Anda di halaman 1dari 11

Soalan 1 :Kenal Pasti Isu Komunikasi & Teknologi Yang Meruncingkan Di Mlaysia

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Pemerolehan , penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan
teknologi komputer dan tele-komunikasi .Senn menyatakan teknologi maklumat dan
komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna
Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk
lebih produktif, berkesan dan berjaya.Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan
mempunyai lebih daripada satu takrifan.
Boleh dikatakan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan
aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Teknologi digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki.
i. Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan


komunikasi. Pada era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada
kesantunan berbahasa.
Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi,
mengejek dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan
penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan
peribadi bangsa yang negatif.
CONTOH :
ii. Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, Youtube,
Google dan banyak lagi menjejaskan kesantunan berbahasa.

Hal ini kerana , penyakit menggunakan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar
yang dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna IT.
Mereka membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan
kata ganti awak, engkau, kamu yang sememangnya jika dilihat dari konsep kesantunan
bahasa Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan biadab.
Seharusnya, kata ganti nama yang halus dan bersopan seperti pak cik, mak cik,
saudara, saudari, anda, tuan dan puan wajar dipraktikkan dalam perbualan
seharian sama ada dalam alam maya seperti Facebook mahupun perbualan di alam realiti.
Selain itu,kelahiran bahasa rojak akibat perkembangan pesat teknologi maklumat dan
komunikasi.
Pengguna suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

CONTOH :
Memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet
Muncul perkataan seperti:
a. kang (nanti)
b. akum (assalamualaikum)
c. tipon (telefon)
d. persal (mengapa)
e. nko (engkau)

Tidak dapat dinafikan bahawa FACEBOOK adalah medium terpenting dalam menyampaikan
maklumat peribadi kerana ianya mudah dan percuma, hanya perlu melengkapkan 'password',
anda boleh terus menggunakannya.

Sejak mula popular di sekitar pertengahan 2008, Facebook dilihat sebagai laman web
terpenting dalam perhubungan sosial terutama untuk mencari rakan-rakan yang telah lama
terputus hubungan. Jika dilihat dari sudut pengguna Facebook, kenyataan terbuka tanpa
tapisan sememangnya mudah ditulis dan diluahkan dalam laman sosial ini.

Namun, media sosial ini juga mempunyai elemen negatif yang mampu memberi kesan buruk
kepada keharmonian negara. Hal ini boleh ditunjukkan oleh isu pelajar menghina Yang di-
Pertuan Agong melalui laman sosial.

Malah, ada di antara pemilik akaun Facebook, sering memberi kenyataan sensitif . Ada pihak
yang mendedahkan aurat, maki hamun, fitnah serta mendedahkan keaiban suami isteri. Selain
itu, ada pihak yang mengambil kesempatan membuat akaun peribadi orang lain lalu
menyebarkan gambar atau maklumat palsu. Di samping itu, ada juga pihak yang
menggunakan kemudahan Facebook untuk mempersendakan agama serta membuat
kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat keharmonian. Mereka berbuat demikian
tanpa menyedari perbuatan itu, akan mengundang padah, khususnya dalam isu yang
melibatkan keharmonian negara.
Hal ini demikian kerana, budaya yang tidak tahu asal usulnya masuk ke Malaysia menerusi
media tersebut dan masyarakat terdedah dengan budaya tersebut seperti budaya kuning iaitu,
Punk, Skin Head, Black Metal dan sebagainya. Kesenangan untuk mendapatkan hiburan
beracuan barat yang terlampau juga memberi kesan kepada sosial masyarakat Malaysia
terutama golongan remaja. Keadaan ini bermakna ia memberi impak negatif kepada minda
masyarakat seandainya masyarakat tidak menilai dengan sebaik-baiknya budaya itu malah
menerima budaya itu mentah-mentah dan diguna pakai secara berleluasa dan terhormat.

Begitu juga dalam konteks pendidikan dimana menerusi media massa ia dimanfaatkan
sebaik-baiknya untuk tujuan pendidikan. Menerusi televisyen, banyak rancangan pendidikan
seperti Pendidikan Di 9 dan juga di Astro yang bermanfaat untuk pelajar. Media cetak pula
menyisipkan Didik, Minda Pelajar dan lain-lain.

Namun begitu, kandungan pendidikan dilihat masih sedikit berbanding kandungan hiburan
yang mendominasi ruangan media massa. Kewujudan internet pula dilihat amat bermanfaat
untuk pelajar kerana pelajar boleh mendapatkan pelbagai maklumat ilmiah untuk proses
pendidikan. Begitu juga, pelajar universiti yang perlu membuat kerja kursus boleh
mendapatkan maklumat menerusi internet untuk tujuan tersebut. Namun, internet juga ada
kesan negatifnya kerana boleh menggalakkan budaya plagiarism di kalangan pelajar yang
sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan minda pelajar.
Soalan 2 Berikan sebab mengapa anda berpendapat demikian serta contoh yang relevan

ISU-ISU KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


Para remaja tidak menghormati orang tua. Mereka tidak memanggil orang tua dengan
gelarannya.
Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris dan tayangan
di televisyen terbitan orang barat.
Dalam konteks ini , teknologi maklumat memainkan peranan yang penting mempengaruhi
orang ramai melupakan budaya sendiri.
Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi .
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan
perkataan singkatan dengan meluas.
CONTOH:
Penggunaan aq disamping aku.
Penggunaan cyg disamping sayang.
Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi.

CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN PADA ZAMAN INI YANG


MENJEJASKAN KESANTUNAN

Jenayah siber
Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM,
jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer
menerusi Internet.
Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber
seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer,
kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak
sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan
mel spam.
Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012)
telah melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada
tahun 2011 berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes
jenayah siber
Penggodam maklumat
Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan
mengubah sistem komputer
Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh
individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada
pihak pesaing.
Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti
www.malaysia.gov.my. , manakala laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika
Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011)

Bahan-bahan pornografi
Kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah
menyebabkan bahan pornografi tersebar dengan cepat.
Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh
filem-filem dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau
erotik.

Kewujudan budaya plagiarism


Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk
memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru,
menciplak dan copy dan paste maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan
individu yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu
dari mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan
maklumat dalam persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk
mendapatkan maklumat dan sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.
Contoh Penggunaan bahasa kasar dalam laman sosial FaceBook:

Pelajar 1 : mane ade aku bajet gangster.aku gangster la

Pelajar 2 : gangster taik anjing

Pelajar 3 : adushh,, skrg ni aq sdh la.... knape dyea time aq,,, aq kn budax budax lgi..???
knape dia x cri pengganti slain aq??? aq jugk yg dyea nk.. ayt x blh bla jea... bile aq tnye
kenape dia pilih aq, dia ckp "dengn hati budi dan keikhlasan adalah perkara yang amat
penting bgi satu prhubungan dan kawan yang sudi mendengar masaalah." aq cepuk jugak
kang ayat dyea ni... mcm x de org laen kat KL tu,.... adushh,, pe ni awk?? x kn x de org laen
kat KL sane tuh..??? kat KL tu kn pempuan nye comei comei... hurmm... btw.. im sory

Pelajar 4 : ececehhh, Married uh ngn BFF aq, sjak bile un kapel ngn dyew ?

Kempat-empat pelajar di atas merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah yang berusia
antara 12 hingg 15 tahun. Perkataan yang digunakan merupakan perkataan yang dianggap
sebagai bahasa kasar, ayat yang digunakan pula merupakan ayat yang lintang-pukang
tatabahasanya. Penggunaan struktur yang salah, ejaan yang sengaja direka untuk membentuk
intonasi remaja masa kini. Antara perkataan yang secara jelas menunjukkan bahasa kasar
ialah gangster taik anjing. Dalam pertuturan melayu istilah taik dan anjing merupakan satu
makian. Begitu juga dengan istilah cepuk yang menampakkan emosi sedang marah yang
membuak-buak.

Implikasi Kepada orang yang menyalahgunakan media

Dikenakan hukuman penjara


Didakwa atas Akta Hasutan 1948
Menjejaskan nama dan imej baik sendiri
Dipandang rendah dan dikecam oleh masyarakat

Implikasi Kepada Negara


Menjejaskan keselamatan negara
Menjejaskan nama dan imej baik Malaysia
Provokasi sentimen perkauman dan keagamaan
Ekonomi merosot
Menakutkan pelabur dan peniaga asing dan tempatan untuk melabur di Malaysia
Menjejaskan industri pelancongan
Mewujudkan sentimen anti Malaysia dan persepsi palsu dan negatif
Bertentangan dengan tatasusila dan budaya masyarakat Malaysia
Undang-undang Negara yang Diguna Pakai untuk Kes-kes Tempatan
Akta Fitnah 1957
Tindakan sivil ke atas penyebaran kenyataan berunsur fitnah untuk menjatuhkan reputasi
seseorang.

Akta Hasutan 1948


Melarang penyebaran dan penerbitan maklumat yang menghasut.

Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998


Melarang penyebaran bahan berunsur kesat/lucah melalui kenyataan undang-undang tertentu
(Seksyen 211 dan 233) dan penyelarasan industri di bawah Kod Kandungan (Content Code).

Klasifikasi Kod Kandungan


Forum Kandungan Komunikasi Multimedia Malaysia berdasarkan Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998;
Kandungan lucah perbuatan berunsurkan seks secara nyata, pornografi,
pornografi kanak-kanak;
Kandungan tidak bermoral lucah, tidak bermoral;
Kandungan berbentuk ancaman propaganda menghasut, menanam kebencian,
mengancam keselamatan negara, kesihatan dan keselamatan awam;
Bahasa kesat ucapan yang menghasut, keganasan;
Kandungan salah/tidak tepat salah, mengelirukan.
Soalann 3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU DALAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Peranan institusi keluarga


Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur. Perlu tegas dalam
mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan disiplin
dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika
menggunakan laman sosial.

Peranan pihak sekolah


Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama
sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar
sekolah.Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan
oleh mereka. Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan
komunikasi.Mewujudkan rangka kerjasama antara pelbagai pihak dalam menangani laman-
laman web yang berunsur hasutan, berniat jahat atau mengancam keselamatan negara dan
ketenteraman awam.

agensi-agensi penguatkuasaan
Melaksanakan tindakan lanjut bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain terhadap
laman-laman web tempatan yang ekstrem, berunsur hasutan, lucah, berniat jahat atau
mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan
sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan
lima keperluan perlu ada jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan
penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:

sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.
prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.
tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat
mestilah mahir.
peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK.
hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.
LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN INTERNET

Kes yang membabitkan penyalahgunaan internet boleh dikurangkan dengan penguatkuasaan


berterusan undang-undang berkenaan.
Laman-laman sesawang yang mengandungi unsur-unsur lucah atau pornografi perlu disekat
terus oleh kerajaan.
Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman sesawang yang tidak
bermoral juga merupkan langkah yang efisien bagi mengatasi masalah penggunaan internet.
Perisian ini wajar digunakan di institusi pengajian, di sekolah, pejabat-pejabat, mahu pun di
rumah bagi menghalang akses ke laman sesawang yang tidak bermoral.
Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak di rumah dan menghadkan penggunaan internet
kepada anak-anak yang di bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak
remaja. Pemantauan juga harus dilakukan oleh guru-guru di sekolah memandangkan proses
pembelajaran dan pengajaran masa ini banyak menggunakan internet

Kesimpulannya, manusia perlu lebih bijak dan peka dengan batas kebebasan dan tidak
menyalahgunakan kebebasan mengunakan media yang telah disediakan. Manusia mesti
menggunakan media dengan santun dan dengan cara yang betul. Selain itu, akta-akta ini juga
perlu dikekalkan sebagai pengawal dalam kebebasan media dan teknologi yang sebelum ini
bebas melakukan apa saja tanpa memikirkan baik buruk akibatnya di kemudian hari. Hanya
dengan cara itu matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju yang masyarakatnya tidak
dikongkong oleh pegangan lapuk dapat dicapai. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan
kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam
kehidupan seharian. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil
langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan
teknologi berinformasi ini. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju
dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi Wawasan 2020.
Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan
ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka
hartanya semakin berkuran.
References
1. Age. USA: McGraw-Hill Rusmini Ku Ahmad. (2012). Integrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (Daripada)

2. http://www.iab.academia.edu/RusminiKuAhmad/Papers/524734/Integrasi_Teknologi_
Maklumat_dan_Komunikasi_Dalam_Pengajaran_dan Pembelajaran 10 April 2012
Scrbid.Inc. (2012). Teknologi Internet dalam Pendidikan:

3. Ciri-ciri, Penggunaan, Aplikasi dan Multimedia Interaktif. (Daripada)


http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN 12
April 2012 Sunal, Cyntia, S. Smith. (1998).

4. Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social Studies,Jan/Feb 98 Vol. 89


Issue 1 Zalina Yahaya.(15 Julai 2002). IT dan Komputer: Nadi Sekolah Bestari.
Utusan Malaysia Zoraini Wati Abad. (2000). Computer Use In School Still Lacking.
Computimes: New Starits Times. 13 Julai 2000

5. http://nardyberkomunikasi.wordpress.com/2010/01/15/peranan-teknologi-informasi-
dan-komunikasi-dalam-kehidupan-sehari-hari/

6. http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/09/kepentingan-dan-impak-negatif-
ict.html

7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat

8. http://gurubashid.com/blog/ict/kepentingan-ict-kepada-pengurus-sekolah.html

9. http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html

Anda mungkin juga menyukai