Anda di halaman 1dari 9

Asyraf_pengguna_Telefon Pintar dan Remaja

http://www.mypengguna.com/v6/index.php/esei-pengguna
1000pth

Gajet pintar seperti smartphone atau tablet sememangnya sangat membantu kita dalam
menjalankan kehidupan seharian tanpa memerlukan banyak peranti berasingan. Sebagai
contoh, kita boleh mendapatkan panduan arah menggunakan navigasi GPS, mendapatkan
maklumat segera melalui internet, mengambil gambar menarik yang boleh dikongsikan
ke laman sosial dengan segera dan banyak perkara lagi boleh dilakukan dengan
keupayaan smartphone yang canggih. Tahukah anda antara sedar atau tidak, smartphone
atau gajet pintar ini telah mempengaruhi produktiviti kehidupan seharian terutamanya
remeja seawal belasan tahun sehingga mereka yang sedang menuntut di institut pengajian
tinggi?
Rasanya pasti ramai di antara pembaca di luar sana yang mungkin tergolong di dalam
kategori yang cenderung untuk meletakkan smartphone mereka di atas katil apabila
mereka tidur. Berdasarkan kajian yang dijalankan, lebih kurang 90% individu yang
berumur di antara 18 hingga 29 tahun mengatakan bahawa mereka akan tidur bersama-
sama dengan smartphone yang diletakkan di sisi mereka sewaktu mereka tidur.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, 95% daripada individu mengakui bahawa mereka
menggunakan gajet seperti smartphone, tablet, komputer dan TV sebelum mereka tidur.
Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga kategori utama aktiviti yang sering dilakukan iaitu
melayari internet atau laman sosial, menghantar teks mesej dan juga menonton TV.
Manakala hanya 5% sahaja individu yang langsung tidak menyentuh smartphone atau
tablet mereka sebelum tidur.
Tidak dinafikan gajet ini memberi faedah serta memudahkan urusan seharian, tetapi jika
terlampau asyik dengan gajet pintar ini, ia sebenarnya akan menghantui kita.
Penggunaan gajet bukan sahaja menyebabkan kita sering tersedar daripada tidur, malah ia
juga akan membuatkan kita lebih sukar untuk tidur. Ini kerana pendedahan cahaya
daripada paparan skrin elektronik selama 2 jam akan menyekat lebih kurang 22%
melatonin, iaitu sejenis bahan kimia semulajadi di dalam tubuh yang memudahkan kita
untuk tidur. Selain itu, penggunaan gajet pada lewat malam juga bukan sahaja akan
menggangu tidur kita, bahkan ia juga boleh mengakibatkan tanda-tanda stres dan tekanan.
Ia juga boleh meyebabkan masalah kurang tidur dan sering merasa letih serta mengantuk
sewaktu mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Disebabkan smartphone juga, remaja
masa kini lebih gemar bersendiri dan meluangkan masa melayari laman sosial berbanding
dengan bergaul sesama rakan seusia di alam nyata. Tambahan pula, smartphone juga
dilihat menjadi faktor utama mengapa mereka ini kurang berinteraksi di antara satu sama
lain malah lebih memilih menggunakan aplikasi Whatsapp dan laman sosial untuk
berhubung dan berkenalan. Malah gajet ini juga telah menghalang mereka dari membina
kemahiran berkomunikasi sesama mereka. Oleh kerana itu, mereka juga dilihat menjadi
lebih pasif dan anti-sosial.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa gajet pintar ini kini menjadi salah satu punca
berlakunya kemalangan. Berdasarkan kepada statistik kemalangan jalan raya, 1 daripada
