Anda di halaman 1dari 24

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Dalam era yang berteknologi tinggi ini, media perhubungan sangat penting bagi
menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah. Tapi malangnya maklumat sulit
yang ingin disampaikan sering dibocor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh
itu penggunaan e-mel amatlah penting dalam era masa kini.

Pejabat Kolej Vokasional Besut merupakan sebuah tempat yang sering


menerima maklumat yang penting untuk urusan di kolej. Projek ini ingin dilaksanakan
untuk memberi kemudahan dan jaminan keselamatan sesuatu maklumat.

Email merupakan kaedah penghantaran mesej antara individu menggunakan


peranti elektronik yang melibatkan mail server dan mail client. Mail server akan
melakukan penyimpanan dan pengiriman mail dari pengguna. Pengguna (user)
menggunakan email client untuk membaca mail yang tersimpan pada mail server.

Mail server melakukan pengiriman email dari pengguna yang mempunyai


mailbox di server itu sendiri atau pengiriman ke mailbox di server lain.

Aplikasi mail server yang paling banyak digunakan pada sistem Linux adalah
sendmail, postfix mahupun dovecot. Sendmail dan postfix berfungsi menangani
pengiriman email sedangkan dovecot untuk penerimaan email. Sendmail dan postfix
menggunakan SMTP sedangkan dovecot menggunakan IMAP4 mahupun POP3.

1
1.2 PENYATAAN MASALAH

Antara masalah yang dihadapi di Kolej Vokasional Besut dalam penerimaan


maklumat yang dihantar adalah sesuatu maklumat lambat diterima. Hal ini boleh
menjejaskan urusan penting yang memerlukan maklumat tersebut.

Selain itu maklumat yang seharusnya diterima oleh kakitangan Kolej


Vokasional Besut menjadi kurang privasi apabila edaran surat daripada satu individu
ke satu individu adalah secara terbuka. Ini membolehkan sesuatu maklumat bocor
tanpa disedari oleh pihak penerima.

Selain itu proses komunikasi dalaman agak sukar memandangkan


kebanyakan kakitangan menggunakan emel peribadi dengan nama domain pelbagai
penyedia perkhidmatan emel. Keadaan ini menyukarkan pengurusan penghantaran
dan penerimaan emel di mana ia terdedah kepada ralat ketika menaip alamat emel.

Perancangan untuk menghasilkan mail server di pejabat adalah sangat


bertepatan untuk memberi kelancaran dalam proses penghantaran dan penerimaan
sesuatu mesej.

1.3 OBJEKTIF PROJEK

Projek ini dibuat atas keperihatinan terhadap masalah-masalah yang dihadapi pihak
pentadbir emel di Kolej Vokasional Besut dalam menghantar mesej atau maklumat
kepada pihak lain dalam KVB. Oleh yang demikian, setelah masalah tersebut
dikenalpasti dan pemerhatian telah dibuat maka terdapat tiga (3) objektif yang bakal
dicapai dalam projek ini iaitu:

I. Memberi kelancaran penghantaran maklumat dan penerimaan maklumat


dalam tempoh masa yang singkat.
II. Memastikan keselamatan sesuatu mesej yang penting terjamin dari segi
privasi.
III. Memastikan semua kakitangan Kolej Vokasional Besut disediakan dengan
akaun emel khusus bagi urusan kerja menggunakan nama domain yang
seragam.

2
1.4 SKOP PROJEK

Projek ini dijalankan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kakitangan pejabat
dan para pensyarah di Kolej Vokasional Besut.

i. Mail server akan ditempatkan di pejabat Kolej Vokasional Besut bagi


kemudahan kakitangan KVB dan diuruskan oleh seorang pentadbir.
ii. Projek ini difokuskan kepada pensyarah dan kakitangan pejabat Kolej
Vokasional Besut supaya capaian maklumat rasmi dan penghantaran
maklumat dengan segera dan selamat.
iii. Melibatkan penggunaan perisian OS Linux. Linux digunakan kerana sistem
operasi Linux diberikan secara percuma kepada semua dan ia boleh diubah
suai mengikut kehendak.
iv. Di dalam Linux tersebut akan dikonfigurasikan sebagai Mail Server untuk
kegunaan pejabat yang dijadikan sebagai penerima dan penghantar.
v. Ia akan dilaksanakan untuk memudahkan pihak pejabat menghantar dan
mendapatkan sesuatu maklumat dengan segera dan selamat.

1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Projek ini membolehkan pihak pengurusan mengetahui apakah permasalahan yang


timbul di pejabat Kolej Vokasional Besut dalam penerimaan dan penghantaran mesej
dan maklumat. Selain itu pihak pejabat seharusnya juga perlu menunjukkan
keprihatinan terhadap rungutan pensyarah supaya penerimaan mesej dan maklumat
dapat dicapai oleh penerima dengan segera. Projek ini akan membolehkan semua
permasalahan yang wujud diselesaikan. Projek ini juga boleh dijadikan bahan rujukan
untuk masa-masa akan datang.

3
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur ini dikenali sebagai kajian lepas. Kajian literatur merupakan asas yang
sangat penting kepada pembangunan projek agar projek yang dilakukan mempunyai
garis panduan dan juga sumber rujukan yang tepat serta jelas.

Di samping itu, melalui kajian literatur pengkaji juga dapat mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan setiap kajian literatur yang seterusnya dapat dimanfaatkan
ke dalam penulisan pengkaji. Oleh yang demikian kajian literatur adalah penting
kerana dapat dimanfaatkan daripada beberapa aspek sebagai panduan dan rujukan
untuk pengkaji dalam menyiapkan projek ini.

2.2 EMEL

E-mel merupakan singkatan Mail Elektronik adalah cara mengirim surat yang dibuat
melalui media internet. Media internet yang dipersoalkan boleh melalui komputer atau
telefon bimbit yang mempunyai akses internet. Secara umum, menghantar surat
biasa akan dikenakan (Beli Setem) tetapi pada Surat Elektronik hanya sambungan
internet diperlukan.

Sebelum internet digunakan secara meluas, e-mel sudah digunakan. Pada


masa itu E-mel adalah sangat mudah, pengguna komputer hanya meletakkan surat
kepada pengguna komputer lain. E-mel hanya boleh dihantar dan diterima oleh satu
rangkaian komputer dalam siri LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan).

4
Sekitar tahun 1971, seorang programmer Amerika, Raymond Tomlinson mula
menggunakan @ simbol sebagai pemisah antara id pengguna dan domain. Sejak itu,
nama_user @ nama_komputer telah menjadi penggunaan E-mel standard.
Kemudian John Vital menemui perisian untuk menubuhkan E-mel pada tahun 1975,
beberapa tahun kemudian, E-mel menjadi popular dan telah memenuhi lalu lintas
Internet.

Eudora adalah salah satu daripada program e-mel pertama yang boleh
digunakan secara komersil pada masa itu, yang dikembangkan oleh Steve Dorner
pada tahun 1988. Kemudian pada tahun 1991, bersama dengan penemuan WWW
(World Wide Web) oleh Tim Berners-Lee, E-mail mula tersedia secara meluas dan
diakses secara percuma dengan antara muka yang lebih mesra. Beberapa penyedia
perkhidmatan e-mel percuma adalah Yahoo, Hotmail dan Gmail.

2.3 KELEBIHAN EMEL

Terdapat beberapa kelebihan mel elektronik yang menjadikan ia satu medium


penghantaran dan penerimaan maklumat yang paling cekap dan berkesan ketika ini.

i. Selamat dan Dipercayai


Tahap keselamatan dalam menghantar mesej E-mel adalah sangat
tinggi, dan industri terus berusaha untuk membangunkan walaupun
tahap keselamatan yang lebih ketat. Setiap pengguna mempunyai ID
dan juga kata laluan masing-masing jadi sukar untuk orang
menggodam dalam dalam e-mel. E-mel memastikan keselamatan
maklumat, rekod, dan butir-butir.
ii. Cepat
Penggunaan e-mel menjadikan komunikasi yang cepat antara
pengguna. Ini dapat dilihat penggunaan e-mel yang boleh dihantar
dengan serta-merta sebagai contoh urusan pejabat yang memerlukan
dokumen dihantar dengan kadar segera kepada agensi lain dengan
cepat dan tepat. Selain itu, komunikasi dalam berinteraksi juga cepat
dengan adanya e-mel anda boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja
di serata dunia. Tiada kaedah lain yang boleh menyediakan
perkhidmatan sebegini.

5
iii. Mesra Pengguna
Anda boleh menguruskan semua surat-menyurat anda di skrin dan
sebagainya boleh pelanggan anda. Cadangan anda boleh menjawab,
disemak semula, disimpan, dan dihantar kepada orang lain, semua
tanpa jumlah besar daripada kertas yang terlibat.

