Anda di halaman 1dari 7

1.

MEMERIKSA PERSEKITARAN SISTEM KOMPUTER


Pelajar dikehendaki memeriksa persekitaran sistem komputer menggunakan
Peralatan dan bahan sesuai seperti langkah kerja dan manual supaya
arahan dapat dikaji, keadaan bilik komputer dapat di periksa ( contoh : suhu,
kelembapan. Kemudahan dan lain-lain ) dan alat keselamatan ( contoh : alat
pemadam api ) diletakkan, dikenalpasti, diperiksa, di uji, direkodkan dan di
laporkan kepada pihak yang berkenaan
1.1. Persekitaran Sistem Komputer
Persekitaran dimana komputer, komponen dan perisianya berada
ditempat dan di dalam keadaan yang dilindungi, dikawal dan selamat
daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada
komputer
Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada
komputer ialah
G A Habuk dan debu
Persekitaran sistem komputer perlu selalu dibersihkan
bagi
mengelakan pengumpulan habuk dan debu didalam
komputer.
Perkakasan seperti pemacu cakera dan pencetak sangat
sensetif terhadap habuk dan debu.
3.
Rajah 1-1
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 81
H B Gegaran
Elakan gegaran semasa sistem sedang beroperasi
kerana sesetengah komponen seperti pemacu cakera
keras amat sensetif terhadap gegaran.
Tempatkan komputer pada ketinggian yang sesuai.
Rajah 1-2
I C Masalah Bekalan Kuasa
Antara masalah bekalan kuasa ialah :
i) Spikes - kejadian lebihan voltan kurang dari 1
milisaat.
- kilat
ii) Surge - kejadian lebihan voltan lebih dari
1milisaat
- litar pintas
iii) Brown Out - kekurangan voltan
iv) Black Out - bekalan elektrik terputus
Langkah pencegahan :
i) Jangan menggunakan komputer semasa kilat
ii) Sentiasa memeriksa kabel-kabel dan pendawaian
elektrik yang berkaitan.
iii) Menggunakan Automatic Voltage Regulator (AVR)
bagi
menstabilkan arus atau Uninteruptable Power Supply
(UPS).
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 82
Rajah 1-3
J D Gangguan bunyi
Gangguan bunyi terjadi akibat dari denyutan tenaga
secara tiba-tiba.
Gangguan bunyi pada komputer dan komponennya akan
menyebabkan perubahan yang mengejut pada
perjalanan voltan, arus, data, dan suara.
2. STANDARD OPERATING PROCEDURES ( SOP )
Standard Operating Procedure [SOP] adalah satu langkah yang biasa dibuat
apabila hendak menjalankan sesuatu peralatan atau mesin. Ianya dibuat
bagi
memastikan sesuatu peralatan itu beroperasi dengan betul serta
berkeadaan baik.
Tujuan :
- Mengatasi kemalangan ditempat kerja juga menjaga peralatan
atau
mesin agar ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh
digunakan dengan selamat.
- Keselamatan tempat kerja adalah penting bagi orang luar
menilai
sesuatu organisasi atau jabatan dan juga faktor kecekapan.
UPS
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 83
Setiap mesin yang ingin digunakan mestilah berpandukan kepada SOP
terlebih
dahulu. Lazimnya akan diletakkan berhampiran atau pada mesin. Terdiri
daripada 3
peringkat iaitu :
a. Sebelum Digunakan
b. Semasa Operasi
c. Selepas Digunakan
3. SUHU DAN KELEMBAPAN PERSEKITARAN SISTEM KOMPUTER
Suhu Persekitaran Komputer
Suhu adalah penentu utama dalam menentukan jangka hayat
sesebuah
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA
Bahagian :
TEKNOLOGI KOMPUTER
( SISTEM )
SAFE OPERATIONAL PROCEDURE
Perkara : KOMPUTER
No.
Prosidur
:
Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :
Nama
:
LILI SOPEYA WATI
BT MOHAMED
NOR ASYIKIN BT
ISMAIL
GHAZALI BIN
MAHMOOD
Tarikh
penguatkuasaan :
1 Disember 2009 Muka Surat : 1 Drdp : 1
SEBELUM DIGUNAKAN
1. ON Suis AVR
2. ON butang CPU
3. ON butang Monitor
PERHATIAN! : Pastikan kawasan persekitaran kerja bebas dari air dan kekotoran
SEMASA OPERASI
4. Pastikan disket di scan terlebih dahulu sebelum digunakan
5. Pilih perisian yang hendak digunakan
PERHATIAN! : Pastikan mesin berfungsi dan terima arahan dengan baik
SELEPAS DIGUNAKAN
6. Shut Down Komputer
7. OFF butang Monitor
8. OFF Suis AVR
9. Kemaskan tempat kerja
PERHATIAN! : Dapatkan khidmat pengajar sekiranya menghadapi masalah
mengendalikan komputer
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 84
komputer. Kompenan komputer seperti cip adalah sensetif kepada
suhu yang
tinggi.
Sesebuah makmal komputer itu, haruslah mempunyai pengudaraan
yang baik. Suhu yang sesuai untuk persekitaran sistem komputer
adalah 16
28 C (paras suhu bilik). Formula pertukaran unit suhu
C F = 9/5 x C + 32
Kesan suhu yang tinggi pada komputer ialah :
i) Sering berlaku gangguan berkala.
ii) Komputer sering hang.
iii) Komponen dalaman akan mudah rosak (seperti cip dan
komponen kecil)
iv) Masalah berkaitan suhu boleh diatasi dengan langkah
langkah berikut :
Tempatkan komputer dikawasan yang sejuk
(kering).
Tempatkan komputer jauh dari pancaran
matahari.
Mengurangkan kepanasan suhu bilik dengan
memasang
alat penyaman udara dan kipas yang secukupnya.
Pastikan alat penyaman udara atau kipas berfungsi
dengan baik.
3.2. Kelembapan Persekitaran Komputer
Selain dari suhu, kelembapan persekitaran makmal komputer juga
merupakan
faktor penting bagi menjamin jangka hayat sesebuah komputer.
Udara persekitaran mengandungi kelembapan yang berbentuk wap.
Komputer
harus di tempatkan di kawasan yang sejuk (kering).
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 85
Kelembapan yang sesuai bagi persekitaran komputer ialah 50-70%.
Sekiranya
komputer berada didalam keadaan lembab atau terkena air, ia boleh
merosakkan komponen di dalam komputer.
Masalah kelembapan ini selalu terjadi di kawasan yang sering
mengalami hujan dan kawasan tepi pantai.
Komputer yang mengalami kelembapan atau terkena air bukan sahaja
akan
menyebabkan komputer rosak, malahan akan menyebabkan bahaya
pada
pengguna.
Masalah yang sering timbul akibat dari kelembapan yang melampau
ialah :
i) Komponen dalaman komputer seperti pin, kabel, soket dan kad
antara muka akan mudah rosak.
ii) Komponen dan perkakasan lama-kelamaan akan rosak dimakan
karat.
iii) Isyarat (singnal), trek perjalanan arus elektrik akan terputus saluran
akibat karat.
Langkah bagi mengatasi masalah akibat kelembapan ini ialah :
i) Tempatkan komputer jauh dari alat penyaman udara bagi
mengelakan
komputer terkena titisan air dari alat tersebut.
ii) Laraskan alat penyaman udara pada had kelembapan yang sesuai
bagi persekitaran makmal komputer.
iii) Berhati hati dengan air dan kelembapan di persekitaran makmal
komputer.
3.3. Alat Pengukur
Suhu bilik boleh diukur menggunakan termometer, manakala
kelembapan bilik
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 86
diukur dengan menggunakan hygrometer.
K
L A Termometer
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu termometer klinik dan
termometer
bilik.
Digunakan utk menyukat suhu.
Disukat dalam unit darjah celcius (C) atau farenheit (F).
Rajah 3-1
B Hygrometer
Alat untuk menyukat kelembapan.
Diukur dalam unit gram per ml (g/ml), tetapi biasanya
disukat dalam bentuk %.
Rajah 3-2
3.4. Penyelarasan Suhu dan Kelembapan
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 87
Suhu persekitaran bilik yang tinggi boleh diselaraskan atau ditetapkan
dengan
menyediakan unit penghawa dingin.
Suhu dan kelembapan perlu diukur sebelum diselaraskan sesuai
dengan
persekitaran bilik. Berikut adalah langkah-langkah pengukuran suhu
dan
kelembapan bagi persekitaran bilik.
i) Pastikan termometer dan hygrometer diletakan di tempat yang
selamat.
ii) Biarkan termometer dan hygrometer mencatatkan suhunya
sendiri.
iii) Ambil bacaan suhu bilik tersebut selang 1 atau 2 jam. Seelokeloknya
masa bekerja.
iv) Buat satu jadual untuk mengetahui bacaan suhu dan kelembapan
persekitaran bilik.
v) Pastikan purata suhu dan kelembapan berada pada paras yang
sesuai
dengan keadaan bilik.
Penyelarasan suhu dan kelembapan yang betul dan sesuai dengan
keadaan
bilik bukan sahaja penting untuk komputer dan peralatannya, malahan
untuk
keselesaan pengguna bilik atau makmal tersebut.
3.5. Unit Penghawa Dingin
Unit penghawa dingin adalah amat penting dalam memastikan
persekitaran
komputer berada didalam keadaan yang selesa.
Keadaan iklim negara yang panas, memerlukan setiap makmal
komputer
mempunyai unit penghawa dingin untuk mengurangan kepanasan
suhu.
Pelbagai jenis unit penghawa dingin yang terdapat dipasaran
sekarang,
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 88
antaranya i, york, samsung, panasonic dll.
