Anda di halaman 1dari 7

TINGKATAN 2

BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN


KEDAULATAN BANGSA

GAMBAR M/S 164


- Pertempuran di Kota Kuala Kedah

Gambar di atas menunjukkan pertempuran di Kota Kuala Kedah pada


tahun 1838.

1 Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ke atas negeri Kedah ?


A Dijajah oleh Burma
B Ditakluk oleh British
C Dipengaruhi oleh Bugis
D Dikuasai oleh Siam

Perang Naning
1831 Serangan British kali pertama
1832 Serangan British kali kedua

2 Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor Dol Said menentang


British ?
I Mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di
Melaka
II Memaksa Naning membayar cukai satu persepuluh daripada hasil
pertanian
III Mendakwa beliau bersubahat dengan pihak Belanda
IV Melarang beliau daripada membicarakan kes jenayah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Sungai Sadong

Sharif Masahor
Kanowit

Mukah
Rajah menunjukkan kawasan penentangan Sharif Masahor terhadap
James Broke.
3 Mengapakah beliau mengambil tindaakan tersebut ?
A Memenuhi permintaan rakyat
B Menyekat perluasan kuasa
C Menuntut jawatan baru
D Menyeragamkan sistem pentadbiran

GAMBAR m/s 176

Gambar menunjukkan pahlawan Perak yang akan dihukum gantung di


Matang pada tahun 1877.

4 Apakah nilai yang dapat diterapkan daripada peristiwa tersebut ?


A Mendaulatkan hak bangsa
B Memartabatkan perjuangan tokoh
C Berani demi maruah bangsa
D Berfikiran strategi dalam peperangan

GAMBAR ‘GERAKAN SULTAN’


m/s 176

Gambar menunjukkan J.P Rodger turut serta dalam `Gerakan Sultan’.


5 Kenapakah gerakan tersebut dilaksanakan oleh pihak British?

A Memburu Tok Ku paloh


B Menamatkan kebangkitan rakyat
C Melantik pegawai barat menggantikan pembesar tempatan
D Membantu Hugh Clifford menawanLubuk Trua

6 Persengketaan Yamtuan Antah dengan Dato Kelana berlaku pada tahun


1890an berpunca daripada

I perjanjian Dato Kelana dengan Bitish


II Pengambilan Terachi oleh Dato Kelana
III pengenalan sistem cukai
IV perlantikan Residen British

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
7 Apakah tindakan William Cowiell setelah gagal mengalahkan Mat Salleh ?

A Menawarkan perdamaian
B Memberi pencen tahunan
C Membuang daerah ke Sigapura
D Menjatuhkan hukuman penjara

GAMBAR
m/s 184

8. Merujuk gambar di atas, mengapakah tokoh tersebut menentang SBUB ?

I Mengusahakan pembalakan
II Menguasai penanaman padi huma
III Menghalang suami isteri tinggal bersama
IV Melarang orang Murut membuka tanah baru

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D Idan IV

NOTIS

m/s 188

Notis di atas dikeluarkan oleh Pejabat Balai Besar yang menawarkan


hadiah kepada sesiapa yang berjaya menagkap Tok Janggut.
9 Notis tersebut menunjukkan Tok Janggut seorang yang

A menghargai jasa
B sanggup berkorban
C menjaga kepentingan diri
D semangat berkobar-kobar
Kebangkitan Tani di Terenganu merupakan tindak
balas rakyat terhadap kezaliman penjajahan British

10 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor kebangkitan tersebut ?

A Pengaruh pemimpin agama


B Pengenalan cukai kepala
C Pembunuhan ketua tempatan
D Pengambilan tanah rakyat

• Tunku Kudin
• Tengku Abdullah
• Tengku Long

Senarai di atas adalah tokoh penting dalam sejarah negeri Kedah pada
awal tahun 1820an.
11. Apakah persamaan mereka ?
A Mewakili kerajaan siam
B Menjadi tali barut Inggeris
C Merupakan orang suruhan Burma
D Mengetuai perang pembebasan di Kedah

Pada tahun 1831, Dol Said telah dapat


mengalahkan British dalam peperangan di
Naning

12. Berdasarkan kepada maklumat di atas, mengapa Dol Said berjaya


menewaskan British dalam peperangan tersebut ?
A British kekurangan tentera
B British kekurangan sumber kewangan
C Dol Said mendapat sokongan Belanda
D Dol Said menggunakan tektik gerila
GAMBAR RENTAP
M/S 169/ T2

Gambar menunjukkan kehebatan Rentap di medan perang.


13. Antara berikut, yang manakah sebab berlakunya penentangan tersebut ?

I Masyarakat Iban dianggap lanun


II Merobohkan penempatan orang Iban
III Membiarkan orang Iban dalam kemiskinan
IV Memecat Rentap sbagai ketua orang Iban

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

14. Apakah faktor yang membawa kepada penentangan terhadap Inggeris di


antara tahun 1874 – 1875 di Perak ?

I Mengambil hak mengutip cukai


II Merampas takhta sultan
III Memperkenalkan cukai baru
IV Mencabuli adat resam tempatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Pada tahun 1876, rundingan telah diadakan diantara


Yamtuan Antah dengan Gabenor Negeri-negeri Selat.

15. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesan perjanjian tersebut kepada


Negeri sembilan
A Yamtuan antah diturunkan takhta
B Peperangan berterusan di Negeri Sembilan
C British menguasai seluruh Negeri Sembilan
D British menjadikan Sri Menanti pusat pentadbiran
SAJAK
M/S 181.

Sajak di atas ditulis untuk menghargai tokoh pahlawan Pahang seperti


Datok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah.
16. Mengapakah jasa mereka perlu kita hargai ?
A Tokoh agama yang disegani
B Semangat patriotisme yang tinggi
C Berjaya menghalau penjajah di Pahang
D Memajukan kawasan masing-masing

17. Apakah sebab Mat salleh bangkit menentang SBUB di sabah ?


I Semangat perjuangan jihad
II Peraturan yang membebankan
III Perkampungannya dibakar
IV Penipuan oleh pihak SBUB

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

PETA
M/S 185.

Peta di atas menunjukkan tempat penentangan Antanom terhadap SBUB


pada tahun 1915.

18. Apakah kesan penentangan tersebut kepada masyarakat Murut di sabah ?


A Berpindah ke pedalaman kalimantan
B Berjaya mengalahkan SBUB di Sabah
C Mengukuhkan lagi kedudukan Antanom
D menyebabkan penyatuan dengan masyarakat Melayu

• Ungku Besar Jeram


• Penghulu Adam
• Cik Sehak Merbo

Senarai di atas merupakan tokoh-tokoh yang terlibat dengan peristiwa


penentangan terhadap Inggeris pada tahun 1915.
19. Apakah kejayaan serta merta yang dicaapai oleh mereka ?
A Membebaskan Pasir Puteh
B Mengalahkan Tok Janggut
C Memajukan kawasan Jeram
D Membantu Encik Che Abdul Latif

Antara tahun 1922 – 1928 berlaku


Kebangkitan tani di Terenganu

20. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah tindakan yang diambil British


terhadap kebangkitan di Terenggganu ?

I Menangkap 43 orang petani


II Mendesak Sultan menangkap Abdul rahman Limbong
III Berperang dengan Abdul rahman Limbong
IV Memaksa sultan supaya turun takhta

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dam IV

Anda mungkin juga menyukai