Anda di halaman 1dari 10

1.

PERFORM LAB SAFETY



1.1 Prepare for work
1.1.1 Use safety rules according to job specifications and standards
a. Keselamatan di tempat kerja
Setiap manusia perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan sebelum ,semasa dan selepas
melakukan sesuatu kerja. Keselamatan boleh di takrifkan kepada:
Keselamatan adalah sikap dan kesedaran seseorang terhadap tindakannya dan
persekitarannya pada setiap saat setiap hari sepanjang usianya.
Keselamatan adalah peka terhadap apa yang berlaku, apa yang boleh mendatangkan
kecederaan atau kemalangan ,tahu apa yang boleh dibuat untuk menghalangnya serta
bertindak mengatasinya.
Keselamatan sangat penting kepada juruteknik dan juga perkakasan. Garispanduan keselamatan
membantu memastikan teknik dan langkah berjaga-jaga yang yang sepatutnya dilaksanakan dengan
betul dan seragam.
b. Garis Panduan Keselamatan Am
Ikut tatacara keselamatan asas untuk mengelakkan luka, melecur, renjatan elektrik, dan kecederaan
mata. Ini merupakan sebahagian daripada garis panduan keselamatan yang asas ketika
menggunakan komputer:
Urus kabel dengan baik untuk mengelakkan bahaya tersadung dan membantu melindungi
kabel.
Tanggalkan jam dan barang kemas serta pakai pakaian yang longgar.
Matikan suis dan tanggalkan plug perkakasan sebelum melaksanakan penyelenggaraan.
Tampal bahagian tajam di dalam casing computer dengan pita pelekat.
Jangan sesekali membuka bekalan kuasa dan monitor CRT.
Jangan sentuh bahagian pencetak yang panas atau yang menggunakan voltan tinggi.
Ketahui di mana letaknya alat pemadam api dan cara menggunakannya.
Jauhkan makanan dan minuman daripada ruang kerja anda.
Pastikan ruang kerja anda bersih dan bebas daripada bertaburan.
Bengkokkan lutut ketika mengangkat barang berat bagi mengelakkan kecederaan belakang.

c. Garis Panduan Keselamatan Elektrikal
Patuhi panduan keselamatan elektrikal bagi mengelakkan kebakaran, kecederaan dan kematian
berpunca daripada elektrik di rumah dan tempat kerja. Bekalan kuasa dan monitor CRT
mengandungi voltan yang tinggi. Jangan pakai antistatic wrist strap apabila membaiki bekalan kuasa
atau monitor CRT. Hanya juruteknik berpengalaman dibenarkan membaiki bekalan kuasa dan
monitor CRT.
Beberapa bahagian pencetak menjadi sangat panas apabila sedang digunakan dan beberapa
bahagian lagi mungkin mengandungi voltan tinggi. Periksa manual pencetak bagi menentukan lokasi
komponen yang bervoltan tinggi. Beberapa komponen masih mengekalkan voltan tinggi tersebut
walaupun telah dimatikan bekalan kuasa. Pastikan pencetak telah diberikan masa untuk proses
penyejukan sebelum diselenggarakan.
Peralatan elektrik mempunyai keperluan kuasa tertentu. Sebagai contoh adapter AC dikilangkan
untuk computer riba yang teretentu. Menukar power cords sesebuah komputer riba dengan yang
lain boleh merosakkan kedua-dua adapter AC dan komputer riba.





d. Garis Panduan Keselamatan Kebakaran
Ikut panduan keselamatan kebakaran bagi menyelamatkan nyawa, struktur dan peralatan. Bagi
mengelakkan kejutan elektrik dan kemusnahan komputer, matikan suis dan tanggalkan plug
sebelum memulakan penyelenggaran komputer.
Api boleh merebak dengan cepat dan mengakibatkan kerugian. Penggunaan alat pemadam api yang
betul boleh mengelakkan kebakaran kecil menjadi tidak tekawal. Apabila bekerja dengan komponen
komputer, awasi kemungkinan berlakunya kemalangan kebakaran dan ketahui cara untuk bertindak.
Waspada terhadap sebarang bau yang muncul dari komputer dan sebarang peralatan elektronik.
Apabila sesuatu komponen elektrik terlebih atau terkurang kuasa, ia akan mengeluarkan bau hangit.
Apabila berlakunya kebakaran, ikuti prosedur keselamatan berikut:
Jangan lawan kebakaran yang tidak terkawal.
Sentiasa sediakan pelan laluan kecemasan kebakaran sebelum memulakan sesuatu kerja.
Keluar daripada bangunan secepat mungkin.
Hubungi segera pihak berkuasa kecemasan (bomba) untuk bantuan.
Cari dan baca arahan penggunaan alat pemadam api di tempat kerja anda sebelum anda
perlu menggunakannya.
Kenali jenis pemadam api yang digunakan di tempat anda. Setiap jenis pemadam api mempunyai
bahan kimia tertentu untuk memadamkan pelbagai jenis api yang disebabkan oleh:
Kertas, kayu, plastik, cardboard Bahan mudah terbakar yang biasa
Minyak petrol, minyak tanah, cecair organic Cecair mudah terbakar
Peralatan elektrik
Besi mudah terbakar
Penting untuk anda mengetahui bagaimana menggunakan alat pemadam api. Ingat P A S S
sebagai peraturan asas cara untuk menggunakan alat pemadam api:
P: Pull the pin.
A: Aim at the base of the fire, not at the flames.
S: Squeeze the lever.
S: Sweep the nozzle from side to side.
e. Lain-lain Garis Panduan Keselamatan Ketika di Tempat Kerja

Patuhi tanda, poster, amaran dan arahan keselamatan yang ada.
Bersihkan laluan keselamatan dari sebarang halangan dan tompokan minyak.
Bersihkan kawasan dan meja kerja dari sebarang tumpahan minyak dan sisa kerja.
Hendaklah dipastikan adanya pengudaraan yang baik dan keamatan cahaya yang tinggi di
dalam bengkel.
Lantai bengkel hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih bebas dari tompokan minyak dan
alatan. Mesin dan meja kerja serta peralatan hendaklah disusunatur dengan kemas.
Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja, persekitaran kerja, penumpuan
kepada kerja dan kesihatan diri.
Pakai pakaian dan alatan keselamatan (PPE - Personal Protective Equipment) yang sesuai dengan
kerja yang dilakukan
Buat kerja mengikut arahan dan peraturan yang telah ditetapkan sama ada di dalam tempat
terbuka atau confined space. Kerja di tempat terbuka adalah seperti di dalam bengkel, tapak
pembinaan, kawasan Industri. Confined space adalah seperti Cold Storage Room, terowong
bawah tanah, laluan kabel dan sebagainya. Dapatkan kebenaran dari site supervisor dan terlatih
jika ingin bekerja di confine space.

1.2 Follow basic security procedures
1.2.1 Apply equipment and work area for service able condition in accordance with work place
Mengenalpasti prosedur keselamatan bagi melindungi perkakasan daripada kerosakan dan data
daripada hilang.
Pengeluaran caj elektrostatik (ESD), cuaca yang melampau, dan sumber bekalan elektrik yang tidak
berkualiti boleh menyebabkan kerosakan kepada perkakasan computer. Ikut garis panduan
pengendalian, sedar isu-isu alam sekitar, dan gunakan peralatan yang dapat menstabilkan kuasa
untuk mengelakkan kerosakan peralatan dan kehilangan data.
Electrostatic Discharge (ESD) dan Electromagnetic Interference (EMI)
ESD
Elektrik statik adalah pembentukan cas elektrik di atas sesuatu permukaan. ESD berlaku apabila
pembentukan ini berpindah kepada komponen dan menyebabkan kerosakan. ESD boleh merosakkan
elektronik dalam sistem komputer.

Sekurang-kurangnya 3000 volt elektrik statik perlu terbentuk sebelum seseorang dapat merasakan
ESD. Sebagai contoh , elektrik statik boleh terbentuk pada anda apabila anda berjalan di lantai
berkarpet . Apabila anda menyentuh orang lain , anda berdua menerima kejutan. Sekiranya aliran
menyebabkan kesakitan atau mengeluarkan bunyi , caj itu mungkin melebihi 10,000 volt. Sebagai
perbandingan, kurang dari 30 volt elektrik statik boleh merosakkan komponen komputer.

ESD boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada komponen elektrik. Ikut cadangan ini untuk
membantu mencegah kerosakan disebabkan ESD :

Simpan semua komponen dalam beg antistatic sehingga anda sudah bersedia untuk membuat
pemasangan.
Gunakan grounded mats pada workbenches .

Gunakan grounded floor mats di kawasan kerja .

Gunakan antistatic wrist straps apabila bekerja dengan komputer.


EMI
Gangguan elektromagnet (EMI) adalah pencerobohan isyarat elektromagnet luar dalam media
penghantaran seperti kabel tembaga. Dalam persekitaran rangkaian, EMI memesongkan isyarat
menjadikan peranti penerima mempunyai kesukaran mentafsirkan isyarat yang diterima.

EMI tidak selalu datang daripada sumber-sumber yang dijangkakan, seperti telefon selular. Lain-lain
jenis peralatan elektrik juga boleh mengeluarkan medan elektromagnet yang senyap serta tidak
kelihatan yang boleh berlanjutan sejauh lebih daripada satu batu ( 1.6 km).

Terdapat banyak sumber EMI :

Mana-mana sumber yang direka untuk menjana tenaga elektromagnet

sumber buatan manusia seperti power lines atau motor

peristiwa semula jadi seperti ribut elektrik, atau radiasi solar dan interstellar

Rangkaian wayarles dipengaruhi oleh gangguan frekuensi radio (RFI) . RFI adalah disebabkan oleh
radio dan alat-alat lain memancar di frekuensi yang sama. Sebagai contoh, telefon tanpa wayar
boleh menyebabkan masalah dengan rangkaian wayarles apabila kedua-dua peranti menggunakan
frekuensi yang sama. Ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebabkan gangguan apabila
diletakkan berdekatan dengan peranti rangkaian tanpa wayar.
Cuaca
Cuaca memberi kesan kepada peralatan komputer dalam pelbagai cara:
Jika suhu persekitaran terlalu tinggi, peralatan boleh menjadi terlalu panas .
Jika tahap kelembapan adalah terlalu rendah , kemungkinan berlaku ESD.
Jika tahap kelembapan adalah terlalu tinggi, peralatan boleh mengalami kerosakan akibat
lembapan.

SUHU DAN KELEMBAPAN PERSEKITARAN SISTEM KOMPUTER
Suhu Persekitaran Komputer

Suhu adalah penentu utama dalam menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Komponan
computer seperti cip adalah sensitif kepada suhu yang tinggi. Sesebuah makmal komputer itu,
haruslah mempunyai pengudaraan yang baik. Suhu yang sesuai untuk persekitaran sistem computer
adalah 16 28 C (paras suhu bilik).
Kesan suhu yang tinggi pada komputer ialah :
i) Sering berlaku gangguan berkala.
ii) Komputer sering hang.
iii) Komponen dalaman akan mudah rosak (seperti cip dan komponen kecil)
iv) Masalah berkaitan suhu boleh diatasi dengan langkah langkah berikut :
Tempatkan komputer dikawasan yang sejuk (kering).
Tempatkan komputer jauh dari pancaran matahari.
Mengurangkan kepanasan suhu bilik dengan memasang alat penyaman udara dan kipas yang
secukupnya.
Pastikan alat penyaman udara atau kipas berfungsi dengan baik.

Kelembapan Persekitaran Komputer

Selain dari suhu, kelembapan persekitaran makmal komputer juga merupakan faktor penting bagi
menjamin jangka hayat sesebuah komputer. Udara persekitaran mengandungi kelembapan yang
berbentuk wap. Komputer harus di tempatkan di kawasan yang sejuk (kering). Kelembapan yang
sesuai bagi persekitaran komputer ialah 50-70%. Sekiranya komputer berada didalam keadaan
lembab atau terkena air, ia boleh
merosakkan komponen di dalam komputer. Masalah kelembapan ini selalu terjadi di kawasan yang
sering
mengalami hujan dan kawasan tepi pantai. Komputer yang mengalami kelembapan atau terkena air
bukan sahaja akan menyebabkan komputer rosak, malahan akan menyebabkan bahaya pada
pengguna. Masalah yang sering timbul akibat dari kelembapan yang melampau ialah :
i) Komponen dalaman komputer seperti pin, kabel, soket dan kad antara muka akan mudah rosak.
ii) Komponen dan perkakasan lama-kelamaan akan rosak dimakan karat.
iii) Isyarat (signal), trek perjalanan arus elektrik akan terputus saluran akibat karat.
Langkah bagi mengatasi masalah akibat kelembapan ini ialah :
i) Tempatkan komputer jauh dari alat penyaman udara bagi mengelakan komputer terkena titisan air
dari alat tersebut.
ii) Laraskan alat penyaman udara pada had kelembapan yang sesuai bagi persekitaran makmal
komputer.
iii) Berhati hati dengan air dan kelembapan di persekitaran makmal komputer.

Alat Pengukur
Suhu bilik boleh diukur menggunakan termometer, manakala kelembapan bilik diukur dengan
menggunakan hygrometer.

Termometer
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu termometer klinik dan thermometer bilik.
Digunakan utk menyukat suhu.
Disukat dalam unit darjah celcius (C) atau farenheit (F).
Hygrometer
Alat untuk menyukat kelembapan.
Diukur dalam unit gram per ml (g/ml), tetapi biasanya disukat dalam bentuk %.

Penyelarasan Suhu dan Kelembapan

Suhu persekitaran bilik yang tinggi boleh diselaraskan atau ditetapkan dengan menyediakan unit
penghawa dingin. Suhu dan kelembapan perlu diukur sebelum diselaraskan sesuai dengan
persekitaran bilik. Berikut adalah langkah-langkah pengukuran suhu dan kelembapan bagi
persekitaran bilik.
i) Pastikan termometer dan hygrometer diletakan di tempat yang selamat.
ii) Biarkan termometer dan hygrometer mencatatkan suhunya sendiri.
iii) Ambil bacaan suhu bilik tersebut selang 1 atau 2 jam. Seelok-eloknya masa bekerja.
iv) Buat satu jadual untuk mengetahui bacaan suhu dan kelembapan persekitaran bilik.
v) Pastikan purata suhu dan kelembapan berada pada paras yang sesuai dengan keadaan bilik.
Penyelarasan suhu dan kelembapan yang betul dan sesuai dengan keadaan bilik bukan sahaja
penting untuk komputer dan peralatannya, malahan untuk keselesaan pengguna bilik atau makmal
tersebut.
Masalah Bekalan Kuasa
Voltan adalah daya yang menggerakkan elektron melalui litar. Pergerakan elektron dipanggil current
(arus). Litar komputer perlu voltan dan arus untuk komponen elektronik beroperasi. Apabila voltan
dalam komputer tidak tepat atau mantap, komponen komputer mungkin tidak beroperasi dengan
betul. Voltan tak mantap dipanggil turun naik kuasa .
Antara masalah bekalan kuasa yang boleh menyebabkan kehilangan data atau kegagalan
perkakasan:
Blackout : Bekalan elektrik terputus. Fius terbakar, transformer rosak, atau pencawang dan kabel
kuasa elektrik mengalami masalah boleh menyebabkan blackout .
Brownout : Kekurangan voltan . Brownouts berlaku apabila voltan talian kuasa jatuh di bawah 80
peratus daripada tahap voltan yang normal.
Gangguan Bunyi : Gangguan daripada generator dan kilat. Gangguan boleh menyebabkan kualiti
bekalan kuasa merudum yang boleh menyebabkan kesilapan dalam sistem komputer.
Spike : lebihan voltan secara tiba-tiba yang berlangsung dalam tempoh yang singkat (kurang dari 1
milisaat) dan melebihi 100 peratus daripada voltan normal. Boleh disebabkan oleh kilat , tetapi juga
boleh berlaku apabila bekalan kuasa elektrik kembali selepas blackout .
Power surge: lebihan voltan lebih dari 1 milisaat.
Peranti Perlindungan Bekalan Kuasa
Sebagai perisai terhadap masalah turun naik kuasa, gunakan alat-alat perlindungan kuasa untuk
melindungi data dan perkakasan komputer:
Surge Suppressor : Membantu melindungi daripada kerosakan akibat surge dan spike. Lebihan
voltan akan dialihkan ke bumi..
Uninterruptible power supply (UPS) : Membantu melindungi daripada masalah kuasa elektrik yang
berpotensi dengan membekalkan tahap konsisten kuasa elektrik ke komputer atau peranti lain.
Bateri sentiasa dicaj ketika UPS sedang digunakan. UPS menyediakan bekalan kuasa kualiti yang
konsisten apabila brownouts dan blackouts berlaku. Banyak peranti UPS boleh berkomunikasi secara
terus dengan sistem operasi komputer. Komunikasi ini membolehkan UPS selamat menutup
komputer dan menyimpan data sebelum UPS kehilangan semua kuasa elektrik.
Standby power supply (SPS) : Membantu melindungi daripada masalah kuasa elektrik yang
berpotensi dengan menyediakan bateri sandaran untuk membekalkan kuasa apabila voltan yang
masuk jatuh di bawah paras biasa. Bateri adalah dalam keadaan siap sedia semasa operasi biasa.
Apabila voltan berkurangan, bateri menyediakan kuasa DC ke inverter kuasa, yang menukarkan
kepada kuasa AC untuk komputer. Peranti ini tidak sebaik UPS kerana ia mengambil masa untuk
beralih kepada bateri. Jika peranti pensuisan gagal , bateri tidak boleh membekalkan kuasa kepada
komputer.

AMARAN
Pengeluar UPS mencadangkan supaya pencetak laser tidak disambung ke UPS kerana pencetak
boleh melebihi muatan UPS.


Lain-lain Keselamatan mesin dan peralatan
Perkakasan hendaklah disusun pada tempat yang telah disediakan dan hendaklah dipasang di
tempat teguh.
Off suis perkakasan setelah digunakan.
Off suis utama setelah butang suis off perkakasan ditekan.
Setiap perkakasan hendaklah di tampal dengan helaian S.O.P (Prosedur Operasi yang Selamat)
dan S.O.P tersebut perlu dipatuhi.
Penyelenggaraan perkakasan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang yang kompeten sahaja.
Alatan tangan hendaklah disusun dan disimpan di dalam tool box, beg canvas atau kabinet
apabila tidak digunakan.

1.3 Carry out basic first aid
1.3.1 Select applicable tools and equipment to meet the job requirement and standard
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan
perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan
selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan
kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti
pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan
kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam
seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.
Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Dresing steril - beberapa saiz.

2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )

5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil

Peti pertolongan cemas Peralatan asas yang perlu ada

NAMA UBAT / ALAT KEGUNAAN
1. Kain Pembalut yang berlainan - Menolong menahan rawatan luka
- Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak dan juga
membantu membetulkan sendi yang terseliuh.
2. Kain tekap yang berlainan saiz - Untuk menetapkan rawat
- Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk merawat luka
3. Kapas - Untuk membersihkan luka
- Digunakan sebagai Pading untuk rawat luka untuk menyerap
darah daripada luka.
4. Plaster / Elastoplast - Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut.
- Untuk merawat luka-luka kecil
5. Gunting kecil berkilat - Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya
6. Pin Penyemat - Untuk menyemat pembalut
7. Termometer Klinik - Untuk mengambil suhu badan

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja
dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
- memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
- Tindakan serta merta pertolongan cemas:
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
- Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. [R]
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan
CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
1.4 Clean up work area and maintain equipment

1.4.1 Prepare equipment according to Standard Operating Procedure (SOP)

STANDARD OPERATING PROCEDURES ( SOP )

Standard Operating Procedure [SOP] adalah satu langkah yang biasa dibuat apabila hendak
menjalankan sesuatu peralatan atau mesin. Ianya dibuat bagi memastikan sesuatu peralatan itu
beroperasi dengan betul serta berkeadaan baik.
Tujuan :
Mengatasi kemalangan ditempat kerja juga menjaga peralatan atau mesin agar ia sentiasa berada
dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan selamat. Keselamatan tempat kerja adalah penting
bagi orang luar menilai sesuatu organisasi atau jabatan dan juga faktor kecekapan.

Setiap mesin yang ingin digunakan mestilah berpandukan kepada SOP terlebih dahulu. Lazimnya
akan diletakkan berhampiran atau pada mesin. Terdiri daripada 3 peringkat iaitu :
a. Sebelum Digunakan
b. Semasa Operasi
c. Selepas Digunakan

Anda mungkin juga menyukai