Anda di halaman 1dari 18

Naveen96

PENDAHULUAN

I
nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet
merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia.
Dunia tanpa sempadan diealisasikan dengan adanya jaringan internet ini.
Walaubagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang
boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat, internet
bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh
dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari
seluruh duniaIa satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan
jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini,
pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan
teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah
menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke
belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar
mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi
bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang
diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang
singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet
berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang
lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-
alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan
telefon. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati
kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa
untuk keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna
internetyang berhemah, Internet adalah sebuah dunia
yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada
dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk
menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna

1
Naveen96

tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing.
Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai
seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik
mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit
pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan
serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari
mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini
lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi
berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas,
dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing
di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil
penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.

2
Naveen96

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM


KALANGAN PELAJAR
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-
masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu
kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif penggunaan internet kepada
pelajar ialah:

1. Maklumat
2. Alat komunikasi
3. Hiburan
4. Penjimatan kos dan masa.
5. E-learning
6. Peluang perniagaan
7. Permohonan online
8. Medium bersuara
9. Penguasaan Bahasa
10. pengiklanan

Maklumat
Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga
tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk
bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media
elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan
cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita
sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet.
Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang
membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan
pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan
3
Naveen96

mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World
Wide Web (www) untuk mencari maklumat
yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar
tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka
boleh melayari internet di mana sahaja
untuk mendapatkan maklumat yang mereka
mahukan dengan kadar segera.

Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan
salah satu perantaraan yang sangat efektik dan
efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia
sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk
berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-
mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai
sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-
tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar
maklumat budaya, sejarah dan geografi
antara rakan siber mereka.
Pelajar juga boleh menggunakan
talian internet untuk menonton
video dan mendengar apa-apa
muzik yang mereka minat melalui
perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan
kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi
komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan

4
Naveen96

video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-
masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh,
pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat
menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih
menjimatkan wang.

Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh
menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang
menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan
http://www.dailymotion.com Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main
secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain
adalah seperti mendengar muzik dan juga

berkenalan
dengan
kawan-
kawan baru di
alam maya.
Misalnya, jika pelajar stress dengan
pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu
mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika.

Penjimatan kos dan masa

5
Naveen96

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon
dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal
jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu
penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah
berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak
mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh
melayari internet sahaja untuk mencari sumber
rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama,
ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak
membebankan pelajar mahupun mengganggu
pembelajaran mereka.

e-learning
ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet
sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan
internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan
lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah
dengan kesan multimedia dapat
menarik minat kanak-kanak
untuk mengikuti program
pembelajaran dan seterusnya
menanam minat. Kelebihan ini
menandingi cara pembelajaran
konvensional

6
Naveen96

Peluang perniagaan
Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan
melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui internet hanya melalui rumah
sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana wang dari rumah. Peniaga boleh
mengiklan dan menjual barang-barang keluaran
syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan
di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan
mendapat keuntungan yang lebih banyak.
Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila
membeli barang-barang daripada internet.

Permohonan online
Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan
berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang
di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun
Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran
peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang
sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos
kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui
laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis
tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk
menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan
mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk
menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata,
kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji
mula menggunakan internet sebagai medium
penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu
berikutan bilangan penggunaan internet semakin
bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas

7
Naveen96

hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang
dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara.
Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak
urusan.

Medium untuk bersuara


kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara, yakni melalui laman-
laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman
sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk
menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku
dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan
berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani
masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula
menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan
mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman
sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya
serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai
untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing.
Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar
aduan rakyat pelajar jika turun untuk melakukan khidmat
masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak
masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman
sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak
mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan
dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat
cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui
demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu
untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak
pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi
pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada

8
Naveen96

rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi
corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan
negara bangsa tercinta.

Penguasaan Bahasa
kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan
pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan
di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang
ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana
bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan
samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang
bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai
bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan
laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan
ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru
yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan
sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan
pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang
tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada
pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam
kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai
blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda
dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan
teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana
pengunjung yang membaca blog anda patinya akan
menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat
ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang
akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat.

9
Naveen96

Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris
keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam
bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang
menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara
medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna.

Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk atau
acara, aktiviti untuk sesebuah pelajar. Ianya bukan
sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya
boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini
mereka mudah untuk menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja
dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.

