur dalam lingkungan 45-55 tahun yang mewakili 23.33% daripada
jumlah keseluruhan. Bilangan responden yang berumur dalam lingkungan 55-65

17
030813-12-0948

tahun adalah sebanyak 4 orang bersamaan dengan 13.33%. Bagi responden yang
berumur dalam lingkungan 65 ke atas pula seramai 0 orang bersamaan 0.00%.

5.1.3 Agama
Agama Kekerapan ( f ) Peratus ( % )
Islam 24 80.00
Kristian 3 10.00
Hindu 1 3.33
Buddha 2 6.67
Lain-lain 0 0.00
Jadual 7 : Demografi Responden Mengikut Umur
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Agama
6.67
3.33

10

80

Islam Kristian Hindu Buddha

Carta Pai 3 : Demografi Responden Mengikut Agama


Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 7 dan carta pai 3 menunjukkan demografi responden mengikut agama.


Pengkaji menyenaraikan sebanyak 6 kategori agama iaitu agama Islam, Kristian,
Hindu, Buddha, dan lain-lain agama. Kajian ini menunjukkan majoriti pensyarah

18
030813-12-0948

wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau beragama Islam. Seramai 24 orang daripada
30 orang responden merupakan orang yang beragama Islam yang bersamaan dengan
80.00% manakala Kristian hanya seramai 3 orang responden dengan peratus 10.0%.
Bagi agama Hindu dan Buddha masing-masing berjumlah 1 orang responden(3.33%)
dan 2 orang responden(6.67%). Lain–lain agama juga menunjukkan angka kosong
merupakan bilangan warga yang kecil atau minoriti dalam kalangan pensyarah wanita
di Kolej Tingkatan Enam Tawau.

5.1.4 Bangsa
Bangsa Kekerapan ( f ) Peratus ( % )
Melayu 24 80.00
Cina 3 10.00
India 1 3.33
Lain-lain 2 6.77
Jadual 8 : Demografi Responden Mengikut Bangsa
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Bangsa

7%
10%
3% Melayu
India
Cina
Lain-lain
80%

Carta Pai 4 : Demografi Responden Mengikut Bangsa


Sumber : Kajian Lapangan 2022

19
030813-12-0948

Jadual dan carta pai di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan


bangsa dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam, Tawau,Sabah.
Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik oleh pengkaji, sebanyak 24
orang responden berbangsa Melayu yang bersamaan dengan 80.00%. Manakala bagi
kaum berbangsa Cina pula terdapat 3 orang responden daripada keseluruhan
responden iaitu 30 orang yang bersamaan 10% daripada keseluruhan. Kaum
berbangsa India pula mencatatkan 1 orang responden yang bersamaan 3.33%. Bagi
responden yang tergolong dalam kategori lain- lain adalah sebanyak 2 orang
responden yang bersamaan dengan 6.77% dan terdiri daripada bumiputera Bugis dan
Dusun.

5.2 ANALISIS KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI YANG MENJADI


PILIHAN DALAM KALANGAN PENSYARAH WANITA DI KOLEJ
TINGKATAN ENAM TAWAU.

20
030813-12-0948

Bil. Item Kekerapan ( f ) Peratus ( % )

1. Kad debit 24 80.00

2. Kad kredit 26 86.33

3. Boost 19 63.33

4. JomPAY 13 43.33

5. BigPay 9 30.00

6. PayPal 6 20.00

7. Touch ‘n Go eWallet 12 40.00

8. GrabPay 9 30.00

9. ShopeePay 17 56.77

10. Lazada Wallet 11 36.67

11. Transaksi dalam talian 21 70.00

Jadual 9 : Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang Digunakan Dalam Kalangan


Pensyarah Wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau
Sumber : Kajian Lapangan 2022

21
030813-12-0948

Jadual 9 menunjukkan data analisis kekerapan dan peratusan bagi kaedah


pembayaran tanpa tunai yang digunakan oleh para pensyarah wanita Kolej Tingkatan
Enam Tawau. Dapatan kajian yang terdapat dalam jadual bagi Item 1 iaitu kad
debit,pemilihan seramai 24 orang responden daripada 30 responden iaitu bersamaan
dengan 80.00% yang memilih kaedah kad debit sebagai kaedah pembayaran tanpa
tunai. Kaedah kad debit merupakan penggunaan kedua yang tertinggi selepas kaedah
transaksi dalam talian dan kaedah Shopeepay. Dapat dirumuskan kad debit antara
kaedah paling utama digunakan dalam pembayaran tanpa tunai. Dapatan ini disokong
melalui kaedah kepustakaan di mana penggunaan kad debit untuk urusan jual beli
seharian memberikan banyak kelebihan. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggunaan kad debit memberikan keselesaan kepada pengguna. Pengguna tidak
perlu membawa wang tunai untuk membeli dan mendapatkan barangan dan
perkhidmatan di pasaran. Selain itu, penggunaan kad debit yang meluas dalam negara
akan mengurangkan risiko kehilangan wang tunai disebabkan oleh kecurian,
rompakan atau ragut. Perkara ini juga akan menyebabkan nyawa pengguna terjamin
dan terselamat.

Bagi Item 2 iaitu kad kredit didapati hanya 26 orang daripada 30 responden
memilihnya. Peratusan penggunaan kad kredit daripada 30 orang ialah sebanyak
86.66% dimana ini menunjukkan kad kredit lebih gemar digunakan dalam 30
responden pensyarah wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau. Dapat dirumuskan
bahawa kad kredit lebih selamat dibawa ke mana-mana. Sekiranya wang tunai kita
hilang atau dicuri,peluang untuk mendapatkannya kembali amat tipis. Tetapi,jika kad
kredit kita hilang atau dicuri,kita masih boleh mengawal keadaan dengan membuat
laporan polis dengan segera dan hubungi pihak bank untuk menghalang kad tersebut
dari digunakan oleh pencuri.

Item Ke-3 pula iaitu kaedah pembayaran menggunakan aplikasi Boost.


Kekerapan penggunaan aplikasi Boost adalah seramai 19 orang daripada 30
responden iaitu bersamaan dengan 63.33%. Dapat dirumuskan bahawa aplikasi Boost
merupakan antara pilihan yang tinggi oleh para pensyarah wanita Kolej Tingkatan
Enam Tawau. Penggunaan boost pada masa kini lebih digemari kerana
penggunaannya juga luas dan lebih berguna. Boost dapat dijadikan sebagai dompet

22
030813-12-0948

elektronik dan boleh memindahkan wang secara dalam atau atas talian. Kaedah
pembayaran menggunakan Boost dapat memudahkan transaksi wang untuk kegunaan
harian.

Item 4 pula merupakan kaedah pembayaran menggunakan JomPAY.


Kekerapan bagi kaedah pembayaran menggunakan JomPAY adalah seramai 13 orang
responden daripada 30 orang responden keseluruhan iaitu bersamaan dengan 43.33%.
Dapat dirumuskan bahawa penggunaan JomPay amat kurang dalam kalangan
pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau. Hal ini dikatakan demikian kerana
masih ramai pensyarah wanita tidak mengetahui kebaikan kaedah JomPay.

Manakala bagi Item 5 iaitu kaedah pembayaran tanpa tunai menggunakan


BigPay. Penggunaan BigPay dalam kalangan pensyarah wanita di lokasi kajian adalah
sangat rendah. Hanya 9 orang responden daripada 30 responden menggunakan kaedah
BigPay iaitu bersamaan dengan 30.00%. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan
BigPay bukan pilihan utama para pensyarah wanita. Hal ini dikatakan demikian
kerana masih ramai pensyarah wanita yang tidak mengetahui kebaikan penggunaan
BigPay. BigPay memberikan banyak kelebihan kepada pengguna iaitu kad BigPay
boleh diguna diseluruh dunia.

Pemilihan bagi item 6 pula iaitu kaedah pembayaran Paypal mempunyai


bilangan responden 6 orang responden daripada keseluruhan 30 orang responden. Hal
ini kerana Paypal kurang tarikan penggunaan dalam kalangan warga Kolej Tingkatan
Enam Tawau. Dapat dirumuskan bahawa penggunaan PayPal dalam kalangan
pensyarah wanita di Kolej Tingkatam Enam Tawau menunjukkan kadar yang paling
rendah.

Item 7 ialah kaedah pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Kaedah


pembayaran ini merupakan sebuah aplikasi dompet digital dan pembayaran secara
dalam talian. Bagi kekerapan kaedah pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet
adalah sebanyak 12 orang responden daripada 30 orang responden warga Kolej. Dapat
dirumuskan bahawa penggunaan kaedah Touch ‘N Go eWallet adalah pada peringkat
sederhana dan menjadi pilihan kepada segelintir pensyarah wanita. Dapatan ini
disokong daripada kaedah kepustakaan mengatakan bahawa penggunaan Touch ‘N

23
030813-12-0948

Go memberikan banyak kelebihan dan keuntungan kepada penggunanya. Hal in


dikatakan demikian kerana pengguna boleh menggunakan kaedah Touch ‘N Go untuk
membeli barangan runcit, bayar tol, bayar bil, beli prepaid, bayar parking, beli tiket
wayang, beli tiket kapal dan sebagainya

Item 8 merupakan kaedah pembayaran tanpa tunai menggunakan Grabpay.


Hanya 9 orang responden sahaja yang menggunakan kaedah pembayaran secara
dalam talian ini diantara 30 orang responden yang juga bersamaan dengan 30.00%.
Item Ke-9 adalah kaedah pembayaran secara dalam talian menggunakan Shopeepay.
Seramai 17 orang responden memilih Shopeepay daripada 30 responden yang
bersamaan dengan 56.77%. Manakala hasil daripada temu bual, Informan 1
mengatakan bahawa Shopeepay merupakan eWallet yang direka khas buat aplikasi
Shopee. Shopee pula merupakan tempat pembelian barangan secara dalam talian yang
terkenal. Maka, tidak hairanlah mengapa Shopeepay menjadi pilihan kepada 17 orang
responden warga Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Kaedah pembayaran tanpa tunai seterusnya ialah Item 10 iaitu menggunakan


Lazada Wallet. Kaedah pembayaran menggunakan Lazada Wallet merangkumi 11
orang responden daripada 30 orang responden. Item Ke-11 pula merupakan antara
kaedah pembayaran yang menjadi majoriti sama seperti Shopeepay, kaedah
pembayaran tersebut ialah dengan menggunakan transaksi dalam talian. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa kaedah pembayaran transaksi dalam talian mempunyai
bilangan responden seramai 21 orang daripada 30 orang responden. Maka, perkara ini
menunjukkan majoriti penggunaan kaedah pembayaran secara dalam talian dalam
kalangan responden ialah Shopeepay dan transaksi dalam talian.

Berdasarkan jadual di atas, penggunaan kaedah kad debit dan kad kredit adalah
pada dua tahap yang masing-masing mempunya jumlah bilangan responden seramai
24 dan 26 orang. Secara keseluruhannya, majoriti warga di lokasi kajian
menggunakan kad kredit dan kad debit. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah ini
memudahkan para pensyarah kolej untuk membuat pembayaran tanpa tunai.

24
030813-12-0948

5.3 ANALISIS JENIS BARANGAN YANG DIBELI DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI DALAM
KALANGAN PENSYARAH WANITA DI KOLEJ TINGKATAN ENAM
TAWAU, SABAH.
Bil. Item Kekerapan Peratus ( % )

1. Pakaian 24 80.00

2. Alatan solek 18 60.00

3. Produk kecantikan 20 66.77

4. Barang kemas/aksesori 14 46.67

5. Kasut 17 56.77

6. Makanan 15 50.00

7. Keperluan haiwan 6 20.00


peliharaan
8. Elektronik 18 60.00

9. Ubat-ubatan 13 43.33

10. Alatan dapur 19 63.33

11. Keperluan kanak-kanak 15 50.00

Jadual 10 : Jenis barangan yang dibeli dengan menggunakan kaedah pembayaran


tanpa tunai dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau.
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 10 menunjukkan jenis pembelian yang dilakukan dalam kalangan


pensyarah wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau dengan menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai. Terdapat 11 item atau jenis pembelian. Dapatan kajian bagi
item 1 iaitu pakaian menunjukkan kekerapan para pensyarah membeli barang tersebut

25
030813-12-0948

ialah seramai 24 orang responden daripada keseluruhan 30 orang responden yang juga
bersamaan dengan 80.00%. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dalam
kalangan responden pembelian pakaian agak memberangsangkan kerana pembelian
bahan tersebut diminati dan menjadi salah satu sebab mereka menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai.

