Anda di halaman 1dari 3

Bismilahirahmannirahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majllis, barisan panel hakim yang sentiasa
berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga
pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan Negara.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana
ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, “ Program Inap Desa Melonjakkan Industri
Pelancongan.” Seperti yang kita sedia maklum, program inap desa di negara kita bukan sahaja
mendapat sambutan yang menggalakkan, malah berjaya melonjakkan jumlah kehadiran
pengunjung. Kampung-kampung di Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan negeri-
negeri lain berpontensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari
luar negara. Keunikan kampung Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah seperti sistem
kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik
perhatian pelancong luar untuk mendekatinya. Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat
melihat bangunan tinggi dan Bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara
hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang mereka lawati.
Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi
membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan Program inap
desa ini, merupakan salah satu cara yang telah digunakan demi melonjakkan lagi industri
pelancongan di negara Malaysia ini. Persoalannya, mengapa program inap desa ini dikatakan
dapat melonjakkan industri pelancongan di negara ini?

Sidang hadirin warga sekalian,

Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan


pendefinisian apa itu inap desa. Inap desa membawa maksud rumah orang awam yang
menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi
menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Melalui konsep ini juga, ia dapat
menambah pendapatan penduduk tempatan seperti orang kampung tradisional. Jika kita
meneroka atau meneliti dengan lebih mendalam lagi hal ini, banyak kawasan dan penempatan
telah menjalankan program inap desa ini dan hasilnya cukup lumayan. Kawasan yang telah
menjalankan program inap desa ini ialah Kedah, di Kedah terdapat tiga inap desa yang dikatakan
paling terbaik atau paling memberangsangkan dan ini akan memberikan impak atau kesan yang
baik kepada negara. Inap desa juga merupakan salah sebuah faktor perdana dalam melonjakkan
sistem pelancongan dan kewangan Malaysia dan ia juga kan menaikkan nama negara di mata
dunia.

Hadirin yang dihormati,

Dalam menjalankan sesuatu perniagaan atau pekerjaan pasti ada kelebihan atau kekurangan,
pasti ada halangan atau rintangan dalam menempuh sesuatu halangan dalam mencapai matlamat
atau untuk sampai ke menara gading. Kepentingan atau untuk sampai ke menara gading.
Kepentingan atau kebaikan yang dapat kita peroleh, yang dapat masyarakat serta negara
Malaysia ini perolehi ialah mampu membantu meningkatkan ekonomi negara dalam bidang
kewangan dan lain-lain. Apabila inap desa ditubuhkan dengan giat, maka keuntungan yang
diperolehi daripada sektor ini akan menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini akan
membantu negara memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda serta dapat memajukan
negara. Apabila, hal demikian berlaku, kerajaan juga dapat mengurangkan beban harga yang
tinggi kepada masyarakat dan ini juga kan mengurangkan isu-isu hangat yang meniti dari bibir
ke bibir rakyat Malaysia mengenai hal-hal kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat di
negara Malaysia ini.

Warga dewan yang dikasihi,

Industri inap desa juga mempunyai potensi dalam memajukan sektor pelancongan negara.
Misalnya, kawasan pedalaman yang mempunyai daya tarikan tradisional mereka secara
tersendiri. Masyarakat dikawasan itu dapat memperkenalkan para pelancong mengenai budaya,
adat resam. Makanan, pakaian dan seni tari mereka yang sangat unik. Apabila hal ini berlaku ia
akan menjadi buah mulut pelancong asing yang melancong ke Malaysia lalu disebarkan kepada
keluarga dan rakan-rakan. Akhirnya industri pelancongan di negara ini akan menjadi terkenal
dan ramai pelancong yang akan melawati atau melancong ke Malaysia.

Sidang hadirin yang budiman,

Dengan menggunakan industri inap desa ini, bukan sahaja ia akan membantu dalam sektor
pelancongan malah dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan seterusnya mengurangkan
beban dan kes-kes mengenai kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Program ini telah
dijalankan bertahun lalu, pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan inap desa kerana
jika ditelusuri dengan baik dan lebih mendalam ia mempunyai pelbagai kelebihan, kesan, impak
dan faedah yang baik disamping memberikan dana dan wang untuk kawasan pedalaman yang
menjalankan kegiatan ini. Penduduk yang melakukan kaedah inap desa ini akan memperoleh
ganjaran atau pendapatan yang lumayan serta tidak perlu menggunakan tenaga yang terlalu kuat
untuk menjalankan industri ini.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, program inap desa ini merupakan salah satu cara yang telah dilakukan untuk
melonjakkan lagi industri pelancongan di Malaysia. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah sentiasa membantu kerajaan dalam bersama-membangunkan negara Malaysia.

Sekian sahaja pidato saya pada kali ini dan sebelum mengundur diri saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya
menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai