Anda di halaman 1dari 3

Teknologi Laser

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai


sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu
kehidupan manusia itu sendiri. Perkataan ´laser´ sebenarnya adalah singkatan
daripada frasa kata yang panjang, iaitu ´Light Amplification Stimulated
Emission Radiation´.Ini membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan
hasil daripada rangsangan atau stimulasi pancaran radiasi. Teori cahaya laser
telah ditemui oleh pakar fizik yang terkenal iaitu Dr. Elbert Einstein pada tahun
1920. Bagaimanapun, setelah 40 tahun kemudian, barulah teori tersebut dapat
dipraktikkan. Menurut rekod sejarah, penjana laser yang pertama dihasilkan oleh
Dr. Mainamm dari Jerman dan bahan asas yang digunakan untuk menjana cahaya
laser adalah batu delima (Rubi) yang diperbaiki. Disebabkan laser tersebut
diasaskan oleh batu delima maka digelar Laser Rubi.

Ciri cahaya laser berbeza dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu yang kita
gunakan di rumah. Tiga ciri utama yang ada pada cahaya laser adalah cahaya
berketumpatan tinggi, sekata dan tidak mencapah. Ciri-ciri ini merupakan
faktor utama cahaya laser amat berguna dalam aplikasi teknologi moden.

i) Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai


bidang. Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak
digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan
cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD
yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga
memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan
terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya
menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam
bentuk filem atau lagu.

ii) Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu


menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan
fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan
maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu
kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner). Imej
yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini
menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup.
Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas
maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu
kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser.
iii) Penggunaan cahaya laser juga digunakan dalam bidang informasi dan
teknologi maklumat.Perkembangan aplikasi laser amat menggalakkan
dalam bidang ini kerana dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang
membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan mempunyai
kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan cahaya dalam vakum
adalah 2.99979 x 10 m/s) membolehkan maklumat dihantar dalam
bentuk digital dengan lebih efektif dan efisien.Penggunaan kod bar pada
barangan atau produk dalam pasaraya besar juga memerlukan laser.
Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain membolehkan laser
yang mengimbas kod bar tersebut dan diterjemah kepada pelbagai
maklumat, antaranya harga, jenis dan kod barang tersebut.

iv) Dalam bidang keselamatan, penggunaan laser juga diperlukan terutama bagi


tentera, polis dan juga pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh,
dalam ketenteraan, laser digunakan untuk membetulkan bidikan senjata
sebelum menembak sama ada pistol, senapang ataupun peluru
berpandu. Pihak polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan
kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak.
Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini menggunakan
laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang baik serta lebih jitu.

v) Laser memainkan peranan yang amat penting dalam bidang


perubatan terutama penggunaan laser yang cukup sinonim dengan
pembedahan mata. Selain itu, aplikasi laser juga digunakan dalam aplikasi
´dermatology´ (berkaitan kulit) yang mana laser digunakan untuk
merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada pada kulit seperti tahi
lalat. Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan
laser di mana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku
dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan dengan
mudah melalui penggunaan laser. Kelebihan menggunakan laser dalam
rawatan perubatan atau pembedahan dapat mengurangkan luka serta
mengelakkan kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan
terbuka menggunakan pisau pembedahan biasa. Dan yang terbaru laser
digunakan dalam proses berkhatan.

Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding di


Malaysia -penggunaan laser belum begitu popular. Dan berdasarkan kajian yang
dibuat, antara sebab utama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah
kerana kos peralatan dan penyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber
tenaga manusia seperti jurutera dan juruteknik yang mempunyai kepakaran untuk
mengendalikan peralatan laser juga kurang.

Oleh hal yang demikian, penyelidikan dan pembangunaan teknologi laser ini
perlu dilakukan dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan negara kita
Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ini kerana laser boleh dilihat sebagai
pemangkin kepada teknologi baru.

Anda mungkin juga menyukai