Item 2 pula merupakan jenis barang yang dibayar tanpa tunai iaitu alatan
solek yang mempunyai bilangan responden seramai 18 orang daripada 30
responden bersamaan dengan 60%.

Pembelian barangan atau item ketiga yang dibayar tanpa tunai ialah produk
kecantikan. Contoh produk kecantikan adalah seperti krim pelembap,sunscreen dan
sebagainya. Hasil dapatan kajian bagi item 3 ini menunjukkan pemilihan responden
terhadap bahan tersebut adalah antara yang banyak, seramai 20 orang responden
daripada 30 orang responden memilih untuk membuat pembayaran tanpa tunai untuk
yang bersamaan dengan 66.77%.

Item 4 pula merupakan barang kemas/aksesori yang mempunyai bilangan


seramai 14 orang responden daripada 30 responden(46.67%) membuat pembayaran
tanpa tunai bagi barang kemas/aksesori tersebut.

Bagi Item 5, seramai 17 orang responden daripada 30 orang responden yang


bersamaan dengan 56.77% menunjukkan kekerapan pembayaran tanpa tunai bagi
Item 5 iaitu kasut memenuhi kehendak responden untuk membelinya dengan
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Hasil dapatan kajian juga
menunjukkan kasut merupakan antara barangan pembelian yang melebihi separuh
daripada bilangan responden.

Selain Item 5, terdapat item 6 juga iaitu makanan menjadi antara tumpuan
objektif kajian untuk mengenalpasti jenis barangan yang dibeli menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai. Hasil dapatan kajian menunjukkan yang pembelian makanan
tersebut mempunyai 15 orang responden daripada 30 orang responden. Item 6
merupakan antara barangan yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang

26
030813-12-0948

mencapai separuh daripada 30 responden pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam


Tawau.
Item 7 iaitu keperluan kucing mempunyai seramai 6 orang responden daripada 30
orang responden pensyarah wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau yang juga
bersamaan dengan 20%. Hasil dapatan kajian menerangkan bahawa keperluan haiwan
peliharaan mempunyai kekerapan pembayaran tanpa tunai yang terendah di antara 14
item dalam Jadual 12. Hasil temu bual pula bersama informen 1, beliau menyatakan
yang keperluan haiwan peliharaan yang terdapat secara dalam talian kebanyakannya
murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan pembelian di kedai.

Item 8 pula ialah elektronik. Bilangan responden adalah seramai 18 orang


responden daripada 30 orang responden bersamaan dengan 60% membeli barangan
elektronik dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Hasil ini
menunjukkan yang pembelian barangan elektronik tanpa tunai berada dalam tahap
yang sederhana dimana hanya 18responden daripada 30 responden.

Item 9 pula menunjukkan barangan ubat-ubatan yang bilangannya seramai 13


orang responden daripada 30 orang yang memilih untuk membeli barangan ubat-
ubatan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Hasil ini menunjukkan yang
pembelian barangan ubat-ubatan bersamaan dengan 43.33% berada pada tahap
sederhana. Pembelian ubat-ubatan biasanya akan dibeli di farmasi atau kedai
disebabkan kepercayaan pembeli terhadap pekerja di premis-premis tersebut yang
lebih pakar dan diiktiraf.

Item 10 iaitu barangan alatan dapur seramai 19 orang responden daripada 30


orang responden membuat pembayaran tanpa tunai terhadap jenis barang tersebut. 19
orang responden tersebut bersamaan dengan 63.33%. Item 10 menjadi antara pilihan
tertinggi dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau. Hal ini
disebabkan terdapat pelbagai variasi pilihan jika dikaitkan dengan alatan dapur serta
mempunyai penawaran harga yang murah dan berpatutan jika dibeli secara dalam
talian.

Item terakhir adalah Item 11 iaitu barangan keperluan kanak-kanak yang dibeli
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Seramai 15 orang responden daripada

27
030813-12-0948

30 orang responden memilih pembelian barangan keperluan kanak-kanak melalui


kaedah pembayaran tanpa tunai. Item 11 juga bersamaan dengan 50.00%. Hasil kajian
menunjukkan yang barangan keperluan kanak-kanak berada pada tahap sederhana.

Berdasarkan jadual di atas, pembelian jenis barangan seperti pakaian adalah berada
pada tahap yang tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana seramai 24 responden
membeli pakaian menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Pembelian barangan
keperluan haiwan pula berada pada tahap rendah hanya dengan bilangan seramai 6
orang responden. Secara keseluruhannya,majoriti para pensyarah wanita Kolej
Tingkatan Enam Tawau sering menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai utnuk
membeli pakaian.

28
030813-12-0948

5.4 ANALISIS FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENSYARAH WANITA


DI KOLEJ TINGKATAN ENAM TAWAU UNTUK MENGGUNAKAN
PEMBAYARAN TANPA TUNAI.
Bil Item Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat Min
setuju pasti setuju tidak
setuju
f % f % f % f % f %
1. Memudahkan 22 73.3 8 26.77 0 0.00 0 0.00 0 0.00 4.73
transaksi 3
pembayaran
2. Mengurangkan 15 50 7 23.33 3 10 4 13.33 1 3.33 3.96
risiko
kehilangan
wang tunai
3. Menjimatkan 17 56.7 10 33.33 1 3.33 2 6.77 0 0.00 4.44
masa 7
4. Mengurangkan 12 40 9 30 3 10 5 16.77 1 3.33 3.87
risiko wang
dicuri
5. Selesa dan 14 46.7 14 46.77 1 3.33 1 3.33 0 0.00 4.83
mudah untuk 7
digunakan
6. Mudah untuk 1 3.33 10 33.33 3 10 1 3.33 0 0.00 1.87
dibawa ke
mana-mana
7. Hampir setiap 9 30 10 33.33 6 10 3 3.33 2 6.77 3.7
perbelanjaan
diberikan
ganjaran
8. Dapat 7 23.3 12 40 6 20 0 0.00 5 11.77 3.53
mengawal 3
perbelanjaan

Jadual 13 : Analisis faktor yang mempengaruhi pensyarah wanita di Kolej Tingkatan


Enam Tawau untuk menggunakan pembayaran tanpa tunai

Sumber : Kajian Lapangan 2022

Jadual 11 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan para pensyarah wanita


di Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Dapatan
kajian bagi Item 1 iaitu memudahkan transaksi pembayaran ialah hanya berbilangkan
22 orang responden atau 73.33% yang menjawab sangat setuju. Bagi mereka yang
memilih setuju, terdapat 8 orang responden atau bersamaan dengan 26.77%. Min yang

29
030813-12-0948

diperoleh berada pada tahap tinggi iaitu 4.73. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembayaran tanpa tunai tidak memerlukan seseorang untuk memegang wang dalam
tangan. Perkara seperti menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai akan
memudahkan transaksi pembayaran.

Item 2 pula ialah mengurangkan risiko kehilangan wang tunai. Terdapat 1 orang
responden yang menjawab skala sangat tidak setuju dan bagi skala tidak setuju
terdapat 4 orang responden yang bersamaan dengan 13.33%, manakala hanya 3 orang
responden daripada 30 orang responden iaitu bersamaan dengan 10% menjawab tidak
pasti, sebanyak 7 atau 23.33% orang responden menjawab setuju manakala 15 orang
responden bersamaan dengan 50% menjawab sangat setuju.Jelaslah bahawa min yang
diperoleh daripada item ini ialah 3.96 yang berada pada tahap yang tinggi.

Bagi Item 3 iaitu menjimatkan masa,kajian mendapati tiada responden


menjawab atau memilih sangat tidak setuju,bagi skala tidak setuju seramai 2 orang
responden yang bersamaan 6.77% dan skala tidak pasti, bilangan responden adalah
seramai 1 orang responden iaitu bersamaan dengan 3.33%. Seramai 10 orang
responden atau bersamaan dengan 33.33% menjawab setuju dan 17 orang responden
atau bersamaan dengan 56.77% menjawab sangat setuju. Min yang diperoleh daripada
item ini ialah 4.44 iaitu berada pada tahap yang tinggi. Dapat dirumuskan bahawa
pembayaran lebih cepat dan pantas merupakan salah satu faktor utama para pensyarah
wanita Kolej Tingkatan Enam Tawau menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Pembayaran lebih cepat dan pantas kerana apabila proses pembayaran wang tunai
mengambil masa yang lama untuk pihak juruwang mengira baki yang perlu diberi
kepada pelanggan. Kebiasaannya akan berlaku kesilapan kiraan mata wang. Hal ini
boleh menyebabkan pengambilan wang diantara salah satu pihak juruwang atau pihak
pembeli atau pelanggan. Oleh itu, pihak juruwang perlu mengira sebanyak 2 atau 3
kali atau melebih tiga kali untuk memastikan wang yang diberi kepada pelanggan
adalah mencukupi untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku. Namun,
jika pelanggan atau pembeli menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian,
hanya dengan beberapa tekanan pelanggan dapat memastikan dan mengesahkan
jumlah wang yang hendak dibayar dengan mudah tanpa mengira baki atau jumlah
wang yang diberi kepada juruwang. Kita tidak perlu berbaris panjang di bank untuk
mengekuarkan duit. Hal ini dikatakan demikian kerana pembeli hanya perlu scan

30
030813-12-0948

barcode atau bagi pelanggan yang menggunakan kad debit hanya perlu scan kad
tersebut untuk membayar. Kesemua perkara ini menyebabkan proses pembayaran
menjadi lepih cepat dan pantas.

Bagi Item 4 iaitu proses pembayaran tanpa tunai mengurangkan risiko wang
dicuri juga merupakan antara faktor utama para pensyarah wanita Kolej Tingkatan
Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai.. Bagi item 4, kajian mendapati
1 orang responden menjawab sangat tidak setuju(3.33%), terdapat 5 responden iaitu
bersamaan dengan 16.77% yang memilih tidak setuju dan 3 orang responden
bersamaan dengan 10% tidak pasti dengan pernyataan tersebut. 9 orang responden
atau 30% menjawab setuju manakala selebihnya menjawab sangat setuju iaitu seramai
12 orang responden yang juga bersamaan dengan 40.00%. Hal ini disebabkan oleh
transaksi pembayaran yang dapat di buat di hujung jari dan alternatif seperti kad debit
dan kad kredit. Dapat dirumuskan bahawa pembayaran tanpa tunai dapat
mengurangkan risiko wang dicuri menyebabkan para pensyarah wanita Kolej
Tingkatan Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Nilai min bagi item
4 ini bersamaan sebanyak 3.87.

Bagi item 5 iaitu selesa dan mudah digunakan merupakan faktor yang
menyebabkan pensyarah-pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Dapatan kajian menunjukkan 0
responden menjawab sangat tidak setuju,sebanyak 1 orang responden menjawab tidak
setuju bersamaan dengan 3.33%, 1 orang responden pula menjawab tidak pasti yang
bersamaan 3.33% dan 14 orang memilih untuk bersetuju yang bersamaan dengan
46.77%, kekerapan yang sama juga tercatat pada skala sangat setuju. Nilai min bagi
faktor tersebut adalah sebanyak 4.87 yang merupakan pada tahap tertinggi di antara
semua faktor. Menurut Korea Science, kaedah pembayaran tanpa tunai memberikan
cara yang mudah kepada pengguna untuk membayar pelbagai bil seperti bil elektrik
dan bil air tanpa perlu pergi ke pejabat berkenaan.

Faktor yang seterusnya iaitu item 6 iaitu mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiada responden menjawab sangat tidak setuju
manakala 1 orang menjawab tidak setuju bersamaan dengan 3.33%,3 orang responden
menjawab tidak pasti dengan peratus 10.00%,seramai 10 orang responden menjawab

31
030813-12-0948

setuju dengan jumlah peratus 33.33% dan 16 orang responden menjawab sangat
setuju iaitu bersamaan dengan 53.33%. Nilai min bagi faktor tersebut berada pada
tahap yang tinggi iaitu sebanyak 4.36. Dapat dirumuskan bahawa kebanyakan
pensyarah Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih untuk bersetuju bahawa faktor
mudah di bawa ke mana-mana merupakan faktor yang mendorong mereka memilih
kaedah pembayaran tanpa tunai.

