Anda di halaman 1dari 9

TEKS PEMBANGKANG PERTAMA

USUL 1 : Tenaga Kerja Asing Membangunkan Kesejahteraan Negara


1
Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Tuan Yang Dipertua,


Rakan-rakan di pihak pembangkang, Jemaah
kabinet kerajaan,
Seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Selamat bersidang kesemuanya

Tuan Yang Dipertua 2


Bergema dewan pagi ini, dengan usul yang digagaskan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu
“TENAGA KERJA ASING MEMBANGUNKAN
KESEJAHTERAAN NEGARA”. Tuan Yang Dipertua, kami di
barisan pembangkang meragui usul pada hari ini dan
kami katakan “TENAGA KERJA ASING MENGANCAM
KESEJAHTERAAN NEGARA”.
3
Tuan Yang Dipertua,

Kami menerima definisi kerajaan. Namun begitu, ada sedikit


tokok tambah yang perlu kami lakukan terhadap
pendefinisian konseptual iaitu pada frasa MEMBANGUNKAN
KESEJAHTERAAN NEGARA. Pihak kerajaan tidak
menunjukkan bagaimana tenaga kerja asing membangunkan
kesejahteraan negara.Apakah situasi dan aspek yang
menyebabkan percambahan kudup kesejahteraan negara.

Kami katakan ianya MENGANCAM KESEJAHTERAAN NEGARA


kerana melihat kepada wujudnya kekangan dan pelbagai
krisis sosioekonomi kepada pekerja tempatan,masyarakat
serta kerajaan itu sendiri.Maka frasa membangunkan ini
kami katakan MENGANCAM.

Selesai pendefinisian konseptual pembangkang


5
Tuan Yang dipertua,
Bangunnya Perdana Menteri dengan hujahnya di bawah kata
kunci

Kami bidas, kami pertikaikan.


_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Selesai sesi bidasan hujah.

6
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan.
Premis dan pendirian kami di meja pembangkang pada hari
ini sangat simplistik iaitu ‘TENAGA KERJA ASING
MEMBANGUNKAN KESEJAHTERAAN NEGARA’.

Rasionalnya adalah kerana melihat kepada wujudnya


kekangan dan pelbagai masalah dek kerana tenaga kerja
asing ibarat tumor semakin membengkak dalam negara.
Maka, untuk mengukuhkan lagi pendirian pihak 7
pembangkang pada hari ini, kami telah meletakkan 3
strategi utama. Selaku ketua pembangkang, saya akan
membentangkan 1 hujah iaitu TENAGA KERJA
ASING :KETIRISAN KEWANGAN. Manakala pembangkang
kedua pula akan mengemukakan 2 hujah iaitu TENAGA
KERJA ASING MEMONOPOLI PEKERJAAN RAKYAT
TEMPATAN dan TENAGA KERJA ASING MENGGUGAT
KEAMANAN NEGARA.Pembangkang ketiga pula, akan
bertindak membidas segala hujah pincang pihak kerajaaan
seterusnya mengukuhkan lagi hujah-hujah pihak
pembangkang.

Baiklah, saya membuka tirai hujah perdana pihak 8


pembangkang iaitu TENAGA KERJA ASING : KETIRISAN
KEWANGAN.

Tuan yang Dipertua dan sidang dewan,


Paip perkhidmatan dan kewangan siapa sangka akan bocor?
Hakikatnya,pekerja asing dapat menikmati subsidi-subsidi
kerajaan seiras dengan warga tempatan.Adakah kerajaan
perlu menutup sebelah mata?Ketidakseimbangan
antara subsidi dan cukai seperti bayaran permit serta levi
9
bagaikan meletakkan telur di hujung tanduk.Lama-
kelamaan,kerajaan akan menanggung kerugian besar fiskal
negara.Berdasarkan siasatan pegawai KPDNHEP baru-baru
ini,didapati bahawa peniaga asing berhampiran sempadan
giat melakukan aktivti penyeludupan minyak subsidi ke
negara Thailand untuk mengaut keuntungan.Tamsilan tajam
juga ditujukan kepada kebebasan gerak-geri pekerja asing
untuk menikmati kemudahan seperti pengangkutan awam

dan perubatan tanpa membayar cukai.Menurut Laporan


10
Audit Negara 2020,sebanyak 18 juta wang sudah ditiriskan
atas pelbagai salah laku.Sementara itu,pengerusinya Datuk
Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata salah satu puncanya
ialah konsumen pekerja asing yang
berleluasa.Bagaimanakah kerajaan menjelaskan
ketidakadilan sebegini?Kalau buka ruang dan peluang untuk
pekerja asing melakukan penyelewengan,sudah pastinya
akan MENGANCAM pembangunan hak asasi manusia dan
ekonomi negara.Saya ulang suara MENGANCAM.
11
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan…
Berdasarkah hujah dan fakta yang saya kemukakan tadi, maka
jelaslah bahawa dengan kemasukan tenaga kerja asing ianya
memberi impak kepada wujudnya ANCAMAN SOSIOEKONOMI,
bertepatan dengan pendirian kami kerana wujudnya kekangan dan
pelbagai masalah dek kerana kemasukan tenaga kerja asing.

Maka dengan itu, Usul ‘TENAGA KERJA ASING MEMBANGUNKAN


KESEJAHTERAAN NEGARA’. yang dibawa oleh pihak kerajaan wajar
ditolak sebulat suara tanpa sebarang bangkangan.

Mohon untuk terus membangkang. Sekian

Anda mungkin juga menyukai