Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI

Saya telah menerima tugasan ini daripada pensyarah pembimbing saya iaitu Cik Airen
Surayya Khairu Anuar, bagi Kursus Khidmat Komuniti (MPU 2412). Menerusi tugasan ini, saya
iaitu Hilary Robert, Branden Unkos, Mohd Syafiq bin Mohd Redzuan, Sofianshahzaini bin Md
Yosof, Mohd Fazril Farihin bin Dzulkafli, Muhd Nazmi bin Sabirin, Muhd Firdaus Anwa bin
Wasinin, Scherezeel Sergius, Mohd Hezryl Erzani bin Saini dan yang sangat membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini. Saya menjayakan tugasan ini bersama-sama dengan penuh
harapan yang tinggi. Program Khidmat Komuniti ini sangat membantu saya dan rakan-rakan
untuk masa depan. Ilmu pengetahuan yang saya dapat sangat membantu dalam tugasan yang
diberikan kepada saya. Cikgu Airen Surayya banyak membantu dalam tunjuk ajar cara untuk
membuat kertas kerja, surat rasmi, surat kebenaran dan juga kertas laporan.

Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan, kumpulan saya bersungguh-
sungguh apabila melaksanakan tugasan. Tanpa Cikgu Airen Surayya dan mereka siapalah saya
untuk menjalankan tugasan ini. Saya mengharungi pelbagai dugaan sebelum menjayakan
program khidmat komuniti ini. Salah satunya ialah, saya ditegaskan untuk membuat pembetulan
pada kertas kerja sebanyak tiga kali dan banyak wang saya terbuang. Maka dengan itu, saya
bertindak untuk membuat kembali kertas kerja tersebut dan akhirnya kertas kerja tersebut
diluluskan oleh Pengarah Tuan Mark Medi. Saya sedar bahawa setiap tugasan yang diberikan
mestilah dilaksanakan awal supaya tidak terburu-buru lagi dan tidak mengulangi perkara yang
sama kembali lagi. Dengan apa yang terjadi pada saya selepas ini akan lebih saya untuk
mengambil perhatian dan tidak akan membuat tugasan sambil lewa lagi.

Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana program khidmat komuniti telah selesai dengan
baik. Semua tugasan ini saya dan rakan-rakan sudah pun menjayakannya dengan usaha gigih dan
semangat daripada Cikgu Airen Surayya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah Cik Airen Surayya dan Tuan Marklin kerana telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar
yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya dan rakan-
rakan manfaatkan untuk menjadi seorang pelajar yang berguna apabila saya bekerja di sektor
pekerjaan nanti. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya
untuk mengubah cara saya bercakap dihadapan banyak orang. Setiap kelemahan dan kekurangan
yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan diri dan pengajaran diri pada
masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai