Anda di halaman 1dari 13

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam alaf ledakan teknologi maklumat (IT) kini, penggunaan aplikasi yang

berorientasikan teknologi maklumat telah berjaya menambat hati masyarakat

memandangkan pendekatan ini telah banyak menyumbang ke arah kesejahteraan

masyarakat sejagat. Arus perkembangan teknologi maklumat ini telah tersebar dengan

begitu meluas mencakupi bidang teknokrat, pertahanan, perubatan, pemakanan,

hiburan, perkhidmatan dan tidak ketinggalan juga bidang pendidikan. Ini adalah

sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara kita sebagai

pangkalan pusat ilmu di rantau Asia sekaligus memartabatkan mutu pendidikan

Malaysia.

Untuk itu, semua pihak perlu berganding bahu bagi menggembleng tenaga

supaya segala usaha dan wawasan yang telah digarap dapat direalisasi dengan
2

jayanya. Golongan pendidik yang bertindak sebagai jentera penggerak perlulah

bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab ini dan begitu juga dengan golongan

pelajar perlulah bersedia untuk menyahut seruan kerajaan ini.

Namun begitu, jika jika ditinjau kepada sistem pembelajaran yang digunakan

di peringkat institut pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya di Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), ia masih lagi berada di takuk lama iaitu dilaksanakan

secara manual. Manual di sini merujuk kepada segala aktiviti yang dilaksanakan tanpa

bantuan mesin khususnya penggunaan aplikasi teknologi maklumat (IT). Kesannya

segala aktiviti dilaksanakan secara tidak sistematik dan tiada keseragaman di dalam

menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan hal-ehwal pembelajaran.

Menyedari hakikat tersebut maka penulis dan beberapa ahli kumpulan lain

telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu sistem yang boleh menguruskan

segala hal-ehwal yang berkaitan dengan suatu subjek atau kursus yang terdapat dalam

sesebuah fakulti. Sistem ini dibangunkan setelah mengambilkira semua masalah yang

dihadapi oleh pengguna. Pengguna di sini merupakan golongan sasaran yang akan

menggunakan sistem ini kelak iaitu para pelajar dan pensyarah. Kajian telah

dijalankan di kalangan pihak pengguna bagi mendapat pandangan dan sekaligus untuk

mengenalpasti segala masalah yang timbul. Segala masalah dan pandangan yang

diperolehi dianalisa dan satu keputusan telah diambil.

Justeru itu, Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web atau nama

ringkasnya SIBERweb dibangunkan bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar

khususnya dalam menjalani kehidupan mereka di alam universiti ini. Sistem ini akan
3

memuatkan beberapa modul yang berkaitan dengan subjek atau kursus yang

ditawarkan oleh pihak fakulti.

1.2 KEPERLUAN PEMBANGUNAN SISTEM

Di dalam ruangan ini penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai

keperluan pembangunan sistem. Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web

(SIBERweb) ini dibangunkan dengan tujuan untuk menyokong sistem yang sedia ada.

Sistem yang dibangunkan ini adalah berasaskan Web di mana para pelajar

boleh mencapai segala maklumat yang dikehendaki mengenai sesuatu kursus atau

subjek di mana-mana dengan hanya melayari Internet. Mereka tidak lagi perlu pergi

ke fakulti semata-mata untuk mendapatkan sesuatu maklumat seperti untuk melihat

pengumuman terkini, menghantar tutoran, mengambil kuiz dan sebagainya. Sistem ini

telah mengaplikasikan unsur-unsur teknologi maklumat di mana semua aktiviti

berkaitan dijana oleh sistem bekomputer.

Sistem ini dijangkakan akan mendedahkan para pelajar dengan penggunaan

komputer sebagai mesin yang bertindak sebagai perantara untuk memperolehi

maklumat, berkomunikasi dan sebagainya. Sebelum ini kebanyakan pelajar merasa

takut untuk menggunakan komputer dalam urusan harian mereka. Secara tidak

langsung ia diharapkan akan menghilangkan rasa fobia di kalangan para pelajar

mahupun pensyarah dalam penggunan komputer. Tambahan pula para pelajar lebih

mudah berkomunikasi dengan pensyarah masing-masing dengan menggunakan


4

aplikasi mel elektronik. Segala masalah atau ketidakpastian para pelajar dapat

diselesaikan melalaui cara ini.

Untuk memenuhi keperluan pengguna maka sistem yang dicadangkan ini

mengandungi dua belas modul di mana modul-modul tersebut berkaitan dengan

sesuatu kursus yang ditawarkan. Modul-modul tersebut terdiri daripada maklumat

pensyarah, nota, soalan lepas, tutoran, senarai pelajar, pengumuman, jadual kuliah,

kuiz, forum, emel, maklumat kursus dan utiliti. Sistem ini dibangunkan secara

berkumpulan dan penulis telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan tiga

daripada modul-modul tersebut iaitu tutoran, nota dan juga mel elektronik.

1.3 OBJEKTIF SISTEM

Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web (SIBERweb) ini dibangunkan adalah

bagi memenuhi objektif-objektif berikut:

 Menyokong sistem lama yang sedia ada

 Mengeratkan hubungan

 Kemudahan menyalurkan maklumat terkini

 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pensyarah menguruskan modul

pembelajaran

 Membantu meningkatkan kualiti proses pembelajaran di IPT

 Meminimakan penggunaan kertas


5

1.3.1 Menyokong Sistem Lama Yang Sedia Ada

Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web ini dibangunkan dengan tujuan untuk

menggantikan sistem lama yang sedia ada iaitu secara manual. Dengan adanya sistem

ini penggunaan aplikasi teknologi maklumat adalah lebih meluas dan segala aktiviti

dapat dilakukan dengan cepat dan lebih menjimatkan masa.

1.3.2 Mengeratkan Hubungan

Melalui sistem ini diharapkan agar hubungan di antara pensyarah dan pelajar dapat

ditingkatkan. Ia dapat dieratkan dengan kemudahan interaksi di antara pensyarah dan

pelajar. Pelajar lebih mudah berkomunikasi dengan pensyarah tanpa perlu pergi

berjumpa dengannya. Sebagaimana yang kita ketahui pensyarah biasanya mempunyai

masa yang terhad untuk meluangkan masa bagi sesi pertemuan dengan para pelajar.

Tambahan pula, lokasi bilik pensyarah khususnya bagi Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat (FTSM) adalah berterabur dan ini menambahkan kesulitan pelajar untuk

mengenali sekaligus untuk mendekati para pensyarah. Oleh itu, diharapkan sistem ini

mampu menjadi pelantar kepada para pelajar terutamanya bagi pelajar junior bagi

mendapatkan khidmat dan panduan daripada pensyarah.

1.3.3 Kemudahan Menyalurkan Maklumat Terkini

Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web (SIBERweb) ini dibangunkan dengan

tujuan untuk memudahkan para pensyarah untuk menyalurkan maklumat atau

pengumuman terkini kepada para pelajar. Oleh itu para pelajar lebih mudah untuk
6

memperolehi maklumat terkini daripada pensyarah dan mereka tidak lagi ketinggalan

dalam menghadapi arus pembelajaran. Secara tidak langsung perkongsian maklumat

di antara pelajar dan pensyarah juga dapat dipertingkatkan.

1.3.4 Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pensyarah Menguruskan

Modul Pembelajaran

Melalui SIBERweb ini juga pensyarah dapat melakukan segala urusan yang berkaitan

dengan pengajarannya secara lebih efektif dan cekap. Para pensyarah akan lebih cekap

dalam mengendalikan dan menguruskan segala modul pengajarannya. Sistem akan

membantu pensyarah mengatur bahan pengajaran seperti nota dan tutoran dengan

lebih tersusun dan selamat di mana ia akan disimpan di pangkalan data. Aktiviti

seperti pengagihan nota kepada pelajar, penyaluran maklumat kepada para pelajar,

pendedahan kepada soalan-soalan lepas dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan

mudah melalui sistem..

1.3.5 Membantu Meningkatkan Kualiti Proses Pembelajaran di Institut

Pengajian Tinggi (IPT)

Sistem ini diharapkan dapat menyumbang ke arah peningkatan mutu pendidikan di

negara kita khususnya di peringkat universiti dalam melahirkan graduan yang

berkualiti. Pelajar yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dapat

dihasilkan yang mana merupakan bakal pemimpin yang akan memegang tampuk

pemerintahan negara kita pada masa akan datang.


7

1.3.6 Meminimakan Penggunaan Kertas

SIBERweb ini dibangunkan dengan harapan dapat membantu kerajaan dalam usaha

untuk menjaga alam sekitar dan dengan cara meminimakan pengguaan kertas dalam

kerja seharian.

1.4 FUNGSI SISTEM

Di dalam ruangan ini penulis akan menerangkan tentang fungsi sistem yang

dibangunkan ini dan faedahnya kepada pengguna. Penulis telah mengenalpasti

pengguna sistem atau dengan kata lainnya golongan sasaran iaitu pelajar dan

pensyarah sebagaimana yang telah diterangkan pada bahagian sebelumnya.

Sistem Pembelajaran Interaktif Berasaskan Web ini berperanan sebagai

perantara antara pelajar dan pensyarah. Sebagai contoh para pelajar boleh

berkomunikasi dengan pensyarah tanpa perlu pergi berjumpa dengannya. Dengan cara

ini pelajar lebih bersemangat untuk belajar kerana hubungan yang rapat dengan

pensyarah. Segala masalah dapat dikongsi dan diberitahu kepada pensyarah melalui

emel. Di samping itu hubungan baik antara pelajar dengan pelajar juga dapat

dirangsang oleh sistem melalui modul forum. Segala permasalahan akademik dapat

dikongsi bersama antara pelajar. Para pelajar juga boleh mendapatkan maklumat

mengenai pensyarah dengan lebih lanjut dengan hanya melihat kepada modul

maklumat pensyarah. Pensyarah juga turut bertindak sebagai penjaga kepada para

pelajar menggantikan kedua ibubapa pelajar yang jauh di rantauan dengan memberi
8

nasihat dan panduan kepada para pelajar terutamanya dalam bidang yang

bersangkutan dengan akademik.

Selain itu sistem ini juga berperanan sebagai sumber maklumat kepada para

pelajar. Para pelajar boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan dengan kursus

seperti senarai pelajar yang mendaftar kursus, maklumat kursus yang ditawarkan,

soalan tutoran, soalan kuiz, capaian nota dan sebagainya. Buat permulaan sistem ini

dibangunkan untuk seorang pensyarah sahaja iaitu untuk Puan Hazilah Mohd Amin

selaku penyelia projek tahun akhir TS3085. Jika berkesempatan sistem seperti ini

boleh dibangunkan dan dilaksanaknn untuk semua kursus atau subjek yang ditawarkan

di Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.5 METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM

Kitar Hayat Pembangunan Sistem (KHPS) yang juga dikenali sebagai Model Air

Terjun merupakan salah satu kaedah atau metodologi yang biasa digunakan oleh

kebanyakkan organisasi dalam membangunkan sesuatu sistem yang mana KHPS ini

melibatkan beberapa fasa mencakupi aspek analisis sistem dan rekabentuk.

Pendekatan KHPS diambil adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Yang pertamanya,

melalui fasa-fasa KHPS sistem boleh kembali ke fasa yang terdahulu daripadanya jika

perlu.