Berikut adalah langkah-langkah menyediakan penghawa dingin
di dalam makmal komputer :
i) Pastikan penghawa dingin diletakkan sesuai dengan kebesaran
dan
ketinggian syiling makmal tersebut.
ii) Pastikan tempat penghawa dingin itu sesuai dengan tempatnya
(sila baca
buku manual yang disertakan).
iii) Kawal suhu penghawa dingin di antara 16C ~ 24C.
iv) Pastikan langkah-langkah keselamatan dan SOP diikuti ketika
menggunakan penghawa dingin.
4. MEMERIKSA KEMUDAHAN AM LAIN
4.1. Pencahayaan
Pastikan cahaya di kawasan kerja adalah cukup terang bagi
memudahkan kita
melakukan kerja terutamanya yang melibatkan komponen-komponen
yang
halus .
Persekitaran komputer seharusnya mempuyai kemudahan asas seperti
tingkap dan lampu yang secukupnya bagi memastikan bilik/makmal
mendapat
pencahayaan yang cukup.
Pencahayaan yang cukup juga penting untuk persekitaran
bilik/maklmal bagi
mengelakan berlakunya kemalangan dan kecederaan semasa
melakukan
kerja.
Dengan itu, hendaklah dipastikan lampu sentiasa berada didalam
keadaan
baik dan terang.Lampu yang mengalami kerosakan hendaklah di baiki
dengan
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 89
segera.
4.2. Pengaliran Udara
Pastikan segala peralatan dan perabot yang disusun tidak terlalu
banyak bagi
tidak menghalang pengaliran udara. Ini bagi mengelakkan kawasan
kerja
menjadi terlalu panas.
Ia juga bagi mengelakkan ruang kerja yang terlalu sempit.
Bilik/maklmal
haruslah mempunyai kipas, air cond dan penyedut udara yang
mencukupi.
Kekemasan dan kebersihan tempat kerja juga perlu dititik beratkan
bagi
menjamin keselamatan dan keselesaan semasa bekerja.
Kekemasan merangkumi susunan perabot/peralatan, pendawaian dan
kebersihan.Perabot/peralatan harus sentiasa tersusun rapi. Elakkan
perabot
yang banyak pada bilik/makmal yang sempit.
Pendawaian haruslah dikemaskan dengan rapi dan sempurna
menggunakan
casing atau pengikat wayar.
4.3. Kekemasan
Kekemasan dan kebersihan tempat kerja juga perlu dititik beratkan
bagi
menjamin keselamatan dan keselesaan semasa bekerja.
Kekemasan merangkumi susunan perabot/peralatan, pendawaian dan
kebersihan.
Perabot/peralatan harus sentiasa tersusun rapi. Elakkan perabot yang
banyak
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 90
pada bilik/ makmal yang sempit. Pendawaian haruslah dikemaskan
dengan
pengikat kabel dan casing
5. 5. Sistem Pencegahan Kebakaran
Setiap bangunan harus mempuyai sistem pencegahan kebakaran yang baik,
bagi
Memastikan bangunan, aset dan penguni dapat menyelamatkan diri sebelum
kebakaran merebak.
Sistem pencegahan kebakaran haruslah bersesuaian dengan fungsi
sesebuah
bangunan itu. SPK ini, selalunya diletakkan di tempat yang mudah untuk
dikesan
oleh punca kebakaran dan penghuni bangunan.
SPK biasanya mempunyai alarmnya sendiri. Oleh itu alat ini mesti diuji
keberkesanannya dari masa ke semasa.
Terdapat bebarapa jenis sistem pencegahan kebakaran yang biasa
digunakan.Antaranya ialah :
Jenis Sistem Cara Kerja Kelebihan / Kelemahjan
1. Sistem Pecah Kaca
Bila berlaku kebakaran,
suis pengaktifan hendaklah
dicari dan dipecahkan bagi
mengaktifkan sistemnya
Murah Kurang selamat
jika kebakaran berlaku
Pada hari cuti atau suis
tidak dijumpai
2. Sistem pengesan asap
Bila sebarang asap dikesan
sistemnya akan diaktifkan
dan siren kebakaran pun
berbunyi
Lebih sensitif
Mahal
F01-01-02-LE1-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 91
3. Sistem pengesan haba
Bila sebarang haba dikesan
sistemnya akan diaktifkan
dan siren kebakaran pun
berbunyi
Lebih sensitif
Mahal
LATIHAN
JAWAB SEMUA SOALAN
3 1 Berikan 2 jenis alat pengukur
4 2 Nyatakan 3 jenis sistem pencegahan kebakaran
5 3 Nyatakan alat untuk mengukur kelembapan
RUJUKAN :
1 Jabatan Bomba Malaysia.
F01-01-02-LE2-IS PINDAAN : 0 MUKASURAT 92
INSTITUSI LATIHAN

Anda mungkin juga menyukai