Anda di halaman 1dari 10

TEKS PEMBANGKANG PERTAMA

USUL 1 : PENDIDIKAN TVET : KITA SUDAH KE HADAPAN


1
Bismillahirrahmanirrahim.
Pendidikan TVET merupakan penanda aras kepada
murid yang kurang cemerlang dalam akademik tetapi
mempunyai kemahiran untuk memasuki bidang industri.
Jika banyak masalah yang tidak dapat ditangani, maka
kelamlah masa depan meraka dan bidang pendidikan
kita dipandang serong.

2
Tuan Yang Dipertua

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat Tuan Yang


Dipertua, Rakan-rakan di pihak pembangkang yang
banyak membantu, barisan pencadang yang amat saya
geruni. Seterusnya sidang dewan yang dimuliakan.
Selamat bersidang semuanya.
Tuan Yang Dipertua,
3

Sekali lagi, saya selaku Pembangkang kedua bangkit untuk


meneruskan perjuangan kami bagi membela nasib anak2
kita. Saya tetap berdiri teguh di belakang Yang Berhormat
Ketua Pembangkang dan kami tetap ragui usul yang
digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu
PENDIDIKAN TVET : KITA SUDAH KE HADAPAN. Saya juga
tetap berpegang dengan pendefinisian yang dibuat oleh
Ketua Pembangkang tadi.

4
Kami dari barisan Pembangkang tetap meragui usul dan
mohon untuk meminda usul perdebatan pada hari ini
dengan menyatakan PENDIDIKAN TVET : KITA MASIH
BELUM KE HADAPAN lantaran
wujudnya kekangan dan pelbagai masalah kepada
pelajar, masyarakat dan negara.
5
Tuan Yang Dipertua Sidang dewan sekalian,
Sebelum hujah saya dibentangkan, molek rasanya saya
mulakan dengan bidasan terhadap hujah Menteri Kedua
sebentar tadi. Menteri ke2 sebentar tadi telah
mengemukakan hujah dengan petah bicaranya bahawa
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

6
Tuan Yang Dipertua,
Selain itu, Menteri kedua juga ada menyatakan
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
7
Manakala, Perdana Menteri yang gah berdiri menjunjung
kata kuncinya
_________________________________________
menyatakan bahawa ________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________

Nampaknya, hujah saja panjang namun syg 2000x syg


hujah yang dibentangkan semuanya ibarat pagar yang
dibuat dengan kertas, terkena air hujan lembik semunya.

Selesai bidasan saya terhadap ketiga-tiga hujah kerajaan.


9
Warga dewan sekalian,
Meniti hujah kedua perwakilan pembangkang, di bawah
lembayung kata PENDIDIKAN. TVET : Masih
Ketinggalan Dalam Pemodenan Pengajaran.

Tuan Yang Dipertua,


Meninjau kemudahan dalam pendidikan TVET di negara kita,
didapati kita masih di tangga belakang berbanding negara-
negara maju lain dalam penyediaan prasarana berteknologi

10

tinggi. Prasarana TVET masih belum mencapai matlamat


Revolusi Perindustrian Ke-4. Pengarah Kolej Vokasional
Kuching, Flora Philip berkata, kerajaan tidak proaktif untuk
melakukan transformasi jentera perindustrian ke arah
jaringan siber secara automatik tetapi masih menekankan
latihan amali secara pengeleloaan mekanikal.
Beliau menegaskan bahawa kemudahan TVET masih tidak
11
mencapai piawaian keselamatan, keselesaan dan
kemodenan yang memuaskan. Pelajar nyaris maut ketika
melakukan kimpalan, kekurangan peralatan untuk
melakukan servis automotif, menunggu giliran untuk
mengawal pemesinan industri dan sebagainya menunjukkan
bahawa keraguan keberkesanan pendidikan TVET masih
berakar umbi dalam kalangan masyarakat. Saya ulang ,
PELAJAR NYARIS MAUT yang Berhormat..

