Anda di halaman 1dari 14

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

1.0. Pengenalan Kewujudan bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak mempunyai batasannya. Oleh itu, ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan menjadi bertambah penting pada masa akan datang. Media elektronik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu media baru dan media lama. Media lama seperti surat khabar, radio buku dan majalah. Manakala internet merupakan salah satu media baru dan telah mula menjadi ikutan masyarakat di mana kita melihat pengguna internet ini mula seawal pringkat umur sekolah rendah lagi. Tambahan pula dengan teknologi telefon mobile yang canggih di mana penggunaan internet lebih mudah digunakan dan tidak mengira tempat. Oleh itu, ia sudah menjadi cara hidup masyarakat sekarang. Lebihlebih lagi bagi golongan remaja dan pelajar yang mahukan pembaharuan dan sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah. Jikalau dahulu pelajar harus ke perpustakaan untuk mendapatkan sumber dan bahan bacaan. Tetapi berbeza pada hari ini apabila hampir kesemua bahan atau sumber rujukan boleh diakses melalui internet. Sebuah rangkaian komputer antarabangsa yang terbesar di dunia mengandungi berjuta- juta komputer di seluruh dunia. Melalui teknologi ini kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa sahaja ia boleh dilaksanakan dengan penggunaan internet. Internet berfungsi untuk menyampaikan maklumat dalam keadaan yang

lebih pantas dan singkat jika hendak dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti perkhidmatan pos, telefon, telegram dan sebagainya. Oleh kerana kepesatan pertumbuhan saluran internet ini akan mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya yang berbentuk positif dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat. Oleh itu, pengguna media baru ini perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini sama ada ianya baik mahupun buruk.

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

2.0. Perkembangan Internet di Malaysia Penggunaan Internet di Malaysia juga terus meningkat dari semasa ke semasa. Misalnya, pada Februari 1997 pengguna Internet di negara ini adalah dianggarkan seramai 30,000 orang, dan telah meningkat kepada 137,000 pada Oktober 1997, dan terus meningkat kepada 600,000 pada Januari 1998 (NuaInternet Surveys, 1999). Peningkatan penggunaan Internet dalam masa setahun didapati telah mengalami peningkatan di kalangan penduduk negara ini dengan kadar berpuluhpuluh kali ganda. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah Mastura (1997) mendapati 67% pengguna Internet di Malaysia mempunyai ijazah universiti, 21% diploma, 11% sekolah menengah dan 1% penuntut sekolah rendah. Manakala laporan daripada Internet World Stats (2011), mendapati bahawa 61.7 % atau 17,723,000 daripada 28,728,607 penduduk Malaysia adalah pengguna Internet. Pertumbuhan sebanyak 13 juta berbanding 3 juta pada tahun 2000. Menurut laporan tersebut juga mendapati bahawa Malaysia adalah negara ke-10 tertinggi bilangan penduduknya menjadi pengguna Internet di seluruh negara Asia pada masa ini. Kini teknologi Internet di negara ini telah berkembang lagi dengan terciptanya talian jalur lebar (broadband), di mana melalui teknologi tersebut segala maklumat dan bahan-bahan yang dihantar melalui Internet boleh diakses dengan kalajuan berkali-kali ganda (384Kbps hingga 512Kbps) lebih pantas jika dibandingkan dengan perkhidmatan Internet konvensional yang menggunakan perkhidmatan dialupaccess (52Kbps hingga 114Kbps). Kini masalah memuat turun (download) bahan-bahan seperti video, gambar, muzik dan sebagainya yang mengandungi saiz fail yang besar akan dapat diatasi dengan adanya perkhidmatan jalur lebar. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan perkhidmatan jalur lebar (broadband) terus meningkat dengan pesat dalam kalangan penduduk negara ini. Misalnya, pada bulan Julai 2004, seramai 200,000 penduduk negara ini telah menggunakan perkhidmatan jalur lebar (Streamyx) yang dikendalikan oleh Syarikat Telekom Malaysia. Pelanggan perkhidmatan Streamyx terus meningkat setiap bulan dan dianggarkan antara 15,00020,000 pengguna baru telah melanggan perkhidmatan

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

jalur lebar Streamyx terutama di kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur, Kuching, Johor Baharu, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Ipoh. Kemunculan teknologi jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) atau lebih dikenali sebagai WiFi (Wireless Fidelity) pada masa ini telah menyediakan acess point untuk pengguna Internet di mana mereka boleh menggunakan Internet tanpa perlu ada sambungan wayar telefon seperti sekarang. Kemudahan ini sangat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Justeru ia telah memberikan pengguna Internet lebih mudah melayari internet. Walaupun teknologi ini masih baru di negara ini, namun ia dijangkakan akan mendapat sambutan yang hebat di kalangan pengguna Internet di negara ini. Penggunaan teknologi Internet yang semakin pesat kebelakangan ini khususnya di Malaysia adalah kesan daripada kempen dan skim yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah pengecualian cukai untuk peralatan komputer menyebabkan harganya tidak terlalu tinggi dan mampu dibeli oleh kebanyakan penduduk di negara ini. Malah memiliki lebih sebuah komputer di dalam sebuah rumah adalah sesuatu yang lumrah pada masa ini. Di samping itu, skim pinjaman computer dan kelonggaran pengeluaran wang KWSP telah juga menyebabkan pertambahan penggunaan Internet kerana mereka mampu membelinya. Oleh itu, lebih ramai lagi penduduk boleh menggunakan Internet dan mereka ini akan terdedah kepada pelbagai maklumat yang boleh diakses daripada Internet.

3.0. Kebaikan Penggunaan Internet 3.1. Maklumat Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
3

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

Menurut Bork Alfred (1985), penggunaan komputer dalam proses pembelajaran mempunyai banyak kelebihan. Terdapat banyak maklumat yang boleh dicapai melalui Internet. Internet menyediakan maklumat untuk menyiapkan projek kerja sekolah sebagai contoh, Homework Helper merupakan laman laman yang mengandungi fakta, ensaiklopedia, kamus, thesaurus, dan laman-laman membina kajian(Iskandar & Zaitun, 2006). Menurutnya lagi, Human Anatomy Online merupakan contoh laman biologi yang membekalkan koleksi gambar rajah sistem badan manusia secara interaktif. Manakala Science is Fun merupakan laman yang membekalkan maklumat berkaitan sains. Kemudahan melayari Internet menyebabkan berkembangnya

pembelajaran secara maya ataupun diistilahkan sebagai e-pembelajaran(Ismail Zain, 2003) . Pelbagai pihak sama ada individu, agensi kerajaan ataupun swasta telah mengorak langkah membina laman web masing-masing untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Menurut Ismail Zain (2003) terdapat dua jenis ePembelajaran iaitu Laman Portal Pendidikan dan Pengurusan Pengetahuan. Antara contoh laman portal pendidikan tempatan ialah Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) dan Cikgu Net (www.cikgu.net.my). Pelajar boleh memanfaatkan portal pendidikan ini dengan menjadikannya sebagai bahan rujukan, latihan atau satu aktiviti pembelajaran kendiri. 3.2. Alat Komunikasi Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah

dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikatsyarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
4

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

3.3. Jimatkan Kos dan Masa Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan Skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi melawat ke merata tempat untuk bermesyuarat. Malah ianya menjimatkan masa. Misalnya urusan dapat dilakukan dalam masa real time di mana mesyuarat itu dapat dilakukan dari pejabat ke pejabat. Ini telah dapat mengurangkan kos perbelanjaan pegawai bergerak dan juga masa yang lebih singkat digunakan. 3.4. Berita Terkini Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti Berita Harian, The Borneo Post Online, The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memaparkan berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.Justeru, pengguna Internet akan mendapat berita yang terkini dan tepat. Sebagai contoh, berita peperangan Isreal dan Palistin dapat diakses melalui portal-portal dan laman sesawang dalam masa yang amat pantas di mana peperangan itu dilaporkan dalam real time. 3.5. Pengiklanan Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan. Misalnya iklan pendidikan
5

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

dikeluarkan melalui internet di mana institusi ini membina laman portal yang dapat diakses oleh semua pihak dan mereka akan dapat maklumat yang tepat dan terkini seterusnya mereka boleh bertindak menghantar permohonan atas talian. Kemudahan ini akan dapat meningkatkan pengambilan pelajar. Begitu juga penjualan barangan seperti jam tangan dapat dijual dengan larisnya kerana iklan jam tangan itu diiklankan dalam internet dan ramai bakal pembeli dapat akses portal berkenaan dalam masa yang singkat. 3.6. Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh dimain secara atas talian bersama-sama dengan pemain(gamers) dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. Menurut Jerald,(2008) Internet juga menyediakan laman-laman rangkaian sosial yang dapat membantu para pelajar untuk menghilangkan perasaan tekanan. Pelajar yang mengalami tekanan selalunya berpunca daripada pelajaran atau situasi keluarga pelajar itu sendiri. Jadi mereka melayari laman rangkaian sosial untuk melupakan tekanan. 3.7. Pendidikan Secara Atas Talian Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran dilakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara atas talian. Selain itu rangkaian Internet
6

