Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERASMIAN KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PIAI,

OLEH YANG BERHORMAT DR. MASZLEE BIN MALIK,

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PADA 11 NOVEMBER 2019 (ISNIN), PADA JAM 9.00 PG

1
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salutasi

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-


tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun dalam Majlis
Perasmian Kolej Vokasional Tanjung Piai dan program Outreach
Kolej Vokasional Zon Johor 2019.

Di ruang yang terhad ini, saya ingin kongsikan satu perkara


sahaja, iaitu berkaitan perubahan atau reformasi TVET negara.
Dan Kolej Vokasional ialah juzuk penting daripada perubahan
ini dan tentunya akan diberikan tumpuan yang serius.

Sehingga ke hari ini, kita telah melakukan terlalu banyak. Kita


telah teliti dari A sampai Z segala masalah yang berlaku di

2
dalam TVET, dan dalam masa yang sama kita juga kaji
bagaimana sistem TVET yang baik yang mesti kita ada.

Kita tubuhkan Jawatankuasa Pemerkasaan TVET untuk melihat


isu TVET ini secara menyeluruh. JK ini terdiri daripada pelbagai
pihak termasuklah pihak industri. Bermula saat itu, kita telah
mula melakukan senarai dialog, forum dan wacana, malah kita
juga telah menggerakkan secara agresif kolaborasi dengan
industri-industri gergasi tanah air.

Beberapa minggu yang lalu, Jawatankuasa Pemerkasaan TVET


ini telah melaporkan kepada saya cadangan dan syor mereka.
Terkejut saya menelitinya kerana cadangan ini, andainya
berjaya dilaksanakan, ia akan sekali gus menjadikan TVET
sebagai satu bidang yang sangat penting dalam negara kita.

Dari segi urus tadbir, pembiayaan, sistem, fasiliti dan semuanya


akan direformasi secara besar-besaran. Di hujungnya, tuan-

3
tuan dan puan-puan perlu ingat satu perkara sahaja; TVET kita
akan dipandu oleh industri, ataupun apa yang kita panggil
sebagai industry-led TVET.

Maksudnya, sistem yang sedia ada ini kita akan ubah


berpandukan kepada keperluan industri, dan hal ini sekali gus
menjadikan graduan TVET kita terus dipadankan dengan
keperluan industri. Kita akan pastikan graduan TVET kita ketika
belajar lagi sudah mula menggelongsor masuk ke dalam
industri.

Apa yang mereka belajar, ialah apa yang industri perlukan.


Sekiranya mereka belajar automatif, sistem dan silibus mereka
akan ditentukan oleh syarikat-syarikat kereta gergasi seperti
Proton, Perodua, Honda, dan Toyota. Sekiranya mereka belajar
kimpalan, silibus mereka akan mengambil kira input daripada
syarikat-syarikat besar seperti industri Sapura dan Titan
misalnya.

4
Yang penting, anak-anak kita tidak akan belajar sesuatu yang
sia-sia. Malah, untuk memastikan lagi apa yang mereka belajar
itu relevan, kita akan adakan jalinan industri ini secara lebih
rapat lagi. Sistem dual training (latihan dua hala) akan
dijalankan lebih awal agar pelajar kita boleh terus menimba
pengalaman bekerja di dalam industri.

Kita yakin dan kita percaya, usaha ini akan menyelesaikan


banyak masalah. Antaranya ialah ketidakpadanan silibus,
kekurangan fasiliti, dan lebih penting lagi, pelajar-pelajar TVET
akan mempunyai jaminan peluang pekerjaan seawal sebelum
bergraduasi lagi.

Hadirin yang saya muliakan,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, ingin saya ucapkan terima


kasih kepada semua pihak yang menjayakan program hari ini.

5
Penulis terkenal Rudyard Kipling pernah berkata; Kebesaran
hari ini ialah kerana kita memikirkan kebesaran hari esok.

Dengan lafaz kalimah Bismillah-hirrahman-nirrahim, saya


dengan sukacitanya merasmikan Majlis Perasmian Kolej
Vokasional Tanjung Piai dan program Outreach Kolej
Vokasional Zon Johor 2019.

Anda mungkin juga menyukai