Anda di halaman 1dari 8

3.

PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya kajian bagi kerja kursus Pengajian Am telah dapat
dilaksanakan iaitu “ pembelian secara atas talian dalam kalangan penduduk di Felda Taib Andak 81000,
Kulai Johor”. Kerja kursus ini amat penting untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Ribuan terima kasih diucap kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Putra iaitu En.Rozaini bin Ramli yang merupakan individu penting yang membenarkan kajian ini dibuat oleh
pelajat tingkatan 6 untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan kajian mengenai kerja kursus
Pengajian Am ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada guru bagi mata pelajaran Pengajiam Am
iaitu Pn.Jamaliah binti Hassan, yang telah banyak membantu dalam memulakan dan memberi penerangan
kepada pengkaji untuk menjalankan kajian bagi kerja kursus ini.
Seterusnya, terima kasih juga kepada inu bapa iaitu Rohayati binti Payen dan Saad bin Mohammed,
kerana memberi sokongan dan dorongan sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan yang telah banyak membantu dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada pihak-
pihak lain yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang kekrja kursus ini dijalankan.
Sesungguhnya jasa anda semua amat patut untuk dihargai dan diingati.
Yang ikhlas,
_____________
(SITI NUR SYAFIQAH BINTI SAAD)
4. PENGENALAN
Berbelanja atas talian adalah cara yang paling baru dan paling mudah untuk berbelanja terutamanya
dikalangan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di Amerika, 40% remaja terlibat dalam pembelian
secara talian (Forrester Research Cambridge).
Remaja juga menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer sama ada melayani
permainan,bersembang dalam media sosial dan melihat paparan di You Tube. Generasi remaja sekarang
lebih terdedah kepada internet dan pengiklanan di internet berbanding dengan generasi lain. Membeli-belah
dalam talian adalah sangat mudah untuk golongan muda kerana mereka mempunyai lebih akses pada
komputer dan peranti di rumah dan sekolah.
Keghairahan melihat produk yang dimodelkan oleh rakan-rakan remaja dalam talian dan kaedah
pembayaran mudah serta sistem penghantaran yang cepat menjadikan membeli-belah dalam talian lebih
digemari oleh golongan muda

( sumber :
http://www.myhealth.gov.my/berbelanja-atas-
talian/ )

Bagi remaja yang tinggal jauh dari bandar-bandar utama, berbelanja dalam talian memberi lebih
kemudahan untuk memiliki pakaian bergaya serta terkini dan produk lain yang mungkin tidak tersedia di
tempat mereka.
Ibu bapa juga merasakan mereka berupaya mengawal perbelanjaan anak remaja mereka
memandangkan sesetengah syarikat pembelian memerlukan maklumat kad kredit ibu bapa dan ibu bapa
boleh meletakkan had pada jumlah yang dibelanjakan. Ini memberi peluang kepada ibu bapa mengawal
perbelanjaan anak-anak mereka. Terdapat juga premis premis yang menyediakan kad prabayar untuk
membeli-belah secara talian melalui internet di premis mereka.
Kelemahan membeli-belah atas talian adalah ia berpotensi untuk menyebabkan remaja berbelanja
melebihi kemampuan dan kawalan impulsif yang lemah di kalangan golongan muda. Tarikan untuk
berbelanja secara talian boleh menjadikan orang muda ketagih dengan komputer kerana media
membolehkan pengguna muda melayari pelbagai pautan dan laman web semasa membeli-belah.
Remaja suka menghabiskan masa di pusat membeli belah kerana ia membolehkan mereka bersama
dengan rakan sebaya. Walau bagaimanapun membeli-belah secara talian semakin meningkat kerana ia jauh
lebih mudah serta selesa di samping tarikan iklan yang menarik
5. OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan dua objektif yang mampu dijadikan landasan dan panduan semasa
menjalankan kajian ini.
Objektif kajian ini ialah
1. Mengenal pasti jenis barangan yang sering dibeli oleh penduduk Felda Taib Andak
2. Mengkaji faktor yang mendorong penduduk membeli secara atas talian
6.0 LOKASI KAJIAN
6.1 JOHOR
PETA1 : KAWASAN JOHOR

(sumber : https://peta-hd.com/peta-johor-malaysia/ )
Peta 1 menunjukkan kawasan Johor. Dibuka pada 10 mac 1885 oleh Temenggung Daeng setelah Sultan Ali
bin Ibni Sultan Hussain Syah. Kedudukan Johor ialah terletak di selatan semenanjung Malaysia. Ia meliputi
kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor ialah 296 kilometer. Jumlah
penduduk di kawasan Johor ialah 3,539,667 orang. 1,817,122 orang ialah jumlah penduduk lelaki dan
1,722,543 orang ialah jumlah penduduk perempuan. Purata suhu harian berjulat dari 26.4 °C pada bulan
Januari hingga 27.8 °C pada bulan April dengan purata hujan tahunan sekitar 2,350 mm. Bulan paling
lembap, dengan 19 hingga 25 peratus lebih banyak hujan daripada purata, ialah April, November dan
Disember. Johor Bahru mempunyai lintasan sempadan darat antarabangsa yang paling sibuk di dunia.
Hubungan darat terus ke Singapura melalui Tambak Johor–Singapura merupakan pemacu ekonomi utama
bandar sempadan itu.
6.2 KULAI
PETA2 : KAWASAN KULAI,JOHOR

(sumber : https://ptj.johor.gov.my/profil-daerah-kulai/ )
Peta 2 menunjukkan kawasan daerah kulai. Dengan keluasan 753.75 kilometer2, Kulai merupakan daerah
terkecil di Johor, meliputi 3.96% daripada keluasan negeri. Jumlah penduduk di kawasan Kulai ialah 67,405
orang. Jumlah penduduk lelaki ialah 34,603 orang manakala jumlah penduduk perempuan ialah 32,802
orang. Jarak Kulai ke Johor Bahru ialah 27 kilometer manakala jarak Kulai ke Kuala Lumpur ialah 269
kilometer. Kulai mempunyai penempatan pertama ladang kelapa sawit FELDA (Agensi Kemajuan Tanah
Persekutuan) di negara ini - FELDA Taib Andak, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua,
Tun Abdul Razak. Kulai masih merupakan salah satu pengeluar utama minyak sawit di negara ini kerana
terdapat banyak ladang kelapa sawit. Kulai juga mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.
6.3 FELDA TAIB ANDAK, KULAI
PETA3 : FELDA TAIB ANDAK

Peta 3 menunjukkan kawasan Felda Taib Andak, 81000 Kulai Johor. Nama asal Felda Taib Andak ialah
Kampung Bahagia. Pertukaran nama ini adalah daripada nama pengerusi kedua Felda iaitu Tan Sri Taib
Andak. Felda Taib Andak berada di kedudukan yang strategik dan berhampiran dengan kawasan
pembangunan utama iaitu Kulai, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Johor Bahru dah Kluang. Felda Taib Andak
merupakan kawasan yang terdekat dengan Bandar Kulai dengan jarak 13 kilometer dan mengambil masa
kira-kira 15 hinnga 20 minit sahaja. Jumlah penduduk di Felda Taib Andak ialah kira-kira seramai 5000
orang. Majoriti penduduk Felda Taib Andak ini ialah melayu dan beragama islam.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya.Metodologi juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas
subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yanh teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian
yang baik. Oleh yang demikian, pengkaji haruslah sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut
dalam penghasilan kertas projek ini.
Oleh itu, dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang soal selidik, temu bual, rujukan
perpustakaan dan pemerhatian bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai
berdasarkan data sah dan dipercayai.

7.1 JENIS JENIS METODOLOGI

7.1.1 SOAL SELIDIK


Instrument soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini
dibina mengikut prinsip Keep It Short and Simple (KISS) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami
dan ringkas, ( R.Kuberan et al, 2013 ). Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B, dan bahagian C dengan menggunakan skala likert lima aras.

7.1.2 TEMU BUAL


Instrument temubual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temubual ini
boleh digunakan secara bersemuka, tidak bersemuka, dan bantuan komputer. Kaedah yang pengkaji
gunakan adalah tidak formal iaitu secara bersemuka yang melibatkan penyelia (KESEDAR) yang bertugas
dalam memajukan dewan tersebut serta dua orang pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan dewan
tersebut. Pengkaji menjalankan temubual dalam keadaan yang selesa, dan pengkaji juga berwatak sebagai
pendengar yang baik, malahan pengkaji juga mengajukan soalan yang penting itu dengan jelas dan tepat.
Pengkaji telah menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.

7.1.3 RUJUKAN PERPUSTAKAAN


Instrument rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku, kamus, dan
sumber internet yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) di
Gua Musang, Kelantan. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan terdahulu.

i. Buku :
Pengkaji telah menggunakan pelbagai buku yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji.
Terdapat pelbagai maklumat yang pengkaji perolehi daripada beberapa buah buku bagi menambahkan lagi
maklumat dalam kajian ini.

ii. Kamus :
Kaedah ini juga dijalankan dengan cara merujuk kepada Kamus Dewan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Melalui kaedah ini, pengkaji telah berjaya menambah ilmu pengetahuan
yang sedia ada.

iii. Internet :
Kaedah terakhir yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui internet. Pengkaji melayari internet bagi
membantu dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Oleh itu, pengkaji telah melayari laman sesawang
berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji bagi membantu pengkaji dalam menyiapkan kajian yang
dipilih.

7.1.4 PEMERHATIAN
Pengkaji menyediakan borang pemerhatian jenis terbuka untuk memerhati dan menganalisa dapatan kajian.
Pengkaji mencatatkan item-item yang diperhatikan dan menyediakan gambar-gambar yang berkaitan.

7.2 METODOLOGI YANG DIGUNAKAN

7.2.1 SOAL SELIDIK


Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji sediakan untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat yang
tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan
bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian B pula ialah mengenai soalan
yang berkaitan dengan jenis barangan yang sering dibeli secara atas talian. Manakala bagaian C pula adalah
soalan yang berkaitan dengan faktor yang menyebabkan pembelian secara atas talian.

7.2.2 TEMU BUAL


Pengkaji menemu bual tiga orang pengguna yang membeli barangan secara atas talian di Felda Taib Andak.
Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan pembelian secara atas talian. Tujuan
utama temu bual ini adalah untuk mengetahui tentang pembelian secara atas talian.

7.2.3 RUJUKAN PERPUSTAKAAN


Selain itu, bagi melengkapkan kajian tersebut, pengkaji juga membaca pelbagai sumber seperti buku, kamus,
dan internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian yang dilaksanakan iaitu pembelian
secara atas talian.

7.2.4 PEMERHATIAN
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tempat kajian sebelom mendapat responden. Tempat kajian
yang dipilih ialah di Felda Taib Andak, Kulai Johor.

Anda mungkin juga menyukai