Anda di halaman 1dari 7

Manfaat Internet Kepada Pelajar

Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga
masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam
dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika
menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan
internet kepada pelajar ialah:

1.
2.

Maklumat

3.
4.

Hiburan

Alat komunikasi
Penjimatan kos dan masa.

Maklumat
Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat
juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam
bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk
media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita,
laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat
yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi
internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang
membacanya menggunakan internet. Disamping itu, ia juga dapat membantu pelajar dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan
pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu
medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan.
Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih
berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik
minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat.
Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Hal ini adalah sangat penting kerana
dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam
usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar

lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di
mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.
Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efisen
untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang
mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet
melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan
dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung
dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-mel dengan
perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya
masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan
perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar
fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat
budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian
internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui
perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi
antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan
menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah
masing-masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai
contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat
menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih
menjimatkan wang.
Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh
menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang
menyediakan

perkhidmatan

tersebut

seperti http://www.youtube.com danhttp://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga

permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai
pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan
dengan kawan-kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran
mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan
stress mereka walaupun untuk seketika.
Penjimatan kos dan masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan
telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya,
kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal
jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu
penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah
berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak
mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari
sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan
masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.

Kesan Internet yang Boleh Memudaratkan Kepada Pelajar


Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak
merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah:

1.

Bebas melayari laman lucah

2.

Kurang fokus pada pelajaran

3.

Menyemai sifat malas

4.

Terdedah kepada jenayah siber

Bebas melayari laman lucah


Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa
kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masingmasing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping itu, kesan
daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah
social yang semakin menjadi-jadi sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno
dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman
pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks
selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan
mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes
pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin
berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa
kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapatrapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet.
Firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra: 32).
Kurang fokus pada pelajaran
Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang
berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang

input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja
dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika
pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh
menjerumus pelajar melakukan jenayah. Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua
Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan
mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti Black Metal, Punk, dan Skin
Head yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh
mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya
pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu,
kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan
pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member
impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang
tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Oleh
itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di
institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang
positif untuk generasi kelak.
Menyemai sifat malas
Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi
malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan
berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini
lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia
mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif
sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi
pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan
untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus
bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan
tetapi, mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan
mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk
menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan
pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal
ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti

berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam
menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial yang
boleh mendatangkan masalah moral seperti Gay, Lesbian, dan sebagainya. Situasi ini amat
serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti.
Terdedah kepada jenayah siber
Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had
juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat,
penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber
terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk
melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak
CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus
pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat
membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi
pengajian, menyebarkan fitnah secara berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan
sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan
kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh
merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di
internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia
akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu
permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya
tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan
amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah
pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri.
Kesimpulan
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya
dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan.
Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam
penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang
membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya.

Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama
lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar
terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri
pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak
cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan
masyarakat yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT
dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai
pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah
menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan
pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat
Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi
mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan
budaya masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari
berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika
masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan
semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat
dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar
kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan
kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara
bangsa Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai