Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN
Inap desa mempunyai istilah yang sama dengan homestay iaitu rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Mungkin inap desa kurang diguna pakai oleh orang ramai, jadi kami akan menggunakan perkataan homestay untuk lebih mudah memahami bagi orang ramai. Program Homestay merupakan satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong di dalam indutri pelancongan negara. Melalui program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan mengikut cara tinggal seperti orang kampung. Selain itu, melalui program ini pelancong dapat menikmati keindahan desa dan khazanah alam semulajadi. Konsep homestay adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti bed & breakfast di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa. Konsep ini berbeza dengan konsep homestay pada awal kewujudannya kerana homestay yang terdahulu lebih berfungsi sebagai tempat penginapan sahaja tanpa penyertaan pelancong di dalam aktiviti harian dan kebudayaan yang dijalani oleh tuan rumah dan masyarakat setempat .Pada masa ini, sekiranya, sesebuah kediaman hanya menjadi tempat penginapan pelancong tanpa melibatkan penyertaan pelancong di dalam aktiviti harian dan kebudayaan komuniti , maka ia tidak dianggap sebagai homestay kerana menyalahi konsep homestay itu sendiri. Di Malaysia, kediaman-kediaman sebegini banyak tersedia terutama di sekitar pusat pelancongan yang terkenal dan sering mendapat tumpuan pelancong.

2.0 SEJARAH PEMBANGUNAN PELANCONGAN INAP DESA ( HOMESTAY ) DI MALAYSIA


Konsep homestay telah mula diperkenalkan secara tidak rasmi di Malaysia sejak tahun 1970-an lagi. Ketika itu sudah ada sebilangan penduduk kampung di Cherating, Pahang yang menyediakan penginapan kepada para pelancong luar yang ingin tinggal lama untuk menikmati keindahan Pantai Cherating. Para pelancong dibawa untuk tinggal bersama dengan keluarga di kampung mereka dan disedikan sarapan pagi oleh tuan rumah. Namun ketika itu penyertaan masyarakat tidak begitu meluas dan homestay di jadikan sebagai alternative kepada chalet dan pusat peranginan bagi mereka yang ingin menjimatkan kos penginapan. Menyedari wujudnya rangsangan ekonomi melalui aktiviti seperti itu, maka Program Homestay telah diperkenalkan secara rasmi di peringkat nasioanal oleh Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1995. Program homestay pertama di Malaysia yang mendapat sokongan Kementerian ialah program homestay di Desa Murni, sebuah komuniti yang terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang. Bagi memantapkan lagi perjalanan program homestay , Persatuan Homestay Malaysia (PHM) telah ditubuhkan pada 2000. Menurut setiausaha PHM, En Yaakob bin Uda sehingga tahun 2004, terdapat lebih kurang 1,674 pengusaha homestay yang berdaftar meliputi 62 buah kampung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, hanya 20 kampung yang masih beroperasi (32 peratus) dan kurang daripada 10 kampung yang aktif.

TAHUN

JUMLAH PENDAPATAN

2006

RM 206, 360

2007

RM 4, 923, 433 (+ 96%)

2008

RM 6, 393, 676 (+ 23%)

Rajah : Jumlah pendapatan dari program Homestay seluruh Negara (2006-2008) Sumber : Kementerian Pelancongan Malaysia

Kementerian Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan Pembangunan Desa yang disediakan untuk memastikan pembangunan pelancongan inap desa diberi perhatian yang lebih teliti dalam pembangunan di luar bandar. Selain itu, program homestay juga merupakan satu daripada intisari aktiviti latihan yang ditawarkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan Pembangunan Desa yang disediakan untuk memastikan pembangunan pelancongan inap desa diberi perhatian yang lebih teliti dalam pembangunan di luar bandar. Selain itu, program homestay juga merupakan satu daripada intisari aktiviti latihan yang ditawarkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang befungsi sebagai institut latihan utama pengurusan pembangunan desa (INFRA,2002).

3.0 KEPENTINGAN TERHADAP INDUSTRI PELANCONGAN...


Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001).Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong d iAsia Timur - selepas China dan Hong Kong. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit)di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancongpelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Oleh itu, dengan adanya program inap desa atau homestay ini dapat memajukan lagi industri pelancongan dengan pegalaman-pengalaman yang diperolehi oleh pelancong. Mereka akan menceritakan suasana keadaan di kawasan persekitaran inap desa jika kawasan inap desa itu berada di tepi pantai atau di kawasan pendalaman tetapi menyeronokkan. Contohnya Homestay Teluk Ketapang di Terengganu, kawasan ini terletak berhampiran dengan pantai. Pada waktu pagi atau petang mereka boleh bermandi-manda atau melakukan aktiviti lain yang sesuai di pantai itu seperti beriadah atau berjoging. Tambahan pula, suasana di tepi pantai agak nyaman dan menyegarkan, dengan adanya suasana seperti ini akan menyebabkan jiwa merasa tenang seperti bebas dari segala masalah. Selain itu, pelancong juga dapat menikmati makanan tradisional di kawasan itu dengan mudah kerana kebiasaannya makanan tradisional yang sebenar bermula dari kawasan kampung. Secara tidak langsung ianya akan menambahkan pendapatan penduduk di kampung tersebut.

4.0 PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PELANCONGAN INI...


Untuk menjayakan pelancongan inap desa ini, kita memerlukan kerjasama dari semua pihak. Antara pihak yang terlibat dalam pelancongan ini adalah: 4.1 Kerajaan 4.2 Media 4.3 Masyarakat 4.1 KERAJAAN Di dalam program ini, kerajaan memainkan peranan yang paling penting untuk menjayakan pelancongan inap desa. Hal ini kerana kerajaanlah yang perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk program inap desa ini. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalm menjayakan program ini seperti mempromosikan program inap desa dlm ZOOM!!! MALAYSIA. Banyak lagi perkara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu menjayakan pelancongan ini. 4.2 MEDIA Pihak media pula dapat membantu menjayakan pelancongan inap desa ini dengan mengiklankan pelbagai program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan ini. Selain itu, pihak media juga boleh menceritakan serba sedikit tentang pelancongan ini dengan membuat satu dokumentari dan menyiarkannya di dalam televisyen. Apabila pelancong melihat dokumentari ini, secara tidak langsung akan timbul perasaan teruja untuk melihat sendiri dengan lebih dekat dan sudah semestinya mereka akan pasti ke kawasan yang telah disiarkan itu. 4.3 MASYARAKAT Apabila pelancongan ini diwujudkan, secara tidak langsung masyarakat juga terlibat sama dalam menjayakan program ini. Hal ini kerana kebiasaannya inap desa atau homestay dibina di kawasan perkampungan kerana mahu mewujudkan sesuatu tempat yang indah dan penuh dengan khazanah alan semulajadi. Jadi, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan kawasan inap desa di kampung kita. Kita juga haruslah menunjukkan sikap budi bahasa kita kepada pelancong agar mereka merasa gembira apabila berada di kampung kita dan menceritakan tentang kampung kita kepada pelancong-pelancong lain supaya datanglah menginap di kampung kita.

5.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN...


Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan tuan rumah bagi pelancong yang menumpang di inap desa(homestay) demi keselesaan pelancong. Antara kemudahan yang disediakan ddalam pelancongan inap desa ini adalah: 5.1 Asas 5.2 Perkhidmatan pengangkutan

5.1 KEMUDAHAN ASAS Ruang tamu - menyediakan televisyan, wifi untuk melayari internet dan ruang untuk bersama kelurga. Menyediakan tiga bilik menyediakan kipas, ampaian, tilam double, tilam single dan bantal. Bilik air menyediakan dua bilik air Dapur Menyediakan ruang untuk meletakkan kereta maksimun untuk meletakkan kereta ialah 4 buah kereta. Mempunyai ruang laman luar yang luas seseuai untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. 5.2 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN Kereta untuk keluar bersama keluarga ke bandar atau pergi bersiar-siar di kawasan lain. Motsikal hanya untuk dua orang sahaja untuk pegi ke kedai runcit berhampiran atau bersiar di kawasan sekitar. Basikal untuk bersiar-siar di kawasan sekitar sambil bersenam.

