Anda di halaman 1dari 7

Penyuntingan

1.0 Pengenalan

Teknologi media adalah merupakan satu alat yang berfungsi untuk memberikan

kemudahan kepada manusia pada masa kini. Perkembangan teknologi ini semakin giat

meningkat dalam kepenggunaannya kepada masyarakat. Masyarakat pada masa kini

mempunyai kesukaran untuk meneruskan kehidupan tanpa penggunaa teknologi media. Gajet

seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya adalah contoh alat yang sering digunakan

dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Penggunaan teknologi media ini telah terbukti

mampu untuk memberikan manfaat kepada semua pengguna khususnya untuk golongan

dewasa dan pelajar. Namun begitu, terdapat juga kesan yang buruk terhadap kanak-kanak

yang tidak mampu untuk mengawal penggunaan teknologi media ini. Hal ini juga sedikit

sebanyak telah mempengaruhi minda kanak-kanak kearah perkara yang negatif.

2.0 Kesan Buruk Penggunaan Teknologi Media Terhadap Kanak-kanak

Masalah yang berkaitan penggunaan teknologi media sering dikaitkan dengan kanak-

kanak pada masa kini. Hal ini demikian adalah disebabkan kanak-kanak telah bijak

menggunakan segala aplikasi yang ada pada gajet mereka yang mengebabkan

penyalahgunaan yang berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa. Antara kesan-kesan teknologi

media adalah seperti berikut.

2.1 Masalah Penglihatan

Masalah penglihatan adalah merupakan masalah yang memeberikan kesan buruk

terhadap kanak- kanak di Malaysia. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang menggunakan

teknologi media dengan kerap akan terdedah kepada sinaran cahaya yang mempunyai radiasi.

Radiasi ini akan memberikan kesan buruk terhadap mata dan sel-sel yang ada pada

penglihatan. Kajian telah mendapati bahawa radiasi daripada paparan gajet akan
menyebabkan kerosakan pada mata seterusnya kanak-kanak akan memerlukan rawatan

seperti memakai spek atau lebih teruk akan mengakibatkan buta serta kanser mata. Keadaan

ditambah buruk apabila kanak-kanak tersebut menggunakan teknologi media dengan jarak

yang dekat dan postur yang tidak betul semasa mengguna gajet. Kanak-kanak ini juga akan

mengalami kesukaran pada masa hadapan akibat perbuatannya pada zaman kanak-kanak .

“...Kesan dan akibat penggunaan gajet secara berlebihan kalangan kanak-kanak yang paling

tertinggi ialah kesan terhadap tahap penglihatan dengan 26.9%” (Aina’ Rasyidah Samsuddin

& Hapsah Md Yusof, 2020, ms. 123).

Gadget adalah alat yang mampu memberikan beribu manfaat tetapi pengunaan gadget

secara berlebihan dengan jarak dekat mampu untuk mengancam kesihatan mata. Kanak-

kanak dan remaja yang mempunyai tabiat bermain gadget dengan postur badan seperti

berbaring atau meniarap di atas lantai, katil atau sofa dengan tempoh masa yang panjang akan

menyebabkan kesihatan fizikal terjejas. Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah kepada

radiasi yang boleh merosakkan sel mata dan titik fokus mata mereka turut berubah. Hal in

demikian, masalah rabun silau atau ‘astigmatism’ berisiko tinggi dialami oleh kanak-kanak

dan remaja tersebut. Tegaslah bahawa penggunaa gajet akan menyebabkan kanak-kanak

mengalami masalah penglihatan

2.2 Kurang Bersosial

Kanak-kanak yang sering bermain dengan gajet serta menggunakan teknologi media

ini sangat berisiko untuk kemurungan serta bersendirian kerana kuranya bersosial dengan

rakan sebaya. Kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain bersendirian berbanding

meluangkan masa bersama rakan sebaya dengan melakukan aktiviti di luar rumah. Hal ini

demikian telah menyebabkan kanak-kanak kurang yakin untuk berbual dengan rakannya di

dunia sebenar. Keyakin kanak-kanak yang sering meluangkan masa di bilik mereka dengan
bermain teknologi media ini sangatlah rendah seperti tidak mampu bercakap di khalayak

ramai, tidak mampu untuk membuat kawan serta tidak mempunyai jati diri yang tinggi.

Ketagihan dengan gajet dan teknologi media menyebabkan kanak-kanak kurang berinteraksi

dengan orang lain dan ini turut member kesan buruk kepada perkembangan sosial apabila

mereka menggunakan teknologi tanpa terkawal. (Zulkiflee Haron et al., 2018). Jelaslah

bahawa penggunaan teknologi media akan menjadikan kanak-kanak kurang bersosial.

2.3 Masalah Obesiti

Masalah obesiti adalah merupakan masalah yang sering terjadi dalam kalangan rakyat

Malaysia. Hal ini adalah disebabkan kurangnya aktiviti luar rumah atau sukan yang dilakukan

oleh rakyat Malaysia. Kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk

menghidap masalah obesity kerana di usia kanak-kanak adalah usia yang giat aktif untuk

bersukan. Oleh itu, kanak-kanak haruslah menggunakan manfaat kekuatan mereka semasa

usia masih mudah untuk melakukan senaman atau melengkapkan masa lapang mereka

dengan bersukan. Kanak-kanak pada masa kini sangat leka dengan dunia maya dengan

bermain teknolgi media tampa memikirkan tentang aktiviti luar seperti bermain basikal, bola

sepak, berlari dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan kanak-kank kurang membakar

lemak dan melakukan aktitivi yang mengeluarkan peluh seterusnya akan menyebakan

masalah obesiti

Selain itu, penggunaan teknologi media ini juga menyebabkan kanak- kanak kurang

terlibat dalam aktiviti di luar kawasan rumah seperti kanak-kanak lain. Mereka lebih

cenderung untuk meluangkan masa dengan gajet atau menggunakan teknologi media lain

dalam rumah masing-masing. Sheila Michael dan Abdul Said Ambotang (2020) telah

mengatakan bahawa teknologi telah menjadi faktor menyebabkan penglibatan kanak-kanak


dalam aktiviti kokurikulum menurun dan tingkah laku kurang aktif. Kekerapan menggunakan

teknologi media telah menggantikan masa mereka untuk menjalankan aktiviti fizikal.

Tegaslah, masalah obesity adalah merupakan masalah yang dihadapi oleh kanak-

kanak pada masa kini akibat penggunaan teknologi media yang sangat berlebihan sehingga

mereka lupa bahawa setiap makanan yang dimakan mengandungi kalori. Kalori yang

disimpan haruslah digunakan untuk melakukan aktiviti sukan atau aktiviti yang menggunakan

anggota badan. Obesiti terjadi akibat anggota badan tidak digunakan dengan baik oleh kanak-

kanak.

2.4 Ketagihan Pada Dunia Maya

Teknologi media adalah sesuatu perkara yang boleh memberikan ketagihan yang

melampau disebabkan banyak perkara yang menarik boleh diterokai. Kanak-kanak pada masa

kini telah terpengaruh dengan banyak permainan video serta iklan yang mempromosikan

perlbagai perkara yang menarik. Hal ini telah menyebabkan kanak-kanak leka dengan dunia

maya dengan menggunakannya tanpa had. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa memberikan

mengawasan terhadap anak-anaknya untuk tidak leka bermain supaya perkara yang baik tidak

terabai oleh anak-anaknya.

Di samping itu, gajet yang diberikan oleh ibu bapa juga perlulah mempunyai

pengawasannya. Seperti yang kita tahu, alat seperti gajet sangat diperlukan pada masa kini

untuk kanak-kanak memperoleh lebih ilmu pengetahuan tentang pelajaran mereka. Antara

gajet yang sering digunakan oleh kanak-kanak ialah telefon pintar dan tablet. Penggunaan

tablet semakin menular di Malaysia khususnya bagi tujuan mendidik anak ataupun

menenangkan anak-anak kecil. Kanak-kanak memperuntukkan purata masa yang berbeza

kepada alat gajet seperti telefon, radio, TV, permainan tablet, Xbox, iPod dan sistem stereo.

Pada zaman ini, ibu bapa lebih menggunakan gajet dan aplikasi dalam gajet untuk mengajar
anak- anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih kepada penggunaan gajet.

Perkara ini akan memberikan kesan kepada kesihatan anak-anak sekaligus menyebabkan

perkembangan sosial kanak-kanak terbantut. (Shima Dyana Mohd Fazree & Siti Marziah

Zakaria, 2018, ms. 1)

Jelaslah, ketagihan terhadap teknologi media menyebabkan kanak-kanak leka pada

dunia maya. Oleh itu, pengawasan ibu bapa sangatlah diperlukan untuk melindungi kanak-

kanak mereka daripada leka dengan perkara-perkara yang akan merosakkan anak-anak

mereka

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, penggunaan gajet perlulah digunakan sebaik mungkin oleh semua

pihak terutama kanak-kanak. Pihak ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk

mengawal dan mengehadkan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak supaya masalah-

masalah yang buruk tidak berlaku. Sekiranya ibu bapa prihatin dan bertanggungjawab,

nescaya semua masalah yang buruk tidak akan berlaku kepada anak-anak mereka.

4.0 Rujukan

 A’dawiyah Ismail, Siti Najihah Mansor, & Siti Naqiyah Mansor. (2020). Kesan

permainan video terhadap perkembangan kanak-kanak. BITARA International

Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(1), 107-118.

https://www.bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/108/98

 Aina’ Rasyidah Samsuddin, & Hapsah Md Yusof. (2020). Penggunaan gajet terhadap

perkembangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan (Special Issue), 9,113-126.

1.https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4543/2693
 Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli, &

Abdul Hafiz Abdullah. (2018). Impak negatif teknologi moden dalam kehidupan dan

perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. UMRAN - International Journal

of Islamic and Civilizational Studies,5(1), 87-99.

http://eprints.utm.my/id/eprint/84837/1/NaquiahNahar2018_ImpakNegatifTeknologi

ModenDalamKehidupan.pdf

 Sheila Michael, & Abdul Said Ambotang. (2020). Pengaruh teknologi digital terhadap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah menengah. Malaysia Journal

of Social Science and Humanities, 5(6), 25- 32.

https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/417/304

 Shima Dyana Mohd Fazree, & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan penggunaan

gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Jurnal

Wacana Sarjana,2(4), 1-6.

https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195/154

 Zulkiflee Haroni, Arieff Salleh Rosmanii, Mohd Nasir Ripiniii, Aminudin Hehsaniv,

Juhazren Junaidiv, Al-Ikhsan Ghazalivi, Nurul Bahiah Mohd Noorvii, & Rabiatul

Hidayah Mokhtarvi. (2017). Impak pendedahan awal penggunaan teknologi terhadap

kanak-kanak. International Journal of Islamic Studies,Vol. 8(4),28-41.http://al-

qanatir.com/aq/article/view/88/80

Anda mungkin juga menyukai