Anda di halaman 1dari 5

KUIZ 4 : PENGAJIAN AM PENGGAL 1

NAMA: ________________________________________________

KELAS : 6R

BAHAGIAN A [15 Markah]

Jawab semua soalan.

1. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang jawatan Yang di-Pertuan Agong?
A Baginda menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri dan tertakluk kepada
Perlembagaan
B Baginda bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu
C Baginda tidak boleh dipecat oleh Kabinet ataupun Parlimen
D Baginda merupakan Ketua Agama Islam untuk semua negeri di Malaysia.

2. Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong ke atas
negeri Sabah ?
A Melantik majistret bagi mahkamah sivil di negeri tersebut
B Melantik yang di-Pertua Negeri dengan syor dari Perdana Menteri
C Membubarkan Dewan Undangan Negeri setelah disyorkan oleh Ketua Menteri
D Menandatangani rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

3. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan fungsi Majlis Raja-Raja ?


I Memberi nasihat mengenai perlantikan Ketua Audit Negara
II Mengarahkan Kabinet mengubah dasar-dasar kerajaan yang menimbulkan bantahan rakyat
III Memberi persetujuan kepada cadangan perubahan sempadan negeri di Semenanjung
Malaysia
IV Memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penganugerahan pingat-pingat
kebesaran Negara
A I dan II C II dan III
B I dan IV D II dan IV

4. Yang manakah antara jawatan berikut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ?
I Ketua Audit Negara
II Speaker Dewan Rakyat
III Setiausaha Sulit Perdana Menteri
IV Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
A I dan II C II dan III

1
B I dan IV D III dan IV

5. Perlantikan jawatan manakah yang tertakluk kepada bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan
Agong ?
I Perdana Menteri
II Setiausaha Parlimen
III Mufti Negeri Melaka
IV Timbalan Yang di-Pertuan Agong
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6.
 Mempersetujui atau tidak mempersetujui perbuatan, amalan atau upacara agama
yang meliputi seluruh Persekutuan
 Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dasar negara
Perkara-perkara di atas merujuk kepada bidang kuasa

A Parlimen

B Kabinet

C Majlis Raja-Raja

D Majlis Agama Islam Negeri

7. Yang manakah antara jawatan yang berikut ialah lantikan Yang di-Pertuan Agong dan
pemecatannya mengikut tribunal ?
I Perdana Menteri
II Ketua Audit Negera
III Yang di-Pertua Negeri
IV Peguam Negara
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

8. Yang manakah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam badan Perundangan ?


I Melantik seseorang Senator
II Menggubal rang undang-undang
III Mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen
IV Merasmikan pembukaan persidangan Dewan Rakyat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

9. Yang manakah benar tentang bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ?


I Ketua agama Islam bagi Persekutuan

2
II Berkuasa melantik Timbalan Perdana Menteri
III Berkuasa melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong
IV Bertanggungjawab dalam meminda apa-apa Perlembagaan di negeri baginda sendiri
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

10. Yang manakah benar tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu ?
A Setiausaha Majlis Raja-Raja
B Penasihat kepada Raja-raja
C Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja
D Penyelaras tindakan Majlis Raja-Raja dengan Kerajaan Persekutuan

11. Siapakah yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ?


A Perdana Menteri
B Yang di-Pertuan Agong
C Raja-raja secara bergilir-gilir
D Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

12. Yang manakah tugas rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ?


I Mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja
II Menyimpan Cop Mohor Besar Raja-Raja
III Merupakan setiausaha Majlis Raja-Raja
IV Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja
A I dan II C II dan II
B I dan IV D III dan IV

13. Sebagai seorang Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan
kesalahan-kesalahan yang berikut, kecuali
A Kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera
B Kesalahan yang dilakukan di Mahkamah Tinggi di Melaka dan Pulau Pinang
C Kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan
D hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah
Persekutuan

14. Siapakah yang bertanggungjawab mengisytiharkan keputusan pemilihan seseorang Yang di-
Pertuan Agong ?
A Parlimen
B Majlis Raja-Raja
C Perdana Menteri
D Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

3
15. Antara institusi-institusi yang berikut, yang manakah bertanggungjawab dalam perlantikan
hakim-hakim Mahkamah Tinggi ?
I Yang di-Pertuan Agong
II Majlis Raja-Raja
III Menteri Besar
IV Peguam Negara
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Bahagian B [ 10 markah]
Jawab semua soalan.

1. Mengikut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan, terdapat beberapa perkara yang


tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Berikan tiga perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. [3m]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

2. Senaraikan tiga kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong. [3m]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

3. Nyatakan tiga perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang pindaannya


memerlukan sokongan majoriti 2/3 Majlis parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[3m]
4. Kuasa eksekutif negara dipegang oleh_________________________________ [1m]

4
5

Anda mungkin juga menyukai