Bagi item 7 iaitu hampir setiap perbelanjaan diberikan ganjaran merupakan


salah satu faktor yang menyebabkan para pensyarah wanita di lokasi kajian memilih
kaedah pembayaran tanpa tunai. Dapatan kajian menunjukkan 2 orang responden
menjawab sangat tidak setuju bersamaan dengan 6.77%, 3 orang responden menjawab
tidak setuju dengan peratus 10.00% manakala 6 orang responden menjawab tidak
pasti dengan peratus 20.00%. Seterusnya, seramai 10 responden menjawab setuju
bersamaan dengan 33.33% dan hanya 9 orang menjawab sangat setuju dengan peratus
sebanyak 30.00% .Nilai min bagi item 7 iaitu hampir setiap perbelanjaan diberikan
ganjaran ialah sebanyak 3.7. Nilai min bagi faktor hampir setiap perbelanjaan
diberikan ganjaran dalam pembelian secara dalam talian berada pada tahap yang
tinggi. Hasil kajian dapat dirumuskan bahawa ramai warga kolej menyatakan bahawa
mereka tidak pasti akan faktor tersebut menyebabkan mereka memilih kaedah
pembayaran tanpa tunai.

Item yang seterusnya iaitu item 8 atau dapat mengawal perbelanjaan merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan para pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam
Tawau memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran secara dalam talian.
Dapatan kajian menunjukkan, 5 orang responden bersamaan dengan 16.77 menjawab
sangat tidak setuju dan tiada responden yang memilih tidak setuju, manakala seramai
6 orang responden menjawab tidak pasti dengan peratus 20.00%. Dapatan kajian yang
seterusnya, seramai 12 responden menjawab setuju yang bersamaan dengan 40.00%
dan 7 orang menjawab sangat setuju dengan peratus 23.33%. Nilai min bagi item
faktor ini berada pada tahap yang sederhana iaitu sebanyak 3.53. Dapat dirumuskan
bahawa ramai pensyarah wanita di kolej menggunakan kaedah pembayaran tanpa
tunai kerana setiap perbelanjaan yang mereka lakukan akan direkodkan.

32
030813-12-0948

Berdasarkan jadual di atas,faktor utama yang menyebabkan warga Kolej Tingkatan


Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai ialah keadaan yang selesa dan
mudah digunakan sewaktu membuat pembelian dan proses pembayaran. Hal ini
dikatakan demikian kerana faktor tersebut merupakan nilai min yang paling tertinggi
iaitu sebanyak 4.47. Manakala faktor yang menunjukkan min terendah ialah jumlah
transaksi direkodkan. Secara keseluruhannya, majoriti pensyarah-pensyarah wanita di
Kolej Tingkatan Enam Tawau menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai kerana
transaksi pembayaran dapat dijalankan dengan mudah dan selesa.

33
030813-12-0948

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian


pelajar semester 2 dalam mata pelajaran pengajian. Kajian ini menggariskan 3 objektif
iaitu mengenalpasti kaedah pembayaran tanpa tunai yang digunakan dalam kalangan
pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau, mengenalpasti jenis pembelian
secara dalam talian yang dilakukan dalam kalangan pensyarah wanita Kolej Tingkatan
Enam Tawau dan mengkaji faktor yang mendorong para pensyarah wanita Kolej
Tingkatan Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Kajian ini telah
dijalankan di Kolej Tingkatan 6 Tawau. Untuk mencapai objektif kajian, seramai 30
orang responden terlibat dalam kajian ini dimana mereka terdiri daripada kalangan
pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau.

Terdapat 3 kaedah kajian digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah soal selidik,
kaedah temu bual dan kaedah kepustakaan. 30 set soal selidik telah diedarkan kepada
responden secara rawak dan dipungut pada hari yang sama. Temu bual telah diadakan
dengan 1 orang informan yang dipilih secara rawak dalam kalangan pensyarah wanita
kolej yang sama menjawab soal selidik. Pengkaji juga merujuk kepada sumber-
sumber sekunder seperti buku,majalah,dan internet dalam kajian ini. Kaedah
pengiraan manual digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Hasil
analisis akan menghasilkan data kekerapan, peratus dan min. Data yang diperolehi
akan dipersembahan dalam bentuk penulisan dan disokong oleh jadual, graf dan carta
pai yang sesuai.

