Anda di halaman 1dari 5

Kesantunan Bahasa J & M

Isnin, 14 Oktober 2013

ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Pemerolehan , penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan


teknologi komputer dan tele-komunikasi

Senn menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer,
komunikasi dan tahu-guna

Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih
produktif, berkesan dan berjaya.

MAKSUD TEKNOLOGI

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.

Boleh dikatakan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan
aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

Teknologi digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan
semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki.

HUBUNGAN TEKNOLOGI DENGAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data.

Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat
tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat
dalam bidang mikroelektronik yang menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan
komputer riba, jaringan internet, e-mel, laman sesawang dan sebagainya.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
pada peringkat antarabangsa.

Namun demikian, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab
penting untuk menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada
masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi

Bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi sesama masyarakat .

Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.

Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi
bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

Kesantunan berbahasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Kesantunan berbahasa semakin luntur dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Pada
era ledakan teknologi ini, keutamaan tidak diberikan lagi kepada kesantunan berbahasa.

Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi,
mengejek dan merendahkan orang lain sedang berleluasa. Perkara ini jelas menunjukkan
penghakisan budaya ketimuran dan kesantunan berbahasa selain menggambarkan citra dan peribadi
bangsa yang negatif.

CONTOH :

Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, Youtube, Google dan
banyak lagi menjejaskan kesantunan berbahasa.

Hal ini kerana , penyakit menggunakan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang
dikatakan kurang sopan kini telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna IT.
Mereka membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata
ganti “awak”, “engkau”, “kamu” yang sememangnya jika dilihat dari konsep kesantunan bahasa
Melayu, dianggap sebagai kurang sopan, kasar dan biadab.

Seharusnya, kata ganti nama yang halus dan bersopan seperti “pak cik”, “mak cik”, “saudara”,
“saudari”, “anda”, “tuan” dan “puan” wajar dipraktikkan dalam perbualan seharian sama ada dalam
alam maya seperti Facebook mahupun perbualan di alam realiti.

Selain itu,kelahiran bahasa rojak akibat perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.

Pengguna suka mencampuradukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris.

CONTOH :

Memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni Bahasa Melayu internet

Muncul perkataan seperti:

a. kang (nanti)

b. a’kum (assalamualaikum)

c. tipon (telefon)

d. persal (mengapa)

e. nko (engkau)

ISU-ISU KESANTUNAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Para remaja tidak menghormati orang tua. Mereka tidak memanggil orang tua dengan gelarannya.

Hal ini mungkin disebabkan oleh terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris dan tayangan di
televisyen terbitan orang barat.

Dalam konteks ini , teknologi maklumat memainkan peranan yang penting mempengaruhi orang
ramai melupakan budaya sendiri.

Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan untuk komunikasi .

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyumbang kepada penggunaan perkataan


singkatan dengan meluas.

CONTOH:
Penggunaan ‘’aq’’ disamping ‘’aku’’.

Penggunaan ‘’cyg’’ disamping ‘’ sayang’’.

Hal ini banyak mempengaruhi penulisan dalam urusan rasmi.

CONTOH-CONTOH ALAT ICT YANG DISALAHGUNAKAN PADA ZAMAN INI YANG MENJEJASKAN
KESANTUNAN

Jenayah siber

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM, jenayah
siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi
Internet.

Menurut kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber seperti
penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat,
capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber,
skim cepat kaya, pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam.

Untuk mengenalpastikadar jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah
melaporkan bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011
berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes jenayah siber.

Penggodam maklumat

Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah
sistem komputer

Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu,
syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.

Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku ke atas laman web kerajaan kita seperti
www.malaysia.gov.my. , manakala laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat
turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June 2011)

Bahan-bahan pornografi

Kewujudan internet yang akibat daripada perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan
bahan pornografi tersebar dengan cepat.

Selain internet, amalan menonton video lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem
dan program-program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik.
Kewujudan budaya plagiarism

Sebagai contoh, golongan belia telah menyalahgunakan teknologi sebagai satu cara untuk
memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan
‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.

Hal ini bukan sahaja menjejaskan amalan kesantunan malah ini juga akan mengakibatkan individu
yang terlibat tidak melakukan sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.

Kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari
mengambil buku rujukan akademik atau jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam
persiapan tugasan mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan
sumber-sumber untuk menyiapkan tugasan mereka.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU KESANTUNAN BERBAHASA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI

Peranan institusi keluarga

Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur.

Perlu tegas dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian agar generasi muda ini alpa dengan
disiplin dan pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika
menggunakan laman sosial.

Peranan pihak sekolah

Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka terutama sekali
dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam dan luar sekolah.

Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan oleh mereka.

Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.

http://babacream0934.blogspot.my/2013/10/isu-teknologi-maklumat-dan-komunikasi.html

Anda mungkin juga menyukai