Anda di halaman 1dari 2

Mengapa Petronas menggunakan televisyen sebagai medium utama untuk periklanan

mereka?

Televisyen adalah medium media yang masih relevan sehingga hari ini dalam kalangan
pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita masih boleh melihat banyak model-model
televisyen baharu yang terdapat di pasaran kerana wujudnya permintaan daripada pengguna.
Disebabkan masih ramai masyarakat menggunakan televisyen untuk mendapatkan maklumat,
hiburan dan sebagainya, maka terdapat beberapa faktor mengapa Petronas masih
menggunakan televisyen sebagai medium utama untuk periklanan mereka. Menurut Gerbner
(1980) dalam teori komunikasinya iaitu Teori Penyuburan, ( Cultivation Theory) televisyen
dikatakan sebagai salah satu media moden unik yang penting dalam kehidupan seharian
masyarakat. Melalui televisyen, mereka boleh mengkaji tahap kepuasan penonton terhadap
apa yang diiklankan oleh mereka secara meluas. Perkara ini berlaku apabila iklan yang
disiarkan oleh pihak Petronas melalui televisyen disiarkan secara kerap mengikut waktu
tertentu demi mencapai sasaran penonton bagi memastikan keberkesanan iklan tersebut
kepada penonton. Ini bermaksud, semakin banyak masa yang dihabiskan oleh seseorang
individu menonton televisyen maka semakin cenderung dia untuk menyamakan realiti
televisyen dan realiti sosial. Contohnya, iklan Petronas yang disiarkan di televisyen banyak
memperlihatkan nilai-nilai murni yang akan membentuk pemikiran positif penonton apalagi
iklan-iklan tersebut disiarkan secara terus menerus sehingga boleh diingati oleh penonton
ditambah pula dengan nama syarikat Petronas yang sememangnya dikenali di serata dunia.
Oleh sebab sifat televisyen ini yang unik dan meluas untuk menyampaikan mesej kepada
penonton, maka amat mudah pihak pengiklan menggunakannya sebagai salah satu medium
media dalam periklanan mereka.

Faktor seterusnya yang menyebabkan Petronas menggunakan televisyen sebagai


medium utama untuk periklanan mereka adalah kerana televisyen merupakan sejenis media
dan sumber yang mempunyai pelbagai variasi. Media televisyen membuatkan penonton
ataupun orang ramai melihat imej produk dan juga bunyi mesej yang disampaikan oleh iklan
tersebut. Audio visual adalah sejenis elemen bunyi dan imej yang boleh dilihat. Tidak seperti
iklan radio yang hanya menggunakan audio dan iklan media cetak yang hanya menggunakan
gambar dan perkataan, variasi audio visual dalam periklanan yang menggunakan medium
televisyen dilihat lebih menarik perhatian khalayak sasaran. Penonton lebih cenderung
tertarik dengan audio yang pelbagai dalam iklan mereka ditambah dengan visual menarik
yang dapat merangsang keinginan mereka untuk menonton iklan yang disiarkan melalui
televisyen. Buktinya, Petronas sentiasa menyiarkan iklan yang mempunyai audio visual
menarik. Contoh audio adalah seperti bunyi-bunyian alam sekitar, bunyi-bunyian lagu klasik,
bunyi-bunyian pelbagai bahasa daripada bangsa yang berlainan dan banyak lagi. Visual pula
adalah imej-imej yang dipaparkan dalam iklan tersebut seperti imej bendera, imej individu
pelbagai kaum, imej alam sekitar dan sebagainya. Oleh sebab itu, penggunaan televisyen
untuk dalam menyiarkan iklan adalah bersesuaian kerana televisyen merupakan teknologi
media moden yang menggunakan kedua elemen tersebut iaitu audio dan juga visual. Paling
penting, penggunaan audio visual dalam televisyen ini mempunyai potensi yang tinggi untuk
menyampaikan mesej kepada pengguna sekaligus mencapai objektif iklan yang disiarkan
melalui televisyen.

RUJUKAN

H.A. Saefudin & Antar Venus, George Gerbner Cultivation Theory, Mediator, Vol.8, Jun
2007.

Siti Noer, Abdul Rahmat, Rusmin Husain, Audio Visual Media, Vol.2, 2021.

Anda mungkin juga menyukai