5 punca kemalangan yang berlaku di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor
mengantuk. Ini secara tidak langsung boleh juga dikaitkan dengan kitaran tidur yang
terganggu disebabkan oleh pengguanaan smartphone yang tidak terkawal, terutamanya
pada waktu tidur. Selain itu, penggunaan gajet pintar ini semasa memandu kenderaan atau
menunggang motorsikal menyebabkan pemandu cuai dan hilang tumpuan lalu terjadinya
kemalangan. Pernah juga terjadi kemalangan dimana seorang pelajar sekolah berjalan
kaki hendak pulang ke rumah sedang asyik melihat paparan pada gajet pintarnya dan
melintas jalan tanpa menghiraukan keadaan lalu lintas pada ketika itu. Lebih
membimbangkan lagi apabila mereka ini keluar berjumpa dengan kenalan dari laman
sosial. Bukan kesemuanya mendatangkan keburukan tetapi ada juga beberapa kes dimana
remaja hilang selepas bertemu dengan kenalan dari laman sosial. Melalui gajet pintar ini
juga boleh tersebarnya bahan pornografi yang boleh merosakkan pemikiran remaja malah
menyumbang kepada berlakunya jenayah rogol dan seks bebas.
Khususnya kepada remaja yang masih belajar, tumpuan semasa pembelajaran tidak dapat
diberikan sepenuhnya kerana gangguan dari gajet ini. Akibat daripada pengguanaan
smartphone yang tidak terkawal juga, ramai di antara individu di luar sana yang
mengabaikan waktu tidur yang sempurna. Mereka lebih mengutamakan keseronokan
ketika menggunakan smartphone berbanding waktu tidur yang mencukupi iaitu antara 7
9 jam untuk golongan remaja. Waktu tidur yang tidak mencukupi telah memberi kesan
terhadap produktiviti di sekolah atau kolej, apabila 3 daripada 10 individu tertidur pada
waktu pembelajaran. Selain itu, kekurangan waktu tidur yang secukupnya atau kurang 6
jam sehari turut memberi impak kepada tahap kesihatan kita. Apa yang lebih
menakutkan, individu terbabit akan berhadapan dengan risiko terkena serangan jantung
sebanyak 50% berbanding individu yang memiliki tidur yang mencukupi.
Kajian di atas menunjukkan bahawa telefon pintar memberikan impak yang besar kepada
remaja yang menggunakannya dari segi produktiviti kehidupan seharian. Dalam kalangan
pelajar, penggunaan telefon pintar yang mempunyai capaian internet dapat membantu
proses pengajian mereka khususnya ketika mencari bahan rujukan. Penggunaan telefon
pintar wajar di pantau oleh ibu bapa atau penjaga supaya pelajar mendapat lebih banyak
manfaat untuk kejayaan dalam akademik. Pelajar juga patut sentiasa diingatkan supaya
menggunakan sambungan tanpa wayar di kampus sebagai instrumen menjulang kejayaan
akademik bukannya mensia-siakannya.
seperti cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah peribahasa yang dapat
menggambarkan perkembangan gadjet pada zaman sekang. seiring dengan perkembangan
teknologi pada masa kini, banyak gadjet seperti telefon pintar yang terdiri daripada
pelbagi jenama seperti samsung, lenovo, apple dan sebagainya yang di jual di pasaran dan
menjadi kegilaan remaja sekarang. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, gadjet pada
era ini amat senang didapati dan rata-rata semua peringkat usia memiliki gadjet seperti ini
termasuk remaja sekolah. Di mana pelajar sekolah mendapatkan duit untuk membeli
gadjet-gadjet seperti ini? Adakah daripada ibu bapa? Bagi ibu bapa di luar sana tepuk
dada tanya selera.

Sekarang telah menjadi satu trend apabila ibu bapa menghadiahkan tablet dan telefon
berinternet kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir ataupun sebagai ganjaran jika
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kebanyakan ibu bapa pada
zaman moden sekarang sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa bersama anak-anak
mereka dan sudah pasti mereka tidak mempunyai masa untuk memeriksa telefon anak-
anak mereka. Dewasa ini, anak-anak kecil yang berusia seawal tiga tahun tahu
menggunakan telefon pintar atau tablet untuk bermain game, menonton cerita yang
diminati dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang suka menyogok
anak-anak dengan memberi mereka bermain dengan gadjet jika mereka menangis atau
sebagai satu jalan untuk memujuk. Oleh itu hal ini menjadi perkara yang biasa kepada ibu
bapa.

Gadjet
seperti

telefon pintar, alat permainan game dan sebagainya banyak memberi kesan negatif
terhadap remaja. Antaranya, anak-anak kurang berkomunikasi sama ada dengan ibu bapa,
ahli keluarga dan juga komuniti kerana mereka lebih banyak meluangkan masa dan
menumpukan perhatian bersama telefon pintar. Remaja pada zaman ini lebih suka
berkongsi masalah dengan rakan-rakan melalui facebook, whatsapp dan sebagainya
berbanding berkongsi masalah dengan ibu bapa. Malahan mereka berasa lebih gembira
dan selesa berkongi masalah dengan kawan-kawan atau pasangan yang berada di luar.
Mungkin mereka berasa kesunyian bila berada di rumah dan seseorang yang lebih
memahami sebagai peneman.

Selain itu, Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak


(MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai
pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang
mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja. Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini
berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah.
Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh
dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan
bahan-bahan lucah di internet.

Penggunaan gadjet seperti telefon pintar juga menyababkan remaja sekolah ini berasa
selesa berada dalam dunia mereka sendiri. Sekarang terdapat pelbagai aplikasi yang boleh
dimuat turun dalam smart phone contohnya seperti instagram, facebook, whatsap,
telegram dan sebagainya. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan remaja sekolah
menjadi lalai dan mungkin boleh menyebabkan pembelajaran mereka terjejas di sekolah.
Mereka lebih banyak meluangkan masa bersama telefon bimbit berbanding
mengulangkaji pelajaran. Membawa telefon ke sekolah juga telah menjadi perkara biasa
dalam kalangan pelajar. Sekiranya pelajar membawa telefon ke sekolah, tumpuan di
dalam kelas semasa guru mengajar mungkin terjejas.

Kebelakangan ini, Satu trend yang dipanggil selfie kini semakin popular dan
semakin menjadi-jadi bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi di semua peringkat usia
dan tidak mengira golongan. Mereka yang suka ber"selfie" atau menangkap gambar
sendiri ini akan memuat naik gambar mereka di instagram dan juga facebook untuk
mendapatkan perhatian orang ramai. Selari dengan itu, terdapat banyak gadjet-gadjet lain
yang dicipta dan direka khas berikutan dengan trend ini seperti monopod, tripod dan
sebangainya. Baru-baru ini, Jabatan Kesihatan Mental Thailand telah mengatakan bahawa
terlalu banyak selfie akan memberi kesan kepada mental. Beliau juga memberi peringatan
kepada generasi muda yang obses dengan trend popular selfie bahawa ia boleh
menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh
membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Kesimpulanya, gadjet-gadjet seperti smartphone pada masa kini banyak memberi


kesan negatif kepada remaja sekolah. Tetapi, penggunaan telefon pintar juga memberi
kebaikan kepada remaja jika digunakan dengan cara yang betul dan tidak terlalu obses
dengan telefon pintar. Oleh itu, saranan kepada semua ibu bapa supaya memantau
penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak mereka. Mereka perlu meluangkan
lebih masa bersama anak-anak bagi memantau masalah sosial mereka.
Kini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira
sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau
telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian
mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ?
Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat
perhubungan. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan
berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung
hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula,
kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan
pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita
tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di
sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta
hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.

Selain itu, telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet.
Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat
kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing.
Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh
melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan
mudah.

Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda.
Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video
kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman
sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang
mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi
mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.

Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun
keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara
keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah
akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan
menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta
membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan
pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran
wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan
yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh
mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini
boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang
mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai
contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih
berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.

Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan


seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna
kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini
dengan cara yang betul. Jika tidak di gunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu
merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja
yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro
dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya
selera.

Abad ini, memiliki telefon pintar tidak lagi menjadi faktor kemewahan kepada orang
ramai amnya dan remaja khasnya. Telefon pintar mejadi pilihan kepada orang ramai
kerana ciri ubiquitous atau mudah digunakan di manamana sahaja. Menempah tiket
wayang, meninjau situasi semasa, malahan menghantar email merupakan beberapa
contoh yang menunjukkan peri pentingnya teknologi dan orang ramai.
Lihat sahaja ketika berada di tempat awam, masing-masing hanya tertumpu kepada
telefon mereka dan tiada lagi kesedaran terhadap apa yang sedang berlaku di sekitarnya.
Malahan, membawa telefon pintar ke tandas juga merupakan virus yang sedang melanda
semua pengguna telefon pintar. Kita hanya menyedari hal ini berlaku apabila anda
mendengar nada WhatApp, wechat, atau IM berbunyi di sebelah bilik selesa anda.
Terkejutkah anda? Tidak bukan?
Di sebalik pro atau kebaikan yang kita dapati apabila menggunakan telefon pintar,
terdapat juga kontra atau sisi negatif terhadap kemudahan ini. Beberapa impak atau kesan
tidak baik telah merajai kehidupan setiap pengguna. Mari kita lihat.
i. Tekanan perasaan
Kajian telah dilakukan bagi melihat simbiosis atau perkaitan antara tahap tekanan dengan
penggunaan telefon pintar. Hasil kajian mendapati pengguna menjadi tertekan kerana
selalu memeriksa akaun email dan juga laman sosial mereka. Bagi remaja, memeriksa
update terbaru di akaun Twitter, Facebook merupakan suatu kemestiaan. Oleh sebab itu,
ketika berada di kedai makan atau sedang berjumpa dengan rakan-rakan, tumpuan telah
dialihkan kepada kemudahan ini. Hal ini merupakan senario yang tidak seimbang kerana
bakal mewujudkan persekitaran bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing.
Simptom phantom vibrations sebenarnya telah menjangkiti setiap pengguna telefon
pintar. Merasakan yang peranti, gajet atau telefon mereka sedang vibrate tetapi perkara
itu tidak berlaku. Kajian yang dilakukan oleh Richard Balding dari Universiti Worceseter
menyatakan pengguna (merujuk kepada pekerja) menggunakan telefon pintar adalah
bertujuan memastikan produktiviti mereka sentiasa tinggi dan akhirnya menyebabkan
mereka sentiasa memeriksa email dan laman sosial mereka. Semakin kerap anda
memeriksa, anda akan semakin tertekan.
Ada juga, situasi di mana sebaik sahaja log off dari komputer, mencapai telefon pintar
dan log in kembali ke laman sosial tadi. Nah, anda nampak permainannya di situ? Satu
hal lagi, apabila anda hendak tidur, masih lagi membaca pelbagai cerita atau update
terkini di Twitter atau Facebook. Walaupun cerita berkenaan tidak memberi kesan besar
yang memerlukan perhatian segera, namun pengguna masih cekal menekan butang
refresh. Lalu berkata kepada diri sendiri, 10 minit lagi, janji !, sejam sudah berlalu
namun masih lagi cekal. Macam biasa bukan? Seharusnya, pada masa ini, anda membaca
doa dan merancang untuk aktiviti anda pada esok hari.
ii. Realiti
Seterusnya, mari kita teliti kesan penggunaan telefon pintar terhadap kehidupan sosial
seharian. Semakin baik atau harmonikah hubungan realiti terhadap kenalan anda ? Atau
diam seribu bahasa tetapi rancak melihat gajet atau telefon pintar masing-masing.
Ingat lagi tidak pada sebuah iklan di mana orang-orang tua geleng kepala melihat remaja
atau anak muda sekarang memasang headphone di telinga dan tidak bertegur sapa
sedangkan remaja-remaja itu merupakan anak mereka. Sementelahan pula, bapa-bapa
mereka merupakan kawan baik bukan? Realitinya, situasi ini telah banyak kita saksikan
di mana-mana sahaja.
Contoh seterusnya ialah, situasi komunikasi sekumpulan kenalan yang berada di tempat
sama dan duduk semeja, tetapi berbicara melalui medium seperti Twitter dan Facebook.
