Anda di halaman 1dari 9

Punca-Punca Gejala Sosial

Pendahuluan
Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja untuk menerajui bahtera pembangunan negara pada hari muka. Namun demikian, sayang seribu kali sayang, penyakit sosial seperti peras ugut, buli, ponteng sekolah, gensterisme, vandalisme, seks bebas, dan sebagainya menjadi semakin serius dalam kalangan remaja. Hampir setiap hari, berita-berita tentang remaja terjebak dalam petaka sosial terpampang dalam media massa baik media cetak mahupun media elektronik. Kemelut ini amat membimbangkan sanubari segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan fenomena ini hendaklah ditelusuri dan dikenal pasti agar inisiatif yang proaktif lagi dinamik dapat dirancang dan dirangka sebelum kudis menjadi tokak.

Media massa
Filem-filem yang berbaur seks, bergaya ganas dan penuh dengan budaya Barat selalu disaljikan untuk tatapan penonton untuk menarik

perhatian para penonton


Remaja yang usia masih setahun jagung akan cenderung untuk meniru gaya-gaya yang ditayangkan dalam media massa(beraja di mata, bersultan di hati)

Natijahnya wujudlah budaya punk, seks bebas, bertindik di telinga


kiri bagi lelaki dan lebih dahsyatnya pembuangan bayi Secara tidak langsung, kemelut jati diri akan tercetus dalam golong belia dan turut menyebabkan anak watan terjerumus dalam kancah

yang penuh dengan maksiat dan kejahilan ini.


Tuntasnya, media massa yang telah menjadi sebahagian rutin hidup kita telah menjadi penyumbang utama dalam masalah ini.

Ibu Bapa
Sibuk mencari rezeki (keluar sebelum fajar menyingsing dan balik setelah tirai malam berlabuh) Remaja kurang disirami oleh kasih yang suci dengan abadi ( bagai embun di hujung rumput) diibaratkan layang-layang yang terputus tali Remaja keluar untuk mencari keseronokan Remaja telah bergaul dengan rakan sebaya yang negatif Remaja berasa lebih selesa dan gembira semasa berada dengan mereka berbanding dengan berada di rumah berseorangan Dengan ini , remaja akan terlibat dalam gejala sosial seandainya ibu bapa masih tidak mampu mengimbangi kepentingan keluarga dengan kejayaan

Kurang didikan agama


Agama itu benteng jati diri Didikan agama yang utuh dapat membantu remaja mempunyai benteng diri untuk menyisihkan diri daripada penyakit sosial dan menolak ajakan yang negatif Sebaliknya , didikan agama yang tidak utuh akan menyebabkan mereka tidak mampu membezakan mana kaca mana permata antara perbuatan baik dengan buruk Membiarkan syaitan bertakhta dalam sanubari mereka Lantas , mereka terjebak dalam kancah gejala sosial Misalnya , remaja yang tidak mampu menolak ajakan rakan sebaya yang negatif telah ponteng sekolah bersama dengan rakannya

Pihak Sekolah
Ilmu pengetahuan memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam kehidupan manusia Ilmu pengetahuan membolehkan seseorang membezakan perkara yang dia boleh lakukan dan perkara yang dia tidak boleh lakukan supaya tidak menjejaskan imej negara dan maruah keluarga Sebagai contoh , dengan adanya ilmu pengetahuan , remaja dapat mengetahui tentang keburukkan terlibat dalam gejala sosial Dengan ini , dia tidak akan mendekatkan dirinya dengan gejala sosial Dengan ini dapat dirumuskan , Ilmu pengetahuan boleh dijadikan sebagai kamus hidup kepada remaja Membaca itu jambatan ilmu Remaja boleh membelajari ilmu pengetahuan melalui membaca buku Malangnya , sekolah yang bergelar sebagai rumah kedua dan juga pusat penyebaran ilmu telah mengabaikan tanggungjawabnya Pihak sekolah mencurahkan ilmu dengan bersikap acuh tak acuh

Pengaruh Rakan Sebaya Yang Negatif


Menurut pakar motivasi , rakan sebaya amat dominan dalam mempengaruhi perubahan tingkah laku remaja Remaja akan terikut-ikut dengan perlakuan rakan sebaya kerana usianya baru setahun jagung Semasa bergaul dengan mereka , pemikiran remaja telah berubah,mereka beranggap perlakuan negatif itu ialah lambang seorang lelaki Semasa melakukan gejala sosial pula , remaja berasa seronok Hal ini mendorong remaja terus terjerumus dalam kancah gejala sosial(kalau seekor kerbau membawa lumpur,yang lain akan terpalit bersama)

Penutup
Ijmalnya, remaja kini merupakan pemangkin negara pada masa depan. Langkah-langkah yang ampuh lagi bersepadu seyogia diambil sebelum nasi menjadi bubur. Sesungguhnya masalah ini bukan sesuatu yang senang tetapi bukan sesuatu yang mustahil dibendungkan. Jika segenap lapisan masyarakat berganding bahu dan menggembleng tenaga bersama, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan mengamalkan falsafah hidup, Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,masalah ini tidak dapat tidak akan diselesai dengan sempurna kerana yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang berlayang. Moga-moga masalah ini tidak menjadi duri dalam daging dalam merealisasikan Wawasan 2020 sebaliknya remaja yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, ruhani, dan intelek dapat dilahirkan.

The End

Anda mungkin juga menyukai