Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Tetap, sidang perwakilan , ahli jawatankuasa sekalian.

Salam sejahtera dan selamat bersidang.

Sidang Perwakilan

Usul pada hari ini berbunyi “Keutuhan Ekonomi Teras Kemajuan Negara’ ”. Saya Rosima, Ketua
Wirawati Cawangan ................................ Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini adalah untuk
menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya `Ekonomi
merupakan teras kemajuan sesebuah negara, Namun banyak kelemahan ekonomi yang belum
diperjuangkan oleh pemimpin – pemimpin kita pada hari ini di peringkat daerah – daerah pendalaman
terutamanya di Semporna bumi tercinta ini.

Sidang Perwakilan

Hari ini saya akan menyatakan beberapa cadangan yang berkesan untuk diperjuangkan oleh pemimpin
– pemimpin kita pada hari ini bagi memastikan kelestarian ekonomi di daerah tercinta ini akan terus
terjamin dan berkembang pesat serta mampu bersaing dengan daerah – daerah lainnya.

Hadirin sekalian

Sebagaimana yang kita ketahui, bumi Semporna ini kaya dengan hasil pelancongan, pertanian dan
perikanan. Jika diamati dengan mata kasar pada hari ni, kita dapat melihat bagaimana membangunnya
ekonomi di daerah ini. Pembinaan Hotel – Hotel dan pusat pelancongan yang tumbuh bagai cendawan
selepas hujan, sudah tentunya banyak menyediaka peluang pekerjaan yang di sediakan bagi rakyat
semporna. Secara tidak langsug dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di daerah ini.
Namun, masih terdapat ramai lagi anak – anak jati semporna ini mencari pekerjaan di luar daerah ini,
terpaksa berhijarah dan meninggalkan keluarga di sini demi mencari rezeki. Oleh yang demikian, saya
mmewakili suara rakyat pada hari ini menegaskan kepada pemimpin – pemimpin kita agar dapat
membantu dalam memastikan peluang – peluang pekerjaan terus wujud di daerah ini dengan
mempelbagaikan indsutri – industri pekerjaan diwujudkan di daerah ini.

Seterusnya, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai
pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, RMK 12 telah
dibangunkan dengan berteraskan ekonomi madani iaitu Memperkasa Rakyat serta Agenda
Pembangunan Mampan 2030, menyokong usaha bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah
mengumumkan sebanyak RM330 Juta kemudahan pembiayaan TEKUN bagi membantu usahawan –
usahawan yang berada di luar bandar. Oleh yang demikian, ditegaskan kepada pemimpin – pemimpin
kita di semporna ini agar memastikan daerah semporna ini tidak ketinggalan dan terus diperjuangkan
agar turut sama merasai kemudahan yang telah disediakan seterusnya dapat membantu kestabilan
ekonomi daerah ini.

Sidang Perwakilan

Konklusinya, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa usul pada hari ini sewajarnya dibawa untuk
disuarakan kepada pihak kerajaan agar ekonomi daerah semporna ini dapat ditingkatkan dan masalah
pengangguran di daerah ini dapat ditangani.

Sekian terima kasih,minta maaf sekiranya terkasar bahasa.

Anda mungkin juga menyukai