Pernah lihat? Tentunya anda mengangguk bersetuju akan kenyataan ini kerana terlalu
biasa melihat kondisi atau keadaan ini.
Situasi lain ialah apabila ke tempat-tempat ibadah, sebagai contoh ketika ke masjid,
ceramah-ceramah yang diadakan tidak dijadikan sebagai tumpuan utama akan tetapi
pengguna telefon atau gajet pitar ini lebih suka upload gambar dan bertukar-tukar komen
di alam maya melalui Facebook dan Twitter, malahan tidak pelik jika sempat lagi untuk
pengguna berWhatsApp di situ. Intipati atau input yang sepatutnya diperoleh menjadi
hambar dek kerana lelalaian oleh sikap sebegini.
Ke semua situasi di atas merupakan perkembangan yang tidak sihat dan bakal
meranapkan nilai-nilai murni seperti saling bertegur sapa, hormat menghormati, semangat
setiakawan yang tinggi, dan sebagainya.
Mari wahai remaja khususnya dan orang ramai amnya untuk melupakan sebentar telefon
pintar atau gajet anda ketika berada bersama kawan-kawan. Tumpuan terhadap topik
yang dibincangkan haruslah ada agar nilai positif ini tidak lapuk ditelan zaman. Siapa lagi
yang kita mahu harapkan jika bukan kita yang memulakan dan mengubahnya?
iii. Gaya hidup Barat
Apabila kerap menggunakan telefon atau gajet pintar ini, kandungan yang dibawa sudah
tentunya bercanggah dengan nilai ketimuran atau kesantunan kita. Fesyen melampau,
seks bebas, dadah (morfin, heroin dan sebagainya), aksi ganas, kebebasan beragama
sudah tentu disuntik bagi memastikan visi dan misi merosakkan bangsa-bangsa di dunia
ini berhasil.
Masih ingat tak lagi dengan budaya bohsia, bohjan, black-metal dan punk? Hal ini
merupakan bahana atau implikasi terhadap kandungan internet yang telah disebarluaskan
agar ramai generasi pelapis bakal dirosak dan dipunahkan supaya tiada manusia atau
insan yang berkualiti dihasilkan. Lihat, adakah kawan-kawan, jiran-jiran ataupun adik
beradik kita telah terkena tempiasnya? Berapa banyak lagi kemusnahan atau keruntuhan
nilai kemanusiaan bakal berlaku lagi ? Mahukah kita melihat ini berlaku ? Tepuk dada
tanyalah minda dan iman anda. Perkara ini harus dibendung dan tidak dibiarkan lagi.
Justeru, ayuh amalkan gaya hidup sihat. Luangkan masa yang ada bersama kawan-kawan,
keluarga, serta orang sekeliling dalam membina persekitaran yang sihat. Gunakan mulut
anda untuk berkata-kata dan bergelak ketawa. Janganlah hanya tahu menghantar mesej
senyum, orang ketawa, serta beruang yang sedang tergelak kepada rakan-rakan anda.
Jangan bina tembok atau blok terhadap perhubungan anda dan orang lain. Nilai bertegur
sapa dan beramah mesra harus ada pada setiap masa dan di mana-mana sahaja.
Sesekali, mari kita rasa kembali nikmat beratur panjang ketika membeli tiket wayang dan
suasana yang tenang ketika di bilik selesa. Sebenarnya, satu point yang dilihat wajar
difikirkan apabila anda sebenarnya menjadi lebih teliti dan selesa dalam merencana
aktiviti seharian anda kerana ketika berada dalam zon ketenangan ini, neuron-neuron
dalam otak anda akan bercambah dan merencana idea-idea kreatif dan kritis. Lantas,
hormon adrenalin atau gembira dihasilkan dan menjadikan anda ceria pada setiap hari.
Akhir sekali, jangan lupa pada malam ini, apabila anda sudah mengantuk, letaklah telefon
pintar anda itu di tepi, pejamkan mata dan fikirkan mana yang lebih gembira dan
seronok? Adakah senyum seorang diri di hadapan telefon atau bergembira bersama-sama
keluarga dan taulan lebih seronok? Untuk mencari jawapan ini, jangan pula mencapai
kembali telefon pintar anda.
Semoga semua pengguna telefon dan gajet pintar hari ini sihat mental dan fizikalnya,
sekian.

Anda mungkin juga menyukai