Anda di halaman 1dari 15

ISU

MEDIA

DISEDIAKAN OLEH:

CHONG JIA PAO

KATHY NGE TED ZHIN


TAKRIFAN BAGI MEDIA

– Media merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan


maklumat disebarkan kepada masyarakat melalui radio,
televisyen, surat khabar, majalah, filem, dan juga Internet.
– Istilah ini telah dicipta pada tahun 1920-an ketika rangkaian
radio serta jaringan surat khabar dan majalah mula didapati
dengan mudah di merata tempat.
Pengawasan

Hiburan FUNGSI Keterkaitan


MEDIA

Penyebaran
Ilmu
1. Pengawasan

– Dijadikan sebagai pengawasan dan peringatan (media akan menyebarkan


berita tentang ancaman seperti bencana alam, serangan militer, inflasi dan
krisis ekonomi dengan cepat).

2. Keterkaitan

Media massa menjadi alat penyatuan anggota masyarakat yang


beragam sehingga membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan
minat yang sama tentang sesuatu.
3. Penyebaran Nilai

– Watak dalam media menjadi contoh kepada khalayak tentang tindakan baik
yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

4. Hiburan

• Dijadikan oleh setiap media massa


• Contoh: televisyen, radio dan komputer
JENIS-JENIS MEDIA
1. MEDIA CETAK
– Media yang menggunakan unsur pencetakan untuk penyampaian pesanan.
– Contohnya: surat khabar, buku, majalah, jurnal dan poster.
– Jenis media komunikasi ini tidak digemari oleh semua kerana hanya digemari oleh orang yang
minat membaca.
2. MEDIA ELEKTRONIK
– Media ini menggunakan alat elektronik untuk menyampaikan pesanan kepada orang ramai.
– Pesanan dapat dilihat, boleh didengar, dan boleh dibaca.
– Contohnya: televisyen, Internet, dan radio.
– Media ini paling digemari oleh semua orang.
MEDIA PADA MASA LALU VS MEDIA
KINI
MASA DAHULU MASA KINI

Kita berpusu-pusu membeli akhbar setiap pagi untuk Telefon bimbit kini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi
mengetahui isu negara. bercorak IT seperti kemudahan akses internet,
kamera, permainan digital, aplikasi 3G dan
sebagainya.

Mesej disampaikan kurang efektif dan lambat. Kemudahan SMS digunakan untuk menyampaikan
mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa,
mahupun masyarakat dengan mudah dan pantas.

KESANNYA:
• Penggunaan Bahasa kasar di media telah menjadi fenomena yang tidak terkawal lagi pada hari ini.
• Gejala ini bukan sahaja melibatkan pertuturan secara lisan, malah telah menular sehingga ke bentuk
penulisan yang dipaparkan oleh media.
CONTOH PENGGUNA BAHASA
KASAR DALAM MEDIA
1. “Sakai”
•Bagi masyakarat Melayu secara umumnya sakai bermaksud salah suku kaum dalam
masyarakat Orang Asli iaitu orang Asli kaum Sakai seperti juga kaum lain dalam kaum
orang Asli seperti Senoi dan Jakun.
•Maka, penggunaan sakai dalam masyarakat Melayu membawa konotasi negatif iaitu
dianggap sebagai cacian.

2. “Bodoh “ / “Kepala otak”


•Merupakan antara bahasa kasar dan digunakan semasa memarahi orang yang lemah
atau kurang pandai.

3. “Kurang ajar”
•Digunakan untuk memarahi orang yang tidak bersopan santun.
FAKTOR-FAKTOR
TERJADINYA ISU-ISU MEDIA

1. Terdapat sesetengah masyarakat yang berasa adalah lebih baik


membuang segala cacian atau tohmahan terhadap orang-
orang yang didendaminya.
2. Ingin memburukkan persepsi orang lain terhadap seseorang.
3. Ingin meluahkan perasaan marah di laman social sehingga
perkara tersebut menyinggung perasaan orang lain.
4. Ingin menyebarkan dan memperbesarkan berita-berita palsu
(isu viral).
KESAN-KESAN ISU MEDIA
TERHADAP MASYARAKAT
– Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja masa kini.
- Media elektronik dan media cetak seperti televisyen dan majalah-
majalah telah memapakan atau menayangkan gambar-gambar dan
filem-filem yang kurang senonoh dan tidak beretika seperti pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan cara pemakaian atau
fesyen yang tidak bersesuaian dengan budaya timur.
- Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang
bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat.
- Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan
pemikiran remaja.
2. Isu Penyebaran Berita
Palsu
•Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu
keselamatan negara.

•Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran


berita palsu mesti dibanteras dengan segera.

•Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik


dalam masyarakat.
3. Pengaruh Pengiklanan
produk-produk
– Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan
kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk
tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
– Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu
tidak menepati faedah yang dipaparkan.
– Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan
kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan
elektrik.
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI ISU MEDIA
1. KEMENTERIAN PENERANGAN hendaklah memainkan peranan dengan
memastikan setiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan
umur dan tiada unsur-unsur keganasan.
2. Rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan kerohanian
juga hendaklah diperbanyak untuk membentuk jati diri dan membaiki
akhlak masyarakat.
3. Ibu bapa perlulah menasihati dan menarik anak-anka mereka ke
pangkal jalan serta mendidik anak mereka dari kecil.
4. Masyarakat bertanggungjawab menasihatkan seseorang tersebut
untuk bersopan santun apabila menggunakan media sosial.
KESIMPULAN

– Bagi membentuk sebuah negara bangsa yang cemerlang, peranan media


massa amat penting untuk mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa
yang bersantun dan betul.

Anda mungkin juga menyukai