6.0 TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN INAP DESA...


Kami telah berbincang dan telah bersetuju untuk memilih negeri Kelantan sebagai kawasan tempat pelancongan inap desa yang paling banyak. Kampung-kampung terpilih dalam program Homestay adalah Kampung yang sangat komited dalam menawarkan pelawat merasai sendiri pengalaman berada di Kampung. Semua kampung yang mengambil bahagian dalam program ini dipilih mengikut kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan dalam usaha untuk menonjolkan keunikan Malaysia khususnya di Kelantan. Terdapat kira-kira 152 keluarga dari

8 buah kampung di seluruh Kelantan telah mengambil bahagian dalam program ini. Makanan dan aktiviti yang disediakan adalah berasaskan tradisional dan citarasa tempatan. Aktiviti harian di kampung ini ialah menyediakan makanan menggunakan kaedah tradisional, bersiar-siar sambil memetik buah di kebun dan memberi makan binatang ternakan di ladang. Di malam hari pula, persembahan kebudayaan, muzik tradisional dan perkahwinanan olokolok akan diadakan. Anda sangat digalakkan untuk menyertai dalam acara tersebut. Di sini, anda akan merasai sendiri pesona tradisional masyarakat Malaysia yang telah dipelihara sejak turun temurun dan masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Hidup dengan mereka, makan dengan mereka dan menjadi sebahagian dari keluarga besar mereka. Pastinya anda akan gembira. 6.1 Homestay Kemuncup Terletak di daerah Machang sekitar 40 kilometer dari Kota Bharu. Kampung ini mendapat nama kemuncup yang merupakan sejenis tumbuhan liar. Kawasan di sini dikelilingi pemandangan semulajadi flora dan fauna yang berdekatan dengan kawasan tarikan semulajadi iaitu Hutan Simpan Bukit Bakau dan Jerang Lenang yang merupakan salah satu air terjun terkenal di Kelantan. 6.2 Homestay Seterpa Terletak 16 kilometer dari Kota Bharu, merupakan homestay yang paling terdekat dengan ibu negeri Kelantan. Nama seterpa berasal dari perkataan serepak yang bermaksud perjumpaan dalam dialek Kelantan. Berdasarkan sejarah Kelantan, kampung ini menjadi tempat perjumpaan rombongan Sultan Limbat Long Jaafar dan rombongan Raja Jembal. Homestay ini pernah menjadi pemenang pusingan bagi pertandingan homestay terbaik yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat yang menarik untuk dikunjungi di Seterpa, seperti persembahan tradisional dan kebudayaan juga cara hidup yang tradisional. Homestay ini merupakan pilihan terbaik untuk menikmati pemandangan ibu negeri Kota Bharu.

6.3 Homestay Batu Papan Sejak awal tahun 1940, Kampung Batu Papan yang terletak di Gua Musang telah menjadi kawasan kediaman dan terletak di sepanjang pinggir Sungai Galas. Sungai Galas menjadi kawasan tumpuan yang menghubungkan orang kampung dan yang paling penting Sungai Galas merupakan sumber pendapatan untuk penduduk kampung. Tempat ini terletak kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu dan dikelilingi dengan Bukit Batu Kapur. Ini menjadikan Kampung Batu Papan tempat yang sangat popular bagi mereka yang sangat menggemari aktiviti luar seperti rock climbing, jungle tracking, caving dan nature sightseeing. 6.4 Homestay Bukit Jering

Kampung Bukit Jering terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Bharu. Kampung ini terkenal dengan sikap penduduknya yang sangat ramah dan juga kawasan kampung yang kaya dengan hasil pertanian seperti kacang panjang, belimbing dan asam jawa. Penduduk tempatan sangat memelihara adat tradisional Melayu dan budaya dalam kehidupan harian. 6.5 Homestay Jelawang Kampung Jelawang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kota Bharu. Kampung ini terkenal di peringkat antarabangsa dengan eko pelancongannya iaitu Gunung Stong. Gunung Stong mempunyai air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Mereka yang gemar untuk mengkaji alam semula jadi, Kampung Jelawang adalah tempat yang sangat sesuai kerana segalanya ada di sana. Pelawat juga boleh menjalankan aktiviti perkhemahan untuk melihat sendiri gua-gua yang terdapat diKampung Jelawang. Antara gua yang terkenal di kawasan ini ialah Gua Ikan, Gua Keris, Gua batu Susun dan Gua Pagar. 6.6 Homestay Renok Baru Kampung Renok Baru terletak kira-kira 14 kilometer dari utara Gua Musang. Kampung ini sangat jauh dari hiruk pikuk di kawasan bandar, ianya menjadi tempat yang sesuai untuk para pencinta alam semulajadi. Kampung ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman berada di hutan hujan tropika tetapi dalam masa yang sama ingin menyelami kehidupan masyarakat asli. Tempat ini berdekatan dengan tempat di mana pertandingan berkayak peringkat antarabangsa diadakan seperti Kuala Noh National Park, Gunung Rabung, Air Terjun Pelangi, Abogirine Settlement, Cameron Highland and Sungai Nenggiri.