2.4 LINUX

Linux adalah salah satu Sistem Pengoperasian (OS), seperti Windows. Linux adalah
sistem operasi yang OPENSOURCE, yang bermaksud Linux dapat dilihat sebagai
kod sumber, diubahsuai, dan dibangunkan oleh sesiapa sahaja. Prinsip Linux
bermula dari proses pembangunan UNIX yang merupakan pelaksanaan bebas dari
POSIX, multi-tasking, memori vitual, liberaries bersama, pemuatan permintaan,
pengurusan memori yang tepat, dan multi-user.

Linux pada mulanya dicipta oleh seorang pelajar Finland bernama Linus
Torvalds. Dahulu Linux adalah projek hobi yang diilhamkan oleh Minix, sebuah sistem
UNIX kecil yang dibangunkan oleh Andrew Tanenbaum. Versi Linux 0.01 telah
dilakukan sekitar Ogos 1991. Kemudian pada 5 Oktober 1991, Linus mengumumkan
versi rasmi Linux, iaitu versi 0.02 yang hanya boleh menjalankan shell bash (GNU
Bourne Again Shell) (GNU C Compiler).

Pada masa ini Linux adalah sistem UNIX yang sangat lengkap, boleh
digunakan untuk rangkaian, pembangunan perisian dan bahkan untuk kerja harian.
Linux kini merupakan sistem operasi alternatif yang jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan sistem pengendalian komersil (misalnya Windows 9.x / NT /
2000 / ME). Linux mempunyai perkembangan yang sangat cepat. Ini boleh dilakukan
kerana Linux dibangunkan oleh pelbagai kumpulan orang. Kepelbagaian ini
merangkumi tahap pengetahuan, pengalaman dan geografi. Agar kumpulan ini dapat
berkomunikasi dengan cepat dan cekap, internet adalah pilihan yang sangat sesuai.

6
BAB III

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak,
corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan projek tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.
Metodologi projek adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menyelesaikan
permasalahan.

3.2 KAEDAH PEMBANGUNAN MAIL SERVER (PPDIOO)

Menurut (Brono, Jordan, 2011: 11), Cisco telah menghasilkan sebuah formula kitaran
hidup perancangan rangkaian yang melibatkan enam fasa iaitu Prepare (Persediaan),
Plan (Perancangan), Design (Reka Bentuk), Implement (Pelaksanaan), Operate
(Operasi), dan Optimize (Optimasi). Fasa-fasa ini dikenal dengan istilah PPDIOO.

i. Sediakan Fasa (Persediaan)


Menyediakan (persiapan), menentukan keperluan organisasi dan perniagaan,
membangunkan strategi rangkaian, dan mencadangkan konsep seni bina
peringkat tinggi, untuk menyokong strategi yang disokong oleh keupayaan
kewangan organisasi atau syarikat. Dalam fasa ini, saya mencari perisian dan
beberapa alatan yang bersesuaian dengan kehendak projek. Pencarian
perkakasan dan perisian adalah mengikut spesifikasi pelayan(server).

7
ii. Pelan Fasa (Perancangan)
Fasa perancangan, mengenal pasti keperluan rangkaian berdasarkan
matlamat pengguna, kemudahan, dan keperluan. Fasa ini menerangkan ciri-
ciri rangkaian, yang bertujuan untuk menilai rangkaian, melaksanakan jurang
analisi pada reka bentuk seni bina yang terbaik, melihat tingkah laku
persekitaran operasi. Perancangan projek harus selaras dengan skop (had),
kos dan parameter sumber disesuaikan dengan keperluan projek. Pelan
projek diikuti (dan dikemaskini) semasa fasa dalam kitaran. Fasa ini pula bagi
mendapatkan hasil analisis data dari responden. Untuk mendapatkan hasil
responden tersebut, saya telah menghasilkan borang soal selidik untuk
diberikan kepada responden.

iii. Reka Bentuk Fasa (Reka Bentuk)


Reka bentuk rangkaian dibangunkan berdasarkan keperluan teknikal, dan
perniagaan yang diperoleh dari keadaan sebelumnya. Spesifikasi reka bentuk
rangkaian adalah reka bentuk yang komprehensif dan terperinci yang
memenuhi keperluan teknikal semasa. Rangkaian ini mesti menyediakan
ketersediaan, kebolehpercayaan, keselamatan dan prestasi. Keputusan reka
bentuk termasuk rajah rangkaian, dan senarai peralatan. Dari segi reka bentuk
rangkaian,saya mendapati bahawa jenis rangkaian yang bersesuaian adalah
intranet. Ini kerana projek ini hanya untuk kegunaan dalaman Kolej Vokasional
Besut.

iv. Pelaksanaan Fasa (Pelaksanaan)


Dalam fasa ini, peralatan baru dipasang dan dikonfigurasikan, mengikut
spesifikasi reka bentuk. Setiap langkah pelaksanaan hendaklah termasuk
perihalan, panduan pelaksanaan terperinci, anggaran masa untuk
pelaksanaan, langkah-langkah pemulihan dalam kes kegagalan, dan
maklumat lain. Dalam fasa ini pula saya menjalan proses memasang
peralatan seperti memasang router,switch dan pemasangan perisian OS
Linux Ubuntu 18.04.

v. Beroperasi Fasa
Fasa operasi adalah untuk mengekalkan daya tahan aktiviti harian rangkaian.
Operasi termasuk pengurusan dan pemantauan komponen rangkaian,
penyelenggaraan penghalaan, mengurus peningkatan, mengurus prestasi,
mengenal pasti dan membetulkan kesilapan rangkaian. Tahap ini adalah ujian

8
terakhir untuk tahap reka bentuk. Semasa operasi, pengurusan rangkaian
mesti memantau kestabilan dan prestasi rangkaian, pengesanan ralat,
pembetulan konfigurasi, dan aktiviti pengawasan prestasi, menyediakan data
awal untuk fasa pengoptimuman. Pada tahap ini pengujian dan pemantauan
dijalankan oleh pentadbir pelayan. Jika terdapat ralat, konfigurasi membaik
pulih ralat dijalankan bagi melancar perjalanan sistem.

vi. Tahap Pengoptimuman


Fasa pengoptimuman melibatkan kesedaran secara proaktif pengurusan
rangkaian dengan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, sebelum ia
mempengaruhi rangkaian. Tahap pengoptimuman, adalah mungkin untuk
mengubah reka bentuk rangkaian, jika terlalu banyak masalah rangkaian
timbul, kemudian juga untuk memperbaiki masalah prestasi, atau
menyelesaikan masalah dalam aplikasi (perisian). Keperluan untuk reka
bentuk rangkaian diubah suai membawa kepada pembangunan rangkaian,
kembali ke permulaan kitaran hayat dalam model fasa PPDIOO. Jika lalu
lintas rangkaian mempunyai masalah kerana menggunakan intranet, saya
ingin menggunakan domain luar supaya dapat berjalan lancar dan dapat
diakses di mana-mana sahaja.

Rajah 3.1: Metodologi PPDIOO

9
3.3 CARTA ALIR

Mula

Analisa dan Pemerhatian

Rekabentuk Projek

Perolehan Bahan dan Perisian

Pemasangan Perkakasan

Pemasangan Sistem Operasi

Konfigurasi Linux sebagai Mail Server

Pengujian
Gagal
Berjaya

Operasi

Tamat

Rajah 3.2: Carta Alir Pelaksanaan Projek

10
3.4 CARTA GANTT PERLAKSANAAN PROJEK

Rajah 3.3: Carta Gantt Pelaksanaan Projek

11
3.5 SENARAI BAHAN DAN PERISIAN

Jadual 3.1: Jadual Senarai Bahan

Bil Perkakasan/Perisian Kuantiti

1 OS Linux 1

- Ubuntu 18.04

2 Switch 1

3 Server 1

4 Router 1

5 Patchcord 1

3.6 KESIMPULAN

Setiap projek yang dilaksanakan mempunyai metodologi projek yang terdiri mengikut
jenis projek yang dilakukan. Selain itu, metodologi projek yang digunakan mestilah
bersesuaian dengan objektif projek. Ia merupakan satu perkara yang amat penting
dalam melakukan sesuatu penyelidikan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan
berkualiti. Dengan adanya metodologi projek, projek yang akan dilakukan akan lebih
teratur dan akan mendapatkan hasil projek yang lebih baik. Metodologi projek juga
boleh dianggap sebagai perancangan awal ke arah mana sesuatu projek itu akan
dibawa sama ada ke arah kejayaan atau sebaliknya.

Hasil yang akan diperoleh juga bergantung kepada pemilihan metodologi


projek. Setelah diteliti semua aspek yang berkaitan dengan tajuk projek, maka akan
dapat menentukan atau memilih metodologi projek yang sesuai dengan tajuk projek.
Selain itu, metodologi projek merupakan cara bagaimana pengkaji mendapat
maklumat, bahan, sumber rujukan dan data berkaitan dengan projek.

12
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Setelah mendapat data dan maklumat yang dikehendaki melalui borang soal selidik
yang telah disediakan serta maklumat-maklumat yang diperolehi secara lisan dan
melalui soalan soal selidik. Data-data ini kemudiannya dianalisis supaya rumusan
dapat dihasilkan. Statistik diperolehi menggambarkan tahap penerimaan maklumat
sangat perlahan dan mengambil masa yang lama.

4.2 ANALISA PUNCA MASALAH

Rajah di bawah ini menunjukkan dapatan kajian daripada soalan soal selidik diberikan
kepada responden iaitu kakitangan Kolej Vokasional Besut. Melalui maklumat yang
diperoleh ini kita dapat mengetahui dengan jelas tentang 3 aspek utama sepertimana
yang diutarakan dalam instrumen iaitu:

1. Kenapa bahan lambat diterima oleh kakitangan Kolej Vokasional Besut


2. Sepantas manakah proses penghantaran maklumat di Kolej Vokasional Besut
3. Sering kali berlakunya kebocoran maklumat

13
Hasil dapatan kajian telah diperoleh melalui analisis skor berdasarkan skala Sangat
Tidak Memuaskan, Tidak Memuaskan, Memuaskan, dan Sangat Memuaskan di
dalam borang soal selidik yang merujuk kepada penyataan Sangat Tidak
Memuaskan,Tidak Memuaskan, Memuaskan, Sangat Memuaskan ke atas instrumen
yang disoal.

Jadual 4.1: Skala Likert

1 2 3 4
Sangat Tidak Tidak Memuaskan Memuaskan Sangat
Memuaskan Memuaskan

Jadual dan rajah seterusnya pula adalah hasil dari dapatan kajian yang diperoleh
daripada instrumen dalam borang soal selidik berdasarkan skor setuju, kurang setuju,
dan tidak setuju:

Hasil Responden
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Masa Maklumat Kesahihan Keselamatan Keadaan Fizikial Pembaziran
Mengagihkan Lengkap Maklumat Maklumat Maklumat Bahan Mentah
Cepat Terjamin Terjaga Terjaga

Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4

Rajah 4.1: Carta Bar Hasil Responden

14
Jadual 4.2: Jadual Hasil Soal Selidik Responden Sebelum Melakukan Projek

Bil Perkara Skala


(1) (2) (3) (4)
1 Masa yang diambil untuk mengagihkan cepat 12 10 6 2
2 Maklumat yang dihantar lengkap 13 7 9 1
3 Kesahihan maklumat terjamin 15 7 5 3
4 Keselamatan maklumat terjaga 10 12 6 2
5 Keadaan fizikal maklumat terjaga 9 11 8 2
6 Pembaziran bahan mentah 10 16 3 1

Hasil analisis ternyata pihak kolej harus memenuhi keperluan kakitangan dan
pensyarah supaya maklumat penting yang akan disampaikan dapat diterima dengan
pantas dan selamat daripada pihak ketiga. Setelah meneliti tahap untuk maklumat
dapat hasil adalah seperti berikut:

i. Kakitangan menyatakan maklumat sampai pada masa yang sangat lambat.


Punca masalah terjadi apabila masa yang diambil sangat lama untuk
mencetak bahan
ii. Dari segi keselamatan data pula hasil menunjukkan kebanyakan bahan sering
terbocor pada pihak ketiga semasa penghantaran.

Justeru untuk untuk mengelakkan terjadinya perkara tersebut, strategi telah


dikenalpasti.

4.3 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Dalam borang kaji selidik, bahagian A adalah perkara berkaitan latar belakang
responden. Bahagian ini membincangkan berkenaan data deskriptif sampel kajian
iaitu jantina dan jawatan. Jumlah responden yang terlibat ialah 30 responden.

Jadual menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina.


Responden lelaki berjumlah 15 orang (50%) dan responden perempuan adalah 15
orang (50%).

15
Jadual 4.3: Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (N) Peratusan


Lelaki 15 50%
Perempuan 15 50%
Jumlah 30 100%

50% 50%

Lelaki Perempuan

Rajah 4.2: Peratus Mengikut Jumlah Responden

Projek yang dijalankan ini mengambil sejumlah responden yang berjumlah 30 orang.
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut jantina. Responden lelaki
berjumlah 15 orang, manakala responden perempuan adalah 15 orang. Didapati
responden lelaki dan perempuan sama.

Peratusan mengikut jawatan adalah seperti berikut:

Jadual 4.4: Peratus Mengikut Jawatan di Kolej Vokasional Besut

Jawatan Kekerapan Peratusan


Kakitangan 8 27%
Pensyarah 22 73%
Jumlah 30 100%

16
100

90

80

70

60

50

40
73%
30

20
27%
10

0
Kakitangan Pensyarah

Rajah 4.3: Carta Bar Mengikut Peratus Jawatan

Rajah menunjukkan kekerapan bagi responden bagi kakitangan berjumlah (27%)


bersamaan 8 orang, manakala kekerapan bagi pensyarah adalah (73%) bersamaan
22 orang. Bilangan pensyarah lebih ramai berbanding kakitangan kerana para
pensyarah sering menggunakan perkhidmatan emel.

4.4 HASIL PROJEK

Rajah 4.4 di bawah menunjukkan paparan utama yang wujud dalam projek. Paparan
ini merupakan paparan untuk login ke akaun emel masing-masing. Setiap kakitangan
di Kolej Vokasional Besut akan diwujudkan satu akaun yang berdomainkan
@kvbesut.com untuk digunakan sewaktu penghantaran maklumat.

17
Rajah 4.4: Laman Utama Webmail

Rajah 4.5 menunjukkan paparan rupa bentuk sewaktu menghantar maklumat kepada
pengguna lain.

Rajah 4.5: Penghantaran Emel

18
Rajah 4.6 menunjukkan paparan sendbox emel yang telah dihantar. Paparan ini
merupakan pengesahan sama ada maklumat telah berjaya diterima oleh pengguna
lain atau tidak. Ia juga boleh dilihat semula mesej yang pernah dihantar.

Rajah 4.6: Pada Sendbox Emel

Rajah 4.7 menunjukkan paparan penerimaan emel. Paparan ini merupakan paparan
yang akan menunjukkan emel yang telah disampaikan oleh pengguna lain.

Rajah 4.7: Penerimaan Emel

Rajah 4.8 adalah contoh bagaimana untuk menambah pengguna yang baru. Berikut
adalah langkah menambah pengguna baru.

1. useradd –m (nama pengguna)

19
2. passwd (nama pengguna)
3. Masukkan kata laluan pengguna.
4. Masukkan sekali lagi kata laluan untuk pengesahan

Rajah 4.8: Tambah Pengguna

4.5 KESIMPULAN

Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, kesemua objektif yang hendak dikaji telah
berjaya dianalisa. Dapatan kajian ini akan memudahkan pengkaji untuk lebih
memahami senario yang berlaku di Kolej Vokasional Besut. Hasil kajian ini juga
menunjukan sejauh mana tahap kualiti emel server di Kolej Vokasional Besut.

20
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dan secara amnya bab ini akan membincangkan
dengan lebih mendalam tentang hasil dapatan yang telah dianalisis dalam bab 4.
Hasil dapatan ini disokong dengan pendapat- pendapat yang boleh mengukuhkan
hasil analisis projek. Cadangan bagi penambahbaikan projek pada masa akan datang
turut dibincangkann bagi digunapakai untuk projek-projek lanjutan yang akan
dilakukan kelak. Akhir sekali, bab ini adalah berkait dengan kesimpulan kepada projek
ini secara keseluruhannya melihat sama ada objektif projek dapat dicapai ataupun
tidak berdasarkan kepada perbincangan ke atas dapatan projek yang telah diperolehi
dan beberapa cadangan juga turut dikemukakan.

5.2 PERBINCANGAN

Dokumentasi yang dibangunkan ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil


pembuatan projek yang telah terlaksana. Projek ini dibahagikan kepada beberapa
aktiviti.

Secara keseluruhanya, pelaksanaan projek ini mengambil masa hampir 8


bulan untuk disiapkan sepenuhnya kerana pelbagai faktor-faktor yang perlu diambil
kira seperti dari segi masa dan sumber. Walaupun terdapat masalah dan kekurangan

21
yang berlaku semasa proses perlaksanaan, projek ini tetap berjaya diselesaikan dan
dapat digunakan sepenuhnya oleh kakitangan Kolej Vokasional Besut

5.3 KEKURANGAN/ KEKANGAN PROJEK

Alamat IP sentiasa berubah apabila pelayan(server) ditutup ia disebabkan


penggunaan alamat ip yang tidak statik menjadikan alamat ip tersebut berubah-ubah
sekiranya berlaku kehilangan elektrik.

Selain itu, emel ini hanya boleh digunakan di Kolej Vokasional Besut jadi ia
dapat digunakan sewaktu hari bekerja ataupun di kawasan Kolej Vokasional Besut.
Pendaftaran pengguna emel hanya boleh dibuat oleh pentadbir pelayan(server)
sekiranya berlaku kemasukkan kakitangan baru perlu dimaklumkan segera supaya
tiada masalah berlaku.

5.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil dari projek, maklumat tentang permasalahan dan kehendak yang diinginkan
telah berjaya diperoleh hasil daripada borang soal selidik kepada kakitangan dan
pensyarah di Kolej Vokasional Besut. Setelah melalui fasa-fasa yang telah
dibincangkan dan strategi turut berjalan seiring, projek telah berjaya meningkatkan
tahap kualiti penghantaran maklumat antara kakitangan dan pensyarah-pensyarah.

Buat masa ini mengguna emel KvBesutMail hanyalah terhad ia boleh diakses
dan digunakan di Kolej Vokasional Besut sahaja. Kami berharap agar pada masa
akan datang dapat di akses di mana sahaja supaya ia menjadi sangat meluas. Selain
itu, kelajuan internet haruslah seiring supaya tiada masalah yang akan berlaku pada
masa akan datang.

5.5 KESIMPULAN

Projek “Email Server” ini dibuat untuk memenuhi kehendak silibus Diploma Teknologi
Sistem Komputer Dan Rangkaian. Semasa projek berjalan banyak ilmu – ilmu baru
yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan selama 8 bulan. “Email Server” ini
berfungsi sepenuhnya setelah dikonfigurasi didalam Linux Ubuntu 18.04.

Dengan adanya projek ini, penghantaran maklumat kepada kakitangan di


Kolej Vokasional Besut dapat dihantar dengan segera dan pantas. Projek ini juga
22
merupakan satu sistem yang baru untuk kakitangan Kolej Vokasional Besut yang
mudah digunapakai dan tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi. Kami juga dapat
mengembangkan daya pemikiran untuk menghasilkan sesuatu projek yang ideal
mengikut perkembangan teknologi terkini yang bersesuaian pada masa akan datang.

Selain itu, terdapat kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan emel ini.
Ia boleh membuka mata ramai pihak untuk mengaplikasikan emel sebagai satu
medium penghantaran maklumat rasmi atau tidak rasmi. Namun demikian di sebalik
kebaikan terdapat juga keburukan atau kelemahan yang bakal dihadapi oleh pihak
pengguna. Contohnya tidak dapat mengakses ke website KvBesutMail akibat
gangguan server ataupun terputus bekalan elektrik. Akibat salahguna juga boleh
menjadi salah satu sebab keburukan pada pengguna contohnya maklumat penting
akan tersebar akibat individu yang berniat jahat.

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak adalah penting untuk kita menilai dan
mahir dalam menggunakan teknologi yang semakin maju ini agar tidak wujud
masalah sampingan yang boleh merugikan pengguna khususnya.

23
RUJUKAN

Buku

Richard Blum (2015). Linux Command Line and Shell Scripting Bible. Canada: Wiley.

William E. Shotts, Jr (2012). The Linux Command Line. San Francisco: No Starch
Press

David Rusenko., et.al (2005) Linux Email: Set Up and Run a Small Office Email
Server. United Kingdom: Packt

Internet

http://www.linuxmail.info/how-email-works/

http://www.postfix.org/

https://www.drupalnote.my/pembangunan-pengehosan-web/apa-itu-mail-server-
pelayan-emel

https://thishosting.rocks/install-php-on-ubuntu/

https://www.tecmint.com/install-postfix-mail-server-with-webmail-in-debian/

http://www.ceritakecil.com/ilmu-pengetahuan-dasar/artikel/Apa-Itu-E-mail-12

https://www.slideshare.net/robertjoe3152/kelebihan-penggunaan-emel

24

Anda mungkin juga menyukai