Anda di halaman 1dari 17

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN


UMUM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK

UBM3252 WACANA AKADEMIK BAHASA


MELAYU

KESAN BURUK PENGGUNAAN TEKNOLOGI


MEDIA TERHADAP KANAK-KANAK DI
MALAYSIA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


MUAZ EIRFAN FIQRI BIN MUSTAPHA D20211100572
KUMPULAN KULIAH KUMPULAN L
NAMA PENGAJAR PN. DIANA BINTI JUMADI

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA
Pengenalan 1
Isi (4 isi x 3 Markah) 12
Kesimpulan 1
FORMAT 3
BAHASA 5
KUTIPAN 3
RUJUKAN 3
PENYUNTINGAN 2
JUMLAH KESELURUHAN 30m
Isi Kandungan

Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kesan Buruk Penggunaan Teknologi Media Terhadap Kanak-kanak 1

2.1 Masalah Penglihatan 1-2

2.2 Kurang Bersosial 2-3

2.3 Risiko Penyakit obesiti dan Tekanan Darah Tinggi 3-4

2.4 Ketagihan terhadap Dunia Maya 4-5

3.0 Kesimpulan 5

Rujukan 6-7

Lampiran
1

1.0 Pengenalan

Teknologi media adalah merupakan satu alat yang berfungsi untuk memberikan

kemudahan kepada manusia pada masa kini. Perkembangan teknologi ini semakin

giat meningkat dalam kepenggunaannya kepada masyarakat. Masyarakat pada

masa kini mempunyai kesukaran untuk meneruskan kehidupan tanpa penggunaa

teknologi media. Gajet seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya adalah

contoh alat yang sering digunakan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

Penggunaan teknologi media ini telah terbukti mampu untuk memberikan manfaat

kepada semua pengguna khususnya untuk golongan dewasa dan pelajar. Namun

begitu, terdapat juga kesan yang buruk terhadap kanak-kanak yang tidak mampu

untuk mengawal penggunaan teknologi media ini. Hal ini juga sedikit sebanyak

telah mempengaruhi minda kanak-kanak kearah perkara yang negatif.

2.0 Kesan Buruk Penggunaan Teknologi Media Terhadap Kanak-kanak

Masalah yang berkaitan penggunaan teknologi media sering dikaitkan dengan

kanak-kanak pada masa kini. Hal ini demikian adalah disebabkan kanak-kanak

telah bijak menggunakan segala aplikasi yang ada pada gajet mereka yang

mengebabkan penyalahgunaan yang berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa. Antara

kesan-kesan teknologi media

2.1 Masalah Penglihatan

Masalah penglihatan antara kesan buruk yang paling banyak dihadapi oleh kanak-

kanak di Malaysia. Apabila kanak-kanak menggunakan teknologi media dengan

jangka masa yang panjang tanpa rehat, radius yang dihasilkan daripada teknologi

media atau gajet akan menjejaskan sel-sel mata mereka. Keadaan ditambah buruk

apabila kanak-kanak tersebut menggunakan teknologi media dengan jarak yang

dekat dan postur yang tidak betul semasa mengguna gajet. Setiap kali penggunaan
teknologi media dengan masa lama akan menyebabkan penglihatan kanak-kanak
2

tersebut semakin terjejas sehingga membawa kepada penyakit rabun jauh dan

masalah penglihatan lain. “...Kesan dan akibat penggunaan gajet secara berlebihan

dalam kalangan kanak-kanak yang paling tertinggi ialah kesan terhadap tahap

penglihatan dengan 26.9%” (Aina’ Rasyidah Samsuddin & Hapsah Md Yusof,

2020, ms. 123).

Pengunaan gadget teknologi secara berlebihan masa dengan jarak dekat

boleh mengancam kesihatan mata. Kanak-kanak dan remaja yang tabiat bermain

gadget lazimnya dengan postur yang tidak betul seperti menggunakan gadget

dalam keadaan berbaring atau meniarap di atas katil, sofa atau lantai dengan

tempoh masa yang panjang. Keadaan ini menyebabkan mereka terdedah kepada

radiasi yang boleh merosakkan sel mata dan titik fokus mata mereka turut berubah.

Hal in demikian, masalah rabun silau atau ‘astigmatism’ berisiko tinggi dialami

oleh kanak-kanak dan remaja tersebut. Sebagai peringatan mesra, jangan

menggunakan gadget teknologi secara melampau agar mata kita terperlihara

dengan baik (Naquiah Nahar et al., 2018).

Dengan itu, jelas ternyata penggunaan teknologi media secara lama dan

menggunakan posture tidak betul boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi

pelbagai masalah penglihatan. Oleh kerana itu, kalangan masyarakat harus

mengetahui keburukan mendedahkan teknologi media kepada kanak-kanak secara

awal supaya dapat mengelakkan kanak-kanak mengalami masalah penglihatan

pada umur yang muda.

2.2 Kurang Bersosial

Seterusnya, Penggunaan teknologi media dengan masa yang panjang juga boleh

menyebabkan kanak-kanak kurang bersosial. Semasa menggunakan gajet untuk


3

bermain permainan digital, kanak-kanak akan lebih suka bermain secara tersendiri.

Apabila mereka menggunakan banyak masa untuk menggunakan teknologi media,

kanak-kanak tersebut kurang berinteraksi dengan manusia sebenar. Secara

lamanya, kanak-kanak yang suka menggunakan teknologi media akan kurang

bersosial dengan kanak-kanak yang lain dan akhirnya mereka akan menghadapi

masalah tidak mampu bersosial dengan individu lain.

Ketagihan dengan gajet dan teknologi media menyebabkan kanak-kanak

kurang berinteraksi dengan orang lain dan ini turut member kesan buruk kepada

perkembangan sosial apabila mereka menggunakan teknologi tanpa terkawal.

(Zulkiflee Haron et al., 2018).

Jadi, jelaslah penggunaan teknologi media akan menyebabkan kanak-

kanak kurang bersosial apabila mereka menggunakan banyak masa dalam

menggunakan teknologi media dan kurang berinteraksi dengan orang lain. Oleh

kerana, kanak-kanak haruslah banyak menjalankan aktiviti bersosial supaya

mempunyai kemahiran berkomunikasi.

2.3 Masalah Obesiti

Antara kesan penggunaan teknologi yang buruk terhadap kanak-kanak adalah

mudah menghadapi masalah obesiti. Kanak-kanak yang menggunakan banyak

masa dalam memain gajet biasanya kurang bergerak, secara lamanya mereka akan

menghadapi masalah obesiti yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

Para remaja dan kanak-kanak menggunakan teknologi media dengan

jangka waktu lama menyebabkan mereka kurang membakar kalori dalam tubuh

badan. Sewaktu menonton TV, kadar metabolism mereka dikurangkan. Pada masa

yang sama, mereka juga dipengaruhi oleh iklan dan pemasaran produk makanan
4

yang turut mengakibatkan pengambilan makanan kalori tinggi bertambah.

(Naquiah Nahar et al., 2018).

Tambahan pula, penggunaan teknologi media juga menyebabkan kanak-

kanak kurang terlibat dalam aktiviti di luar kawasan rumah. Mereka lebih

berminat dengan memain gajet atau menggunakan teknologi media lain dalam

rumah masing-masing. Perkara ini disokong oleh Sheila Michael dan Abdul Said

Ambotang (2020) yang menyatakan bahawa teknologi telah menjadi faktor

menyebabkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti kokurikulum menurun dan

tingkah laku kurang aktif. Kekerapan menggunakan teknologi media telah

menggantikan masa mereka untuk menjalankan aktiviti fizikal.

Secara ringkasnya, penggunaan teknologi media secara berlebihan masa

akan menyebabkan kanak-kanak kurang membakar kalori badan dan kurang

menjalankan aktiviti fizikal. Hal ini demikian, ibu bapa mereka perlulah

menggalakkan kanak-kanak supaya banyak terlibat dalam aktiviti luaran atau

aktiviti kokurikulum bagi mengelakkan masalah obesiti.

2.4 Ketagihan dan Leka pada Dunia Maya

Penggunaan teknologi media juga boleh menyebabkan kanak-kanak leka pada

dunia maya. Penggunaan gajet seperti tablet dan sebagainya boleh menarik minat

kanak-kanak untuk ketagih dan bermain secara berterusan tanpa rehat dan

melakukan aktiviti lain.

Gajet merupakan alat peranti dalam pelbagai bentuk. Tablet dan telefon

pintar merupakan jenis gadget yang sering digunakan. Penggunaan tablet

semakin menular di Malaysia khususnya bagi tujuan mendidik anak

ataupun menenangkan anak-anak kecil. Kanak-kanak memperuntukkan


5

purata masa yang berbeza kepada alat gajet seperti telefon, radio, TV,

permainan tablet, Xbox, iPod dan sistem stereo. Pada zaman ini, ibu bapa

lebih menggunakan gajet dan aplikasi dalam gajet untuk mengajar anak-

anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak menjadi ketagih kepada

penggunaan gajet. Perkara ini akan memberikan kesan kepada kesihatan

anak-anak sekaligus menyebabkan perkembangan sosial kanak-kanak

terbantut. (Shima Dyana Mohd Fazree & Siti Marziah Zakaria, 2018, ms.

1)

Bukan itu sahaja, kewujudan teknologi ini juga boleh membawa kepada

ketagihan kepada kanak-kanak yang kurang berkemahiran untuk mengawal masa

penggunaan teknologi media. Perkembangan media massa dan media elektronik

juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah ketagihan permainan video.

Hal ini kerana, media massa sering memaparkan informasi tentang permainan

video baru yang penuh dengan aksi dan kualiti grafik yang tinggi dan ini turut

menarik para remaja untuk mencubanya (A’dawiyah Ismail et al., 2020).

Tegasnya, kanak-kanak mudah mengalami masalah ketagih dan leka pada

dunia maya jika dibiarkan mereka menggunakan teknologi media tanpa terkawal.

Oleh itu, ibu bapa atau penjaga haruslah mengawal penggunaan teknologi media

oleh kanak-kanak demi kesihatan mereka.

3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi mengawal

penggunaan teknologi media oleh kanak-kanak. Tidak dinafikan, pengetahuan

dan pendidikan juga penting untuk membina minda kanak-kanak supaya sedar

bahawa keburukan penggunaan teknologi media tanpa terkawal.


6

Rujukan

A’dawiyah Ismail, Siti Najihah Mansor, & Siti Naqiyah Mansor. (2020). Kesan

permainan video terhadap perkembangan kanak-kanak. BITARA

International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(1), 107-

118. https://www.bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/108/98

Aina’ Rasyidah Samsuddin, & Hapsah Md Yusof. (2020). Penggunaan gajet terhadap

perkembangan kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kebangsaan (Special Issue), 9, 113-

126.

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4543/2693

Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Dharsigah Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli, &

Abdul Hafiz Abdullah. (2018). Impak negatif teknologi moden dalam kehidupan

dan perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. UMRAN - International

Journal of Islamic and Civilizational Studies, 5(1), 87-

99. http://eprints.utm.my/id/eprint/84837/1/NaquiahNahar2018_ImpakNegatifTe

knologiModenDalamKehidupan.pdf

Sheila Michael, & Abdul Said Ambotang. (2020). Pengaruh teknologi digital

terhadap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah

menengah. Malaysia Journal of Social Science and Humanities, 5(6),

25- 32.

https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/417/304

Shima Dyana Mohd Fazree, & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan

penggunaan gajet kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-

kanak prasekolah.
7

Jurnal Wacana Sarjana, 2(4), 1-

6. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195/154

Zulkiflee Haroni, Arieff Salleh Rosmanii, Mohd Nasir Ripiniii, Aminudin

Hehsaniv, Juhazren Junaidiv, Al-Ikhsan Ghazalivi, Nurul Bahiah

Mohd Noorvii, & Rabiatul Hidayah Mokhtarvi. (2017). Impak

pendedahan awal penggunaan teknologi terhadap kanak-kanak.

International Journal of Islamic Studies, Vol. 8(4),

28-41. http://al-

qanatir.com/aq/article/view/88/80
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai