Anda di halaman 1dari 22

Topik : Komunikasi Data (Data Communication) Pengenalan DEFINISI DATA maklumat/informasi yang telah diproses, disusun dan disimpan.

. berbentuk alphabet, nombor atau simbol. DEFINISI KOMUNIKASI DATA Proses pertukaran/pemindahan maklumat yang berbentuk data digital (binary) di antara dua peranti dengan menggunakan sistem penghantaran elektronik. KEPERLUAN/KEBAIKAN KOMUNIKASI DATA i. Sistem digital lebih selamat kerana ia boleh dikodkan kepada kod-kod unik yang hanya diketahui oleh penghantar dan penerima. ii. iii. iv. v. Sistem digital mempunyai ralat yang jauh lebih kecil berbanding sistem analog. Sistem digital lebih murah berbanding dengan sistem analog terutamanya dalam proses pembahagian frekuensi. Gangguan tidak mempengaruhi penghantaran data kerana data digital boleh dijana semula di setiap stesen pengulang. Litar digital lebih senang untuk antaramuka kerana data digital hanya ada dua paras iaitu 1 dan 0 sahaja.

APPLIKASI KOMUNIKASI DATA z Email Menghantar dan menerima surat secara elektronik. z Persidangan Video Mengadakan mesyuarat atau perbincangan tanpa perlu hadir ke sesuatu Tempat. z Fax Menghantar atau menerima fax z Perbankan Melibatkan pemindahan data-data kewangan terutamanya menggunakan mesin ATM z Internet Melayari internet dan untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. z Kerajaan elektronik Melibatkan banyak sektor kerajaan contohnya JPN, JPJ dan sebagainya.

RAJAH BLOK ASAS KOMUNIKASI DATA

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN z SOURCE / SENDER Bahagian di mana isyarat maklumat dihasilkan. Contoh: isyarat audio/ video, isyarat bercetak dll. z DATA TERMINAL EQUIPMENT (DTE) Suatu peralatan antaramuka yang digunakan untuk mengubahsuai isyarat digital dari komputer dan terminal ke bentuk yang sesuai untuk penghantaran. Contoh: komputer z MEDIUM Laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal di antara dua peralatan. Terdiri daripada dawai, kabel sepaksi, fiber optik atau gelombang mikro. z DATA COMMUNICATION EQUIPMENT (DCE) Peralatan yang menukarkan isyarat digital ke isyarat analog. Berfungsi sebagai peralatan antaramuka antara terminal dengan media. Contoh : MODEM z HOST/RECEIVER Peralatan yang berfungsi untuk melakukan pengesanan isyarat pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses penyahmodulatan berlaku di bahagian ini. Contoh; printer, komputer, main frame

MOD PENGHANTARAN DATA Mod - pergerakan data antara dua titik Tiga jenis mod penghantaran dalam komunikasi data adalah: i. ii. iii. i. simpleks dupleks separuh dupleks penuh SIMPLEKS (SIMPLEX) Maklumat dihantar dalam satu hala sahaja. Contoh; penyiaran radio dan TV.

ii.

DUPLEKS SEPARUH (HALF DUPLEX) Maklumat dihantar secara dua hala tetapi tidak pada masa yang sama. Contoh: walkie-talkie

iii.

DUPLEKS PENUH (FULL DUPLEX)

z Maklumat dihantar secara dua hala serentak pada masa yang sama. z Contoh: telefon

PENGHANTARAN DATA SIRI DAN SELARI z Terdapat dua cara untuk memindahkan data binari dari satu tempat ke tempat yang lain iaitu secara siri (serial) dan Selari (parallel). z Dalam pemindahan data secara siri, setiap bit dihantar satu demi satu manakala dalam pemindahan secara selari, semua bit dihantar serentak . Ciri-ciri bagi penghantaran data secara siri

A
T T T 4T Fig: Serial data trtransmission T

Clock

Semua bit bit bagi suatu aksara akan dihantar satu persatu melalui satu kabel. kos kabel adalah murah sesuai untuk penghantaran data jarak jauh. mudah untuk mengesan kerosakan pada talian. Contoh : sambungan antara komputer ke komputer biasanya menggunakan talian telefoni z Kelemahannya: Kadar penghantaran data adalah rendah ( lambat). z z z z z

Ciri-ciri bagi penghantaran data secara selari MSB A3 0 1 A3

A2 1 A1 A T 0

A2

A1 A0

Clock

Figure 4.6 Parallel data transmission

z semua bit bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar secara serentak. z dari segi penggunaan kabel pula ia memerlukan kabel yang banyak,maka dengan ini kos pembinaan adalah tinggi, oleh itu hanya sesuai untuk jarak dekat < 100 kaki. z Contoh : sambungan antara komputer ke printer, monitor atau keyboard. z kadar penghantaran data pula ia adalah tinggi ( laju ). z kelemahannya adalah sukar untuk mengesan talian yang rosak.

Penghantaran bersiri agak berbeza dengan penghantaran selari kerana ia mempunyai teknik tersendiri. Teknik ini terdiri daripada 2 jenis iaitu : i. ii. Teknik Tak Segerak (Asynchronous) Teknik Segerak (Synchronous)

Terminal

0 1

1 1

1 0

Hos/ komputer

Terminal
i. Teknik Penghantaran Tak Segerak

Hos

Jika data yang dihantar terdiri dari satu aliran / rangkaian aksara dimana tempoh penjanaan setiap aksara adalah berbeza beza, maka setiap aksara akan dihantar secara bebas dan penerima akan membuat proses penyegerakan pada permulaan setiap aksara baru yang diterima Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat

Optional Mark state Start bit parity Start bit Data bits Data bits

Mark Space
Frame Frame

Asynchronous transmission z Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah: z Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar. z Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara. z Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.

ii.

Teknik Penghantaran Segerak z Terdiri dari blok blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara aksara dimana klok klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. z Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara.

Mark

Data bits

Sync character

Data bits

Space Frame Frame Frame

Synchronous Transmission z Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu i. Penyegerakan berasaskan aksara

z Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di antara setiap bit. z Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok (bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka. ii. Penyegerakkan berasaskan bit z Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. z Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary 1 dan memasukkan binary 0 secara automatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.

MEDIA PENGHANTARAN i. ii. iii. Media Penghantaran laluan di mana data dihantar di dalam sistem komunikasi. Terbahagi kepada beberapa jenis: Ruang bebas (terrestrial and satellite microwave) Kabel fiber optik Kabel berlogam

i.

Free space (terrestrial and satellite microwave) Microwave (gelombang mikro) amat sesuai untuk komunikasi dan aplikasi radar kerana ia mempunyai frekuensi yang tinggi dan jarak gelombang yang pendek. Frekuensi yang tinggi dapat membekalkan lebarjalur yang luas. Berupaya memuatkan semua maklumat termasuk AM dan FM.

ii.

Kabel fiber optik Kabel fiber optik mengandungi teras kaca yang dilindungi oleh beberapa lapisan. Ia memancarkan cahaya dengan lebih baik dan mampu mengatasi masalah gangguan elektrikal dalam signal.

Ciri-ciri kabel fiber optik i. Mampu memancarkan isyarat pada jarak yang lebih jauh berbanding kabel biasa. ii. Berkebolehan membawa isyarat dengan kadar yang sangat laju. iii. Kos yang berpatutan berbanding kabel biasa iv. Sukar untuk diubahsuai dan pemasangan yang susah iii. Fiber optic connector Connector yang biasa digunakan untuk fiber optik adalah ST connector dan SC connector. ST connector berbentuk barrel manakala SC connector berbentuk segiempat.

iv. Metallic cable facilities. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan dalam komunikasi data iaitu: a. Unshielded Twisted Pair (UTP) Cable

Merupakan jenis kabel yang paling popular dan menjadi pilihan untuk digunakan dalam sambungan rangkaian di sekolah-sekolah. Mempunyai 4 pasang wayar yang terkandung di dalam jaket pelindung. Setiap pasang dipintal dengan bilangan pintalan yang berlainan setiap 1 inci untuk menghapuskan gangguan daripada pasangan yang bersebelahan atau daripada peranti elektrikal yang lain. Dari 8 buah kabel yang ada pada kabel ini, hanya 4 sahaja yang diguna untuk mengirim dan menerima data

10

b.

Unshielded twisted pair connector (UTP) cable

Jenis yang biasa digunakan adalah RJ-45 connector. A slot allows the RJ-45 to be inserted only one way. RJ stands for Registered Jack.

Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu: 1. Pemasangan Lurus (Straight-Through) 2. Pemasangan Terbalik (Cross Over) Pemasangan lurus Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer. Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung komputer dan hab. Pemasangan terbalik Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.

11

Shielded Twisted Pair (STP) Cable

Kabel STP sesuai untuk persekitaran yang mempunyai gangguan elektrikal. Kabel sepaksi mempunyai pengalir kuprum tunggal di dalamnya. Lapisan plastik di luar memberikan penebatan antara pengalir teras dengan braided metal shield. Logam berpelindung membantu menyekat sebarang gangguan luaran seperti cahaya fluorescent , motor dan komputer2 lain.

Kabel coaxial boleh lentur gred radio. A: Sarung plastik luar B: skrin tembaga C: penebat dalam eletrik D: teras tembaga

Kabel ini direka bagi membawa isyarat jalur lebar atau berfrekuensi tinggi, seperti dalam talian pemancar berfrekuensi tinggi

12

Coaxial cable connector

Jenis penyambung yang paling popular untuk digunakan dalam kabel sepaksi adalah Bayone-Neill_Concelman (BNC) connector.

DATA COMMUNICATION EQUIPMENT ( DCE ) Data digital mesti dibawa dalam laluan analog di dalam kebanyakan aplikasi. z telephone lines z radio frequency carriers (wireless system). Modem ( modulator dan demodulator )diperlukan. Modem digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat.

DCE merupakan rangkaian perkakasan komputer, perisian , interface cards danperalatan-peralatan lain yang diperlukan untuk melaksanakan pemprosesan data. Komponen2 yang terdapat dalam DCE adalah : z z z z z z z File Servers Workstations Network Interface Cards Concentrators/Hubs Repeaters Bridges Routers

13

Internal modem

Data Communication Equipment and Connection

FILE SERVERS (PELAYAN FAIL) Komputer Pelayan Fail merupakan nadi suatu sistem rangkaian Ia merupakan suatu komputer berkeupayaan tinggi dengan RAM, ruang penyimpanan atau storan (hard disk) dan kad antaramuka rangkaian yang besar dan laju. Ia juga mengandungi perisian "sistem pengoperasian rangkaian" (network operating system, NOS), perisian aplikasi lain (seperti Microsoft Office) dan fail data yang diperlukan untuk tujuan perkongsian Pelayan fail mengawal proses komunikasi maklumat antara nod-nod di dalam suatu sistem rangkaian

14

WORKSTATION (STESEN KERJA) Semua komputer yang dihubungkan ke pelayan fail dinamakan Stesen Kerja Suatu contoh Stesen Kerja yang lengkap terdiri dari sebuah komputer dengan kad antaramuka, perisian rangkaian dan kabel yang bersesuaian Suatu Stesen Kerja tidak semestinya mempunyai cakera liut atau cakera keras kerana fail data boleh disimpan di dalam komputer pelayan Hampir semua jenis komputer boleh bertindak sebagai Stesen Kerja di dalam suatu sistem rangkaian Sebuah stesen kerja ialah mikrokomputer berprestasi tinggi yang biasanya digunakan untuk pembangunan animasi, grafik dan reka bentuk berbantukan komputer (CAD). Stesen kerja adalah lebih pantas dan lebih berupaya daripada komputer peribadi.