Yang keduanya, kitar hayat ini juga membenarkan aktiviti-aktiviti dalam fasa-

fasa tertentu disiapkan secara selari dengan aktiviti-aktiviti daripada fasa yang lain

tanpa menjejaskan antara satu sama lain. Tambahan pula, metodologi ini juga bersifat

interatif atau dengan kata lain fasa-fasa boleh diulang sehinggalah pengguna berpuas
9

hati dengan sistem tersebut. Faktor ini penting dan perlu diambil kira jika pembangun

sistem ingin memastikan bahawa produk yang dihasilkan memenuhi kriteria dan

keperluan pengguna.

1.5.1 Fasa Identifikasi dan Pemilihan Projek

Fasa ini adalah penting untuk mengenalpasti masalah dan objektif utama penghasilan

sistem di samping meneliti keperluan-keperluan baru untuk sistem yang akan

dicadangkan. Justeru itu, maklumat yang berkaitan perlu dikumpul untuk dibuat

penilaian agar pilihan penyelesaian masalah yang dibuat adalah tepat.

1.5.2 Fasa Perancangan dan Perlaksanaan Projek

Terdapat dua aktiviti utama yang perlu diambil kira dalam fasa ini iaitu mengkaji

masalah sistem dengan lebih terperinci sekaligus mengenalpasti peluang-peluang yang

ada. Di sini, kefahaman mengenai masalah sebenar yang dihadapi oleh pengguna

adalah perlu diutamakan. Setelah mengenalpasti kelemahan proses lama maka

seterusnya ialah proses pemahaman segala kehendak dan keperluan pengguna

terhadap sistem baru. Fasa ini tidak kurang pentingnya kerana setiap maklumat yang

telah diperoleh perlu diterjemahkan nanti ke dalam komputer agar dapat

menghasilkan sebuah sistem yang memenuhi kehendak pengguna.

Keduanya, kajian samada wajar ataupun tidak sistem yang dicadangkan ini

dibangunkan juga perlu dilaksanakan. Dan langkah kritikal yang perlu dititikberatkan

ialah apabila hendak menentukan skop bagi sistem yang dicadangkan. Dalam fasa ini
10

juga kebijaksanaan mengurus dan mengatur tugas serta cekap dalam mengendalikan

sumber-sumber projek adalah perlu. Penskedulan terperinci dengan menggunakan

perisian seperti Microsoft Project 98 perlu dibuat yang mencakupi daripada tarikh

mula hinggalah ke tarikh projek sistem ini siap sepenuhnya perlu dilakukan.

Perancangan ini penting sebagai panduan agar projek yang dibangunkan dapat

disiapkan tepat pada tarikh yang dijanjikan.

1.5.3 Fasa Analisis

Melalui fasa ini pula, adalah perlu untuk mengkaji sistem semasa ataupun manual

sekaligus mencadangkan alternatif untuk sistem yang baru. Seterusnya, penganalisaan

terperinci dibuat terhadap semua keperluan yang dikehendaki oleh pengguna

berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diperoleh. Justeru, bagi memastikan

sistem ini mampu memenuhi kehendak pengguna, maka sistem ini telah dipecahkan

kepada subsistem atau modul yang lebih kecil agar ia lebih mudah dibangunkan dan

senang untuk difahami.

Pada tahap ini, struktur maklumat dalam sistem yang dicadangkan

dikenalpasti. Di samping itu, kita juga perlu memahami dan mengkaji perjalanan

sebenar aliran maklumat setiap modul agar modul-modul yang bakal dibangunkan

kelak tidak bercelaru sebaliknya mampu mencapai objektif pengguna. Di sini juga

perincian masalah dicamkan dan disesuaikan berdasarkan kemampuan dan kekangan

yang sedia ada.


11

Melalui fasa perancangan ini juga, kajian berkisar mengenai penggunaan

perisian, teknik dan keperluan perkakasan. Ia untuk memastikan agar pilihan yang

tepat dan sesuai dilakukan untuk membangunkan sistem yang dicadangkan.

1.5.4 Rekabentuk Logikal

Terdapat beberapa aktiviti yang terlibat dalam fasa ini iaitu aktiviti rekabentuk data,

senibina, tatacara dan antaramuka. Atau dalam kata lain fasa ini lebih memfokus

kepada merekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka. Ia bertujuan untuk

memastikan setiap modul yang dicadangkan terlaksana dengan jayanya.

3.1.5 Rekabentuk Fizikal

Rekabentuk sistem merupakan proses penterjemahan keperluan pengguna kepada satu

perwakilan perisian. Fasa ini merupakan fasa yang tidak kurang pentingnya dalam

proses pembangunan kerana rekabentuk sistem yang bakal dibangunkan ini adalah

gambaran dan seterusnya akan menggantikan sistem yang sedia ada. Justeru, ia

memerlukan kepada pemetaan yang teliti dan jitu agar tidak menimbulkan masalah

besar terhadap fasa seterusnya.

Dalam fasa ini, kita perlu menterjemahkan atau menukarkan gambarajah,

aliran dan proses data dalam sistem kepada rekabentuk sistem yang distrukturkan.

Seterusnya, sistem yang distrukturkan ini dipecahkan kepada bahagian yang lebih

kecil dan ditulis dalam bahasa pengaturcaraan komputer.


12

Semasa fasa ini penentuan bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan,

pelantar perkakasan, sistem operasi, persekitaran rangkaian dan jenis sistem

pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan data dikenalpasti.

1.5.5 Pelaksanaan

Fasa pelaksanaan melibatkan tiga elemen penting iaitu pengekodan, pengujian dan

instalasi. Proses pengekodan sistem merupakan satu proses melaksanakan rekabentuk

kepada pengaturcaraan atau dalam kata lainnya proses penterjemahan segala

keperluan pengguna dalam bentuk arahan komputer.

Fasa pengujian pula adalah merupakan proses melarikan aturcara dengan

memfokus kepada pencarian ralat. Contoh ralat adalah seperti ralat spesifikasi, ralat

pada rekabentuk dan ralat pada kod aturcara yang ditulis.

Akhirnya ialah proses instalasi yang mana sistem yang baru dibina ini akan

dimuat turun ke dalam komputer pengguna dan seterusnya melatih mereka untuk

menggunakan sistem baru ini.

1.5.6 Penyelenggaraan

Fasa ini merupakan fasa yang terakhir dalam kitar hayat pembangunan sistem yang

mana ia akan berlarutan sehingga akhir hayat sistem. Fasa penyelenggaraan

merupakan proses pengubahsuaian produk selepas serahan untuk memperbetulkan

kesalahan ataupun ralat. Tujuan proses penyelenggaraan ini adalah untuk


13

meningkatkan prestasi sistem disamping menyesuaikan sistem yang baru dibina

dengan persekitaran.

1.6 SOROTAN BAB

Tesis ini mengandungi beberapa bahagian yang dipecahkan kepada bab-bab tertentu.

BAB I merupakan pendahuluan kepada keseluruhan tesis dan merupakan pengenalan

mengenai sistem yang akan dibangunkan. Metodologi yang digunakan dalam

pembangunan sistem ini turut dinyatakan dalam bab yang pertama ini. BAB II pula

adalah berkisar mengenai kajian kesusasteraan di mana segala konsep yang berkaitan

dengan sistem yang akan dibangunkan diterangkan.

BAB III pula menerangkan keperluan yang dikehendaki dalam sistem.

Keperluan teknikal dan keperluan modul-modul dalam sistem diterangkan secara

terperinci di sini. Segala aktiviti yang terlibat dalam proses rekabentuk pula akan

diterangkan di dalam BAB IV. BAB V pula menerangkan mengenai hal-hal yang

berkaitan dengan proses perlaksanaan sistem. Segala kesimpulan, kebaikan dan

kelemahan sistem, kekangan yang dihadapi serta cadangan masa depan diterangkan

dalam BAB VI.

Anda mungkin juga menyukai