6.7 Homestay Kubang Telaga Terletak di daerah Bachok, sekitar 40 kilometer dari Kota Bharu, ianya sebuah kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Homestay Kubang Telaga telah didirikan pada tahun 2006. Nama kampung ini berasal dari sebuah kolam besar yang menjadi sumber air harian bagi penduduk kampung ketika musim kemarau panjang. Kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada bangsa Melayu dan 95% daripadanya adalah petani. Alamilah persekitaran yang tenang dan udara segar di kampung ini yang berdekatan dengan Pengkalan Tok Bali dan Pantai Irama. Jangan ketinggalan untuk menikmati hasil tangkapan yang segar. Bukan itu sahaja, anda juga akan dihiburkan dengan permainan gasing tradisional yang dimainkan oleh penduduk sekitar pada musim menuai padi. 6.8 Homestay Pantai Suri

Kampung Pantai Suri merupakan perkampungan nelayan yang terletak di kawasan muara sungai Kelantan, berdekatan dengan daerah Tumpat. Terdapat penduduk yang mendiami kawasan kampung tradisional ini. Alamilah pemandangan desa dari rumah-rumah bertiang tradisional, bot-bot nelayan di tepi sungai, dedaun pokok kelapa yang melambai ditiup angin sambil disapu udara yang segar. Kehidupan di Kampung Pantai Suri sangat damai dan merupakan kawasan mesra alam, di mana basikal adalah satu-satunya kenderaan utama dengan penduduk yang lebih suka untuk berjalan kaki di sekitar pulau. Rutin harian nelayan bermula dengan terbitnya matahari di Laut China Selatan sehingga senja berlabuh, manakala golongan wanita melibatkan diri dengan industri kraftangan sebagai pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga.
.

7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa pelancongan inap desa amatlah penting untuk negara kita. Hal ini kerana melalui pelancongan inap desa ini dapat menambahkan lagi ekonomi negara dan mutu pelancongan negara kita. Tambahan pula, dengan adanya pelancongan inap desa ini juga akan menambahkan hasil pendapatan penduduk tempatan dengan menjual kraf tangan yang begitu menarik. Selain daripada membantu menambahkan pendapatan penduduk tempatan, melalui pelancongan ini juga dapat membantu penduduk tempatan lebih memahami akan pelan industri pelancongan yang disediakan oleh kerajaan dan memudahkan lagi mereka berkomunikasi dengan pelancong dari dalam negara atau luar negara. Selain itu, pelancongan inap desa juga kini telah menjadi satu produk tarikan pelancongan utama di Malaysia. Hal ini kerana kedudukan atau kawasan inap desa yang disyorkan oleh kerajaan amatlah strategik. Pada zaman sekarang, kedatangan pelancong ke Malaysia adalah untuk mencari ketenangan jiwa kerana negara kita sememangnya terkenal dengan

keindahan alam semulajadi seperti flora dan fauna. Oleh itu, marilah kita sama-sama memajukan lagi pelancongan inap desa di negara kita.

8.0 RUJUKAN
1. 2. 3. 4. Terusanilmu.blogspot http://ceritera-muhamadronipasla.blogspot.com/ http://www.go2homestay.com/homestays/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Inap_desa

9.0 LAMPIRAN

ISI KANDUNGAN

BILANGAN

TAJUK

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 SEJARAH

3.0 KEPENTINGAN INAP DESA

4.0 PIHAK YANG TERLIBAT

5.0 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

6.0 TEMPAT PELANCONGAN INAP DESA

7.0 KESIMPULAN

8.0 RUJUKAN

9.0 LAMPIRAN

KOLEJ PTPL

PUSAT TEKNOLOGI PENGURUSAN LANJUTAN PROGRAM DILPOMA SENI KULINARI (DSKU) TANGGUNGJAWAB SOSIAL TUGASAN BERKUMPULAN DISEDIAKAN KEPADA: MISS ATIRAH BINTI RIFAN DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD IZZUDDIN B. MOHAMAD SHAIFUDDIN (1092013060073) FARIS AIMAN BIN ZURNI (1092013060078) TARIKH HANTAR: 30 JANUARI 2013

Anda mungkin juga menyukai