10
Naveen96

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM


KALANGAN PELAJAR

Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak
merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:

1. Bebas melayari laman lucah


2. Kurang fokus pada pelajaran
3. Menyemai sifat malas
4. Terdedah kepada jenayah siber
5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan
6. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber
7. Terikut budaya negative
8. Menghabiskan masa dengan internet
9. Enggan bersosial
10. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan
kandungan yang tidak sesuai.

Bebas melayari laman lucah


Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa
kawalan. Bahan lucah seperti ini
merupakan budaya yang patut dibuang
terhadap diri masing-masing kerana ia
dapat merosakkan akidah dan jati diri
seorang pelajar. Di samping itu, kesan
daripada penyebaran laman web secara
tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi

11
Naveen96

sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat.
Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton
bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang
perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu
membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada
isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk
mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah
perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses
kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati
zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al-
Isra: 32).

Kurang fokus pada pelajaran


Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang
berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang
input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja
dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika
pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh
menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan
gagal menyempurnakan
tugasan mereka di institusi.
Seharusnya, perkara ini
dikawal dan di dalam setiap
diri pelajar perlu tanam
sikap yang positif untuk
generasi kelak.

Terikut budaya negatif

12
Naveen96

Menurut sumber Harian Metro


yang dikupas oleh Ketua Polis
Pahang Datuk Shariffudin Abd
Ghani Lee berkata melalui laman
sosial pelajar akan mengenali
individu tertentu. Contohnya
budaya barat seperti “Black
Metal”, “Punk”, dan “Skin Head”
yang menjerumus pemikiran
remaja di Malaysia. Oleh yang
demikian, perkara ini boleh
mengakibatkan pelajar
terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan
tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik
seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan
masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap pelajar
kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan
sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negative
yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar.

Menyemai sifat malas


Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi
malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini
lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia
mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar
sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk
mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat
aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka

13
Naveen96

menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa
tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari
laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan
ia memberi impak di masa yang akan datang. Di
samping itu, hal ini juga akan melahirkan
pelajar yang kurang inovatif kerana
kokurikulum menggalakkan aktiviti
berpersatuan. Persatuan amatlah penting
untuk pelajar supaya lebih
bertanggungjawab dalam menguruskan
organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini
lebih aktif dengan persatuan sosial yang
boleh mendatangkan masalah moral seperti
“Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini
amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya
diikuti.

Terdedah kepada jenayah siber


Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had
juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,
kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam
dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi
mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan
jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity
menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu
berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya
berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara

14
Naveen96

berleluasa, menukar sumber


maklumat di institusi dan
sebagainya. Di samping itu,
isu ini akan mempengaruhi
minda pelajar dengan
kenyataan kenyataan yang
salah dari kenyataan yang
tidak sepatutnya. Jenayah
siber ini juga boleh
merosakkan minda pelajar
dari segi politil, terlalu
banyak isu politik yang palsu
terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta
merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini
merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik
beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi
unsur penipuan amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter
ada sesetengah pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka
sendiri.

Menjejaskan keharmonian dan perpaduan


Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk
menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara
kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak halaman
web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan
gosip serta propaganda negatif untuk memastikan
rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah
lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang
ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham

15
Naveen96

dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah,
internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada
masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat
keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga
menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa
hadapan.

Tertipu dengan kes-kes penipuan siber


Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali
mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu
terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di
internet sekarang ini. Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu
dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan
imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan
berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini.
Menghabiskan masa dengan internet
pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang
dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di
bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir
sahaja selain menghabiskan
sejumlah wang yang banyak pula untuk
melayari internet. Remaja
seolah-olah menganggap melayari
internet lebih penting daripada
menelaah pelajaran atau
menghabikan masa membuat latihan
yang diberikan oleh guru sekolah
mereka.

16
Naveen96

Enggan bersosial
sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat
yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di
hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa
bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin
dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang
pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat
mana-mana pihak terutama remaja yang perlu
menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh
memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet
semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.

Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip
dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai
untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan
kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan
tidak sihat.

17
Naveen96

KESIMPULAN

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya
dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan.
Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang
membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.
Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama
lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah
dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak
tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada
masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar
melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan
dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke
semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat
dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan
negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta
menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah
memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi
generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin
parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang
mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan
kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan
dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah
guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi
pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai