Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN PERBAHASAN USUL PENDIDIKAN

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN

PARTI WARISAN SE-MALAYSIA

BAHAGIAN P.189 SEMPORNA.

03HB. DISEMBER 2023


Bismillahirrahmanirrahim.........

YANG BERUSAHA PENGERUSI TETAP

YANG BERHORMAT DATUK SERI MOHD SHAFIE BIN HJ APDAL

PRESIDEN PARTI WARISAN SE MALAYSIA, KETUA BAHAGIAN P.189 SEMPORNA

YANG BERHORMAT DATUK DARELL LAIKING

TIMBALAN PRESIDEN PARTI WARISAN SE MALAYSIA

YANG BERHORMAT DATUK DR HJ JAUJAN BIN SAMBAKONG

NAIB PRESIDEN PARTI WARISAN SE MALAYSIA

YANG BERUSAHA TUAN GULAM BIN HJ MEARALAM

SETIAUSAHA BAHAGIAN P.189 SEMPORNA

AJK BAHAGIAN

KETUA WANITA, WIRAWATI DAN WIRA

KETUA CAWANGAN DAN PERWAKILAN


Saya Maheron Nisa Binti Muhammad Ketua Wirawati Cawangan Kampung Bugaya Darat akan
membahaskan usul pendidikan yang telah dibentangkan oleh EN AMIR BAHAR SEBENTAR TADI.

Pantun dibaca pembuka kata

adat Melayu bahasanya indah

Izinkan saya membuka bicara

membawa suara rakyat SEMPORNA

TUAN PENGERUSI TETAP, DAN HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN

Pendidikan memainkan peranan utama dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah
negara.

Sekiranya rakyat tidak mempunyai akses atau penyediaan pendidikan yang sempurna dan berkualiti,
maka peluang mereka menikmati kemajuan ekonomi akan terjejas.

Pembangunan dan kemajuan negara pada hari ini adalah hasil dari kebijaksanaan dan perancangan
rapi yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menjadikan negara ini maju dan makmur.

Bagi memastikan usaha ini dapat berterusan sudah pasti pembangunan modal insan yang berteraskan
pendidikan dan ilmu pengetahuan perlu dilaksanakan secara efektif dan berkesan.

TUAN PENGERUSI TETAP

Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan bahawasanya perkembangan seseorang individu itu
harus dinilai dari semua aspek seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya.

Dunia pendidikan kini telah jauh berubah mengikut peredaran zaman jika dibandingkan 10 tahun yang
lalu. Anak-anak pada masa kini dilihat semakin bijak dan pandai.

Namun adakah kecemerlangan ini akan dapat kita kekalkan??.

HADIRIN SEKALIAN

Sistem Pendidikan negara kita dewasa ini jika dilihat seolah-olah telah menjadikan anak-anak sebagai
satu eksperimen atau uji kaji dalam menentukan dasar-dasar baru yang ingin diperkenalkan. Pihak
kerajaan seharusnya mengambilkira perkara-perkara penting selaras dengan situasi semasa dalam
usaha menjadikan pendidikan di negara ini diiktiraf dan bertaraf dunia.
Sebarang perubahan dasar pendidikan yang ingin dilaksanakan perlu dikaji sedalam-dalamnya,
dengan melihat kesan di masa hadapan, ditakuti nanti yang di kejar tak dapat yang dikendong
keciciran.

TUAN PENGERUSI TETAP DAN HADIRIN SEKALIAN

Menyedari ITU : Pendidikan merupakan aset yang penting kepada negara dan yang perlu ada
kepada kita semua, justeru mengapakah Sistem kemudahan pendidikan di SEMPORNA KHUSUSNYA
MASIH belum mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam dasar pendidikan digital (dpd) iaitu
untuk melahirkan pelajr yang fasih digital yg berdaya saing menerusi peningkatan pengetahuan,
kemahiran dan nilai bagi mendepani cabaran revolusi industry 4.0.

HADIRIN SEKALIAN

Jika dilihat keadaan kemudahan di setiap sekolah yang ada di daerah ini, memang masih jauh
ketinggalan. Dasar Pendidikan Digital ini bukan hanya Baik untuk PELAJAR malahan memudahkan
guru dan ibu bapa. Sedar ataupun tidak Zaman teknologi yang pesat membangun menjadikan gajet
atau telefon pintar sebagai asas perubahan TERSEBUT.

Justeru itu, Dasar Pendigitalan pendidikan berkait rapat dengan capaian internet dan kemudahan
peranti yang seharusnya dimiliki Oleh murid. Jika Kita lihat senario Hari ini, di beberapa kawasan
sekolah Masih memerlukan penambahbaikan Dari segi capaian internet bahkan peranti yang
dibekalkan Oleh kerajaan Masih Belum mencapai tahap maksimum.

Lalu bagaimanakah nasib anak2 jati semporna dalam menghadapi segala cabaran dunia kerjaya akan
datang yang mana situasinya sudah mengadaptasikan segala bentuk teknologi.

Ini fakta bukan auta, Kita lihat sahaja KETIKA pandemic COVID-19 melanda seluruh NEGARA.
Semporna berdepan masalah MELAKUKAN PDPR lantaran ibu bapa tidak memiliki telefon pintar yang
mencukupi untuk KEGUNAAN anak-anak mereka.

Kesannya Kita Akan semakin terhimpit andai akses dan kemudahan asas Masih kurang terutama dalam
proses adaptasi dasar Pendigitalan pendidikan.

Hari ini, untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan daerah, negeri dan NEGARA lain
Kita perlu menggalakkan PELAJAR menguasai digital dan teknologi agar arus kemodenan tidak terus
menghanyutkan Kita lebih jauh Dari lingkaran kemajuan yang sepatutnya.
TUAN PENGERUSI DAN HADIRIN SEKALIAN

Selain itu, merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan,

asas utamanya ialah memastikan setiap institusi pendidikan terutama pada peringkat sekolah
mempunyai infrastruktur mencukupi bagi pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.

Namun tular baru-baru ini di media massa terdapat kontinjen yang menghadapi masalah untuk
dihantar menyertai acara sukan kerana kekangan bajet dan Dana untuk mereka.

PERKARA ini bukanlah isu baharu malahan telah menjadi Duri dalam ranjau pendidikan Kita. Kita
mempunyai anak didik yang berpotensi besar, boleh dikembangkan TETAPI Kita kekurangan Dana,
infrastructure dan akhirnya terlepas peluang yang ada.

HADIRIN SEKALIAN

Sayang seribu Kali sayang anak didik Kita telah berlatih bersungguh-sungguh TETAPI akhirnya
kecundang sebelum sempat bertanding dengan alasan tidak ada bajet untuk menghantar kontinjen
ke sana dan ke sini. Justeru Saya MENGGESA PARA PEMIMPIN semua memikirkan solusi terbaik untuk
menangani PERKARA ini agar kemenjadian murid dapat direalisasikan.

Selain itu, input pendidikan meliputi guru, peruntukan kewangan, peralatan pengajaran serta program
sokongan perlu diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara
sekolah di bandar dan di luar bandar.

Namun, agak menyedihkan apabila laporan media menyebut masih wujud sekolah yang terpinggir
daripada arus pembangunan.

Sekolah yang dimaksudkan ialah sekolah daif yang mana bangunan sekolah tersebut adalah bangunan
lama, uzur, tidak selamat dan mempunyai masalah fizikal seperti kebocoran bumbung, pendawaian
elektrik dan bilik darjah yang usang.

Pelaksanaan projek sekolah daif merupakan titik perubahan yang mana ianya melibatkan penggantian
bangunan sekolah yang lama, yang telah uzur dan tidak selamat untuk diduduki. Pemilihan projek
sekolah daif ini adalah berdasarkan bangunan sekolah di mana keadaan fizikalnya tidak sempurna,
tidak berfungsi, dan tidak selamat digunakan.

Di dalam pemilihan projek sekolah daif ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menggunakan tanda aras berdasarkan sistem skala iaitu Skala 1 hingga 7 di mana Skala 7 merupakan
keadaan bangunan yang paling tidak selamat iaitu tidak sempurna, tidak berfungsi dan berisiko
digunakan yang boleh mendatangkan ancaman atau bahaya berbentuk kecederaan, kecelakaan atau
kehilangan nyawa manusia.

Sehubungan dengan itu, para perwakilan yang bersidang pada hari ini SEKALI LAGI menggesa agar
beberapa langkah dan usaha perlu diambil oleh kerajaan bagi meletakkan dunia pendidikan di daerah
ini ke tahap yang boleh bersaing dan selamat.

Langkah-langkah yang dicadangkan.

i. Pihak kerajaan perlu mengadakan rundingan antara golongan pendidik dengan pihak
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian tinggi dalam memperkenal dan menentukan
dasar-dasar yang baru agar ia lebih konsisten serta mampu memuaskan hati kepada semua pihak.

ii. Pemimpin seharusnya melihat dan menggesa kerajaan yang ada sekarang untuk
mengutamakan pembangunan frasarana pendidikan di luar bandar.

iii. Pihak kerajaan perlu bertegas dalam mempertahankan setiap dasar yang ingin dilaksanakan
agar ia tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya dasar
yang mahu dilaksanakan itu benar-benar baik.

TUAN PENGERUSI TETAP

SEKALI LAGI SYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA SAYA MENYOKONG USUL YANG TELAH DISAMPAIKAN.

Sekian cadangan usul saya.......

Anda mungkin juga menyukai