juga bertujuan untuk

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

memudahkan atau mempercepatkan lagi kerja seseorang. Kemudahan seperti menghantar dan menerima fail sangat membantu mereka dalam perkongsian isi pelajaran dari masa ke semasa. Menurut Jerald (2008), kebanyakkannya pelajar menggunakan laman sebegini bukan sahaja untuk berkongsi gambar dan video malah merka berkongsi soalan-soalan peperiksaan tahun sebelumnya sebagai persediaan untuk mereka menduduki peperiksaan kelak. 3.8. Servis Perkhidmatan Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bilabila masa.

4.0. Keburukan Penggunaan Internet Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjana masalah sosial terutamanya jenayah. Laman web seks dan ponografi kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang tahun 2009. Rangkaian Internet juga boleh menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah. Merujuk kepada pengalaman Singapura, pada tahun 1999, lima gadis dan seorang wanita telah dirogol oleh kawan yang mereka kenali melalui Internet atau telefon. Pada masa ini, komputer merupakan salah satu daripada alat telekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan kita. 4.1. Kerenggangan Kekeluargaan Internet juga adalah satu cabang daripada penggunaan komputer. Hasil ciptaan sains dan teknologi ini boleh mendatangkan kebaikan kepada
7

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

semua lapisan masyarakat yang tahu memanfaatkannya. Namun begitu, penggunaan Internet juga boleh mengundang keburukan kerana ia dapat merenggangkan hubungan kekeluargaan Penggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh, ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukan sepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kita diganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Ini menunjukkan tanda tanda awal kerenggangan hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di samping itu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik melayari Internet. Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerja misalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengasingkan diri daripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yang telah dipupuk dahulu akan terhapus sama sekali. Selain itu bagi mereka yang gemar ke cyber cafe atau ke pusat Internet kerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkan keluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yang pulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akan meluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi golongan ini akan terus memarahi ibu bapa yang memberi nasihat kerana berpendapat ibu bapa mereka tidak memahami jiwa mereka. Tidak ketinggalan juga, sekiranya mereka terlalu lama berada di cafe Internet, sudah tentu mereka tidak tahu apa yang terjadi di rumah. Di manakah keluarga akan mencari mereka jika ditimpa kecelakaan atau berlaku sesuatu yang tidak baik? Tidakkah ini menyusahkan banyak pihak? Remaja khususnya haruslah mengenal pasti antara perkara yang baik dan buruk. Misalnya jika seseorang itu ditangkap kerana melayari laman web pornografi. Hal ini akan memalukan keluarga dan kepercayaan keluarga terhadap mereka akan luntur. 4.2. Kemerosotan Prestasi Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa penggunaan Internet jika disalahgunakan akan mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Semuanya
8

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

sudah jelas terbukti apabila terdapat ramai remaja yang bermasalah terlibat dalam penyalahgunaan Internet pada masa kini. Mereka semua menggunakan Internet tanpa tujuan atau niat yang baik. Apa yang mereka lakukan adalah tidak berfaedah dan tidak menguntungkan. Kecermelangan akademik para pelajar kita juga merosot sejak akhirakhir ini. Pengunaan Internet adalah salah satu daripada puncanya. Oleh itu pihak yang terlibat haruslah mengambil langkah-langkah yang jitu bagi menangani perkara sebegini. Penyalahgunaan Internet tidak boleh dibiarkan sama sekali terutamanya jika ada pelajar yang terlibat. 4.3. Ketidaktepatan maklumat Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang atau golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mestilah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut. 4.4. Virus/Malware/Worm/Trojan Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya. Pengguna internet mesti mempunyai ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang caracara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut dicerobohi atau digodam. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu prestasi pengoperasian komputer dan juga network. Misalnya Malicious Code dimuatkan ke dalam
9

