Anda di halaman 1dari 5

KONSEP HOMESTAY

Homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan yang terdapat di Malaysia. Negeri
sembilan merupakan salah satu negeri yang tidak terkecuali dengan program ini. Homestay
dilihat sebagai salah satu usaha mempelbagaikan produk pelancongan melalui penawaran
penginapan alternatif kepada pelanoong. Pengalaman ini dapat meningkatkan pengetahuan
pelancong mengenai cara hidup dan budaya penduduk tempatan di destinasi yang mereka lawati.
Program Homestay dilihat sebagai satu produk pelancongan alternatif yang berpotensi untuk
mendapat sambutan memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan yang tinggi di
kalangan pelancong antarabangsa, ini kerana pelancongan ini mempunyai ciri-ciri peningkatan
pengetahuan, termasuk memerhati, mengalami dan mempelajari cara hidup penduduk tempatan
di destinasi yang dilawati. Di samping menjadi satu produk pelancongan alternatif yang
menawarkan percutian dengan harga yang rendah kepada pelancong, program homestay Juga
merupakan satu strategi yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan membangunkan
taraf hidup penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan
pembangunan pelancongan (Juraimi, 2006).

PENGENALAN
Homestay Kampung Lonek diperkenalkan pada bulan Disember 2004 dan beroperasi
sepenuhnya pada bulan Januari 2005. Homestay Kampung Lonek dikelilingi sawah padi dan
memiliki tali air yang jernih. Justeru, tidak hairanlah antara aktiviti utama pelancong yang
mengikuti program homestay di kampung ini antaranya Mengoca Ikan, Pesta Mengemping
Padi, dan seumpama dengannya. Pengunjung juga berpeluang menikmati masak lemak cili api
asli yang popular di Negeri Sembilan. Program homestay menawarkan pengalaman kepada
pelancong untuk mengalami kehidupan masyarakat yang rata-ratanya masih mengamalkan
kehidupan sebagai masyarakat Minang dan mengamalkan adat perpatih. Keunikan adat perpatih
ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah, amalan adat dan budaya seharian, dialek
dan loghat percakapan serta masakan cili apinya. Pelancong akan lebih didedahkan dengan
kehidupan sebenar negeri yang mereka lawati. Tiada cara lain yang lebih baik dari tinggal dan
merasai sendiri budaya dan masyarakat setempat melalui program inap desa ini. Program inap

desa ini biasanya dilalui selama beberapa hari dan para pelancong akan mengalami sendiri
pengalaman tinggal bersama keluarga angkat.

LOKASI HOMESTAY KG. LONEK


Homestay Kg Lonek terletak di dalam daerah Jempol, N.Sembilan. Bagi pelancong yang datang
dari arah utara, mereka boleh melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Johor sehingga ke Seremban.
Dari lebuh raya, di susur keluar ke Senawang, terdapat signboard ke Kuala Pilah. Mereka boleh
mengikut arah Kuala Pilah, dengan melalui Bandar Senawang, jalan Bukit Putus, Ulu Bendul
serta Kuala Pilah. Sampai di Kuala Pilah, anda akan lihat papan tanda di persimpangan Kuala
Pilah iaitu arah kiri ke Homestay Kg Lonek. Ikut arah itu, dan melalui jalan ke Pekan Batu Kikir.
Selepas Pekan Batu Kikir, ada simpang ke kanan ke Homestay Kg Lonek. Menghampiri
Homestay Kg Lonek, anda akan melalui Teratak Zaaba yang berada di sebelah kawasan
Homestay Lonek. Selepas Teratak Zaba, anda akan lihat signboard ke kanan, Homestay Kg
Lonek 1.9 KM. Bagi pelancong dari selatan tanah air, mereka boleh melalui jalan samada dari
Gemas, Muazam ataupun Rompin. Mereka boleh mengikut arah jalan ke Bahau. Homestay Kg
Lonek terletak lebih kurang 3 KM dari Bahau. Mereka juga boleh mendapatkan pengangkutan
Keretapi Tanah Melayu yang terus ke Bahau.

ANALISIS SWOT HOMESTAY KAMPUNG LONEK


STRENGHT (KEKUATAN)

WEAKNESS (KELEMAHAN)

Pakej yang menarik,murah dan unik


Mendapat anugerah
Persekitaran yang tenang dan menarik
Terdapat banyak tempat menarik

Kawasan yang agak susah dicari


Kekurangan modal
Terlalu bergantung dengan

berdekatan
Merapatkan hubungan antara anggota

pertolongan luar
Kekurangan jaringan dengan
homestay lain

masyarakat
OPPORTUNITIES ( PELUANG )

Peluang untuk memperkenalkan

budaya setempat kepada orang luar


Berpeluang memajukan kawasan

setempat
Berpeluang memajukan industry desa
Meningkatkan peluang pekerjaan di

THREAT (CABARAN )

Penyusutan alam sekitar dan

persekitaran
Perpecahan antara anggota masyarakat

dan nilai kemasyarakatan


Persaingan dari homestay lain
Ekonomi yang tidak baik

desa

Homestay Kampung Lonek menyediakan pakej yang menarik dan harga yang berpatutan iaitu
serendah RM200.00 untuk satu hari satu malam. Pelbagai kemudahan yang disediakan, sebagai
contohnya televisyen dan mesin basuh. Selain itu terdapat 3 buah bilik dan 2 bilik air atau tandas
di dalam rumah homestay tersebut. Ciri ciri rumah yang unik di Kampung Lonek menarik

minat pelancong untung datang ke Negeri Sembilan khususnya Kampung Lonek. Seni reka bentu
rumah di Kampung Lonek adalah berasaskan adat perpatih. Homestay Kampung Lonek
merupakan homestay yang terkenal di Negeri Sembilan malahan di seluruh Malaysia kerana ia
pernah mendapat anugerah Desa Cemerlang pada peringkat negeri dan pembangunan di
Kampung Lonek telah tersenarai di bawah Projek Desa Lestari dalam inisiatif kampong abad ke21. Kawasan ini juga di jaga dengan baik kerana tuan rumah sangat menitikberatkan kebersihan
dan persekitaran yang baik. Keindahan alam semulajadi yang menghijau semestinya memikat
hati para penginap di homestay ini. Suasana Kampung Lonek dikelilingi oleh pemandangan
saujana kehijauan sawah padi, lading getah dan kelapa sawit di samping pokok buah-buahan di
sekeliling kampung.Tambahan lagi, terdapat pelbagai tempat menarik yang terletak berdekatan
dengan homestay Kampung Lonek. Sebagai contohnya, Teratak Zaaba, Pekan Batu Kikir, Air
Terjun Jeram Tengkek, Pekan Kuala Pilah, Bandar Baru Serting dan Seremban. Program
homestay menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk mengalami kehidupan masyarakat
yang rata-ratanya masih mengamalkan kehidupan sebagai masyarakat Minang dan mengamalkan
adat perpatih. Keunikan adat perpatih ini masih dapat dilihat melalui seni reka bentuk rumah,
amalan adat dan budaya seharian, dialek dan loghat percakapan serta masakan cili apinya.
Pelancong akan lebih didedahkan dengan kehidupan sebenar negeri yang mereka lawati.
Kewujudan homestay Kampung Lonek ini juga mendorong penduduk kampung untuk ikut serta
dalam pelbagai aktiviti yang diadakan, ini akan mewujudkan sebuah hubungan yang erat antara
mereka.
Meskipun Homestay Kampung Lonek mempunyai banyak kelebihan tetapi terdapat juga
beberapa kelemahan dalam beberapa aspek iaitu dari aspek lokasi. Kawasan homestay ini berada
di kawasan pendalaman kampung. Ini akan menyebabkan para pelancong sukar untuk sampai ke
lokasi tersebut. Selain itu, homestay ini juga kekurangan modal dan hanya bergantung dengan
agensi luar. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan. Kementerian akan memberi
peruntukan bagi menaik taraf homestay tersebut tetapi homestay ini perlu mencari inisiatif
sendiri untuk mengukuhkan pendapatan Homestay Kampung Lonek ini. Homestay ini juga
kekurangan jaringan dengan homestay lain yang berdekatan. Ini akan menyebabkan tiada saluran
informasi yang boleh homestay ini dapatkan. Sebagai contohnya, jika homestay yang berdekatan
sudah penuh, homestay tersebut boleh mencadangkan Homestay Kampung Lonek.

Apabila Homestay Kampung Lonek menjadi sebuah inap desa di Negeri Sembilan ia
secara tidak langsung dapat memajukan Kampung Lonek dan industri desa dari pelbagai aspek
contohnya ekonomi, Kampung Lonek dapat menjana pendapatan mereka melalui perniagaan
homestay ini. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan di kawasan
kampung tersebut. Oleh yang demikian, berlaku pengurangan pengangguran di kalangan
penduduk kampung. Dengan wujudnya homestay ini penduduk Kampung Lonek berpeluang
menonjolkan cara kehidupan orang kampung yang mengekalkan ciri-ciri adat pepatih. Banyak
aktiviti dijalankan disini yang menunjukkan keunikan kampung ini antaranya ialah sambutan
pelancong ke Homestay Lonek. Di samping itu, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan bagi
memeriahkan dan memperkenalkan budaya tradisional masyarakat negeri sembilan. Antara
aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan permainan tradisional, persembahan kebudayaan
dan banyak lagi. Pendedahan budaya penduduk Kampung Lonek dapat mengharumkan nama
Negeri Sembilan secara tidak langsung memperkenalkan Adat Perpatih ke seluruh pelosok dunia.
Antara cabaran yang di hadapi oleh Homestay Kampung Lonek dalam mengekalkan dan
memajukan perniagaan homestay mereka adalah penyusutan alam sekitar dan persekitaran.
Setiap program pembangunan pastinya akan memberi kesan kepada alam sekitar kawasan
tersebut. Penubuhan dan aktiviti memajukan homestay ini juga merosakkan alam sekitar yang
terpelihara sejak dulu. Selain itu, persaingan dari homestay lain juga merupakan satu cabaran
yang besar. Homestay yang berdekatan dengan pusat bandar menjadi tumpuan pelancong pada
masa kini. Oleh itu, Homestay Kampung Lonek ini kurang mendapat sambutan. Kemerosotan
ekonomi negara menyebabkan industri desa seperti seperti perniagan homestay terkesan. Apabila
pelancong dari negara luar datang ke homestay, mereka akan membawa budaya mereka. Budaya
luar yang tidak disenangi oleh penduduk kampung seperti cara pemakaian dan perlakuan mereka
menyebabkan wujudnya perspektif atau pandangan negatif dari penduduk kampung.

Anda mungkin juga menyukai