Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan/ Perancangan dan Pembangunan Pelancongan /HZL3023

Homestay

PENGENALAN Kini di Malaysia, pelancongan merupakan antara industri kedua tertinggi yang menjana pendapatan negara melalui pertukaran mata wang, serta perbelanjaan yang dijalankan oleh pelancong itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis pelancongan yang ditawarkan di Malaysia dari pelancongan berbentuk kembara sehinggalah pelancongan membeli-belah. Semuanya ada di sini. Salah satu bentuk pelancongan yang kian mendapat sambutan pada masa kini adalah pelancongan khas. Pelancongan khas ini merujuk kepada pelancongan yang biasanya berlaku dalam satu kumpulan yang kecil dan melancong dengan tujuan ingin mengetahui dan mengalami ciri-ciri khusus sesuatu kawasan (Nor Azlina Dahlan, 2000). Terdapat satu lagi bentuk pelancongan khas yang diistilahkan sebagai pelancongan mampan, alternatif dan bertanggungjawab. Bentuk pelancongan ini merujuk kepada pembangunan yang berskala kecil dan bukannya yang lazim, iaitu pelancongan kampung, satu kumpulan kecil pelancong tinggal bersama penduduk atau berdekatan dengan kampung tradisi yang kadangkala terpencil lokasinya dan tujuannya adalah mempelajari keadaan dan suasana kehidupan kampung. Kebiasaannya fasiliti dipunyai dan diuruskan oleh penduduk kampung itu sendiri. Di Malaysia, program pelancongan homestay yang berkonsepkan pelancongan kampung telah dilancarkan pada 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang, oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Desa bertujuan bagi merangsang penyertaan masyarakat di luar bandar dalam sektor pelancongan. Sehingga Jun 2004, seramai 948 peserta Homestay melibatkan 65 buah kampung di seluruh negara. Jumlah ini semakin meningkat dengan pertambahan permohonan yang diterima. Konsep Program Tinggal Bersama atau Homestay Programme adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang terpilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini, pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Kepentingan pelancongan kampung secara amnya kepada negara, ia dapat mewujudkan integrasi kaum yang berbeza di Malaysia. Melalui pengalaman yang dialami sedikit sebanyak ia dapat membantu dalam mewujudkan keharmonian bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia

Pengenalan/ Perancangan dan Pembangunan Pelancongan /HZL3023

Homestay

yang berasal dari luar bandar dan dalam bandar malah ia juga dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelancong asing tentang kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Dengan itu perpaduan dapat dinikmati untuk jangkamasa panjang melalui persefahaman antara kaum di Malaysia dan pelancong asing secara amnya. Di Perancis misalnya, konsep pelancongan yang dipanggil sebagai homestay iaitu membawa pelancong merasai kehidupan di desa dan tinggal bersama keluarga masyarakat kampung adalah merupakan satu program keusahawanan pelancongan desa yang begitu popular dan telah mengharumkan nama daerah atau desa yang mengendalikannya.

Anda mungkin juga menyukai