Anda di halaman 1dari 5

Perkembangan teknologi informasi dan komunikasi sangat pantas tersebar di

seluruh pelosok dunia. Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang


menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian telah menjadikan teknologi
sebagai suatu keperluan dan bukan lagi kehendak. Penggunaan teknologi bukan
sekadar untuk golongan yang sedang belajar atau sudah bekerja, malah menjadi
fenomena biasa kepada semua golongan masyarakat. Penggunaan peranti
teknologi seperti komputer, komputer riba, permainan video, televisyen, gajet-gajet
seperti telefon tangan pintar seperti Blackberry, iPhone, “tablets” seperti iPad dan
Playbook telah menjadi kegilaan masyarakat. Selain itu, penggunaan internet dan
laman web jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, blog dan
lain-lain lagi telah mewujudkan suatu fenomena yang luar biasa terhadap
masyarakat di seluruh dunia. Penggunaan teknologi ini sememangnya memberi
pengaruh yang sangat besar terhadap kanak-kanak. Seiring dengan perkembangan
teknologi komunikasi, penggunaaan telefon pintar dan komputer riba untuk melayari
internet merupakan sesuatu kemestian. Penyebaran teknologi internet ini, tidak
mengenal jarak, waktu, dan usia. Oleh kerana itu, bukan hanya orang dewasa
sahaja yang boleh menggunakan internet tetapi kanak-kanak juga mampu secara
langsung menggunakannya. Jelas bahawa, internet sebagai salah satu medium ICT
memberikan suatu pemikiran yang kontradiktif, kerana di satu sudut internet
memberikan impak positif namun pada sudut lain impak negatifnya juga tidak dapat
dihindari. Menurut Salmah Omar dan Malisah Latip (2015), terdapat konsultan
Paediatrik dan Neonatologist menjelaskan bahawa penggunaan alat ICT seperti
telefon pintar, komputer dan sebagainya mempunyai lebih banyak kesan negatif
berbanding kesan positif kepada kanak-kanak sekiranya mereka menggunakan gajet
tanpa pemantauan daripada ibu bapa.

Membantutkan perkembangan sosial dan kecerdasan interpersonal kanak-kanak


Kajian oleh Keating (2011) merumuskan media elektronik telah mengurangkan
peluang kanak-kanak untuk terlibat dengan permainan tradisional dan interaksi
sosial dengan rakan lain. Kanak-kanak didapati banyak meluangkan masa
menonton televisyen dan bermain permainan komputer. Hasil kajian juga
menekankan kebimbangan para pendidik dan penyelidik berkaitan media elektronik
ini berikutan kewujudan bukti kepupusan aktiviti permainan tradisional yang
sebenarnya memberi banyak faedah kepada kanak-kanak dari segi kognitif, emosi,
sosial, moral dan fizikal. Masalah dalam perkembangan sosial ini boleh terjadi apa
bila kanak-kanak didedahkan dengan penggunaan gajet tanpa pengawasan dan
kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana
ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-
kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk
mengetahui penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih dengan
permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang
sepatutnya dicapai.

Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya


memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat
sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah.
Sifat negatif ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya
bermain permainan komputer juga sekaligus akan menghilangkan tahap keyakinan
diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur
dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak
yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.

Ketagihan gajet yang menyebabkan masalah kesihatan


Menurut Raja Hisyam Raja Zaid (2017), kebanyakan masyarakat Malaysia hari ini
mengalami ketagihan penggunaan gajet. Malah ketagihan gajet ini juga berlaku
pada kanak-kanak (Shima Dyana, Mohd Fazreedan & Siti Marziah Zakaria, 2018).
Ketagihan ini berlaku disebabkan penggunaan internet yang sangat mudah kerana
dapat menggunakannya tanpa wayar (wireless). Malah, perkhidmatan penggunaan
internet pada masa sekarang adalah murah dan mudah (Johari Hassan & Raja
Shahrina Raja Abdul Rashid, 2012). Malah, pada hari ini bukan sahaja telefon pintar,
tablet atau laptop sahaja yang boleh digunakan dengan internet, malah televisyen
pada hari ini juga turut boleh digunakan dengan menyambung internet. Oleh itu,
apabila menyebut penggunaan gajet, ia bukan terikat semata-mata kepada telefon
pintar, tablet atau laptop semata-mata. Ada juga kajian yang melaporkan beberapa
risiko yang disebabkan ketagihan gajet termasuk menggalakkan unsur pasif,
penguasaan bahasa yang lemah, hiperaktif, masalah tidur dan daya tumpuan.
Thompson dan Christakis (2005) turut melaporkan hubungan antara penggunaan
media berkaitan teknologi dan kegemukan dalam kalanan kanak-kanak. Sebagai
tambahan, sikap gemar menonton televisyen dan melayari video untuk tempoh yang
lama juga menjadi penyebab utama masalah kegemukan dalam kalangan kanak-
kanak. Ini kerana kurangnya aktiviti fizikal dan seterusnya melambatkan proses
metabolism tubuh untuk pembakaran kalori (Naeyc.org, 2012).

Penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak boleh


membantutkan perkembangan mental dan emosi selain berkemungkinan
meningkatkan kadar rabun jauh pada usia muda. Dalam aspek kesan penggunaan
gajet kepada mata, ini boleh menyebabkan kanak-kanak berhadapan masalah rabun
jauh dalam usia yang tidak sepatutnya, manakala dalam aspek mental dan emosi,
‘ketagihan’ gajet boleh membawa kepada sikap agresif jika tidak dapat
menggunakan gajet. Berkongsi mengenai kesan gajet kepada mata, Pakar
Perunding Oftalmologi Dr Azura Ramlee daripada Prof Muhaya Eye & Lasik Centre
(PMELC) berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabun jauh atau
'myopia' akibat kerap menggunakan gajet adalah isu yang perlu ditangani pada
peringkat awal. Menurutnya, satu kajian pada 2005 mendapati kadar rabun kanak-
kanak berusia tujuh tahun adalah 9.8 peratus manakala bagi kanak-kanak berusia
15 tahun pula adalah 34.4 peratus. Kajian ini dilakukan pada 2005 dan penggunaan
gajet dalam kalangan kanak-kanak pada ketika itu masih rendah, kini statistik itu
dijangka meningkat dengan penggunaan yang tidak terkawal.

Menjejaskan tumpuan dalam pembelajaran


Bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas, penumpuan mereka dalam
pembelajaran akan terjejas apabila mereka terlalu obses dengan gajet. Dari segi
pergaulan dan komunikasi pula kanak-kanak akan mudah tidak sabar, menjadi
pendiam dan yang lebih membimbangkan lagi kemahiran komunikasi kanak-kanak
akan menjadi lemah serta penguasaan terhadap penggunaan bahasa juga tidak
berkembang. Marzoli (2013) menyatakan penggunaan skrin sesentuh secara
berlebihan akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami kesan kesihatan
untuk jangka masa panjang. Ini kerana semasa menggunakan skrin sesentuh,
kanak-kanak tidak dapat membina otot yang diperlukan untuk menulis. Ini yang akan
menyebabkan otot tangan menjadi lemah. Hampir tiga perempat kanak-kanak
sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan
mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh
setahun yang lalu (Salmah Omar & Malisah Latip, 2015). Hal ini jelas bahawa
penggunaan gajet yang berlebihan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat
lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak.

Impak negatif ICT dalam Pendidikan juga dapat dilihat dengan kemerosotan
dalam bidang akademik di kalangan kanak-kanak. Kini, pelbagai aplikasi boleh
dimuat turun secara mudah melalui gajet. Pada peringkat awal, perkara ini mungkin
dapat dilihat kebaikannya akan tetapi apabila seorang kanak-kanak tersebut mula
sesi bersekolah, keburukan teknologi akan dapat dilihat. Kanak-kanak yang sudah
terbiasa dengan grafik yang ditonjolkan dalam aplikasi-aplikasi tersebut akan sukar
untuk menerima pengajaran yang diberikan oleh guru di sekolah kerana keadaan ini
berbeza dengan perkara yang mereka telah pelajari melalui aplikasi tersebut. Ini
akan menimbulkan kekeliruan dalam sesi pembelajaran mereka.

Dengan adanya teknologi yang canggih, kebanyakan tugas yang memerlukan


kemahiran seperti melukis, mengira, dan menulis telah diselesaikan oleh komputer.
Golongan pelajar kini menjadi lebih malas dan kehilangan kemahiran-kemahiran
tertentu dengan meningkatnya kebergantungan kepada komputer. Sebagai contoh,
menaip dan mengira dengan menggunakan komputer dan mesin kira akan
menyebabkan kemahiran menulis dan mengira pelajar merosot.

Wujudnya plagiarisme
Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan ICT
dalam pendidikan. Plagiarisme bukanlah satu isu baharu dalam kalangan pelajar
terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Tingah laku plagiat menjadi kebiasaan
ketidakjujuran akademik ataupun menciplak hasil kerja orang lain berlaku di institusi
pengajian tinggi kini (Ramlan Mustafa, 2016). Bagaimanapun dalam era teknologi
maklumat dan komunikasi khususnya zaman Internet, masalah tersebut didapati
bertambah serius. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya
penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebarang bahan
yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya
dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Dengan teknologi 'dunia di
hujung jari' melalui internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu
menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat. Sebelum
adanya Internet, pelajar memplagiat dengan kaedah konvensional iaitu mencari
maklumat melalui bahan bercetak di perpustakaan dan kemudian disalin ke buku
nota. Cara yang lain pula adalah dengan menaip semula ke dalam komputer. Situasi
ini berubah apabila bermulanya era Internet. Pelajar hanya menyalin dan
menampalkan setiap fakta yang dikehendaki melalui maklumat yang didapati melalui
Internet tanpa menulis sumber rujukan yang sesuai atau memberi pengiktirafan
kepada penulis asal.

Lambakan maklumat yang tidak sahih


Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya
dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar
internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti
maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan
penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah
dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari laman web yang
sesuai untuk proses pengajaran dalam kelas. Kebanyakkan isi kandungan yang
dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana seperti
yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh
sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang
maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar
tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan
menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab
itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media
dan sumber serta berupaya membezakan ketepatan supaya dapat membimbing
pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan
oleh teknologi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai