Anda di halaman 1dari 18

Isu sikap ibu bapa dan

masyarakat
Zaman kanak-kanak merupakan peringkat usia di mana
tumbesaran minda itu terjadi. Seperti yang selalu
diuar-uarkan, mereka diibaratkan sepert kanvas kosong
yang menunggu dicorakkan dan diwarnakan. Namun
begitu, merekalah generasi yang bakal mempelopori
masa hadapan negara kita malah dunia ini sering
menghadapi pelbagai masalah yang boleh
menghancurkan masa hadapan mereka. Sikap ibu bapa
dan masyarakatlah yang boleh menjadikan situasi
tersebut.
Punca-punca
MASYARAKAT

• Rumah penjagaan kanak-kanak yang tidak


memenuhi piawaian dalam penjagaan atau
persekitaran pembelajaran.

• Tidak memberikan contoh yang baik dalam konteks


kemasyarakatan seperti masalah perkauman, sikap
di jalan raya, hormat-menghormati dan lain-lain.
• Apabila masyarakat melakukan perkara tersebut,
kanak-kanak akan secara tidak langsung terikut-
ikut dengan sikap orang sekelilingnya. "Mereka
hanya budak-budak kecil, mereka tidak faham",
sering menjadi percakapan yang diulang-ulang.
Namun begitu, apa yang mereka lihat, itu yang
akan mereka ikut dan lakukan. Peling teruk sekali
apabila mereka mula untuk melakukannya.
IBU BAPA
• Menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan
kanak-kanak seperti bergaduh sesama suami isteri
di hadapan mereka, merokok di hadapan mereka,
tiada sikap hormat di jalan raya dan lain-lain.

• Terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga


mengabaikan anak-anak mereka.
• Ibu bapa yang memainkan peranan sepenuhnya
dalam membentuk sahsiah anak-anak kecil.
Sekiranya sikap acuh tak acuh, endah tak endah ini
diteruskan, banyak masalah akan berlaku buat
anak-anak mereka kerana diasingkan dari
pengetahuan asas seperti hormat-menghormati,
bersopan-santun dan sebagainya.
CARA MENGATASI

• MASYARAKAT seharusnya menyayangi golongan


ini dan sering menunjukkan contoh yang baik di
hadapan mereka. Kewujuan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) yang berkait dapat memberi
pendedahan buat anak-anak kecil terhadap dunia
sosial yang terkawal, dimana sepanjang
berjalannya aktiviti seperti ini, sikap-sikap yang
baik dapat ditanam di dalam pendirian mereka dan
boleh dipraktikkan bermula dari peringkat awal.
• IBU BAPA pula seharusnya berusaha untuk
mendidik anak-anak dengan persediaan menjalani
kehidupan seharian bagi peringkat-peringkat
kehidupan yang seterusnya. Benarlah kata
daripada peribahasa, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
SIKAP IBU BAPA DAN
MASYARAKAT : TERHADAP
GOLONGAN REMAJA
Remaja adalah suatu peingkat dalam hidup yang sangat
mencabar. Disinilah, seseorang individu mencuba untuk
memahami peringkat ke arah kematangan sambil menimba
segala pengalaman yang ada. Namun begitu, remaja sering
disalah anggap sebagai suatu golongan usia yang hanya tahu
bagaimana untuk melakukan aktiviti tidak produktif sebagai
kehidupan seharian mereka seperti gejala sosial melampau;
rempit, kumpulan kaki pukul, kaki kelab malam dll. Apabila
ibu bapa atau masyarakat menyalah ertika golongan ini,
mereka memberikan reaksi yang sangat tidak baik.
Punca-punca
Masyarakat

• mencemuh perbuatan mereka


• menjauhkan diri dari golongan ini
• membenci tanpa usul periksa
• Apabila masyarakat mula memberikan reaksi seperti yang
di atas, sudah pasti golongan remaja merasa diri mereka
terasing. Ini adalah sikap masyarakat yang menjauhkan
golonga remaja dari mendapat peluang bekerja atau
menyedarkan golongan ini dari belenggu gejala sosial
yang mereka hadapi. Ibu bapa juga sering memberi
reaksi negatif terhadap golongan ini. Seperti;
IBU BAPA
• mengongkong kehidupan mereka secara lebih lebihan
• terlalu sibuk dengan kehidupan seharian seperti kerja dll
sehingga tidak memberi sepenuhnya perhatian terhadap
remaja di rumah atau di luar.
• tidak memahami isi hati remaja yang sering bercampur
baur dengan emosi seperti amarah atau kesdihan dll.
• Semudah pendidikan itu, bermula dari rumah.Sekiranya
ibu bapa bersikap sambil lewa, malah terlebih
mengongkong pun, remaja akan merasa tidak selesa.
Remaja itu sifatnya memberontak. Kalau api dilawan
dengan api, takkan padam.
CARA MENGATASI

• Walau bagaimanapun, masalah ini masih boleh diatasi


oleh ibu bapa mahupun masyarakat.

• IBU BAPA seharusnya menjadi kawan kepada remaja


mereka. Mendidik mereka dengan ajaran agama dan
sosial diri bermula dari peringkat awal. Memberikan
kebebasan yang terkawal kepada remaja-remaja mereka.
Seperti bermain layang-layang, ibu bapa yang memegang
talinya. sentiasa mendengar keluhan isi hati mereka
kerana mereka sering mempunyai pendapat.
• MASYARAKAT pula janganlah terus menolak mereka
jauh dari kehidupan seharian. Galakkanlah mereka untuk
mempunyai atau merebut mana-mana peluang pekerjaan
yang ada. Wujudkan badn-badan bukan kerajaan yang
menggalakkan penglibatan remaja-remaja untuk
melakukan aktviti yang mereka suka lakukan seperti
perlumbaan di trek lumba. Bukannya di jalan raya.
Libatkan mereka dalam aktiviti sukan atau kerja-kerja
amal yang wujud suasana meriah dan keraian.
Penutup

SEBAGAI KESIMPULAN, remaja memang merupakan


peringkat hidup yang penuh dengan pemberontakan,
perang emosi, pengalaman mendatang satu demi satu,
namun kita ibu bapa dan masyarakat seharusnya
memastikan mereka berada di trek yang betul.

Anda mungkin juga menyukai