Dapatan kajian mendapati penggunaan kaedah pembayaran secara dalam talian


dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau adalah berada
pada tahap yang tinggi. Nilai tertinggi dicatatkan oleh dua item iaitu Item 1 dan Item
2, kaedah kad debit dan kad kredit. Seramai 26 responden bersamaan dengan

34
030813-12-0948

menggunakan kaedah kad kredit bersamaan dengan 86.77% dan kaedah kad debit
yang dipilih oleh 24 orang responden iaitu bersamaan dengan 80.00%. Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan responden menggunakan
kedua-dua kaedah tersebut kerana penggunaannya adalah mudah dan biasa digunakan
dalam kalangan pensyarah wanita.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat banyak jenis pembelian yang
dilakukan dalam kalangan pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau dengan
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Pembelian barangan seperti pakaian
adalah berada pada tahap yang tinggi. Seramai 24 orang responden iaitu bersamaan
dengan 83.33% membeli pakaian menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat banyak faktor yang mendorong
pensyarah-pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau untuk menggunakan
kaedah pembayaran tanpa tunai. Faktor tersebut adalah selesa dan mudah digunakan.
Faktor tersebut merupakan faktor yang paling tertinggi yang mendorong para
pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai untuk membeli barangan dan untuk mendapatkan
perkhidmatan serta menjadikan kaedah pembayaran tersebut sebagai eWallet mereka.
Nilai min tertinggi dicatatkan oleh item 5 iaitu faktor selesa dan mudah digunakan
mencapai nilai min sebanyak 4.83.

Kesimpulannya, hasil daripada kajian yang dijalankan terdapat dua kaedah


pembayaran tanpa tunai yang sering digunakan oleh para pensyarah wanita di Kolej
Tignkatan Enam Tawau dan terdapat satu jenis barangan yang menjadi pilihan
pembelian secara dalam talian dan luar talian dengan menggunakan kaedah
pembayaran tanpa tunai. Kajian ini juga mendapati terdapat satu faktor yang
menyebabkan para pensyarah wanita di Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih
kaedah pembayaran tanpa tunai. Hal ini dikatakan demikian kerana faktor selesa dan
mudah digunakan merupakan faktor yang menyebabkan pensyarah-pensyarah wanita
di Kolej Tingkatan Enam Tawau memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Jika
keselamatan serta menambahkan protokol berkenaan penggunaan kaedah pembayaran
secara dalam talian dinaik taraf dan diubahsuaikan sememangnya akan ada lebih
banyak lagi penggunaan aplikasi aplikasi atau alternatif lain untuk membuat
pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu menaiktarafkan dan

35
030813-12-0948

meningkatkan lagi tahap keeselamatan serta kelebihan kaedah pembayaran secara


dalam talian dan luar talian agar dapat digunakan tanpa sebarang masalah seperti
jenayah siber, kehilangan wang elektronik, penipuan yang sering berlaku secara
dalam talian dan sebagainya. Hal ini dapat membantu negara kita untuk lebih maju
dan lebih selamat dalam menggunakan kaedah ini.

36
030813-12-0948

7.0 RUJUKAN

1. Heng Siew Ngu dan Md. Zyadi Md.Tahir, 2021. Teks Pra-u
ekonomi( Mikroekonomi). Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi SDN. BHD.

2. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2019. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

3. Pembelian secara dalam talian yang menjadi pilihan terbaik semasa PKP,dari
https://www.sinarharian.com.my/article/138248/LAPORAN-KHAS/Pembelia
n-secara-dalam-talian-pilihan-terbaik-semasa-PKP

4. Pembayaran tanpa tunai semakin menjadi pilihan,dari


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/884905/pembayaran-
tanpa-tunai-semakin-jadi-pilihan

5. Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri ( 2019 ). Kad Debit Pilihan Pengguna
Masa Kini : Kelebihan Vs. Kelemahan. Dicapai pada Februari 25, 2019, dari
Kad Debit Pilihan Pengguna Masa Kini : Kelebihan Vs. Kelemahan
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA (upm.edu.my)

37

Anda mungkin juga menyukai