Anda di halaman 1dari 2

Tenaga Kerja Asing Membangunkan Kesejahteraan Negara

PELUANG PEKERJAAN
Kemasukan buruh asing ke dalam negara Malaysia secara tidak langsung telah mendatangkan
impak negatif khususnya kepada masyarakat dalam negeri itu sendiri. Antaranya menjejaskan
nasi rakyat tempatan. Hal ini kerana upah yang murah daripada majikan menyebabkan pekerja
tempatan turut menerima tempiasnya, sedangkan pekerja tempatan terpaksa menampung
pelbagai kos sara hidup yang semakin membebankan. Jelaslah bahawa kehadiran pekerja
asing menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan lagi
sikap beberapa pihak majikan suka mengambil tenaga buruh asing berbanding penduduk
tempatan dalam mengisi peluang pekerjaan seperti dalam sektor perladangan dan pembinaan
serta pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.
Perbezaan nilai mata wang juga merupakan faktor tarikan pekerja buruh asing. Jumlah mata
wang yang diperolehi dari negara mereka akan menjadi dua kali ganda nilainya. Sebagai
contoh, jika pendapatan yang diperolehi oleh buruh asing dari Indonesia sebanyak RM 1 juta
sebulan di Malaysia maka di negara asalnya akan menjadi sebanyak RM 3 juta. Nilai mata
wang Malaysia adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan nilai mata wang negara seeperti
Bangladesh dan Filipina, oleh itu, keadaan ini menjadi satu kelebihan kepada buruh asing yang
bekerja di negara Malaysia.

KEMUDAHAN
Kemudahan asas yang lengkap merupakan salah satu faktor penarik kedatangan buruh asing.
Kemudahan asas seperti hospital, pusat membeli belah dan kemudahan infrastruktur yang
terdapat dalam negara kita sedikit sebanyak telah meningkatkan taraf hidup buruh asing di
Malaysia berbanding dengan taraf hidup mereka menyebabkan berlaku persaingan untuk
mendapatkan kemudahan-kemudahan asas yang agak terhad. Kemasukan tenaga kerja asing
ke Malaysia menyebabkan rakyat tempatan terpaksa berkongsi prasarana yang disediakan oleh
kerajaan yang kebanyakannya dinikmati oleh mereka yang juga bukan warganegara Malaysia.
Contohnya rakyat tempatan terpaksa berkongsi kemudahan seperti perubatan dan
pengangkutan awam contohnya bas, teksi dan LRT dengan pekerja asing.
Perkara ini semakin tidak adil apabila pekerja asing ini didapati tidak dikenakan sebarang cukai.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Komuniti Prihatin Malaysia (Prihatin) mendakwa bahawa
pekerja asing ketika ini tidak dikenakan cukai selain bayaran permit dan levi memasuki
Malaysia namun menikmati subsidi pelbagai barangan asas seperti warga tempatan. Kerajaan
tidak akan selamanya bertahan dengan sistem cukai sedia ada dan pada masa yang sama
pemberian kemudahan kepada penduduk negara seperti subsidi ini tidak diseimbangkan
dengan kadar cukai yang dikutip terutama daripada pekerja asing.

PATI
Terdapat dua jenis kategori bagi warga asing yang datang ke Malaysia iaitu pendatang yang
datang secara sah dan pendatang tanpa izin (PATI). Bagi kategori PATI, mereka tidak pernah
melalui proses seperti kategori buruh asing yang sah. Mereka tidak mempunyai dokumen
perjalanan dan risiko penyakit berjangkit yang tinggi seperti Tuberculosis. Oleh sebab itu
golongan PATI banyak yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan Imigresen dan jenayah yang
hanya membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan
penghantaran ke negara asal mereka.

Anda mungkin juga menyukai