Anda di halaman 1dari 3

SELASA, 29 OGOS 2017

Pencemaran Alam Sekitar : Isu Melibatkan Moraliti Manusia yang Sering Dipandang Enteng

Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang amat dikenali seantero dunia. Bukan sahaja
menjadi isu semasa yang masih aktif sehingga sekarang, bahkan, isu ini juga tersenarai sebagai salah
satu isu moral tempatan dan global . Ini kerana isu ini tidak akan menjadi kritikal sekiranya setiap
manusia di muka bumi ini benar-benar kisah akan kesan pencemaran alam sekitar dan ini melibatkan
kesedaran sivik dan moral manusia.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pencemaran bermaksud sesuatu perbuatan yang
mencemarka atau mengotorkan , pengotoran alam atau perbuatan yang mencemarkan kebersihan
alam sekeliling dengan sampah sarap. Antara pencemaran yang paling kerap berlaku adalah
pencemaran air, udara dan tanah. Terdapat juga pencemaran lain seperti pencemaran bau dan
pencemaran bunyi.

Kuala Lumpur diselubungi jerebu yang tebal tahun 2015 (sumber :


http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysia-mps-seek-laws-to-punish-firms-causing-haze )

Plumer telah menulis sebuah artikel pada tahun 2012 mengenai pencemaran udara dan
menyatakan bahawa pada tahun tersebut , pencemaran udara kini membunuh lebih ramai orang
berbanding kandungan kolesterol tinggi. Bayangkan berapa teruknya pencemaran ketika itu, dan
sehingga tahun ini pencemaran semakin menjadi-jadi akibat kekurangan kesedaran sivik dan moral
manusia. Plumer menyatakan pada tahun 2010, pencemaran udara luar telah meragut 3.2 juta
nyawa , terutamanya di Asia manakala di Afrika dan India pula, pencemaran udara dalam telah
meragut 3.5 juta nyawa. Pencemaran tanah di Malaysia dan negara lain juga tidak kurang hebatnya.
Ini terjadi apabila kawasan melalui pertukaran warna,kesuburan,dan hakisan . Kita boleh lihat kesan-
kesan pencemaran tanah dengan kejadian tanah runtuh serta banjir kilat.

Punca-puncanya

Pencemaran udara mempunyai pelbagai faktor penyebab, contohnya adalah pembakaran


terbuka, asap-asap dari kilang serta asap daripada kenderaan bermotor. Pembakaran terbuka bukan
sahaja menyumbang kepada pencemaran udara yang serius, malahan menjadi faktor utama dalam
penipisan ozon, kesan rumah hijau serta hujan asid yang akan menyebabkan kanser . Jerebu menjadi
teruk apabila terlalu banyak pembakaran dilakukan di suatu tempat, ditambah pula dengan asap-
asap tebal dari kilang-kilang serta kenderaan sehinggakan banyak sekolah terpaksa ditutup .
Pencemaran air selalunya berpunca daripada pembuangan sampah sarap, pembuangan air
kumbahan serta sisa toksik. Sungai dan laut yang tercemar menyebakan kepupusan hidupan laut
serta membawa kepada pelbagai penyakit kepada manusia . Kebanyakan kilang-kilang pemprosesan
dibina berhampiran dengan sungai agar sisa yang dihasilkan dapat dibuang dengan mudah. Moraliti
mereka yang terbabit dalam hal sebegini amat rendah kerana mereka langsung tidak memikirkan
kesan-kesan sisa buangan yang mereka salurkan ke dalam sungai. Sesetengah orang yang
mementingkan diri sanggup membuang sampah sarap ke dalam sungai dan laut.

Pencemaran tanah pula berlaku dengan berlakunya pembuangan sampah sarap dan sisa toksik
tanpa pengawalan yang rapi. Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik menyebabkan
kemerosotan kualiti tanah dan memberi impak negatif kepada alam sekitar serta manusia . Kejadian
tanah runtuh dan banjir kilat yang sering kita alami merupakan kesan yang paling ketara. Ini berlaku
apabila kerakusan manusia untuk mendapatkan untung lumayan dengan penebangan balak di
kawasan hutan. Tanah menjadi gondol dan longgar tanpa sebarang pokok yang berfungsi sebagai
penghalang daripada tanah mudah terhakis seterusnya menyebabkan tanah runtuh serta banjir
kilat dan boleh meragut nyawa manusia.

Sungai yang tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan di Changsha, Wilayah Hunan,China
( sumber :

http://europe.chinadaily.com.cn/business/2013-02/26/content_16258346.htm )

Langkah-langkah Pencegahan

Pendedahan media massa tentang kes-kes yang berlaku disebabkan oleh pencemaran patut
dipaparkan dengan lebih jelas agar manusia lebih peka akan kesan-kesan pencemaran sekiranya kita
tidak menjaga alam sekitar. Manusia perlu dididik dari kecil untuk lebih menghargai alam sekitar
agar pencemaran dapat dikurangkan.

Masyarakat juga digalakkan untuk berkongsi kenderaan dengan keluarga atau rakan dan
menggunakan kenderaan awam yang tersedia sebagai langkah mengurangkan asap yang dilepaskan
dari kenderaan dan mengelak kesesakan jalan raya yang teruk. Kilang-kilang yang melepaskan asap
atau bahan buangan berbahaya perlu menggunakan penapis khas agar asap dan sisa toksik dapat
ditapis sebelum dilepaskan ke udara atau dibuang ke dalam sungai/laut.
Pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap
manusia yang melakukan pembalakan haram. Pemeriksaan perlu dibuat kerap agar tiada
pembalakan haram yang terlepas pandang. Kaedah kitar semula juga amat digalakkan supaya
pembuangan sampah-sarap yang tidak mudah dihapuskan dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar tidak akan berlanjutan sekiranya semua manusia
mempunyai tahap kesedaran sivik dan moral yang tinggi. Kita perlu sama-sama peka terhadap isu ini
agar alam sekitar dapat dijaga dengan sebaiknya.

-Siti Hatiza-

Sumber dan rujukan :

Brad Plumer. 2012. Air pollution now kills more people than high cholesterol . Didapati daripada
https://www.washingtonpost.com/news/wonk/wp/2012/12/20/air-pollution-now-kills-more-
people-than-high-cholesterol/?utm_term=.839213e9531e

Claysa J. & Susana R.D. 2017. Isu Moral Tempatan dan Global. Didapati daripada
http://bkdiansmoral.blogspot.my/2017/03/isu-moral-tempatan-dan-global-1.html

http://tadroza.blogspot.my/2017/08/pencemaran-alam-sekitar-isu-melibatkan.html

Anda mungkin juga menyukai