Anda di halaman 1dari 7

1 Berapa kalikah Dinasti Brooke melakukan percubaan untuk mematahkan perjuangan Rentap?

A Satu
B Dua
C Tiga
D Empat

2 Berikut menunjukkan arahan seorang General British.

Apakah kesan langkah tersebut?


A Perang Pahang berakhir
B Dato' Bahaman terkorban dalam pertempuran
C British mengalami kekalahan dan merancang strategi lain
D Dato' Bahaman berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung

3 Jadual berikut menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

Tahun Peristiwa
Yamtuan Antah melakukan rundingan dengan Gabenor Negeri-
1876
negeri Selat, William Jervois

Apakah kesan rundingan tersebut?


A Yamtuan Antah berundur dari Seri Menanti
B Yamtuan Antah mendapat bantuan ketenteraan
C Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
D Yamtuan Antah berjaya membunuh Gabenor Negeri-negeri Selat

4 Rajah berikut menunjukkan masalah pembayaran cukai di Pasir Puteh.


Masalah
Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh
pembayaran
cukai di Pasir
X
Puteh

Apakah X?
A Pemungut cukai sering tidak bertugas
B Pemungut cukai meminta bayaran lebih
C Cukai hanya boleh dibayar pada waktu pejabat
D Cukai hanya boleh dibayar pada hujung minggu

5 Apakah faktor yang menyebabkan Kebangkitan Tani di Terengganu?


I Pencabulan adat resam
II Peraturan tanah baharu
III Pengaruh pemimpin agama
IV Pengambilan hak memungut cukai
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Apakah tuduhan yang dibuat oleh British sehingga Haji Abdul Rahman Limbong
menerima hukuman buang negeri?
A Mengetuai Kebangkitan Tani 1928
B Membunuh wakil British yang dihantar untuk berunding
C Mengemukakan bukti palsu ketika menjadi peguam mewakili penduduk Ulu Telemong
D Menghasut petani supaya menentang undang-undang tanah yang diperkenalkan British

7 Berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjuang menentang British.


• Mat Salleh
• Mat Sator

Apakah strategi yang digunakan kedua-dua tokoh tersebut untuk menentang British?
A Berunding
B Mencabar perjanjian
C Pembinaan kubu pertahanan
D Menggunakan sistem perundangan

8 Berikut menunjukkan perbualan dua orang pegawai tertinggi British selepas peristiwa
penentangan masyarakat tempatan.

Mengapakah British bertindak demikian?


A Ingin mengambil hati sultan
B Supaya Tanah Melayu berkembang dengan pesat
C Menurut arahan daripada Pesuruhjaya Tinggi British
D Mengelakkan penentangan yang lebih banyak daripada masyarakat tempatan

9 Apakah badan yang ditubuhkan oleh British untuk melibatkan orang Melayu dalam
pentadbiran kerajaan?
I Perkhidmatan Tadbir Melayu
II Rejimen Askar Melayu Diraja
III Maktab Perguruan Sultan Idris
IV Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Apakah peraturan yang ditetapkan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri selepas
peristiwa penentangan masyarakat tempatan?
I Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
II Tulisan jawi digunakan dalam urusan surat-menyurat
III Sultan diberi kuasa untuk menggubal undang-undang
IV Orang Melayu diberi keutamaan menjawat jawatan kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Berikut menunjukkan perbualan antara Dato' Bahaman dengan seorang pembesar Melayu lain.

Apakah kesan akibat tindakan British tersebut?


A Pemeteraian perjanjian damai
B Pengembalian kuasa pembesar tempatan
C Berlaku kebangkitan menentang British di Pahang
D Berlaku penentangan terhadap British melalui sistem perundangan

12 Apakah tindakan British yang menyebabkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim terjejas?
I Pembinaan balai polis
II Pengenalan cukai baharu
III Diberi jawatan yang rendah
IV Pelantikan Penolong Residen di Larut
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Berikut merupakan jawatan baharu yang diwujudkan oleh British.

Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil

Apakah kesan akibat kewujudan jawatan tersebut?


A Kehidupan rakyat semakin ditindas
B Perkenalan cukai baharu yang banyak
C Urusan pembayaran cukai menjadi lebih mudah
D Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan punca pendapatan

14 Berikut menunjukkan penindasan SBUB terhadap orang Murut.


Dikenakan bayaran menyukat tanah

Penindasan SBUB ke Larangan membuka tanah baru


atas orang Murut
X
Apakah X?
A Dituduh sebagai lanun
B Penghapusan adat tempatan
C Kawasan petempatan dimusnahkan
D Suami isteri dipaksa tinggal berasingan
15 Dialog berikut menggambarkan semangat perjuangan Rentap menentang Brooke.

"Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada orang Eropah"
Mengapakah Rentap mempunyai keyakinan sedemikian?
A Pengikut yang ramai
B Mendapat sokongan sultan
C Kubu pertahanan yang kukuh
D Kelengkapan perang yang canggih

16 Apakah ciri-ciri kubu Bukit Sadok yang menyukarkan ia ditembusi oleh tentera British?
I Dikelilingi oleh sungai yang deras
II Sekeliling kubu dilengkapi dengan periuk api
III Terdapat halangan kayu belian setebal dua kaki
IV Dikelilingi oleh hutan rimba dan bukit batu kapur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17 Bagaimanakah SBUB melemahkan perjuangan Mat Salleh?


A Berpakat dengan Belanda
B Menggunakan nama sultan
C Menggunakan tipu muslihat
D Memecah-belahkan pengikut Mat Salleh

18 Berikut menunjukkan dua orang tokoh.

• Rentap
• Yamtuan Antah

Mengapakah perjuangan tokoh tersebut menemui kegagalan?


A Penggunaan senjata yang kurang canggih
B Kedudukan kubu kurang strategik
C Kekurangan sokongan pembesar
D Campur tangan pihak British

19 Berikut merupakan antara tindakan Dinasti Brooke ketika memerintah Sarawak.

Dinasti Brooke melantik pembesar Melayu yang berpengalaman seperti Datu


Patinggi, Datu Bandar dan Datu Temenggung untuk mentadbir Sarawak.
Apakah tujuan sebenar Dinasti Brooke melakukan langkah tersebut?
A Memajukan pentadbiran Sarawak
B Menghargai jasa pembesar tempatan
C Mempertahankan hak masyarakat tempatan
D Mengelakkan penentangan pemimpin tempatan

20 Apakah peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan oleh British?


I Badan penasihat sultan
II Merangka undang-undang
III Melaksanakan undang-undang
IV Meluluskan perintah atau peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Anda mungkin juga menyukai