Anda di halaman 1dari 9

Text Moderator Agenda Pemerkasaan Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional

(TVET) : Situasi Semasa Malaysia & Indonesia.

Tentatif Skrip Nota

Kata aluan Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salamsejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin

serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu dalam

gelanggang Forum Agenda Pemerkasaan Pendidikan &

Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) : Situasi Semasa Malaysia

& Indonesia bersama saya pada ____________ yang mulia ini,

Nur Farahin Binti Abdul Halim dari UTeM.

Sebelum saya memulakan perbincangan pada hari ini, pertama

sekali saya, bagi pihak UTeM, kami ingin menzahirkan rasa syukur

dan berterima kasih kepada pihak Universitas Muhammadiah Riau

Indonesia (UMRI) kerana memberi peluang kepada kami untuk

bersama-sama menjayakan program SULAM di UMRI, Pekan Baru,

Indonesia.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas

kesudian para hadirin untuk hadir memeriahkan forum kita pada hari

ini.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,

Tak berkat ilmu tanpa amalnya,

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

1
Seterusnya, tanpa melengahkan masa, saya ingin memperkenalkan

ahli-ahli panel kita pada hari ini. Bersama saya adalah 3 orang ahli

panel.

Di sebelah kiri saya, ahli panel kita yang pertama,

PM. Ir. Dr Mohd Hazley Bin Abu Bakar yang merupakan ___

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Seterusnya, ahli panel kita yang kedua, PM. Dr. Rozaimi Bin Ghazali

yang merupakan

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Dan, panel kita yang ketiga,

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Pendahuluan Sebelum saya memulakan perbincangan ini, izinkan saya mengupas

sedikit tentang tajuk forum ini,

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan

proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan

menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan.

TVET berperanan sebagai agen perubahan dalam melahirkan modal

insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing tenaga

kerja tempatan serta menjadi pemacu pembangunan negara.

Justeru, usaha untuk memperkasa TVET negara perlu mendapat

sokongan padu daripada semua pihak.

2
Soalan 1 Kepentingan TVET UTeM 1

Baiklah, tanpa melengahkan masa, saya ingin menajukan soalan

pertama saya kepada panel pertama, PM. Ir. Dr Mohd Hazley Bin

Abu Bakar,

Seperti mana yang kita ketahui, Pendidikan Teknik dan vokasional

merupakan satu sistem Pendidikan yang menyediakan Latihan

khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain.

Tujuan utama pedidikan Teknik dan vokasional ini adalah untuk

melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan,

berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat

serantau dan juga global serta mengikut dengan keperluan semasa.

Oleh yang demikian, bolehkah Dr berkongsi tentang kepentingan

TVET agar generasi muda yang digalakkan untuk sertai mendapat

manfaatnya? Dipersilakan Dr.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada PM. Ir. Dr Mohd Hazley Bin Abu Bakar atas

perkongsian beliau sebentar tadi berkenaan kepentingan TVET.

*****

POV

_______________________________________________________

_______________________________________________________

3
Soalan 2 Kelebihan/keunikan TVET UTeM 2

Seterusnya saya ingin beralih kepada panel kita yang kedua, PM. Dr.

Rozaimi Bin Ghazali.

Sejak meniti arus kemerdekaan, negara Malaysia dan Indonesia

telah mencapai pelbagai kemajuan dalam sektor dan industri

tertentu. Antaranya adalah sektor pendidikan negara yang

berkembang sejajar dengan pertumbuhan tanah air sebagai negara

membangun. Namun begitu, kebelakangan ini pihak kerajaan telah

menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menyertai

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau dikenali sebagai

TVET. Hal ini kerana, negara memerlukan tenaga kerja yang

bertepatan dengan kehendak industri yang semakin membangun di

Malaysia dan Indonesia secara khususnya.

Jadinya, bolehkah PM. Dr. Rozaimi Bin Ghazali mengemukakan

kelebihan/ keunikan TVET dalam membangunkan sebuah negara

lestari pada masa hadapan? Seperti yang kitahui, Pelbagai kejayaan

mereka di dalam dan luar negara mendapat liputan meluas dan ia

memberi impak yang baik kepada imej TVET itu sendiri. Dipersilakan

Dr.

---------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada PM. Dr. Rozaimi Bin Ghazali atas perkongsian

beliau sebentar tadi berkenaan kelebihan TVET.

*****

POV

_______________________________________________________

_______________________________________________________

4
Soalan 3 Sasaran utama agenda TVET UMRI

Para hadirin sekalian,

TVET bukanlah pilihan kepada ramai orang terutamanya golongan

muda kerana persepsi pendidikan kelas kedua mendahului potensi

yang disediakan bagi laluan ini. Asosiasi di antara mereka yang tidak

berapa cerdik dan mereka yang tidak mempunyai pencapaian

akademik yang bagus sering menjadi mainan bagi populariti serta

pilihan pengajian diperingkat seterusnya. Tanyalah kepada ibu bapa

atau penjaga, apakah rata-rata impian yang disimpan bagi anak-

anak mereka? Tentunya mereka mempunyai cita-cita untuk

melorongkan anak-anak mereka kepada profesion sebagai doktor,

jurutera, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang dirasakan berkelas

tinggi.

Soalan saya yang ketiga kepada

______________________________, pada ramalan Dr, siapakah

golongan yang berminat menceburi agenda TVET? Sudah

semestinya kita ingin melihat keberkesanan agenda TVET,

seandainya, ia diperkasakan oleh kumpulan sasaran yang betul.

Dipersilakan Dr.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada _______________________________ di atas

cadangan beliau tentang siapakah sebenarnya golongan yang

dijangkakan akan merealisasikan sasaran utama kumpulan sasaran

yang betul untuk menceburi dalam bidangTVET.

*****

POV

_______________________________________________________

5
_______________________________________________________

Soalan 4 Usaha/Strategi memperkasakan TVET di Malaysia UTeM 1

Seterusnya, kita berbalik semula kepada panel kita yang pertama

PM. Ir. Dr Mohd Hazley Bin Abu Bakar,

Saya percaya bahawa TVET adalah penting dalam membangunkan

sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang

berhasrat untuk memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara

mapan, janganlah kita melepaskan peluang untuk menjadi pekerja

mahir dalam sektor peindustrian agar produk buatan negara kita

diusahakan, dibungkus dan dijaga kualitinya oleh anak watan kita

sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplah sehingga hari ini kita

mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di atas

kaki sendiri untuk mengorak langkah untuk melakukan perubahan

yang besar buat negara dan bangsa dengan memanfaatkan TVET.

Jadinya, soalan saya kepada Dr Hazley, bolehkah Dr memberi

beberapa cadangan dalam usaha memperkasakan TVET di

Malaysia?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada PM. Ir. Dr Mohd Hazley Bin Abu Bakar atas

cadangan beliau dalam menyusun strategi dalam usaha

memperkasakan TVET di Malaysia.

*****

POV

_______________________________________________________

_______________________________________________________

6
Soalan 5 Usaha/Strategi memperkasakan TVET di Indonesia. UMRI

Jadi, kita telah mendengar beberapa cadangan dari Dr Hazley dalam

memperkasakan TVET di Malaysia. Mari kita dengar pula apa

cadangan dari _____________________ dalam usaha

memperkasakan TVET di Indonesia. Bagaimana pula pelaksaan

agenda TVET di bumi Indonesia. Dipersilakan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada ____________________________________

atas cadangan beliau dalam merangka strategi dalam usaha

memperkasakan TVET di Indonesia.

Semoga segala inisiatif mendukung pendidikan teknikal dan

vokasional disokong secara seimbang dengan aliran pendidikan

yang lain.

*****

POV

______________________________________________________

______________________________________________________

7
Soalan 6 Isu dan Cabaran TVET UTeM 2

Seterusnya, kita beralih semula kepada panel kita yang kedua, PM.

Ir. Dr Mohd Hazley Bin Abu Bakar, bagi menamatkan soalan kita

pada hari ini.

Dalam usaha untuk menyusun suatu kurikulum yang komprehensif

bagi program Pendidikan ini, tentulah ada isu dan cabarannya.,

Kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita-

cita negara ke arah menjadi sebuah negara yang setanding dengan

negara-negara maju yang lain. Hal ini bertujuan mewujudkan

koordinasi yang dinamik dan strategik selain dapat menjana

pendapatan dan menambah pelaburan untuk pembangunan negara.

Jadinya, soalan saya kepada PM. Dr. Rozaimi,

Apakah isu dan cabaran dalam usaha memperkasakan TVET untuk

memastikan agenda TVET negara tercapai serta memenuhi hasrat

meningkatkan rantaian nilai ekonomi ke arah menjadi negara yang

berpendapatan tinggi?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih kepada PM. Dr. Rozaimi Bin Ghazali atas perkongsian

beliau sebentar tadi berkenaan kelebihan TVET.

*****

POV

_______________________________________________________

_______________________________________________________

8
Penutup Kesimpulannya, dalam mendokong aspirasi TVET negara,

pemahaman terhadap pemerkasaan TVET perlu dicerna dengan

baik agar para penyedia Pendidikan TVET dan masyarakat secara

umumnya jelas dengan maksud dan matlamat agenda TVET negara.

Mekanisme bagi mengatasi dilema pemerkasaan ini telah lama

dijalankan dan memerlukan lebih tumpuan dalam kalangan semua

agensi agar Pendidikan TVET berterusan dan kekal daya tahan.

Akhir sekali, Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli

panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat

masing-masing pada hari ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak

sekadar “Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”.

“Pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air ” fikir

-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum

WarahmatullahiWabarakatuh dan sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai