Anda di halaman 1dari 5

1.

LITAR PINTAS

Litar pintas bermaksud persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus
elektrik.Bagi pemasangan satu fasa,litar pintas ialah pencantuman di antara pengalir fasa dengan
pengalir neutral .

Bagi kerosakan jenis ini dapat dikenalpasti apabila dilaporkan oleh pihak pengguna melalui
MCB atau fius yang sering terpelantik atau putus apabila litar tersebut digunakan. Begitu juga
apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius utama akan didapati sering
terputus bekalan apabila di ‘ON’ kan .

Di antara penyebabnya ialah :-

1. Penebat kabel terkoyak.


2. Penebat kabel cair.
3. Benda asing seperti cicak , tikus , air dan kepingan logam yang menyentuh pengalir
elektrik.
4. Kerosakan alat perkakas dan aksesori elektrik seperti pemisah terminal motor elektrik yang
pecah pemisahnya , soket yang pecah menyebabkan persentuhan antara pengalir elektrik
dan sebagainya .

i. Kaedah mengesan kerosakan litar pintas.

Di antara kaedah mengesan kerosakan adalah seperti berikut :-

1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama untuk menggelakkan berlakunya


renjatan semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

2. ‘OFF’kan ELCB (RCCB) dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak dapat di’OFF’kan kerana
bekalan sedang digunakan , penguji hanya perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang rosak
sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.Gunakan
pakaian dan peralatan tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat uji rintangan penebat( Insulation Resistance Tester ) untuk mengesan
kerosakan litar pintas ini.

5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , perkakas elektrik dari litar sebelum diuji.
(sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya perlu di’OFF’kan).Ini adalah
untuk menggelakkan daripada salah mendapat keputusan ujian dan mungkin merosakkan
alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya ( fasa dengan
fasa dan neutral ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar tersebut
telah berlaku litar pintas.

8. Teruskan mengesan litar-litar lain kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang lebih dari satu litar yang rosak sehingga
punca kerosakan dapat dikenalpasti.

ii. Kaedah penyelesaian untuk membaikpulih kerosakan litar pintas

1. Setelah dikenal pasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar baru
pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak ( sedikit ) , benda asing seperti tikus , cicak , air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru
pemasangan pendawaian itu .

3. Kabel yang terkoyak boleh diatasi dengan dibalut tempat yang koyak tersebut dengan pita
PVC , andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu memadai dengan dibalut sahaja.

4. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca kerosakan
juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

5. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran atau
arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh diatasi
dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.
2. LITAR BOCOR KE BUMI

1. Litar bocor ke bumi membawa maksud terdapat arus yang bocor daripada pemasangan
pendawaian yang membawa arus elektrik(sama ada dari sebelah fasa-fasa atau
neutral) ke bumi.

2. Kejadian ini biasanya berlaku dari kabel atau alat-alat elektrik yang membawa arus
elektrik kepada bahagian logam berbumi atau kabel bumi sendiri.

3. Kerosakan jenis ini biasanya dapat dikenal pasti apabila dilaporkan oleh pengguna
bahawa ELCB@RCCB terpelantik apabila digunakan litar yang rosak itu.

4. Begitu juga apabila kerosakan itu berlaku pada papan suis utama (PSU), maka fius
utama akan didapati sering terputus apabila di ‘ON’kan .

i) Penyebab kerosakan litar bocor kebumi

Penyebab kerosakan adalah disebabkan seperti berikut :

1. Penebat kabel yang mengalirkan arus elektrik dan menyentuh bahagian logam
berbumi.

2. Penebat kabel yang mengalir arus elektrik cair dan bercantum dengan kabel bumi atau
bahagian logam berbumi.

3. Benda asing seperti cicak, tikus, air dan kepingan logam yang menyentuh antara
pengalir- pengalir arus elektrik dan bumi.

4. Kerosakan alat elektrik seperti kerosakan terminal motor, lampu, soket alir keluar yang
menyebabkan bersentuhan dengan bumi.

5. Kabel tersepit pada bahagian logam seperti skru pada trunking yang berbumi atau
tersepit pada bahagian logam mesin elektrik yang berbumi .

ii) Kaedah mengesan kerosakan litar bocor kebumi

Di antara kaedah yang perlu diketahui dalam mengesan kerosakan adalah seperti berikut :
1. Matikan bekalan elektrik pada suis utama ( main switch ) untuk menggelakkan
sebarang bahaya semasa kerja-kerja mengesan kerosakan dilakukan.

2. ‘OFF’kan ELCB@RCCB dan semua MCB yang mengawal litar kecil akhir.

3. Sekiranya suis utama , ELCB@RCCB dan semua MCB tidak di’OFF’kan kerana
bekalan elektrik sedang digunakan , penguji perlu ‘OFF’kan MCB untuk litar yang
rosak sahaja dan mesti berhati-hati semasa melakukan kerja mengesan kerosakan.
Sila gunakan pakaian dan alat-alat kerja tangan keselamatan yang disyorkan.

4. Gunakan alat penguji rintangan penebat ( Insulation Resistance Tester ) untuk


mengesan kerosakan litar dan litar bocor ke bumi itu.
5. Terlebih dahulu asingkan beban seperti lampu , motor elektrik dan alat-alat elektrik
dari litar sebelum diuji ( sekiranya sukar ditanggalkan beban-beban tersebut suisnya
perlu di’OFF’kan ).Ini adalah untuk menggelakkan daripada salah mendapat
keputusan ujian dan mungkin merosakkan alat-alat elektrik disebabkan voltan dari alat
uji tersebut.

6. Lakukan ujian pada setiap litar satu demi satu di antara pengalir-pengalirnya dengan
bumi (fasa – fasa ,neutral dan bumi ).

7. Sekiranya bacaan alat uji menunjukkan kurang daripada 0.5 megaohm , maka litar
tersebut telah dikatakan bocor ke bumi (rujuk Jadual 71A Peraturan IEE-Edisi 16).

8. Teruskan mengesan litar-litar kerana mungkin terdapat litar lain yang rosak.

9. Tumpukan ujian pada satu demi satu litar yang rosak sekiranya terdapat lebih dari
satu litar yang rosak sehingga dapat mengenal pasti punca kerosakan.

iii) Kaedah penyelesaian membaik pulih kerosakan litar bocor ke bumi

1. Setelah dikenal pasti litar yang rosak dan punca kerosakannya maka baiki atau tukar
baru pemasangan pendawaian elektrik yang rosak itu mengikut mana yang sesuai.

2. Kerosakan seperti kabel terkoyak (sedikit), benda asing seperti tikus, cicak , air dan
kepingan logam bersentuhan antara pengalir boleh dibaiki tanpa menukar baru tempat
yang koyak tersebut dengan pita PVK, andainya bahagian yang koyak itu sedikit iaitu
memadai dengan dibalut sahaja .

3. Benda asing seperti tikus, cicak, air dan kepingan logam yang menjadi punca
kerosakan juga boleh diatasi dengan membersihkan penyebab-penyebab tersebut.

4. Kerosakan yang disebabkan oleh penebat kabel cair ( disebabkan oleh kebakaran
atau arus lampau tinggi melaluinya ) dan kerosakan alat-alat elektrik hanya boleh
diatasi dengan menukar kabel dan alat-alat elektrik untuk litar itu dengan yang baru.

Anda mungkin juga menyukai