Anda di halaman 1dari 3

NAMA MUHAMMAD SYAHMI AMSYAR BIN NORAMAN

NO MATRIK KLD220802007

DIPLOMA USULUDIN

SEMESTER 1

NAMA PROGRAM MINI KHIDMAT MASYARAKAT


PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
kerana atas limpah kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan refleksi ini. Seterusnya saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hayati selaku pensyarah kursus kokurikulum atas
segala tunjuk ajar kepada saya selama ini, tidak lupa juga kepada Ibu dan Ayah saya yang sentiasa
mendoakan agar urusan dipermudahkan dan memberi kata-kata semangat. Selain itu, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat di Kolej Pengajian Islam
Johor (MARSAH) kerana telah menyetujui program Mini Khidmat Masyarakat yang ingin
dilaksanakan oleh saya dan rakan-rakan sekelas. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan rakan-rakan sekelas atas kerjasama dan komitmen yang telah
diberikan sepanjang kerja kursus ini dibuat.

Sepanjang program ini dijalankan, terdapat banyak perkara yang saya pelajari. Program
yang saya jalankan ialah program Mini Khidmat Masyarakat. Saya dan kumpulan menjalankan
program ini di Paradigm Mall. Kami memilih Paradigm Mall kerana tempat tersebut memiliki
ramai pengunjung yang datang. Kami mula menjalankan aktiviti ini pada 15 September 2022
kerana pada hari tersebut, majoriti ahli kumpulan kami yang masanya tidak terganggu dengan
aktiviti lain. Saya dan rakan sekelas menganjurkan program ini kerana dalam program ini kami
dapat belajar bagaimana ingin berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang awam. Saya
menjalankan program ini bersama kumpulan saya. Ahli kumpulan tersebut ialah Hasif, Amshar
Irfan, Aliyah Maisarah, Puteri Amani, Ainul Mardhiah dan saya. Sebelum berkomunikasi dengan
orang awam, saya memberi salam dan bertanya apakah saya boleh mengambil masa mereka
sedikit? Saya menanyakan hal tersebut kepada mereka kerana segelintir daripada mereka ada
perkara lain yang perlu dilakukan. Saya rasa teruja apabila bercakap dengan orang awam kerana
saya dapat tahu bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan orang yang belum pernah saya
kenal.

Sebelum program ini dijalankan, rakan saya yang bernama Atikah membuat kertas kerja
untuk meminta keizinan daripada pihak kolej untuk melaksanakan program Mini Khidmat
Masyarakat ini. Sepanjang program ini dijalankan, tiada gangguan yang menghalangi dan saya
dapat menjalankan program ini dengan tenang. Kepada mereka yang sudi meluangkan masa
mereka untuk menjawab beberapa pertanyaan yang ditujukan, saya dan kumpulan memberikan
sedikit hadiah seperti jajan, gula-gula dan roti. Hadiah tersebut diberi atas perasaan terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa pertanyaan yang kami berikan.
Alhamdulillah, mereka yang kami temui faham tentang program yang kami laksanakan.
Terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dalam peristiwa ini. Antaranya ialah
kita perlu tenangkan diri kita untuk berinteraksi dengan orang awam supaya apa yang keluar dari
mulut kita dapat difahami oleh mereka. Selain itu, kita perlu beradab apabila berkomunikasi
dengan orang yang kita temui supaya mereka selesa untuk membalas percakapan dengan kita
dan kita juga perlu pandai membaca situasi sebelum berbicara dengan seseorang kerana diantara
mereka ada yang sedang bekerja dan sibuk. Mudah-mudahan pengajaran yang dapat diambil ini
dapat memberikan keyakinan kepada kita untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang
awam.

Anda mungkin juga menyukai