NETWORK INTERFACE CARD Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card (NIC)) merupakan sambungan fizikal antara suatu rangkaian dengan komputer Stesen Kerja. Kebanyakan kad ini merupakan kad dalaman, di mana ianya dipasang pada slot yang terdapat di dalam sebuah sistem komputer. Kad ini merupakan perhubungan fizikal antara Stesen Kerja dan rangkaian. Sesetengah komputer seperti komputer Laptop biasanya menggunakan kemudahan sistem kad atau adaptor luaran seperti kad PCMCIA

15

Fungsi kad antara muka rangkaian ialah : i. Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian ii. Menghantar data ke komputer yang lain iii. Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung CONCENTRATOR / HUBS Concentrator merupakan suatu alat yang menyediakan titik sambungan berpusat untuk Stesen Kerja, komputer pelayan atau peranti lain. Dalam topologi bintang, kabel twisted-pair dipasang dari setiap Stesen Kerja ke concentrator ini Ia juga menyediakan kemudahan multi-slot yang boleh digunakan untuk tujuan pembesaran saiz suatu rangkaian.

Fakta tambahan mengenai Concentrator : Biasanya mempunyai 8,12, atau 24 liang atau port RJ-45. Kerap digunakan dalam topologi jenis bintang. Dijual bersama perisian khusus untuk tujuan pengurusan port. Kadang-kala dipanggil Hub. Biasanya dipasang dalam suatu rak besi yang piawai bersama dengan netmodems, bridges atau routers.

REPEATERS / PENGULANG Apabila suatu signal bergerak dalam suatu kabel, ia akan kehilangan keupayaannya sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, satu alat yang dipanggil Pengulang diperlukan untuk meningkatkan kembali keupayaan signal ini dalam suatu sistem rangkaian. Pengulang melakukan tugas ini dengan meningkatkan signal elektrik yang diterima dan menghantarnya keluar semula. Pengulang ini boleh terdiri daripada suatu alat berasingan atau pun dalam sesetengah kes, fungsinya digabungkan bersama dengan suatu concentrator. Ianya mesti digunakan apabila jumlah jarak suatu kabel rangkaian yang dibina melebihi jarak piawaian kabel yang digunakan.

16

Pengulang atau Repeater adalah sebuah peranti yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia digunakan untuk memanjangkan sambungan rangkaian (kabel atau wayarles) yang melebihi dari had maksima yang dibenarkan Kekuatan isyarat akan semakin menyusut apabila ia melalui kabel yang panjang, sekiranya ia melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat tersebut akan terus menyusut dan hilang Repeater akan menerima isyarat digital dari salah satu portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum menghantar isyarat tersebut keluar.

BRIDGES / JAMBATAN Jambatan merupakan suatu alat yang membolehkan pemisahan dilakukan terhadap suatu rangkaian yang besar kepada dua rangkaian yang lebih kecil untuk tujuan meningkatkan keberkesanan rangkaian tersebut. Dengan kata lain, alat ini boleh digunakan untuk menyambung dua rangkaian Misalnya sekiranya telah wujud suatu rangkaian yang menggunakan sistem kabel lama dan kita ingin memasang suatu rangkaian baru, Jambatan boleh digunakan untuk menghubungkan antara kedua-dua rangkaian ini Peranan Jambatan ini juga ialah bagi menguruskan lalu lintas di kedua-dua belah rangkaian untuk memastikan pencapaian pergerakan maklumat atau data yang optimum. Ia mengatur pergerakan maklumat di kedua-dua rangkaian dan tidak akan membenarkan maklumat yang tidak perlu ke rangkaian sebelah untuk menyeberanginya Jambatan juga boleh digunakan untuk menghubungkan dua rangkaian yang mempunyai topologi fizikal yang berbeza (sistem kabel yang berbeza). Walau bagaimanapun, kedua-dua rangkaian itu mestilah mempunyai protokol yang sama.

17

ROUTERS Fungsi Router adalah lebih kurang sama seperti mana bridge Suatu router memindahkan maklumat dari satu rangkaian ke rangkaian lain secara lebih bijak (Superintelligent bridge Router berupaya memilih jejak atau laluan terbaik untuk menghantar suatu maklumat bergantung kepada alamat destinasi atau tempat yang ingin dituju Dengan ini, ia berupaya mengawal lalu lintas untuk mengelakkan berlakunya perlanggaran maklumat dan agak bijak untuk menentukan bila perlunya proses penghantar maklumat mengikut jalan pintas.

i. ii. iii.

Selain dari itu, Router juga boleh : Mengawal laluan signal secara berkesan. Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej antara dua protokol. Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej antara topologi bas, bintang dan sebagainya. iv. Menetapkan laluan (route) maklumat atau mesej melalui kabel fiber optik, coaxial dan twisted-pair

MODEMS Modem merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya. Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital Modem ialah perkataan bahasa Inggeris yang merupakan singkatan bagi modulatordemodulator, iaitu pemodulat dan penyahmodulat

18

Transmitted digital signal Received analog signal Modulator Figure 4.18 Telephone modem block diagram
Line hybrid

To Telephone Line Received analog signal

Demodulator

Received digital signal

Figure 4.8

Telephone modem block diagram

Dua kategori utama Modem ialah External modem dan Internal Modem. Modem luaran (external modem) adalah modem yang disambungkan kepada komputer melalui serial port menggunakan kabel.

19

Modem dalaman (internal modem) pula adalah modem yang dipasang secara bult-in pada PCB di dalam computer. Ia lebih murah berbanding dengan modem luaran.

Jenis-jenis MODEM Terdapat beberapa jenis modem yang biasa digunakan iaitu : i) ii) iii) iv) Optical Modem (Modem optikal) Modem jenis ini menggunakan kabel fiber optic. Ia menukarkan isyarat digital kepada denyut2 cahaya melalui talian optik yang disebut sebagai transceiver. Short Haul Modem Sejenis modem yang digunakan untuk menghantar data sejauh 20 batu atau kurang. Biasanya diigunakan dalam komputer di rumah-rumah atau pejabat dalam bangunan yang sama. Acoustic Modem Modem yang dipasangkan dengan gagang telefon seperti suction cups yang mempunyai mikrofon dan speaker. Digunakan oleh para businessman yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk disambungkan kepada telefon hotel. Smart Modem Modem yang disambungkan kepada CPU komputer dan menggunakan set arahan Hayes AT. Ini akan membenarkan auto-aswer & dial . 20

v) vi)

Digital modem ( modem digital) Menukarkan isyarat digital RS-232 ke isyarat digital yang lebih sesuai untuk penghantaran data. Juga dikenali sebagai media adapter atau transceiver. Modem V.32 Sejenis modem milestone yang menggunakan 2400 baud dengan pengkodan 4 bit. Ini akan menghasilkan 9600 bps kadar penghantaran.

Ciri-ciri Modem i. Speed (kelajuan) Kelajuan yang dimaksudkan adalah kelajuan suatu modem pata menghantar data dalam bit per saat (bps). Kelajuan modem yang biasa adalah 300, 600, 1200, 2400, 4800, 9600, 14.4K, 19.2K, 28.8K, and 56K bps.

ii.

Auto Dial/Re dial Modem dapat mendail semula secara automatic jika isyarat nada sibuk diterima.

iii.

Auto Answer Kebanyakan modem mempunyai kebolehan untuk mengesan deringan dan menjawab panggilan secara automatik

iv.

Self testing Modem2 yang terbaru kebanyakannya mempunyai ciri-ciri ini. Ia mampu menguji sambungan digital kepada terminal/computer atau sambungan analog kepada modem kawalan jauh. Ia juga boleh memeriksa keadaan elektronik dalaman suatu modem .

v.

Voice Over Data Modem jenis ini membenarkan perbualan lisan berlaku semasa data dihantar. Ia memerlukan kedua-dua modem sumber dan destinasi mempunyai sifat ini.

21

vi.

Penghantaran segerak atau tak segerak Modem2 yang terkini membenarkan pemilihan antara penghantarn data secara segerak atau tak segerak. Kebiasaanya modem memilih penghantaran data tak segerak manakala penghantaran secara segerak (packet) digunkan untuk aplikasi khusus.

BAUD

Baud adalah kelajuan di mana pertukaran data anlog kepada saluran lisa. Bps adalah kelajuan di mana data digital yang dinyahkod dihantar.

22

Anda mungkin juga menyukai