Hadirin dan hadirat yang saya hormati.. 12

Kekangan tenaga pengajar mahir juga menjadi cabaran


sistem pendidikan TVET. Menurut data kajian daripada
Universiti Putra Malaysia (UPM), tahap kemahiran tenaga
pengajar TVET masih sederhana dan tahap mesra
penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) masih
negatif. Justeru, adakah pendidikan TVET di negara kita
sudah ke hadapan, sedangkan kemunduran teknologi masih
menjadi penghadang.
13
Tenaga Pengajar juga tangkap muat sahaja, yang mana
guru-guru yang bukan dari bidang kemahirannya diminta
mengajar subjek kemahiran.. selepas beberapa lama
mengajar, barulah dihantar kursus untuk mendapatkan sijil.
Apa yang bermain dalam fikiran pihak kerajaan? Anak2 kita
sebagai tikus putih? Itu belum lagi berkaitan akreditasinya.
Fikirkan masa depan anak2 kita yang berhormat kerana
mereka yang akan membawa negara kita ke mercu kejayaan
pada masa hadapan.

Yang Di Pertua, 14

Murid berkeperluan khas juga menyuarakan suara mereka


bahawa pembimbing kecacatan profesional dalam sistem
pendidikan TVET masih terhad. Begitu juga, ruang untuk
meneruskan pembelajaran ke institusi TVET sangat kurang.
Berlandaskan senarai Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian TVET, hanya sebanyak 7 institusi sama ada
sekolah menengah teknik atau kolej vokasional membuka
ruang kursus untuk murid berkeperluan khas sahaja.
Selesaikan masalah ini dulu Yang Berhormat 15
sebelum menyatakan sesuatu.. Jangan Indah Khabar dari
rupa sahaja..

Warga dewan sekalian,


Meniti hujah Ketiga perwakilan pembangkang, saya buka
kata kunci yang berbunyi DANA. Hanya 1 frasa tetapi dapat
mengungkapkan pelbagai masalah yang pihak kerajaan
tutup mata. TVET : kekurangan peruntukan
bajet/dana.

16
Tuan Yang dipertua dan sidang dewan sekalian,

Pihak berkepentingan sering menganaktirikan sistem


pendidikan TVET, buktinya dana yang disalurkan semakin
berkurang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buktinya,
Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sendiri
iaitu Datuk Ahmad Tajudin, menyatakan bahawa Jabatan
pendidikan TVET hanya mendapat 10 peratus daripada
peruntukan bajet untuk pendidikan umum pada tahun 2021.
17

Kekurangan dana untuk menaiktaraf peralatan dan mesin


bagi tujuan pembelajaran ini menimbulkan cabaran lain
seperti ketidakpadanan teknologi semasa, dan peralatan
lapuk telah menghalang pengajaran teknologi semasa yang
relevan kepada industri. Jadi bagaimana pihak kerajaan
katakana pendidikan TVET : Kita sudah ke hadapan?

18

Buktinya dapat kita lihat bahawa salah satu pusat latihan


penyelenggaraan pesawat di Sepang terpaksa ditutup akibat
sudah tidak mampu beroperasi kerana kegagalan
kementerian dalam sistem tadbir urus mereka dan
kekurangan dana daripada pihak kerajaan.
19

Maka atas dasar inilah kami katakan PENDIDIKAN dan


DANA menyebabkan Pendidikan TVET : KITA MASIH
BELUM KE HADAPAN atas rasional melihat kepada
kekangan dan pelbagai masalah kepada pelajar,
masyarakat serta pelbagai cabaran yang ada.

20
Tuan Yang Dipertua,
Oleh itu, saya selaku pembangkang ke-2 di pihak
pembangkang ingin saya tegaskan sekali lagi pendirian kami
bahawa kami sebulat suara dan tidak akan berganjak walau
seinci pun daripada bumbung premis yang kami dirikan hari
ini atas dasar
Pendidikan TVET : Kita Masih Belum Ke hadapan
Mohon untuk terus membangkang.

Anda mungkin juga menyukai