Anda di halaman 1dari 1

CABARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Merujuk kepada PPPM 2013-2025, terdapat pelbagai aspek yang perlu diperbaharui serta
ditransformkan agar pendidikan di negara kita dapat berada setara dengan pendidikan di
negara-negara maju yang lain. Keutaaman transformasi ini adalah bagi mencapai matalmat
pendidikan untuk semua di mana setiap kanak-kanak di Malaysia adalah berpeluang
menerima pendidikan yang sewajarnya.

Antara cabaran yang wujud adalah penerimaan serta kepercayaan warga KPM
tentang proses transformasi ini. Jika warga KPM sendiri menolak atau tidak bersedia untuk
melaksanakan transformasi, maka ianya akan menyebabkan pelan ini hanyalah sebagai
satu garis panduan yang ideal tanpa usaha untuk merealisasikannya. Kedua, ilmu dan
kepakaran perlu ditambah baik seiring dengan perkembangan teknologi agar kita dapat
memanfaatkan teknologi untuk kegunaan pendidikan. Ketiga, pihak pengurusan tertinggi
kurang mempercayai pihak bawahan seperti JPN/PPD menyebabkan budaya menunggu
arahan diamalkan dan kuasa autonomi tertakluk kepada pihak atasan semata-mata.
Keempat, kawasan pedalaman mempunyai akses yang terhad terhadap fasiliti juga
prasarana bagi membangunkan kawasan itu.

Seterusnya, bilangan prasekolah tidak mencukupi. KPM perlu menambah prasekolah


dan melatih guru-guru dalam mewujudkan prasekolah yang berkualiti untuk proses
pendidikan awal buat kanak-kanak di negara kita. Sekolah Pendidikan Khas perlu
disediakan dan ditambah baik bagi membantu MBK untuk mendapat peluang belajar ilmu
dan kemahiran untuk kelangsungan hidup mereka. Keenam, mentaliti masyarakat lebih
mementingkan pencapaian akademik semata-mata menyebabkan pendidikan vokasional
agak terkebelakang dan tidak mendapat tempat di kalangan murid. Pemikiran sebegini perlu
diubah kerana kita sedia maklum bahawa kemahiran vokasional adalah sama penting
dengan akademik dan ianya penting untuk menghasilkan golongan teknokrat di negara kita.
Ketujuh, kepimpinan sekolah, kerjasama PIBG dan sokongan komuniti setempat diperlukan
dalam menghasilkan murid yang cemerlang di sesebuah sekolah. Kelapan, cabaran KPM
ialah dalam menyediakan kemudahan dan manfaat untuk meningkatkan motivasi dan
komitmen guru untuk bekerja. Akhirnya, pemimpin sekolah perlu mengamalkan kepimpinan
berkesan serta menjaga kebajikan seluruh warganya agar semua pihak dapat bekerjasama
dalam meningkatkan pencapaian sekolah.

Anda mungkin juga menyukai