Anda di halaman 1dari 28

ETN2033

PEMASANGAN ALATAN
ELEKTRONIK INDUSTRI

KEROSAKAN DALAM PEMASANGAN ALATAN


ELEKTRONIK
MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA PERALATAN
ELEKTRONIK

Litar pintas (Short Circuit)


• Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun.
• Haba akan meningkat.
• Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik.
MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA LITAR
ELEKTRONIK

Litar Buka (Open Circuit)


• Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus
• Arus menunjukan ‘0’
• Litar tidak beroperasi
• Berlakunya dry solder.
MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA LITAR
ELEKTRONIK

Bumi (Ground)
• Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh
ke ground.
• Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan
biasa.
• Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh
apabila di ‘ON’ tidak bergerak.
MASALAH YANG BIASA BERLAKU PADA LITAR
ELEKTRONIK
Pertambahan Voltan Bekalan
• Kemasukan voltan bekalan meningkat secara tiba-tiba
• Menyebabkan berlakunya kerosakan pada alatan elektrik dan
elektronik
• Contoh arus dari kilat ini membawa cas elektrik yang cukup tinggi
TUGASAN
• Terangkan perbezaan di antara OPEN CIRCUIT (litar terbuka),
SHORT CIRCUIT (litar pintas) & GROUND (bumi)
• -lukis perbezaan antara litar
PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN

i. Jangan memasang peralatan di tempat yang tidak stabil atau


tempat yang terkena getaran berlebihan.

ii. Jangan memasang peralatan di tempat yang sangat lembab


atau berdebu, terkena sinar matahari langsung, di luar bilik
atau di dekat sumber panas.
PEMILIHAN LOKASI PEMASANGAN

iii. Untuk mengelakkan bahaya kebakaran atau kejutan elektrik,


gunakan peralatan sesuai dengan persekitaran operasi yang
ditentukan di "Spesifikasi" dalam installation Manual.

iv. Jangan meletakkan peralatan di atas permaidani tebal atau karpet.

v. Jangan meletakkan peralatan dengan bahagian belakangnya


melekat di tembok
LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN KEATAS PERALATAN

1. Langkah-langkah keselamatan dan keadaan peralatan mesti diambilkira sebelum


peralatan itu di pasang (install). Arahan-arahan pemasangan biasanya diberi oleh
pembuat (manufacturer). Arahan-arahan ini mesti dipatuhi sebelum kita mula membuat
proses pemasangan. Contoh-contoh arahan adalah seperti berikut :-

2. Langkah Keselamatan :-
• Baca arahan yang diberi dalam installation Manual.
• Simpan arahan-arahan ini dengan selamat
• Patuhi semua amaran (warning).
• Ikut arahan yang diberi.
• Bersihkan peralatan dengan kain yang bersih dan kering.
• Jangan tutup lubang pengudaraan di peralatan.
• Jangan pasang peralatan berhampiran dengan sumber haba seperti berhampiran dengan
radiator, stores dan sebagainya.
• Jangan sekali-kali letakkan peralatan, kawalan jauh atau bateri berhampiran dengan api
terbuka atau sumber haba yang lain, termasuk cahaya matahari langsung.
• Elakkan suhu tinggi, kelembapan, air dan habuk.
• Peralatan tidak boleh didedahkan pada titisan atau percikan air.
TUGASAN
DAPAT BENTUK PETA MINDA ATAU POINT TERANGKAN:
• PENYEBAB BERLAKUNYA LITAR PINTAS
• BAIKPULIH KEROSAKAN LITAR PINTAS
• PENYEBAB BERLAKUNYA KEROSAKAN LITAR BOCOR KE BUMI
• BAIK PULIH KEROSAKAN LITAR BOCOR KE BUMI
• Terdapat tiga (3) sistem susunan penyambungan
pembesar suara yang utama iaitu :
Sistem utama
• Sistem ini memerlukan pembesar suara ditempatkan di
tengah dewan untuk menumpukan bunyi bagi satu arah.
Ianya juga bagi menjimatkan kos penyelenggaraan
Sistem penyebaran
• Sistem ini menggunakan pembesar suara yang disusun
berselerak. Jika masukan bekalan elektrik kecil diberikan
pada salah satu pembesar suara pada satu ruang kecil,
kejelasan suara akan menurun dan ia dapat diperkuatkan
semula apabila berlaku jangka masa gema yang lama. Jika
pembesar suara digabung di antara satu sama lain, kualiti
bunyi adalah kurang.
Sistem penggabungan
• Sistem ini adalah kombinasi daripada sistem utama dan
sistem penyebaran. Ia menggunakan pembesar suara
utama untuk memberi dan meninggikan tekanan bunyi
serta kuasa yang kecil pada pembesar suara akan
disebarkan ke tempat yang tertentu bila tekanan bunyi
adalah rendah daripada tahap sebenar.

Anda mungkin juga menyukai