Anda di halaman 1dari 4

BERITA | GAYA HIDUP

Kanak-kanak autistik hasilkan replika


Titanic guna 56,000 Lego
Agensi | Diterjemahkan oleh: Syakirah Zulkifly

April 21, 2018 05:28 MYT

Birgisson mempamerkan hasil karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee, AS. - Foto
www.cbc.ca
SATU replika kapal persiaran mewah Titanic sepanjang lapan meter telah berjaya
dihasilkan oleh seorang kanak-kanak autistik menggunakan 56,000 kepingan Lego.

Brynjar Karl Birgisson,15 tahun, dari Reykjavik, Iceland mempamerkan hasil


karyanya itu di Muzium Titanic di Pigeon Forge, Tennessee, Amerika Syarikat
(AS).

Menurut laporan media tempatan, Birgisson mula membina replika itu ketika
berusia 10 tahun menggunakan pelan tindakan (blueprint) yang dilukis bersama
datuknya yang merupakanseorang jurutera elektrik.

Anak istimewa yang dikenali sebagai 'Lego Boy' itu berkata, dia mengambil masa
selama 700 jam, iaitu lebih daripada 11 bulan, untuk menyiapkan replika itu
sepenuhnya.
"Pengalaman ini membantu saya keluar dari golongan autisme dan saya telah
berusaha sedaya upaya untuk melatih diri menjadi seperti kanak-kanak normal
yang lain.

"Pada saya, ia menjadi satu obsesi serta membuktikan kepada masyarakat bahawa
kanak-kanak autistik juga mempunyai kelebihan kerana tidak semua orang mampu
melengkapkannya menjadi sebuah kapal, menggunakan Lego.

"Saya juga menganggap, tiada yang mustahil jika kita percaya pada diri sendiri dan
ada pelbagai cara untuk memberi sumbangan kepada negara," tambahnya.

Menurut Birgisson, dia mengambil masa selama 700 jam di mana lebih daripada 11 bulan untuk menyiapkan
replika Titanic itu. - www.cbc.ca

Sementara itu, kenyataan muzium menyebut, rekaan itu adalah yang terbesar
seumpamanya di dunia.
Menurutnya, pihaknya menerima sepucuk surat daripada ibu Birgisson,
Ludviksdottir untuk memperkenalkan model yang direka oleh anaknya.

Anak istimewa itu dilaporkan telah membelanjakan sebanyak AS$8,100


(RM32,000) sumbangan daripada rakan-rakan dan keluarga.

"Terima kasih kepada keluarga kerana banyak memberi sokongan kepada saya
walaupun selalunya kanak-kanak istimewa seperti saya dianggap menakutkan,"
kata Birgisson.

Kapal Titanic merupakan kapal persiaran mewah yang terbesar di dunia yang
dilaporkan karam pada 14 April 1912 selepas merempuh apungan ais gergasi di
Lautan Atlantik ketika melalui pelayaran sulungnya dan ditemui semula pada
tahun 1985.
Tag: Amerika Syarikat, Autisme, Titanic, Replika, Kanak-kanak, lego, autism, lego boy, titanic replica

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kanak-kanak-autistik-hasilkan-replika-titanic-guna-56-000-
lego-173429

Anda mungkin juga menyukai