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

computer tanpa pengetahuan dan kebenaran pemilik computer khusus untuk merosakkan atau melumpuhkan system. Contoh termasuklah virus, Micheal Angelo, worm dan Trojan horse. 4.5. Bahan-bahan yang tidak bermoral Dewasa ini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan tersebut begitu mudah didapati di internet. Bahan-bahan ini ditonton dan aksi-aksi atau nilai dalam gambar tersebut mudah mempengaruhi golongan remaja. Lantaran itu, nilainilai buruk yang dipaparkan dalam Internet akan meragut nilai murni yang telah disemai terhadap mereka oleh keluarga. Lebih malang lagi, kerana terlalu ekstrim terhadap maklumat yang diterima ada golongan ini sanggup membunuh diri. Selain itu, keruntuhan moral dalam kalangan golongan ini akan terus meningkat akibat kegagalan menapis segala bahan dalam Internet dan seterusnya akan menjejaskan imej dan kridibiliti seseorang. Sebagai contoh, suratkhabar Kosmo (Julai 2010) menyatakan Remaja Melayu Paling Ramai Rosak. Akhbar itu menjelaskan bahawa, gejala golongan remaja melayari laman web lucah sudah menjadi barah. Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India (Professor Dr. Md. Salleh Hassan, dalam Mazlina Abdul Majid 2010). 4.6. Isu Keselamatan Wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Misalnya, pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran maklumat melalui Internet(Meyer, 1999). Selain itu, pernahkah kita terfikir keselamatan maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat
10

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

dari diakses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server-server yang menyimpan datadata kita? Server-server yang mudah dicerobohi oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, angkara oleh para hackers ini akan memberikan kerugian yang amat besar dan orang lain akan boleh menggunakan segala maklumat untuk kepentingan mereka. Perkara ini akan dapat memusnahkan masa hadapan seseorang individu. 4.7. Pembaziran masa Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, chatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk chatting. Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. Hal ini demikian kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan tugas atau masa belajar. Lantaran daripada itu, masa tidak dapat digunakan dengan berkesan menyebabkan kemerosotan produktiviti seterusnya menyebabkan kerugian yang besar terhadap sesebuah organisasi.

5.0. Cadangan Pengaruh negatif dari Internet perlu dihindari. Oleh itu, ibu bapa, pendidik dan masyarakat harus memainkan peranan supaya pengguna Internet tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Sebenarnya langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah seperti mengadakan kempen-kempen tentang kebaikan penggunaan Internet. Ibu bapa juga harus turut serta dalam menangani masalah ini. Oleh itu, didikan dan kemahiran membuat penilaian terhadap apa yang kita dapati daripada sebarang sumber harus dan wajip diberikan kepada semua pengguna Internet.

11

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

Justeru, ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah diinstall di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka. Begitu juga tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pengguna Internet harus mempunyai kemahiran untuk mengawal data dan maklumat yang disimpan dalam Internet supaya data dan maklumat itu tidak jatuh ke tangan pengguna Internet yang tidak bertanggungjawab. Misalnya menggunakan password yang tinggi dan sukar untuk dipecahmasuk(crack) oleh pengguna Internet. Penggunaan kata laluan boleh melindungi system daripada digunakan oleh orang yang tidak mempunyai kebenaran penggunaan dan boleh menghindari pengguna yang tidak bertanggungjawab. Ini bermaksud semua pengguna Internet perlu mengikuti kursus penggunaan computer dan penggunaan Internet. Misalnya, kata laluan(password) kata yang terdiri daripada gabungan huruf dan nombor yang membentuk kod unitk. Kata ini perlu dimaklumkan kepada sistem sebelum pengguna dibolehkan menggunakan sumber system.

6.0. Penutup Maklumat Internet yang mudah dicapai dan diakses menyebabkan pengguna terutama golongan remaja sekolah mampu mencari maklumat apa sahaja tanpa batasnya dengan satu klik tanpa merujuk pada sesiapa. Hal ini lebih membimbangkan apabila sikap remaja yang suka mengambil tahu dan mahu mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka mampu mengaksesnya dengan begitu mudah dan pantas. Secara ringkasnya, remaja sekolah mudah mengakses laman yang tidak sihat dan boleh memudaratkan diri. Manakala berdasarkan kajian, Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai tabiat penggunaan Internet, mendapati remaja menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari Internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka. Dalam kajian tersebut, 31 peratus
12

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

daripada mereka melayari Internet di kafe siber dan 60% daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali. Bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26% daripada mereka gemar melepak di rumah rakan untuk melayari Internet. Kategori aktiviti berfrekuensi tinggi bagi mereka yang kerap melayari ialah video (91%), rangkaian sosial (89%) dan muat turun pelbagai fail (91%), (Mohd Azis Ngah, 2010). Justeru, kemudahan yang banyak terdapat dalam Internet, memberi banyak kesan sampingan kepada pelayar siber. Pelajar kurang memberi tumpuan dalam pelajaran menyebabkan pelajaran mereka terganggu disebabkan tiada banyak masa untuk mengulangkaji. Tambahan lagi, sikap pelajar yang sanggup ponteng sekolah untuk ke kafe siber disebabkan ketagihan Internet turut menjejaskan kesihatan diri dan pelajaran. Malahan negara juga turut mendapat impak besar akibat gejala yang tidak sihat gara-gara ketagihan Internet. Justeru sudah tentu penggunaan Internet yang ekstrim akan memudaratkan diri individu, keluarga dan negara akan menggalami kerugian besar akibat menanggani masalah sosial yang keterlaluan. Oleh itu, penggunaan Internet yang berkhemah akan memberikan pulangan yang baik dan dapat membantu membangunkan diri individu atau negara kerana dapat mengakses pelbagai maklumat dengan pantas. Namun jika penggunaan Internet yang tidak berhemah akan mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan sesebuah negara, menyebabkan huru-hara dan usaha membangunkan negara akan terbantut. Misalnya, maklumat yang tidak tepat yang ditaburkan oleh pihak penganjur Bersih 3.0 telah mengheret ramai penyokong yang tidak tahu maklumat dan tujuan sebenar. Ini kerana maklumat memburuk-burukan kerajaan disebarkan melalui laman sosial ini. Akibatnya imej negara tercalar di mata dunia dan jika ini berterusan ia akan menghalau kedatangan pelabur asing untuk melabur di negara ini. Justeru pengguna Internet harus bijak menapis sebarang maklumat yang diperolehi dari segi kesahihannya.

Jumlah Patah Perkataan : 3,542

13

SEMANG ANAK KULIH 770401135377001

Rujukan

Bork, A. (1985). Personal Computer of Education. New York: Harper and Row, Publisher.Inc. December, J. and Ginsburg, M. (1995). HTML and CGI Unleashed: Professional Reference Edition. USA: Mcmillan Computer Publications. Eager, B., Pike, M. A., Chandler, D., Cook, D. Kirkner, B. & Minatel, J.M.(1995). Using The World Wide Web and Mosaic (Special Edition).Indianapolis IN: Que Corporation. Eager, B. (1994). Using the World Wide Web. Indianapolis: Que Corporation. Giber, C. (1993). Booming commercial use changes face of Internet, Infoworld, 15(15), m.s.1-53. Jerald, J. B. (2008). The American Journal Of Physchiatry, Am J Psychiatry, 165: 306-307. Internet World Stats (2011). Top 20 countries with highest number of Internet users, [Online],[diakses pada 2.Nov.2012] Boleh didapati:www.InternetWorldStats.com Iskandar Ab Rashid dan Zaitun Ismail (2006). Rakan Internet. Panduan Penggunaan Internet. (1st ed.). Selangor: Venton Publishing Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber (1st ed.). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Khan, B.H. (1999). Web-Based Instruction. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Dr.Sajab Maswan (2006).Perkembangan Internet & Kesannya Di Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia ,[Online], [Diakses 30 Okt 2012]]. Boleh didapati: http://www.utusan.com.my/laporansekolahbestari.htm Nua Internet Surveys (1999). How many online: World Wide Web (Web Document), [Online][diakse pada 29 Okt 2012] Boleh didapati: http://www.nua.ie/surveys/how_many_online/world.html. Mazlina Abdul Majid. (2010, Julai 21). Melayu Paling Ramai Tengok Porno. Kosmo, ms 3. Meyer and Marilyn W. (1999). Computers In Your Future. Macmillan Computer Publishing. Mohd Azis Ngah (2010). Risiko Internet. Berita Harian Online, diakses pada Oktober 20, 2012, sumber dari : http://www.rahsiasiber.com/berita-siber/risikointernet. html Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Patricia, M.O., Kathleen, O.K., Phyllis, S., and Michael D. (2000). Internet Use Among Female and Male College Students, 3 : 5, 855-862. Mary Ann Liebert, Inc. Raja Maznah Raja Hussain (1998). Internet Pemangkin Pendidikan: Guru Pensiswazahan Di Alam Siber. Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Malaysia Ke-11. Kota Bharu. Rafidah Hj Ismail (2010). Hubungan Akrab Remaja dan Internet Dalam Pendidikan Remaja Satu Kajian Kes. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Rozinah Jamaludin (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai